Prince on White Horse (Bakal...

By Nur_Haura

2.2M 51.7K 2K

Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus me... More

BAB 1: Airport
BAB 2: First Meet
BAB 3: Parking Kereta
BAB 5: Third Meet
BAB 6: Projek RM200 Juta
BAB 7: Officially Know
BAB 8: Aira is Project Manager
BAB 9: Haiqal d'Andrew
BAB 10: Kapten Lanun
BAB 11: Workaholic
BAB 12: Overnight
BAB 13: Shopping
BAB 14: Kawan Lama
BAB 15: D-day for Project
BAB 16: Tengku Izz Ilham
BAB 17: Ferrero Rocher
BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah
BAB 19: Rafiq Marah
BAB 20: Accidently in His Hug!
BAB 21: Fake Confession
BAB 22: He Save Her Life
BAB 23: Lamaran di Shopping Mall
BAB 24: Kad Misteri
BAB 25: Her Superman
BAB 26: Balik Kampung
BAB 27: Haiqal Sesat
BAB 28: Peneman
BAB 29: Sizzling
Bab 30: Reunion Party I
Appreciate + Promote
Extra
EBOOK POWH

BAB 4: Second Meet

39.1K 1.7K 49
By Nur_Haura

BUK!

"Adoi... doi... Sakitnya punggung aku," adu Aira sambil menggosok tempat yang sakit. Dia bangun dari tempat jatuhnya. Beg tangan yang melurut jatuh disangkut kembali pada bahu. Briefcase yang terdampar di atas jalan diambil. Dia menilik baju kurungnya. Nasib baiklah tak koyak.

Tiba-tiba wajahnya berkerut seribu apabila terasa sakit di bahagian telapak tangannya. Telapak tangan kirinya yang melecet akibat terjatuh tadi. Dia meniup lembut ke arah telapak tangan yang luka itu. Pedihnya! Rasa marah mula menyerbu dirinya apabila mengenangkan pemandu kereta yang hampir melanggarnya tadi. Dia toleh ke kiri dan ke kanan, tiada orang.

"Oi! Sedara seagama se-Islam, tak nampak orang ke, hah?" jerit Aira dengan perasaan geram. Aku yang selim-melim pun boleh langgar, bebel Aira dalam hati.

Ferrari 458 yang berwarna putih yang hampir melanggarnya tadi berhenti dan mengundur ke belakang dekat dengan Aira yang hendak meletup itu. Aira melangkah ke arah kereta mewah itu dan mengetuk cermin kereta lalu memberikan isyarat menyuruh pemandu tak berhemat itu keluar. Seorang lelaki kacak bercermin mata hitam keluar daripada perut Ferrari putih itu. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya lalu diselit dicelah baju kemejanya.

Wow! Mata dia warna birulah ke mat salih? Ah, lantaklah ada aku kisah! Tapikan macam pernah tengok je muka mamat Superman ni kat mana ye? Ala... Masa nilah tak ingat. Lain kali jelah aku ingat muka Superman ni.

"Assalamualaikum, Encik ni reti ke tidak bawak kereta?" Wah! Baik punya mukadimah nak marah orang.

"Waalaikummussalam, yes anything?"

Ooo... Orang Melayulah tu boleh jawab salam tu, getus Aira dalam hati.

"Encik dah langgar saya boleh pulak encik tanya ada apa." Suara Aira sudah naik sedikit volume suaranya.

Haiqal merenung ke arah wajah gadis bertudung yang sedang marah itu. Macam pernah nampak budak ni. Hmmm... Kat mana ye aku nampak dia ni? Oh ya! Aku pernah jumpa dia kat restoran minggu lepas.

"So? Apa kena-mengena dengan I?" Sengaja Haiqal menambah bara dalam hati gadis bertudung itu.

Aira ketap gigi. Geramnya aku dengan mamat perasan mat saleh ni.

"Awak dah langgar saya sampai terjatuh dan menyebabkan telapak tangan saya melecet tahu tak?" Aira menunjukkan telapak tangannya yang terluka itu. Haiqal tengok tanpa perasaan bersalah membuatkan Aira sakit hati dengan lelaki yang berada di hadapannya.

