Suami Sementara © ✔️

By dsyluv

2.9M 98.5K 2.3K

" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia lan... More

1 MILLION
PROMOTE ;
FIRSYA;
SATU - ' Permintaan daddy '
DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
TIGA - ' Awak saya punya. '
EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
LIMA - ' Rasya setuju '
ENAM - ' Awak bukan kawan saya '
TUJUH - ' Cuma sementara '
LAPAN - ' Daddy pergi '
SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '
SEPULUH - ' Rindu daddy '
SEBELAS - ' Siapa Daniel ? '
DUA BELAS - Jumpa Firash.
TIGA BELAS - Perth, Australia.
Penjelasan.
EMPAT BELAS - Sakit hati.
LIMA BELAS - Rahsia bocor
ENAM BELAS - Malaysia
TUJUH BELAS - Wasiat.
LAPAN BELAS - Asya&Mika
SEMBILAN BELAS - Kahwin
DUA PULUH - Jatuh
DUA PULUH SATU - Honeymoon
DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )
DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )
DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.
DUA PULUH LIMA - Dendam
DUA PULUH ENAM - Kejam
DUA PULUH TUJUH - Risau.
DUA PULUH LAPAN - Makcik
DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat
TIGA PULUH - Bukan Harriz.
TIGA PULUH SATU - Beranikan diri
TIGA PULUH DUA - Merayu
TIGA PULUH TIGA - Berahsia
TIGA PULUH EMPAT - Mimpi
TIGA PULUH ENAM - Bersatu
TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.
TIGA PULUH LAPAN - Positive!
TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.
EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
EMPAT PUlUH SATU - Benci
EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali
EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.
EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
- Special Chapter -
EPILOG
Terima kasih readers 💕

TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "

51K 1.5K 19
By dsyluv

Tiga hari sudah pun berlalu. Kepulangan suami tercinta amat di nanti-nantikan. Semalam dia mendapat mesej dari suaminya yang mengatakan dia sudah pun berangkat pulang ke malaysia. Terukir senyuman bahagia di bibir Rasya. Dia amat merindui suaminya itu. Tidak sabar rasanya mahu pergi mengambil Firash di lapangan terbang.

Jam dinding di lihat. Masih awal untuk dia berangkat ke lapangan terbang. Dia melabuhkan punggungnya di sofa lalu televisyen di buka. Dia mula menukar-nukar siaran. langsung tidak ada cerita yang best pagi-pagi begini. Dia tutup semula televisyen itu kemudian menghela nafas panjang.

" Lambatnya nak pukul 12... " monolongnya sendirian.

Puan Katrina dari tadi memerhati Rasya dari jauh sambil tersenyum. Dia datang dekat pada Rasya. Punggungnya di labuhkan di sebelah Rasya. Rasya tersentak kemudian dia memberikan satu senyuman buat Puan Katrina.

" Bosan ke? Pergilah keluar kalau bosan duduk di rumah. " Cadang Puan Katrina.

" Sekarang kalau nak keluar, Asya tak tahu nak pergi mana. Lagi dua jam baru Firash sampai Malaysia. " Balas Rasya.

" Firash nak balik Malaysia dah? Alhamdulillah rindu ibu pada dia. Takde dia dekat rumah ni sunyi saja. " Kata Puan Katrina . Rasya tersenyum kelat. Kemudian suasana menjadi hening seketika. Rasya masih janggal bila bersama dengan Puan Katrina. Dia belum biasa lagi dan tidak tahu mahu bualkan apa.

" Ibubapa Firash hidup lagi ke tak? " soal Puan Katrina memecah hening.

" Ayah Ash dah meninggal kalau ibu dia hidup lagi tapi Asya tak pasti ibu dia sekarang dekat mana. Sebelum kitorang kahwin, sekali je Asya pernah jumpa ibu Ash. " Beritahu Rasya. Puan Katrina mengangguk tanda mengerti.

" Dah berapa tahun korang berkahwin ? " tanya Puan Katrina lagi.

