Suami Sementara © ✔️

By dsyluv

2.9M 98.4K 2.3K

" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia lan... More

1 MILLION
PROMOTE ;
FIRSYA;
SATU - ' Permintaan daddy '
DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
TIGA - ' Awak saya punya. '
EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
LIMA - ' Rasya setuju '
ENAM - ' Awak bukan kawan saya '
TUJUH - ' Cuma sementara '
LAPAN - ' Daddy pergi '
SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '
SEPULUH - ' Rindu daddy '
SEBELAS - ' Siapa Daniel ? '
DUA BELAS - Jumpa Firash.
TIGA BELAS - Perth, Australia.
Penjelasan.
EMPAT BELAS - Sakit hati.
LIMA BELAS - Rahsia bocor
ENAM BELAS - Malaysia
TUJUH BELAS - Wasiat.
LAPAN BELAS - Asya&Mika
DUA PULUH - Jatuh
DUA PULUH SATU - Honeymoon
DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )
DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )
DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.
DUA PULUH LIMA - Dendam
DUA PULUH ENAM - Kejam
DUA PULUH TUJUH - Risau.
DUA PULUH LAPAN - Makcik
DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat
TIGA PULUH - Bukan Harriz.
TIGA PULUH SATU - Beranikan diri
TIGA PULUH DUA - Merayu
TIGA PULUH TIGA - Berahsia
TIGA PULUH EMPAT - Mimpi
TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "
TIGA PULUH ENAM - Bersatu
TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.
TIGA PULUH LAPAN - Positive!
TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.
EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
EMPAT PUlUH SATU - Benci
EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali
EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.
EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
- Special Chapter -
EPILOG
Terima kasih readers 💕

SEMBILAN BELAS - Kahwin

66.5K 2.3K 39
By dsyluv

Suka atau tidak, Rasya terpaksa akur yang dia akan berkahwin hari ini. Beberapa minit lagi dia akan menjadi isteri kepada Firash Mikhail. Mereka tidak bertunang kerana katanya membuang masa. Terus saja akad nikah.

Dari mulanya ada sedikit pergaduhan tentang perkahwinan ini. Seminggu sebelum perkahwinan ini berlangsung Rasya tidak mahu berjumpa dengan Firash. Dia tidak mahu mengahwini Firash kerana dia tidak kenal siapa Firash Mikhail yang sebenar. Tetapi lepas di pujuk berkali-kali oleh Firash dan Firash mula menceritakan sedikit demi sedikit tentang mereka berdua ketika kecil, Rasya mula dapat menerima Firash kembali.
Bukanlah bermaksud dia sudah jatuh cinta pada Firash, tetapi semua ini dia lakukan atas wasiat daddy.

Rasya melihat dirinya dihadapan cermin. Cantik! memang nampak seri pengantin tu. Pandai mak andam solekkan dia. Alhamdulillah tak jadi macam opera cina. Rasya tersenyum sendiri di hadapan cermin.

" Ehemmm. Tahulah dah nak kahwin tapi janganlah jadi angau sampai senyum sorang-sorang depan cermin. " Tegur satu suara dari belakang. Senyuman Rasya mati serta-merta. Dia terus menoleh kebelakang. Terlihat Amirah sedang berdiri sambil tersenyum padanya. Terus Rasya mendekati Amirah dan memeluk tubuh Amirah dengan erat.

" Amirah rindunya aku dekat kau. Lama gila tak jumpa kau. " Kata Rasya dengan gembira.

" Aku pun rindu dekat kau. " Balas Amirah. Rasya melepaskan pelukan itu dan melihat wajah Amirah. Sedikit muram dan Rasya mengerutkan dahinya. Tadi gembira, ni kenapa tiba-tiba muram?

" Kau kenapa Amirah? " soal Rasya sedikit risau.

Amirah membuat muka sedih.
" Lepasni aku tak boleh dah lepak dengan kau. Tak boleh dah nak tidur sekatil dengan kau. Aku dah tinggal sorang-sorang. "

" Weh janganlah macam ni. Kita boleh lagilah lepak sama-sama. Tidur sekatil pun boleh. "

Amirah memukul bahu Rasya dengan perlahan dan dia ketawa kecil.
" Tak boleh lah. Kau tu akan jadi isteri orang. Eyy dah dah aku naik bilik ni pun sebab nak panggil kau. Pengantin lelaki dah sampai. "

Rasya berjalan ke arah katil dan dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia mengeluh kecil.
" Mira, aku taknak kahwin... "

Amirah duduk disebelah Rasya dan menggenggam erat tangan Rasya.
" Aku tahu kau tak cintakan Firash. Tapi kau kene kahwin, demi daddy kau ya Asya? "

" Kalau aku tak bahagia macam mana?"

" Jangan risau. Firash mesti buat kau bahagia. Percaya cakap aku. Aku tahu Firash cintakan kau sangat-sangat dan engkau pula belajar cintakan dia ... "

" Jangan sedih-sedih. Jom turun. " Sambung Amirah. Amirah menarik tangan Rasya untuk bangun. Rasya hanya menurut dan bibirnya mengukir senyuman.

