Prince on White Horse (Bakal...

Nur_Haura által

2.2M 51.7K 2K

Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus me... Több

BAB 1: Airport
BAB 2: First Meet
BAB 3: Parking Kereta
BAB 4: Second Meet
BAB 5: Third Meet
BAB 6: Projek RM200 Juta
BAB 7: Officially Know
BAB 8: Aira is Project Manager
BAB 9: Haiqal d'Andrew
BAB 10: Kapten Lanun
BAB 12: Overnight
BAB 13: Shopping
BAB 14: Kawan Lama
BAB 15: D-day for Project
BAB 16: Tengku Izz Ilham
BAB 17: Ferrero Rocher
BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah
BAB 19: Rafiq Marah
BAB 20: Accidently in His Hug!
BAB 21: Fake Confession
BAB 22: He Save Her Life
BAB 23: Lamaran di Shopping Mall
BAB 24: Kad Misteri
BAB 25: Her Superman
BAB 26: Balik Kampung
BAB 27: Haiqal Sesat
BAB 28: Peneman
BAB 29: Sizzling
Bab 30: Reunion Party I
Appreciate + Promote
Extra
EBOOK POWH

BAB 11: Workaholic

32.3K 1.7K 32
Nur_Haura által

RAFIQ berjalan masuk ke dalam pejabat sekali-sekali dia membalas sapaan dan senyuman daripada stafnya. Lagipun senyuman itukan sedekah. Dia melangkah menuju ke biliknya tetapi berhenti di tengah jalan apabila melihat pintu bilik Project Manager terbuka. Ish, takkanlah Aira kut? Bukan sekarang ni dia kena berada di syarikat Haiqal ke untuk menyiapkan kerja untuk projek mega. PA dia kut tapi nampak macam Aira.

Langkahnya sudah beralih dan menuju ke arah bilik Project Manager untuk memastikan apa yang dilihat oleh matanya. Dia berdiri di depan muka pintu. Matanya tak pernah silap dengan apa yang dia nampak. Dia melihat Aira seakan-akan berada di dunianya sendiri apabila kehadirannya tidak dihiraukan oleh gadis itu. Ini mesti berangan.

"Ehem... Ehem..." Rafiq berpura-pura berdehem untuk menarik perhatian Aira tetapi usahanya dah sia-sia. Takkanlah dah angau dekat Haiqal kot. Tapi tak mungkin sebab Aira dan Haiqal macam kucing dan harimau yang asyik nak bergaduh sahaja.

"Ehem... Ehem..." Sekali lagi Rafiq berdehem tetapi lebih kuat dari yang tadi.

Aira mengangkat wajahnya apabila mendengar orang berdehem tetapi macam orang tengah terlekat tulang gajah di dalam tekak. "Ada apa?"

"I should ask you that question. Ada apa?"

Aira menarik muka masam apabila soalannya dibalas dengan soalan yang sama dengannya.

"Why you are here? You should be at Hd'A Shipping right now," kata Rafiq bagi menjelaskan maksud soalan ada apa tadi.

"Okay, fine. I get out from here. Nak buat macam mana orang dah halau kita," kata Aira dalam nada merajuk. Dia bangun dan mengemas mejanya.

"Tanya sikit pun dah merajuk. Saya belanja makan hari ni," kata Rafiq bagai memujuk Aira.

Aira memandang Rafiq dan senyuman terukir dibibirnya. Yes, menjadi juga lakonan aku. "Serius ni?" tanya Aira untuk memastikan Rafiq tak menipunya.

Rafiq mengangguk. "So,tell me why you are here?" tanya Rafiq sekali lagi.

"Cuma rindu kat ofis ni dah dua minggu tak jenguk," jawab Aira.

"Padahal rindu kat saya tapi malu nak mengaku," usik Rafiq.

"Perasan!" balas Aira yang mengundang ketawa Rafiq meletus. Dia memang rindu pada Rafiq. Rindu nak bergaduh dengan abang angkatnya yang sengal.

"So, macam mana progress untuk dapatkan projek mega tu? Due dah nak dekat ni."

"Almost done. Minggu depan siaplah tu," kata Aira memberitahu tentang projek mega itu. Aira bangun dan menyampai beg LV dan briefcasenya.

"Nak pergi ke mana pula tu?" tanya Rafiq kehairanan.

"Nak pergi kerjalah ni. Lupa ke kita ni dah kena posting ke Hd'A Shipping," sindir Aira selamba. Rafiq sengih apabila sindiran itu dituju kepadanya.

