Aku bingkas bangun apabila aktiviti menoton tv aku diganggu oleh Rafi'e yang tiba - tiba duduk disebelahku . Boleh pula dia bermain - main dengan jari jemari aku . Nak pujuk aku la tu ?Now , ini cara perempuan merajuk .
Waktu aku mahu memasak untuk waktu makan petang , Rafi'e juga turut kedapur . pelbagai cara dia gunakan untuk berkomunikasi denganku . Aku hanya mendengar tidak membalas kata .
Sekejap tanya nak potong macam mana? Nak letak apa ? Kena tambah air ke ? Semua dia tanya . walaupun dia dah hafal setiap apa yang perlu dimasukkan .
Maklum la sejak kejadian jari aku terhiris terkena pisau . Kerja memotong semuanya dia nak buat . Jadi , bagi ajalah . Bukan senangkan dapat pembantu dapur sekali . huhu
"Sayang tak nak makan sekali ?" Rafi'e memandangku yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan .
"Awak nak lauk apa ?"
"Apa pun tak apa . semua biy makan ." jawab Rafi'e sayu .
Okey , aku letak ajelah . semua kau makan kan ? Setelah selesai aku hulurkan padanya.
Rafi'e tak menyabut malah hanya memandang isi pinggan itu lalu dibawanya ke wajaku dengan wajah meminta simpati ?
' Dia nak mulakan dah . '
"Suap ?" pintanya manja .
"Bukan kali ni ." aku meletakkan pinggan di depannya . Kemudian bertindak untuk meninggalkan Rafi'e seorang diri.
"Kalau tak sudi .. Teman la biy makan , bolehkan ? ."
Aku menarik nafas . Kerusi aku tarik memberi ruang untuk aku duduk . Rafi'e tersenyum puas .
' Kau masih sayang aku Rai'a ' getus hati kecil Luqman Rafi'e .
"Done ?"
"Nak ke ? Oh baru tahu .."
Aku berkerut dahi . "apa ?"
"Nak biy suapkan , kan ? Ngadanya sayang kita ni ." Rafi'e mula mengusikku. Nasi telah pun dijemputnya bersedia untuk dihulurkan kepada aku . Badannya dilonjak kehadapan sedikit .
"Saya taknak la . "
"Makan la sikit . Nanti sayang sakit macam mana ?"
"Tak . nak . " aku tetap keras menolak .
"Kalau sayang benci sangat pada biy tolonglah fikir kesihatan sayang , itu je biy minta . sayang ?" Rafi'e merayu kepada aku .
Suka betul buat muka macam tu .. Ishh , dah nama manja tu manja juga .
"Yalah . pinggan . " suara ala-ala malas gitu aku buatkan .
"Makan banyak - banyak tau . "
"Tahu lah ."
"Sebelum makan baca bismillah dan doa makan . "
"Tahu ." kataku setelah selesai lauk diceduk . Doa makan aku baca seperti yang diperingati olehnya tadi
"Eh , basuh tangan dulu . "
"Ish ." aku bangun . Banyak songeh la dia ni .
Aku membasuh tanganku sesuci secukupnya . Terkumat - kumit mulut aku membebel . Geram betul aku dibuatnya .
"Adalah tu , gaya nak lembutkan hati aku . Jangan pernah kalah Rai'a . Ingat dia sorang je boleh ego , isteri dia pun boleh . " aceh action aje .
"Sayang.. Basuh tangan pun lama ke ? Cepat la biy tunggu nak makan sekali . " suara Rafi'e memanggilku di ruang meja makan .
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...