Rasya tergelak kecil. Peha Puan Katrina di tepuk lembut.
" Kami baru tiga bulan berkahwin ibu. Kalau bertahun mungkin anak kami dah berderet dah. "

" Ada orang dah dua tahun berkahwin pun masih belum di kurniakan zuriat tau. Macam ibu dulu lepas perkahwinan ibu cecah tiga tahun baru lah Allah berikan ibu zuriat. Tapi lepas anak ibu dah semakin besar rumah tangga ibu mula hancur kerana kesilapan ibu . Suami ibu ceraikan ibu dan ibu pula berikan anak ibu pada orang lain sebab ibu terlalu bencikan ayah budak tu. Padahal semua yang berlaku silap ibu... " Puan Katrina mula membuka cerita tentang masa lalunya. Kejadiaan itu memang layak di jadikan pengajaran buat dirinya yang terlalu lalai pada dunia sampaikan dia lupa tanggung jawabnya sebagai seorang ibu. .

" Ibu bagi pada siapa? ibu tak pergi tempat yang ibu hantar anak ibu tu ? " soal Rasya.

" Ibu beri anak ibu pada mak angkat ibu. ibu dah pergi tapi mak ibu dah meninggal. Bila tanya pasal budak yang mak ibu jaga semua kata budak tu dah hilang beberapa belas tahun yang lalu... "


" Boleh Asya tahu nama anak ibu siapa ? " Baru saja Puan Katrina mahu membuka mulut, telefon Rasya sudah berbunyi ada satu panggilan masuk. Tertera nama suaminya. Rasya meminta diri untuk mengangkat panggilan itu.

" Assalamualaikum sayang, sayang abang dah sampai dah ni. sayang dekat mana ? " soal Firash selepas panggilan di angkat. Rasya melihat jam di dinding. Baru pukul 11.30 pagi.

" Waalaikumussalam. Asya masih dekat rumah lagi. Abang tunggu sat. Asya gerak sekarang. " jawab Rasya lalu dia tergesa-gesa mengambil beg tangan dan kunci kereta.

" Tak payahlah sayang. Abang balik naik teksi jelah ya ? " Firash tidak mahu menyusahkan isterinya. Lagipula di lapangan terbang ini banyak teksi.

" Jangan. Abang tunggu je bapa minit lagi Asya sampai. Tunggu tau! byee. " Terus panggilan di matikan.

" Ibu, jom ambil Firash. Sebab lepasni Asya nak pergi rumah mama. " Ajak Rasya. Puan Katrina mengangguk tanda setuju. Lampu dan kipas di tutup. Puan Katrina mengambil beg tangannya di dalam bilik. Beberapa pasang baju di bawa. Mana tahu Rasya mahu tidur sana jadi tidak perlu dia risau tentang baju.

Selesai semua mereka pergi meninggalkan perkarangan rumah. Kereta di pandu sedikit laju kerana Rasya tidak mahu suaminya menunggu lama. Mujur hari ini jalan tidak sesak seperti selalu. Memang dia bernasib baik hari ini. Firash boleh pula sampai awal. Fikirkan sampai pukul 12 tengahari rupanya awal setengah jam.


                             -------------

KLIA

" Hai suami tercinta. I miss you so much! " Sapa Rasya lalu tubuh suaminya di peluk erat. Firash tersenyum riang dan membalas pelukan itu.

" How are you baby ? " soal Firash.

" I'm fine. You do not miss me? " Rasya sedikit muram bila rindunya tidak dibalas Firash mengucup dahi Rasya kejap.


" Mestilah abang rindu isteri abang yang comel ni. " Pipi Rasya dicuit perlahan. Rasya memegang pipi yang dicuit itu lalu tersenyum. Puan Katrina berdehem. Terus pelukan di leraikan. Mereka langsung tidak perasan kehadiran Puan Katrina di situ. Masing-masing sibuk melepaskan rindu.

Firash menyalam tangan Puan Katrina.
" Sihat ibu ? " tanyanya.

Puan Katrina mengangguk.
" Sihat. Alhamdulillah. Cuma luka di muka ni belum sembuh sepenuhnya. " Balas Puan Katrina sambil memegang pipi kirinya yang berparut akibat di simbah asid. Puan Katrina sudah tidak peduli mukanya buruk kerana ini semua pengajaran buat dirinya.