AIRA melangkah masuk ke dalam lif apabila terbuka. Butang 22 sudah ditekan jadi dia tak perlu untuk menekannya lagi. Sambil menunggu lif tiba di tingkat 22, dia membuka media sosial untuk mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan sekolah dan universiti. Kadang-kadang meletus ketawa kecil dari bibirnya apabila membaca status rakan-rakannya di Facebook yang kelakar dan mencuit hatinya. Tanpa disedari oleh Aira, gelagatnya diperhatikan oleh seseorang yang turut berada di dalam lif yang sama dengannya.

"Ehem... Ehem..."

Aira yang sedang asyik dengan Facebook tersentak apabila mendengar deheman seseorang yang datang dari belakangnya.Gulp! Hantu ke tadi? Pagi-pagi buta macam ni mana ada hantu. Nak pusing ke tak? Nak pusing ke tak? Aira sudah rasa seram sejuk.

"Agaknya ni syarikat mak bapak kau punya," kata seseorang dari belakangnya.

Aira sudah berkerut apabila mendengar suara seseorang. Macam pernah aku dengar je nada suara yang macam ni. Aira menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang mengatanya tadi.

Seorang lelaki yang bertubuh tegap sedang berdiri betul-betul di belakangnya. Lelaki itu kemas dengan berpakaian pejabat. Tangan kanannya sedang memang briefcase manakala tangan kirinya pula diseluk ke dalam poket seluar kiri. Aira memandang ke hadapan semula apabila matanya bertaut seketika dengan lelaki itu. Wajahnya yang dihiasi senyuman tadi terus mati. Kalau tak bercakap dengan sinis sehari dengan aku agaknya memang tak lengkap hidupnya. Menyampah!

"Dah pukul 9.40 pagi baru nak masuk kerja? Huh! Tak padan pegang jawatan Project Manager."

Darah Aira sudah mencapai takat didih apabila mendengar kata-kata sinis dari lelaki itu. Aku tahu la yang ni syarikat bapak kau. Belagak!

"Nasib baik pukul 9.40 pagi bukan 9.40 malam," balas Aira.

"Kau datang kerja pukul 9.40 malam tu tandanya kau dah sewel."

Aira mengetap gigi geram apabila mendengar kata-kata Haiqal. Dia kata aku sewel? Eee... geramnya aku.

"Ni syarikat tempat orang kerja bukan hotel yang kau boleh masuk sesuka hati kau je." Haiqal bersuara lagi apabila gadis yang berada di hadapannya berdiam diri.

"Saya bukan sengaja nak datang sini sesuka hati saya. Saya singgah di Silver Holding sekejap lagipun saya kerja kat sana bukan kat sini," terang Aira dengan nada yang seboleh-bolehnya dia lembutkan.

"Memang kau kerja kat sini untuk sementara waktu tapi aku tetap tak suka orang yang datang lambat. Kau faham tak?"

Aira membiarkan pertanyaan Haiqal berlalu begitu sahaja.

"You got it or not?" bisik Haiqal perlahan di tepi telinga Aira yang dilitupi oleh tudung.

Aira rasa bulu romanya sudah tegak sembilan puluh darjah apabila mendengar bisikan Haiqal yang bernada seakan-akan romantik itu. Belum sempat Aira membalas sudah lif terbuka terlebih dahulu. Haiqal terus melangkah keluar apabila lif sudah sampai di tingkat 22. Aira menarik nafas lega apabila dia dapat melepaskan diri dari keadaan tadi. Rasa macam terselamat selepas seratus tahun je.

Haiqal duduk di atas kerusi empuk yang sememang khas untuk dirinya. Dia bersandar selesa di kerusi. Bibirnya mengukir senyuman apabila teringat tentang kejadian di lif sebentar tadi. Aira terus terdiam apabila dia berbisik di tepi telinga gadis itu. Sebelum keluar dari lif dia sempat mengerling sekilas wajah Aira yang sudah merah pipinya kerana menahan malu. Itu dia pasti. Itu baru aku berbisik dalam nada yang romantis sudah merah pipi kalau dikenyitkan mata agaknya terus pengsan. Paling kurang aku di cop miang oleh dia.

Aira tenung replika bangunan yang sudah siap dihasilkan oleh Jay. Rasa cemburu pada Jay timbul kerana Jay dapat menyiapkan replika bangunan dengan masa yang singkat. Begitu juga dengan replika yang direka oleh Zamani yang dibantu oleh Lee. Hanya replika bangunannya sahaja yang belum siap lagi. Dia bukan sengaja nak melengah-lengahkan kerja tetapi dia sangat sibuk minggu lepas kerana kerap kali menghadiri mesyuarat di luar.

Sabar Aira, kalau Malaysia boleh, Aira pun boleh. I'm Nur Aira binti Ahmad. Pantang menyerah selagi belum kalah. Aira meniupkan semangat ke dalam dirinya. Selalunya mereka hanya menghantar dua pelan bangunan sahaja tapi tiba-tiba sahaja Dato' Razlan mengarahkannya menghantar tiga buah pelan pada kali ini. Sengit juga persaingan untuk mendapatkan projek dua ratus juta ni.