"That's not my problem. You tanggung sendiri." Selamba Haiqal berkata.

"Sebab awak saya tangan saya luka. At least, minta maaflah ni tak, buat tak tahu."

"Miss, it's your fault. You yang berdiri dekat garisan putih tu apasal. There is no reason for me to apologize." Haiqal enggan meminta maaf.

"Saya dah jauh dari garisan putih tu. Awak yang bawak kereta macam jet fighter awak ingat jalan ni nenek moyang awak punya." Aira membela diri.

"Alasan. You tu yang tak berhati-hati nak salahkan orang."

"Awak tu pemandu yang tak berhemat yang tahu nak menambahkan bilangan kemalangan di jalan raya." Aira tetap mempertahankan dirinya.

Garang dan keras kepala. Itu yang Haiqal boleh simpulkan oleh gadis itu. Tetapi kata-kata gadis itu buat dia panas hati.

"Kau jangan nak salahkan orang kalau itu dah memang salah orang. Hari tu kau tuduh aku dan hari ni kau tuduh aku pulak." Haiqal sudah menukarkan panggilan.

La... Superman ni yang langgar aku kat restoran minggu lepas. Ingatan Aira sudah kembali. "Dah memang salah awak."

"Bertekak dengan kau ni buang masa aku je lebih baik aku blah daripada bergaduh dengan kau yang dah macam budak-budak, budak." Haiqal kembali masuk ke dalam kereta.

Dia panggil aku budak? Eee.. kurang asam jawa kau. Kau tak sedar pulak yang perangai kau dah macam lanun. Huh!

Vroom!

"Dia blah macam tu je? Oi, sedara minta maaf la dulu kau tak tahu adab Melayu ke? Ke kau guna adab orang Uganda? Menyampah betul aku dengan kau. Syaqila pun satu boleh dia hantar aku kat seberang jalan je? Hantarlah depan ofis aku kan senang tak kena aku bersusah payah nak menyeberang segala bagai. Sekarang ni aku hampir kena langgar dan tangan aku luka. Ni semua Superman tu punya pasal sedap-sedap je dia blah macam tu je dengan tak minta maaf. Kau hutang dua kali maaf dengan aku Superman ." Aira membebel seorang diri sambil melangkah masuk ke dalam syarikat Silver Holding. Sakit betul hatinya apabila mengenangkan lelaki yang dah dua kali yang melanggarnya.

SEORANG perempuan yang sangat seksi berambut panjang melangkah masuk ke dalam pejabat dengan berjalan ala-ala model. Dia berhenti di depan meja salah seorang staf di situ. Dia menanggalkan cermin mata hitam yang menghiasi wajah cantiknya.

"You ni secretary Haiqal? Tell him I want tu see him now," arahnya bagai dia bos di situ.

"Ya, cik..."

"Rita," celah perempuan seksi itu.

"Cik Rita, sebenarnya cik tidak boleh datang ke sini sebab Encik Haiqal tidak benarkan sesiapa pun datang ke sini atas urusan peribadi," terang Maisarah sebagai secretary kepada Haiqal.

"Hei, You ni siapa nak cakap macam tu pada I? I ni girlfriend dia suka hati I la nak datang sini ke tak." Rita sudah meradang.

Sejak pula Encik Haiqal ada girlfriend ni? Setahu aku, bos aku ni still single-mingle lagi. Memang sah perempuan ni syok sendiri, desis Maisarah dalam hati.

"Maaflah, Cik. Encik Haiqal memang dah bagi arahan yang orang luar tak boleh masuk atas urusan yang tak penting. Encik Haiqal sendiri tak bagi girlfriend dia datang sini."

"I don't care. I nak jumpa dia." Rita tetap berdegil hendak bertemu Haiqal.

Seorang perempuan yang juga seksi muncul juga bertanyakan Haiqal. Ah, bala dah datang berganda-ganda! desis Maisarah dalam hati.

"Hei, you siapa nak jumpa boyfriend I," bentak Rita.

"I, Susan girlfriend Haiqal." Bangga Susan berkata menyebabkan kemarahan Rita naik mendadak.