' Daddy, i miss you so much. ' Ucap Rasya di dalam hati.

------------

" Aku nikahkan dikau dengan Rasya Medina binti Tan Sri Hamid dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai. "

" Aku terima nikahnya Rasya Medina binti Tan Sri Hamid dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai! " Suara Firash kedengaran begitu jelas dan nyata.

" Sah? " tanya jurunikah kepada dua orang saksi di kiri dan kanannya.

" Sah.... " sahut kedua saksi itu serentak.

Lafaz itu mengundang air mata Rasya. Inilah kali kedua dia bernikah. Tetapi kali ini dia bernikah dengan lelaki yang dia tidak cintai. Mengenangkan Tan Sri Hamid yang tidak sempat melihat hari bersejarahnya ini dia terasa sedih. Apabila terpandang seraut wajah Firash yang kini bergelar suaminya begitu tenang mengaminkan doa selamat yang dibaca oleh jurunikah, perasaannya sedikit terusik.

Puan Sri Mariam memeluk Rasya dengan erat.
" Jaga suami elok-elok. Jangan abaikan suami ya. " Pesan Puan Sri Mariam.

Firash mendekati Rasya yang sudah sedia menanti untuk upacara membatalkan air sembahyang dan menyarungkan cincin. Mata Rasya yang masih bergenang bertaut dengan sepasang mata Firash yang sudah duduk dihadapannya. Firash mengesat air mata Rasya.

" Saya janji akan jaga sayang sepenuh hati saya. " bisik Firash ditelinga Rasya. Rasya hanya diam tanpa kata.

Sebentuk cincin berlian disarungkan ke jari manis Rasya. Kemudian Rasya menyarungkan pula sebentuk cincin platinum ke jari Firash, dan Firash mengadiahkan satu kucupan di dahi Rasya. Jurugambar dan juruvideo pula sibuk merakam saat-saat indah itu.

-----------

Rasya dan Firash masuk ke dalam bilik pengantin yang sudah dihias cantik. Rasya tidak peduli dengan usikan-usikan para tetamu.

" Terima kasih sebab awak sudi terima saya jadi suami awak. Walaupun suami sementara, tapi saya bersyukur sangat-sangat sebab orang yang saya cintai jadi milik saya. " Ujar Firash, gembira.

" Demi daddy, saya sanggup buat apa-apa pun. Asalkan daddy tenang dekat sana. " balas Rasya, dingin.

" Saya janji selagi saya ada dalam dunia ni saya akan bahagiakan awak. Itu janji saya. " Firash mengangkat sebelah tangannya membuat gaya berjanji.

Rasya memandang wajah Firash kejap. Lalu dia mengalihkan pandangannya ke lantai semula.
" Jangan taburkan janji melayu dekat sini. Saya tak suka. " Ujar Rasya.

" Apa yang awak perlu tahu, saya sangat-sangat cintakan awak sejak dulu lagi. Saya harap awak terima saya dan perkahwinan ini akan kekal hingga akhir hayat. " Ujar Firash.

" Saya tak pernah menyesal berkahwin dengan awak walaupun saya sendiri tahu awak langsung tak cintakan saya. Sebab saya tahu cinta itu akan hadir lama-kelamaan dan saya akan pulihkan ingatan awak semula. Jika saya gagal, maafkan saya sebab saya buat semampu saya. " Sambung Firash lalu dia terus keluar dari bilik. Rasya terdiam tanpa kata. Perasaannya sedikit tersentuh dengan kata-kata Firash tadi.

Rasya terus bangun dan mencapai tuala mandi. Dia mahu membersihkan dirinya. Badannya juga mula sakit-sakit akibat kepenatan. Ini baru akad nikah, jika ada bersanding pasti lagi penat.

Selesai membersihkan diri, Rasya mengambil telekung di dalam almari kemudian sejadah dibentang ke arah kiblat. Dia mahu melaksanakan solat isyak yang sudah masuk waktu tadi. Matanya melilau mencari Firash kalau-kalau Firash sudah masuk ke bilik semula tetapi tiada.

" Baru nak ajak solat berjemaah. " Gumam Rasya. Tanpa menunggu lama, dia terus membaca niat dan mengangkat takbir.

" YaAllah ya tuhanku, berdosakah aku sebagai seorang isteri tidak dapat menerima suamiku sendiri yaAllah? Aku takut yaAllah kejadian lalu akan berlaku lagi pada aku. YaAllah jika Firash Mikhail suamiku itu adalah jodohku, kekalkan lah perkahwinan kami ini. Jadikan lah aku seorang isteri yang solehah. Bukakan lah pintu hati ku ini untuk menerimanya YaAllah. " Ternitis air mata Rasya ketika berdoa pada yang maha esa. Firash yang baru saja ingin masuk ke bilik itu terus tidak jadi. Disebalik pintu, terdengar doa-doa Rasya itu membuatkan hatinya berasa sedikit sayu. Dia meninggalkan bilik itu semula. Tidak mahu mengganggu Rasya. Biarlah Rasya bersendirian seketika.