Dia menyiapkan replika bangunannya dengan teliti kerana dia tidak mahu ada cacat cela pada replika bangunannya ini. Sebagai Project Manager, dia kena pastikan yang hasil kerja setanding dengan kedudukannya. Apa orang kata kalau kerja Project manager sendiri buat kerja macam budak darjah satu, dia jugak yang mendapat malu. Sudah tentu juga ingin menjaga nama baik Silver Holding.

"Take a rest Aira," tegur Jay.

Aira menoleh ke arah Jay yang sedang membuat kerjanya. "Macam mana saya nak berehat kerja pun belum siap lagi," ujar Aira yang sedang mencantumkan bumbung replika bangunan.

"Kerja, kerja juga tapi awak kena rehat tau. At least, take five," sampuk Zamani apabila Aira tak berehat walau seminit menyiapkan replika bangunan.

"Kalau saya rehat kerja takkan siap," balas Aira pula.

Zamani menggeleng dengan sikap degil Aira yang tidak mahu mendengar kata.

"Dah tak boleh kata apa dah. When she said no, means no," beritahu Jay kepada Zamani. Dia yang sudah lama bekerja dengan Aira sejak gadis itu jadi PA Rafiq lagi. Sepanjang tempoh itu dia sudah faham sangat dengan perangai Aira yang tak mahu mengalah sehingga Aira sudah menjawat jawatan Project Manager pun masih tidak berubah.

"Thanks a lot Jay for the compliment. Terharu I dengar," sampuk Aira dengan nada yang selamba. Matanya tetap tertancap pada replika bangunan di hadapannya.

Jay, Zamani dan Lee ketawa apabila mendengar kata Aira.

"Assalamualaikum."

Zamani menjawab salam tersebut manakala Aira hanya menjawab dalam hati. Matanya tetap fokus untuk menyiapkan replika bangunan untuk projek mega. Dia mendengar Jay, Zamani dan Lee bercakap dengan orang yang memberi salam tadi. Aira malas hendak menoleh kerana dari nada suara dia sudah mengagak gerangan yang memberi salam.

"Ini dia Encik Haiqal dua replika bangunan yang sudah siap lagi yang satu lagi on the way," beritahu Zamani. Dia menunjukkan replika bangunan yang telah siap kepada Haiqal di tempat meja Aira sedang menyiapkan kerja.

Bau minyak wangi The Hugo Boss sudah menyakinkannya yang itu Haiqal ditambah lagi dia mendengar perbualan mereka. Macam mana dia kenal dengan bau ni sebab kejadian di lif beberapa jam tadi. Bau lelaki itu juga seakan-akan melekat di hidungnya. Tak sukanya aku dengan bau ni buat tersumbat hidung aku.

Mereka mendekati meja tempat Aira tengah menyiapkan replika bangunan. Jay dan Zamani menerangkan serba sedikit tentang konsep yang mereka gunakan. Entah faham entah tidak lanun mata biru tu. Aku tengok dari tadi duk angguk-angguk je.

"Macam mana yang ni tak siap lagi sedangkan dua dah siap?" Haiqal bersuara. Matanya terarah kepada Aira yang sedang tekun buat kerja biarpun Aira sedang menenangkan dirinya yang hampir nak kantoi kerana duk jeling anak teruna orang.

Aira mengangkat muka apabila mendengar nada suara yang sinis itu. "I have a lot of thing to do last week. Sebab tu replika ni je yang belum siap lagi," tutur Aira dengan setenang yang mungkin.

"Orang lain sibuk juga tapi boleh je siapkan kerja mereka."

Aira ketap gigi geram apabila mendengar kata-kata sinis yang menyapa gegendang telinga. Wajahnya cuba dimaniskan sebaik mungkin tapi jelas kelihatan wajah yang tengah menahan marah dengan senyuman dibuat-buat. Dia menyambung kerjanya. Lebih baik kau buat kerja daripada bercakap dengan lanun yang selalu buat aku sakit hati.

Aira memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya tanpa menghiraukan kehadiran Haiqal yang berada dia dalam bilik itu. Tahu-tahu je lelaki itu sudah tiada di dalam bilik itu. Lega sikit hati Aira hendak buat kerja sebab sepanjang Haiqal berada di dalam bilik itu dia berasa ada orang yang memerhati tindak-tanduknya.

Jam sudah menginjak pukul dua belas tengah hari. Ada yang mengajaknya untuk makan tengah hari bersama tetapi dia terpaksa menolak kerana kerjanya belum siap lagi. Selagi kerjanya belum siap selagi tula dia tak nak makan perut yang lapar tidak dihiraukannya. Jay pun sudah menasihatinya tetapi Aira hanya dengar sebelah telinga sahaja. Telefon yang berdering diminta diangkat. Dia menyapu ikon berhijau lalu dilekapkan ditelinga tanpa melihat nama pemanggil.