"Hei, kau tu tak layak jadi girlfriend Haiqal," jerit Rita yang mengalih perhatian staf-staf yang berada di situ.

"Excuse me? You ke I? Setahu I Haiqal tak ada girlfriend dan kami officially jadi couple." Sekali lagi Susan menambah minyak ke dalam hati Rita yang memang sudah membara ketika itu.

"Cik Rita, Cik Susan... Tolong jangan bergaduh kat sini kita boleh bincang elok-elok." Maisarah cuba menenang kedua-dua perempuan itu apabila merasai bibit-bibit pergaduhan yang bakal tercetus.

Larangan Maisarah bagai angin lalu buat mereka berdua. Tidak lama kemudian, Maisarah ternampak seorang lagi perempuan seksi yang pernah datang ke sini beberapa hari lalu iaitu Julia. Bala dah datang runtuhlah syarikat ni nanti.

"Cik Julia! Cik Julia, tak boleh masuk ke dalam ni." Maisarah mencegah Julia daripada melangkah masuk ke dalam bilik Pengarah Urusan.

"Apa pulak I tak boleh nak jumpa boyfriend I sendiri?"

"What?" jerit Rita dan Susan serentak.

Mereka mula bergaduh tanpa mempedulikan Maisarah yang cuba meleraikan pergaduhan di antara perempuan-perempuan seksi itu.

"Stop it!" lantang suara Haiqal.

Suara Haiqal yang bergema baut ketiga-tiga perempuan seksi itu berhenti bergaduh. Pekerja-pekerja yang berada di situ terus menunduk kepala dan tekun membuat kerja kerana takut dengan bosnya yang sentiasa tegas dan susah nak senyum tu.

"How did you get here? How many time I tell you don't come here?" suara Haiqal kian meninggi.

"Tapi Qal I nak jumpa you," rengek Rita.

"I pun," kata Julia dan Susan serentak.

"I tak suka orang datang ke ofis I tanpa urusan penting. Pergi dan jangan ganggu I lagi. Just go before I call security." Suara Haiqal tetap meninggi tetapi tidak terkesan pada ketiga-tiga perempuan seksi tersebut dan masih berdiri di situ tanpa berganjak sedikit pun.

"Maisarah, call security now!" arah Haiqal. Maisarah yang menunduk terus sahaja mematuhi arahan bosnya itu.

"Okay, fine."

Mereka bertiga mengalah dan melangkah pergi.

"Maisarah!"

"Ya, Encik Haiqal?"

"Kalau dorang datang lagi call saja security." Haiqal mengeluarkan arahan.

"Baik, Encik Haiqal."

Haiqal menyandar selesa pada kerusinya yang empuk itu. Dahinya diurut perlahan apabila terasa kepalanya berdenyut-denyut. Inilah sebabnya dia tak kenal mana-mana perempuan dan dia lebih rela jadi single-mingle. Sudahlah dia berserabut dengan insiden dengan gadis bertudung yang asyik nak salahkan dirinya. Ingatkan bila dah sampai ofis dia boleh tenang buat kerja tetapi hal lain pulak yang menimpa. Macam manalah si Rafiq handle masalah macam ni.

Dia kenal Susan dan Rita disebabkan Rafiq. Beberapa kali Rafiq mengajaknya untuk menemani lelaki itu ke fashion show teman wanita kawannya itu. Ketika itulah Rafiq memperkenalkan kedua-dua perempuan itu dengannya dan Rafiq juga yang rajin bagi kad bisnesnya kepada mereka berdua. Kalau bukan tindakan Rafiq sudah tentu dia boleh hidup dengan aman tanpa sebarang masalah.

Julia pula dia kenal minggu lepas ketika dia pulang dari USA dan tindakannya bagi kad bisnes pada Julia adalah satu kesilapan baginya dan dia menyesal. Sekarang ketiga-tiga perempuan tu sudah salah anggap tentang hubungan mereka yang dia anggap hanya sekadar kawan biasa.

AIRA memandang perempuan seksi yang melangkah pergi setelah keluar daripada bilik CEO. Pintu bilik CEO yang tertutup rapat dan perempuan seksi itu silih berganti sehingga perempuan itu hilang dari pandangannya.

