Jika titik-titiknya tidak selari
Pasti titisan jatuh menari
Bukan kerana disua bahagia
Tapi derita muncul tak kenal lenyap
;
Diri terus disambar sendu
Hanyut dibuai sayu
Hingga titisan membeku
Tetap kaku dilanggar pilu
Beku
2016 Mei 16, Isnin