Suami Sementara © ✔️

By dsyluv

2.9M 98.5K 2.3K

" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia lan... More

1 MILLION
PROMOTE ;
FIRSYA;
SATU - ' Permintaan daddy '
DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
TIGA - ' Awak saya punya. '
EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
LIMA - ' Rasya setuju '
ENAM - ' Awak bukan kawan saya '
TUJUH - ' Cuma sementara '
LAPAN - ' Daddy pergi '
SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '
SEPULUH - ' Rindu daddy '
SEBELAS - ' Siapa Daniel ? '
DUA BELAS - Jumpa Firash.
TIGA BELAS - Perth, Australia.
Penjelasan.
EMPAT BELAS - Sakit hati.
LIMA BELAS - Rahsia bocor
ENAM BELAS - Malaysia
TUJUH BELAS - Wasiat.
LAPAN BELAS - Asya&Mika
SEMBILAN BELAS - Kahwin
DUA PULUH SATU - Honeymoon
DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )
DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )
DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.
DUA PULUH LIMA - Dendam
DUA PULUH ENAM - Kejam
DUA PULUH TUJUH - Risau.
DUA PULUH LAPAN - Makcik
DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat
TIGA PULUH - Bukan Harriz.
TIGA PULUH SATU - Beranikan diri
TIGA PULUH DUA - Merayu
TIGA PULUH TIGA - Berahsia
TIGA PULUH EMPAT - Mimpi
TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "
TIGA PULUH ENAM - Bersatu
TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.
TIGA PULUH LAPAN - Positive!
TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.
EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
EMPAT PUlUH SATU - Benci
EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali
EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.
EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
- Special Chapter -
EPILOG
Terima kasih readers 💕

DUA PULUH - Jatuh

65.5K 2.2K 33
By dsyluv

Sinaran matahari yang mencuri-curi menerobos dari sebalik langsir bilik mula mengganggu lena Rasya. Rasya meraba-raba mencari teddy bear pemberian daddynya. Tiba-tiba dia terasa seperti ada sesusuk badan sasa baring disebelahnya. Dengan pantas dia menolak orang yang tidur disebelahnya itu jatuh dari katil.

" Arghhh! " jerit Firash menyerang sakit kerana tangannya terkena bucu meja.

" Kau siapa?! kenapa kau ada dalam bilik aku?! " soal Rasya dalam keadaan masih mamai.

" Sayang, ni saya lah suami awak. " balas Firash dalam keadaan menahan sakit. Tangannya seperti terseliuh sedikit. Kuat juga Rasya tolak dia jatuh katil.

" Bila masa pulak aku kahwin ni. " Kata Rasya kebinggugan. Dia menggaru-garu kepalanya.

" Rasya Medina saya lah Firash Mikhail suami awak. Semalam kite bernikah takkan harini dah lupa? " soal Firash dengan geram. Rasya membulatkan matanya. Baru dia teringat yang semalam dia sudah bernikah dengan Firash. Dia turun dari katil dan duduk disebelah Firash. Tangan Firash yang sakit itu ditiup dan diusap dengan perlahan.

" I am sorry Firash. Sakit ke? " soal Rasya, risau.

" Sedap Rasya sedap. Lepasni tolak lah saya jatuh bangunan pulak ya. " Jawab Firash sedikit menyindir.

" Awak lah siapa suruh tidur sekatil dengan saya kan dah kena tolak. Saya ni tidur lasak. Padan muka awak. "

" Awak yang izinkan saya tidur sekatil dengan awak kan. Salahkan saya pulak. Dahlah saya nak solat subuh. Cakap dengan awak menyakitkan hati je. " Ujar Firash, dingin. Firash terus bangun dan masuk ke bilik mandi. Wajahnya masam mencuka.

Rasya memukul dahinya perlahan.
" Ash sorrylah. Saya lupa... " Rasya cuba memujuk Firash namun Firash terus berlalu masuk ke bilik mandi. Perasaan bersalah mula menyinggah di hatinya. Yelah dah tolak suami jatuh katil kan.

---------

" Firash, dari tadi awak taknak cakap dengan saya. Saya minta maaf sebab tolak awak sampai jatuh dari katil. Saya betul-betul lupa yang saya dah kahwin. " Rasya capai jari-jemari Firash. Dipegang kukuh.