" Abang ingat sayang datang sorang rupanya bawa ibu. Nak pergi mana-mana ke? "

Hidung Firash dicuit.
" Pandai pun! Jom pergi rumah mama. " Ajak Rasya.

Firash sekadar mengangguk. Sudah lama mereka tidak ke sana. Jadi bila ada masa ni haruslah pergi. Alasan sibuk tidak di terima.


                             -------------

" Assalamualaikum mama "  Rasya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah mamanya. Puan Sri Mariam tersenyum lebar melihat kedatangan anak dan menantunya. Rasya datang dekat dan menyalam mamanya lalu tubuh orang tua itu di peluk erat.

" Rindunya Asya dekat mama . " Ucap Rasya . Puan Sri Mariam tergelak kecil.

" Mama pun rindu anak mama sorang ni. " Balas Puan Sri Mariam. Pelukan dileraikan.


" Makin gemuk lah anak mama ni. Dah macam doraemon dah mama tengok. " Sambungnya. Pipi Rasya di cubit perlahan. Memang tak dapat dinafikan selepas kahwin Rasya semakin berisi dari biasa.

Rasya memegang kedua pipinya. Bibirnya dimuncungkan.
" Rasya dah gemuk ke maaa ? " soal Rasya dalam nada susah hati. Rasya bukan suka kalau orang memanggilnya gemuk. Dari anak dara dia sudah mula menjaga badan. Lepas kahwin badan boleh naik pula. Alhamdulillah itu tandanya suami bagi makan cukup.

" Kamu pregnant eh ? " Soalan itu betul-betul menyentak perasaan Rasya. Rasya terdiam seketika.

" Takdelah mama. Belum ada rezeki lagi. " Balas Rasya dalam nada perlahan.

" Kamu berdua merancang ke ? " Soal Puan Sri Mariam lagi. Rasya tersenyum kelat .


" Takdelah maa.. " balas Rasya pendek. Dia juga menantikan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Tetapi belum ada rezeki lagi. Semasa Firash di istanbul, Rasya melakukan pregnancy test tetapi keputusan negatif dan ketika itu perasaannya teramat kecewa. Hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa ketika itu. Baru niatnya mahu membuat kejutan buat Firash tetapi rezeki belum ada.


" Amboi khusyuk nya berbual sampai lupa abang dengan Ibu. " Sampuk Firash dari belakang. Rasya terus menoleh dan tersenyum. Tetapi riak wajah Puan Sri Mariam lain pula. Dia sedikit pelik dengan kehadiran orang asing di dalam rumahnya.

" Siapa sebelah Firash tu ? " Soal Puan Sri Mariam separuh berbisik di telinga Firash.


" Ibu angkat Ash. Nama dia Katrina. " Balas Firash tersenyum. Wajah Puan Sri Mariam berubah menjadi bengis. Puan Katrina menghulur tangan untuk menyalam. Lambat-lambat disambut oleh Puan Sri Mariam .

" Firash Rasya jumpa mama dekat bilik mama sekarang ! " Arah Puan Sri Mariam, tegas. Dia terus meluru naik ke biliknya. Firash dan Rasya saling memandang sesama sendiri .

" Kenapa dengan mama ? " Soal Firash dengan pelik. Tiba-tiba saja Puan Sri Mariam bersikap begitu. Rasya hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

" Puan Sri tak suka ibu mungkin.. " Puan Katrina yang tadinya diam akhirnya bersuara juga. Wajahnya yang tadinya gembira terus bertukar menjadi sayu. Perasaan serba salah juga mula hadir dihatinya. Mungkin kehadirannya menganggu Puan Sri Mariam. Sebelum datang lagi dia sudah menjangka akan jadi seperti ini. Iyalah dia sekadar orang luar yang menumpang kesenangan mereka. Bukan lah siapa-siapa dan tiada kena mengena pun dengan mereka.

" Takdelah ibu. Hm mama Asya tak macam tu. Jangan risau okey. Dah jom bang jumpa mama. Takut mama makin marah pula. " Ajak Rasya. Firash mengangguk tanda setuju.