"Are you jealous?" usik Jay apabila melihat Aira tak lepas memandang perempuan seksi itu.

"Don't be ridiculous, Jay. I nak jealous lambat lagi, okey? You bukan tak tahu perangai bos kita tu yang lain daripada yang lain tu. I cuma tertanya-tanya dia tu yang ke berapa," kata Aira dengan selamba dan tak ada perasaan. Dia kembali fokus kepada kertas kerja yang dibentangkan atas meja Jay.

"You ni Aira tak habis-habis nak kira girlfriends bos tu. I ingatkan you dah resign buat semua tu." Jay memperlahankan suaranya kerana takut didengar oleh bosnya sendiri.

"Dah terbiasa Jay nak buat macam mana lagi," balas Aira.

Aira pernah berkerja sebagai PA kepada Rafiq dalam tempoh yang agak panjang semasa dia masih bergelar sebagai pelajar di universiti. Dia berkerja pun hanya untuk mencari duit lebih dan boleh dia menampung hidupnya di universiti. Dia sangat bernasib baik yang Rafiq sanggup mengambilnya sebagai PA biarpun dia masih seorang pelajar ketika itu.

Skop kerja sebagai PA adalah menyusun jadual untuk Rafiq bertemu teman wanita-teman wanita lelaki itu. Sakit jugak kepalanya buat semua tu ditambah lagi dengan semua teman wanita lelaki itu jenis keras kepala. Selain itu, dia juga perlu menemani Rafiq setiap kali ada meeting atau melawat tapak projek. Bukan itu saja dia juga selalu kena menemani mama Rafiq iaitu Datin Noriah ke mana-mana sahaja. Banyak betul skop kerjanya sampaikan dia juga kena buat proposal untuk mendapatkan projek.

"I rasakan perempuan cun tadi tu yang kesepuluh kot untuk tahun ni," sampuk Kevin, seorang pembantu arkitek kepada Jay yang dari tadi berdiam diri saja di mejanya.

"Seriously?" Aira agak terkejut.

"Entahlah, I pun tak tahu I cuma agak je." Kevin sengih.

"You ni jangan nak cakap sembarangan nanti timbul fitnah pulak," tegur Aira dengan lembut.

"Aira, you tahu tak yang minah bunga kembang setaman tu dah nak kahwin." Kevin sudah membuka kelab gosip dan mestilah Aira yang akan join dulu.

"It is true? I don't believe this." Aira seakan-akan tak percaya akan kata-kata Kevin.

"Mula-mula I pun tak percaya tapi bila dia dah tunjuk depan mata kad kahwin dia barulah I percaya," cerita Kevin.

"I tak sangka dia dah nak kahwin. I still ingat lagi dia datang sini nak hantar bunga yang I pesan untuk girlfriend bos. Dalam masa yang sama bos keluar dari bilik dia, apalagi kuch kuch hota hai la minah tu nampak bos. But, all she did to keep wooing our boss, there is nothing she get."

Aira teringat seorang perempuan seksi yang berkerja di kedai bunga yang selalu menghantar bunga kepada Rafiq. Macam biasa la Rafiq sangat memilih orangnya, bukan sebarang perempuan yang boleh menjadi teman wanita lelaki itu. Kebanyakan teman wanita lelaki itu terdiri daripada anak orang kaya, model, dan pramugari.

"Kesian pula bila teringat kat dia sebab dah lama dia cuba mengurat bos tetapi tak dapat dan sekarang dia dah nak kahwin dengan orang lain," luah Kevin.

"Nak buat macam mana lagi dah tak ada jodoh hidup kena diteruskan," kata Aira.

"Bos kecik dan staf sama naik," celah Jay.

"Ala, rileks la Jay ni cuma iklan je jangan la nak serious sangat."

Kevin mengangguk setuju dengan Aira. Mereka kembali menyambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi.

Continue Reading

You'll Also Like

739 79 12
Selepas 14 tahun mereka berpisah, akhirnya takdir menemukan mereka kembali bersama satu rasa yang sama: benci. "Kahwin dengan aku, Tia Amelia." - Noa...
4M 246K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...
8.9M 468K 68
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...