"Where are you?"

Aira berkerut dahi apabila mendengar suara yang berada di talian. Kenapalah aku tak tengok dulu siapa yang call? Nasib kaulah telinga kena dengar orang membebel.

"Office. Why?" Walaupun sudah tahu kenapa dia tetap bertanya.

"Saya nak awak turun sekarang!" arah Rafiq tegas. Dia sudah masak dengan perangai Aira. Apabila sudah bekerja, memang takkan menghiraukan tentang diri sendiri.

Aira berdecit perlahan apabila mendengar arahan dari Rafiq. Dia tak suka mendengar suara tegas Rafiq. "But..."

"No but Aira. Now!" Sekali lagi Rafiq bersuara tegas tanpa mahu berkompromi dengan Aira. Dia tahu Aira akan mengikut kata-katanya. Kalau tak tahulah apa yang hendak dibuat. Aira juga tahu apa yang dia akan buat.

"Okay, fine!" Aira mengalah dengan Rafiq. Dia tak boleh membantah cakap Rafiq kalau dia tak ikut katanya pasti Rafiq akan buat sesuatu yang Aira tak suka.

"Good girl. I wait for you at DeliFrance." Aira mematikan talian. Dia mengeluh seketika apabila mendengar arahan Rafiq tu. Rasa sayang hendak melepaskan kerjanya yang belum siap tetapi dia terpaksa akur dengan arahan Rafiq.

AIRA tiba di DeliFrance yang Rafiq maksudkan tadi. Kakinya melangkah masuk ke dalam restoran yang memang terkenal dengan pelbagai jenis pasta dan spagetti yang sedap. Perutnya berbunyi kerana terlalu lapar sebab pagi tadi dia belum sempat bersarapan dengan Arina dan Syaqila. Dia menuju ke arah Rafiq yang sedang duduk dengan seorang lelaki tetapi dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu membelakangi arahnya.

"Sorry, I'm late," ujar Aira yang rasa berasalah buat dua orang lelaki itu tertunggu-tunggu akan kehadirannya.

"It's okay. Have a seat," pelawa Rafiq.

Aira mengambil tempat di sebelah Rafiq. Kalau dia duduk di sebelah lelaki itu mungkin dia tak akan selesa. Serta-merta wajah Aira yang masam kerana terpaksa mengikut cakap Rafiq bertambah masam apabila dia bertentang mata dengan lelaki itu. Buat mood aku dua kali ganda down. Spoil betul Superman ni.

"Nak kena ugut baru dengar cakap. Kalau tak memang takkan berganjak dari tempat duduk tu. Nasib baik saya ingat nak belanja awak hari ni. Kalau tak memang dah terperuk kat ofis tu. Kerja, kerja juga tapi kesihatan tu yang paling penting tak boleh diabaikan. Kalau sakit macam mana?" Rafiq sudah mula membebel.

Aira sudah tarik muka mendengar bebelan Rafiq. "Pergi klinik, settle masalah."

"Menjawab, menjawab. Dari dulu perangai tu tak pernah nak berubah. Memang boleh pergi klinik tapi siapa nak jaga bila awak sakit? Buat macam ni lagi saya suruh mak dan abah cari calon suami untuk awak. Senang ada orang nak jaga awak bila sakit."

Bulat mata Aira mendengar kata-kata Rafiq. "Please, jangan bagitahu abah," rayu Aira.

"Tahu takut. Dah tak payah nak buat muncung itik. Dah makan. Saya dah pesan favourite awak, Fettucine Carbonara," arah Rafiq sekali lagi.

Aira terpaksa akur dengan arahan Rafiq.

"Kau tengoklah tu, Qal. Aku ugut baru nak makan. Dia ni bila dah mengadap kerja jangan suruh dia rehat ke makan ke memang dia tak akan buat. Bila kerjanya siap barulah dia buat. Workaholic! Macam kau." Rafiq ketawa.

Apa kes bagitahu pasal aku kat lanun ni. Lanun ni bukan ada perasaan pun. Ewah, ewah dan ewah sedap dia samakan aku dengan lanun tu. Aira hanya menumpukan perhatiannya pada makanan. Sepatah pun dia tak menyampuk perbualan Rafiq dan Haiqal. Makan lebih baik.

Olvasás folytatása

You'll Also Like

501K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
5.4M 238K 51
" ― cause your personality makes me fall for you all over again." - Hani Daerina Dawson. [ Start - 18 / 5 / 2018 ] [ End - 4 / 12 / 2018 ] p/s: sumpa...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...
399K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...