" Ibu duduk dulu. Kejap lagi Ash turun. " Puan Katrina hanya membalas dengan anggukan. Lambat-lambat dia duduk di sofa. Punggungnya di hempas kuat.

" Kenapalah nasib aku jadi macam ni. Muka cacat. Dah bankrup. Hidup menumpang. " Keluhan kuat dilepaskan. Lambat-lambat dia baru tersedar yang dia baru saja mengeluh dengan dugaan yang Allah berikan padanya. Cepat-cepat dia beristighfar panjang di dalam hati. Dia harus menerima takdir yang Allah sudah tentukan buatnya......

----------

" Kenapa senang-senang je kamu berdua ambil orang luar sebagai mak angkat? Kamu fikir tak ambil mak angkat ni bukan macam kamu beli barang dekat supermarket . Ambil kalau nak, taknak tinggalkan ? Macam tu ke ? " Herdik Puan Sri Mariam. Rasya dan Firash terdiam serta-merta. Mereka langsung tidak menyangka yang Puan Sri Mariam tidak dapat menerima kehadiran Puan Katrina.

" Dahlah tak bagitahu mama hal ni. Tiba-tiba bawak orang luar masuk dalam keluarga kita. Pandai kan kamu berdua sekarang. Pandai ketepikan mama ! Bagus ! " Cukup bengang Puan Sri Mariam di buatnya. Hatinya cukup panas dan dia teramat kecewa bila anak dan menantunya sudah mula mengetepikan nya.

" Asya minta maaf.... " Ucap Rasya dalam takut-takut. Dari tadi dia hanya memandang lantai sahaja. Langsung tidak berani melihat muka mamanya.

" Buat salah minta maaf. Buat salah minta maaf. Mama kecewa sangat dengan kamu berdua. Sudah lah ketepikan mama. Lepastu bawak orang luar masuk dalam keluarga kita sesuka hati. Lepasni apa lagi haa ? "

Firash mengangkat mukanya dan memandang Puan Sri Mariam lama.
" Dia bukan orang luar maaa... "

" Bukan orang luar kamu cakap? Entah dekat mana kamu kutip kamu cakap dia bukan orang luar ? Firash nak jadi baik berpada-pada lah sikit. Kalau perempuan tu orang jahat macam mana? Kamu nak tanggung semuanya ke? Jawab Firash Mikhail ! " Jerkah Puan Sri Mariam. Nafasnya sudah turun naik akibat terlalu marah. Boleh terkena sakit jantung kalau hari-hari macam ni.

" Dia bukan orang jahat. Dia bukan orang luar. Dia ibu Firash. Ibu kandung Firash. Please mama jangan tuduh ibu kandung Firash yang bukan-bukan. Firash tahu dia baik maa. Firash mohon sangat pada mama terima lah dia sebagai keluarga kita.. " Air mata Firash yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh membasahi pipi. Dia terus menekup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Dia tidak sanggup mendengar orang menuduh mama kandungnya.

Rasya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Firash tadi. Kenapa aku tak tahu dia ibu Firash sedangkan aku pernah tengok muka dia sebelum ni? Rasya menyoal dirinya sendiri. Tak mampu untuk bersuara.

Rasya duduk berhadapan dengan Firash. Rambut Firash di kemaskan. Kelihatan terlalu kusut. Rasya betul-betul merasa serba salah kerana sebelum ini dia juga pernah menuduh Puan Katrina. Dia langsung tidak menyangka orang yang dia tuduh itu adalah Ibu mertuanya sendiri.


" Hey hey sayang. Jangan nangis. Please don't cry. Hilang dah kekacakan suami Asya ni. " Sempat dia mengusik suaminya. Rasya mencuba sedaya upaya untuk memujuk Firash sebaik mungkin. Dia tidak mahu Firash menangis nanti dia juga terikut menangis.


Tangan Rasya digenggam erat.
" Abang okey.. " balas Firash dalam nada perlahan. Rasya membalas pegangan tangan suaminya itu. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat suaminya. Susah, senang, sedih dan gembira dia akan selalu berada di sisi suaminya. Itu janjinya.