--------------

" Mama, mana Firash? " soal Rasya kepada Puan Sri Mariam yang sedang sibuk berbual dengan sanak-saudara yang masih tidak pulang lagi.

" Ada dekat taman mini tu. " jawab Puan Sri Mariam.

" Langsung tak boleh berpisah dengan suami ya Asya. " usik Puan Leha, kakak Puan Sri Mariam.

" Biaselah tu pengantin baru kan. Dulu-dulu kita pun macam tu juga Leha. " Kali ini usikan dari Puan Maria pula. Rasya naik menyampah berdiri lama-lama disitu. Dia terus keluar mencari Firash.

Terlihat Firash sedang duduk termenung di tepi kolam ikan. Rasya perlahan-lahan mendekati Firash. Dia duduk disebelah Firash lalu dia berdehem kecil.

" Saya nak cakap sedikit dengan awak. " Ucap Rasya dengan perlahan. Firash tersentak. Lamunanya mati serta-merta. Dia menoleh ke kanan, terlihat Rasya sedang duduk disebelahnya. Firash memberikan satu senyuman buat Rasya.

" Kenapa tak tidur lagi? " soal Firash dengan lembut.

" Saya tak boleh tidur selagi saya tak cakap benda ni pada awak. " jawab Rasya.

" Apa dia? cakaplah saya dengar. "

" Jujur dari hati saya yang saya langsung tak cintakan awak. Awak sendiri tahu benda tu. Sekarang kita dah kahwin atas niat nak turutkan kemahuan daddy tapi perkahwinan ni bukan kontrak. Dalam islam takde kahwin kontrak. Bila saya sudah sah menjadi seorang isteri maka saya harus mentaati suami saya dan belajar mencintai suami saya dengan sepenuh hati. " Rasya berhenti seketika. Firash masih mendengar dengan teliti.

" Tapi saya belum bersedia untuk melaksanakan tanggung jawab saya lagi satu tu. saya akan cuba mencintai awak. Saya akan belajar menerima awak dalam hidup saya. " Sambungnya.

Firash tersenyum.
" Saya faham awak belum bersedia tentang itu. Awak mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam perkahwinan ni. Ambil lah masa yang awak mahu saya tak kisah. Asalkan perkahwinan ini bukan lah kontrak seperti awak katakan sebelum ni. Kita sama-sama mempertahankan rumah tangga ini ya. " balas Firash dengan hati yang terbuka.

Rasya merasa sedikit lega bila Firash tidak kisah tentang itu. Sekarang sikit demi sikit dia harus belajar menerima Firash. Dia tidak mahu di campak ke dalam neraka hanya kerana dia derhaka pada suaminya. Kini syurganya di bawah telapak kaki suaminya, bukan mamanya lagi. Harus dia menghormati Firash.

" Lagi satu, saya nak minta maaf masa dalam bilik, saya terkasar bahasa dengan awak. Maafkan saya ya ? " Ucap Rasya.

Firash mengangguk.
" Abang maafkan segala salah silap sayang. Abang juga bukan manusia yang sempurna, banyak kekurangannya. Maafkan abang kalau abang buat sayang merana sebelum ini. Abang sayang isteri abang... " Ucap Firash dengan lembut. Rasya ketawa besar bila mendengar Firash mula mengelarkan dirinya abang.

" Kenapa sayang ketawa? " soal Firash dengan wajah pelik. Dahinya dikerutkan sedikit.

" Saya rasa kelakar bila awak mula gelarkan diri awak sebagai abang. " balas Rasya dalam ketawa yang masih bersisa.

" Okey apa. Orang selalu lepas kahwinkan panggil macam tu. "

" No no tak sesuai untuk awak. Awak sesuai di panggil atuk. " Rasya ketawa lagi.

Firash membuat muka geram. Ada ke patut muka kacak macam ni dipanggil atuk? memang nak kena Rasya ni.

Cupp!

Firash mencium pipi Rasya. Ketawa Rasya terus mati. Pipi Rasya sudah mula merah seperti tomato. Ada satu perasaan aneh yang menyinggah di hati Rasya namun cepat-cepat dia menghalau perasaan itu.

" Kenapa diam? Ketawalah lagi sayang. Suka tengok sayang ketawa." kata Firash sedikit menyindir. Rasya memukul bahu Firash sekuat hati. Geram sebab Firash mencium pipinya.

" Kenapa awak cium pipi saya ? " soal Rasya, geram.

" Sebab abang sayang sayang lah. " balas Firash selamba. Rasya menjeling tajam ke arah Firash dan dia terus masuk ke dalam rumah. Makin lama dia duduk disitu makin menjadi-jadi Firash ni.

Firash tersengih.
" Terlalu berani aku ni. " kata Firash seorang diri .


•••••

Amacam okey tak part ni ? Yay Rasya dengan Firash dah kahwin.

-Selamat pengantin baru Rasya dan Firash 💑

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 44.8K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...
605K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
135K 4.4K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...