" Saya tahu awak tak sayangkan saya tapi janganlah sampai buat tangan saya terseliuh. Macam mana saya nak kerja nanti? " soal Firash. Perlahan-lahan Firash menarik tangannya. Genggaman tangan itu dileraikan. Sengaja dia berbuat begitu kerana mahu dipujuk oleh Rasya.

" Ha terseliuh? Jom kite pergi klinik. Nanti bengkak pula. "

" Nanti saya pergilah. " balas Firash, malas.

" Kita pergi sekarang jelah. "

" Klinik belum buka lagi Puan Rasya Medina. "

Rasya tersengih pada Firash. Firash masih masam mencuka. Susah betul nak pujuk Firash ni. bisik hati Rasya.

"  Ash, sorry lah. " Ucap Rasya sekali lagi. Entah sudah kali keberapa dia meminta maaf pada Firash pun dia tidak tahu.
Firash memandang wajah Rasya. Bersungguh-sungguh isterinya itu mahukan kemaafan darinya.

" Kalau saya maafkan awak, saya dapat apa? " soal Firash sambil mengangkat kening.

" Awak ni nak maafkan orang pun minta balasan. Awak maafkan saya, awak dapat pahala lah. " balas Rasya selamba.

Firash terkedu seketika.
" Yelah saya maafkan awak. Tapi boleh saya minta sesuatu dekat awak? "

" Nak minta apa? "

Firash tersenyum sampai ketelinga. Sedikit demi sedikit mukanya di dekatkan dengan muka Rasya.
Rasya melihat muka Firash semakin dekat dengannya. Cepat-cepat dia menolak tubuh sasa Firash itu supaya menjauh. Sekali lagi Firash jatuh dari katil.

" Rasya Medinaa!!!! " Jerit Firash. Kali ini punggungnya pula sakit. Rasya memang kejam. Tadi tangan yang sakit, sekarang punggung pula. Nasib lah dapat isteri macam ni. keluh Firash. Rasya sekadar tersenyum melihat Firash yang sedang menahan sakit.

" Itu balasan untuk orang gatal macam awak. " ujar Rasya dengan senang hati. Firash menjeling tajam ke arah Rasya. Baru nak sakat sikit sudah diri sendiri yang sakit. Firash cuba untuk bangun, lalu dia terus keluar dari bilik itu. Panas ! Panas !

                             ----------

" Selamat pagi mama. " ucap Rasya kemudian mengambil tempat di sebelah suaminya.

" Kenapa leher kamu tu Asya? " soal Puan Sri Mariam dalam nada mengusik. Hafiz disebelah tersenyum lebar. Rasya memegang lehernya. Takde apa-apa pun.

" Mana ade pape lah dengan leher Asya. " balas Rasya.

" Adik tak tengok cermin ke pagi ni? " soal Hafiz pula. Rasya menggelengkan kepalanya. Belum sempat lagi nak membelek muka depan cermin.

" Nanti adik tengoklah cermin. Mama, Hafiz dah tak sabar dah nak dapat anak buah ni. " kata Hafiz. Dia tersengih sampai ketelinga.

Rasya semakin pelik. Dia memandang Firash yang sedang makan. Muka Firash selamba saja. Rasya memegang lehernya. Ada apa sebenarnya dekat leher dia ni. Haih. Anak buah? lagilah dia tak faham. Ahh lantaklah.

" Hafiz jangan usik adik kamu tu. Dah cepat makan . " Kata Puan Sri Mariam.

Rasya mengambil sekeping roti dan disapu jem coklat. Kemudian wajah Firash di pandang sekali lagi.

" Merajok balik ke atuk ni? Haih nampaknya kene pujuk lagi sekali lah ni. " Omel Rasya dalam hati.

" Abang nak minum air apa? " soal Rasya dengan lembut. Yalah nak jadi isteri solehah kan. Firash memandang Rasya tanpa berkedip. Betul ke tadi Rasya panggil dia 'abang' ?

" Abang nak minum air apa? " Soal Rasya sekali lagi. Kaki Rasya di bawah sudah menyepak kaki Firash perlahan. Orang tanya dia boleh pulak diam.

" Oh haa saya eh bukan. Ab-ang nak air susu. " Balas Firash sedikit gagap. Dahi Rasya sedikit berkerut. Sejak bila Firash suka susu?