" Dia ibu Ash yang Ash tunggu selama bertahun-tahun. Tiap kali Ash solat Ash doa pada Allah supaya Ash dapat jumpa ibu Ash. Semoga Ash dapat keberanian untuk berjumpa dengan ibu Ash. Allah kabulkan doa Ash ma . Masa tu Ash bersyukur sangat-sangat sebab buat kali pertamanya Ash dapat jumpa ibu depan depan, Ash dapat peluk ibu Ash sendiri.... " Firash meluahkan apa yang dia pendam selama ini. Rasa sedih di hatinya semakin bertambah bila mengenangkan nasib yang ditimpa oleh ibunya.



" Buktikan pada mama yang dia memang ibu kandung kamu Firash Mikhail. " Kata Puan Sri Mariam tetapi nadanya sudah tidak seperti tadi. Puan Sri Mariam sudah kembali tenang. Cuma dia masih belum percaya apa yang diperkatakan oleh Firash. Dia mahukan bukti yang kukuh.


" Kenapa mama tak percaya yang dia memang ibu Firash ?! " Suara Firash mula meninggi. Sebal dia dibuatnya.



" Sebab nenek kamu kata mama dan papa kamu dah meninggal . Mereka excident lepas hantar kamu Firash. Sebab tu mama mahukan bukti. Lepas mama dapat bukti tu mama akan diam. Mama akan terima perempuan tu sebagai besan mama. "


" Mama tahu kamu rindukan ibu kamu. Kamu nak sangat jumpa ibu kamu. Mama faham Firash Mikhail. Tapi bukan ini caranya. Kamu tak pasti dia dari mana dan kamu senang-senang ambil dia sebagai ibu angkat kamu. Benda ni bukan boleh di buat main-main Ash. " Sambung Puan Sri Mariam. Dia terlalu sayangkan Firash jadi dia tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku.


Firash lama mendiamkan diri. Dia cuba menghadamkan satu-satu ayat yang Puan Sri Mariam katakan. Kemudian dia menarik nafas panjang.
" Ash minta maaf maa. Ash tahu salah Ash sebab senang-senang ambil dia sebagai ibu angkat Ash. Tapi Ash ambil sebab Ash dah siasat semua latar belakang dia maa. Dia memang ibu Ash. Mama masih tak percaya pada Ash ke ? "


Rasya memandang suaminya tanpa berkedip. Kenapa aku tak tahu semua ni? Pertanyaan itu hanya mampu diucapkan dalam hati. Dia dari tadi hanya mampu mendiamkan diri saja. Rasya takut untuk bersuara. Badannya juga sudah mula letih. Rasa mahu pitam sahaja sekarang ini.

" Prove it to me . " Itu saja yang Puan Sri Mariam mampu ucapkan. Kemudian dia terus keluar dari biliknya. Rasya dan Firash hanya mampu memandang saja. Kedengaran Firash mengeluh kuat.


" Aku akan buktikan yang dia memang ibu kandung aku. Ash akan buat mama percaya dengan semua yang Ash cakap kan tadi... "  Katanya dalam hati. Tangan Rasya masih digenggam erat. Selepas ini dia harus menceritakan segalanya pada Rasya. Dia tahu walaupun Rasya tidak menanyakan apa-apa soalan bukanlah Rasya tidak ambil peduli tetapi Rasya mahu Firash yang menerangkan padanya tanpa disoal. Itu cara Rasya jadi tak semua orang faham dengan cara dia.... Hanya aku, hanya aku suami Rasya yang faham Rasya luar dan dalam.

•••••

- Sorry kalau ada typo. Tak check.
- Kalau nak suruh promote story boleh pm.


PROMOTE STORY;

CikFloral - Aku Fall In Love!
CikSyakira - Miss white roses

Bye 🌸

Continue Reading

You'll Also Like

808K 26.6K 36
Zaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakuka...
182K 5.7K 21
Auni Shaana mula memendam cinta terhadap Iryan Danish sejak dari zaman persekolahan lagi.Namun kerana sikap ramah Iryan yang membuatkan mereka bersah...
898K 36.6K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
6.7K 670 10
Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18...