Kiranya kau mahu dia
Silakan ambil dan simpan
Aku tak peduli
Hanya kerana dia
Permusuhan tercipta bagi kita
Yang tidak pernah bersua
Tak perlu ada dendam antara kita
Cukup kau ambil dia
Dan pulang
Cuma aku pelik
Kalian tinggi ilmunya
Mahu mempermainkan aku
Yang baru bertatih kepada-Nya
Bukan aku mencerca semua
Cuma seorang dua
Bukan sesiapa
Tapi kalian berdua