" Sejak bila abang suka susu? " soal Rasya sambil menuangkan air susu di dalam cawan Firash

" Ha air susu? Oh sejak keciklah. " Firash meneguk air susu dengan laju. Sebenarnya tadi dia mahu minta air kopi tapi entah kenapa boleh terminta air susu pulak. Padahal sebelum ni dia tak suka pun pada susu. Kalau minum mesti akan muntah.

Puan Sri Mariam pelik melihat Firash yang dari tadi gagap. Setahu dia Firash tidak ada penyakit gagap pun.

Firash berhenti mengunyah roti. Tekaknya terasa sedikit loya. Seperti mahu memuntahkan sesuatu. Cepat-cepat Firash meminta izin untuk naik kebilik.

Rasya melihat Firash berlari tak cukup tanah naik ke bilik. Dia tersenyum kecil. Nak muntah lah tu. Itulah nak menipu tak pandai.

                            ----------

Rasya masuk ke bilik. Terlihat Firash sedang baring di atas katil. Mukanya sedikit pucat. Rasya mendekati Firash. Dia meletakkan tangannya ke dahi Firash untuk merasa suhu badan Firash. Biasa saja tak demam pun.

" Awak okey tak ni Ash? " tanya Rasya, risau. Firash hanya menjawab dengan gelengan sahaja. Tak larat nak bercakap. Penat dari tadi keluar masuk bilik air. Macam orang mengandung dah gayanya.

" Awak restlah dulu. Saya nak pergi tolong mama kat bawah kejap. " Belum sempat Rasya mengatur langkah, Firash sudah menggenggam erat tangan Rasya. Rasya cuba untuk melepaskan pegangan itu namun gagal. Kuat benau Firash ni.

" Teman abangg... " kata Firash dengan lemah. Firash bergerak sedikit untuk memberi Rasya ruang untuk baring. Rasya hanya menurut dan membaringkan dirinya disebelah Firash. Lengan sasa Firash menjadi bantalnya. Best rupanya baring dekat lengan orang ni.

" Abang minta maaf sebab buat love bite dekat leher sayang.... " ujar Firash perlahan. Terbeliak biji mata Rasya bila dengar Firash cakap macam tu. Rasya terus bangun dan melihat dirinya di cermin. Lehernya di belek-belek. Yes memang ada kesan gigitan. Tapi bukan dari nyamuk biasa. Ini gigitan dari nyamuk gatal macam Firash.

" Patutlah mama tanya kenapa. Bila awak buat ha? " soal Rasya dengan geram. Firash sekadar tergelak kecil. Sakit-sakit pun masih boleh gelak.

Rasya mendekati Firash dan mencubit lengan Firash dengan kuat. Sakit betul hati dia . Memang patut pun Firash kena tolak jatuh dari katil.

" Ouch! sakitlah sayang. Abang tak sengaja. Habistu semalam abang tengok sayang sexy sangat jadi abang TERbuat love bite dekat leher sayang. Bukan tempat lain pun. Sayang tu tidur lena sangat siapa suruh. Syok lah abang mengusik sayang. " Makin galak gelak Firash. Muka Rasya masam mencuka.

" Terbuat konon. Padahal memang nak buat.  Kalau ya pun janganlah sampai tinggalkan bekas. Taknaklah layan awak. Baik turun bawah tolong mama. Dapat pahala jugak. "

" Kalau sayang layan abang, lagi berganda-ganda tau pahala dia. " Firash sengaja mengusik Rasya. Rasya dengan segera menjarakkan dirinya dari Firash. Dia belum bersedia lagi untuk itu.

" Saya keluar dulu. Awak rehatlah. " Kata Rasya. Dia mengatur langkah keluar dari bilik dengan laju. Takut kalau-kalau Firash tahan dia dari bangun macam tadi tak ke bahaya. Huhu

Firash tergelak melihat Rasya yang sedikit takut itu. Dia tahu isterinya itu belum bersedia untuk menjalankan tanggung jawab seorang isteri lagi satu tu. Dia akan memberi Rasya masa untuk itu. Tapi kalau boleh janganlah lama sangat. Teringin juga nak ada babies. Haha.

Continue Reading

You'll Also Like

136K 4.5K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...
178K 9.8K 25
" I'm to tired to love , I'm afraid of losing . But since i met you , my souls eager to life . " ----- Amaran : cerita ini mengandungi unsur yang ak...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
108K 10K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...