Suami Sementara © ✔️

By dsyluv

2.9M 98.5K 2.3K

" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia lan... More

1 MILLION
PROMOTE ;
FIRSYA;
SATU - ' Permintaan daddy '
DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
TIGA - ' Awak saya punya. '
EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
LIMA - ' Rasya setuju '
ENAM - ' Awak bukan kawan saya '
TUJUH - ' Cuma sementara '
LAPAN - ' Daddy pergi '
SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '
SEPULUH - ' Rindu daddy '
DUA BELAS - Jumpa Firash.
TIGA BELAS - Perth, Australia.
Penjelasan.
EMPAT BELAS - Sakit hati.
LIMA BELAS - Rahsia bocor
ENAM BELAS - Malaysia
TUJUH BELAS - Wasiat.
LAPAN BELAS - Asya&Mika
SEMBILAN BELAS - Kahwin
DUA PULUH - Jatuh
DUA PULUH SATU - Honeymoon
DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )
DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )
DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.
DUA PULUH LIMA - Dendam
DUA PULUH ENAM - Kejam
DUA PULUH TUJUH - Risau.
DUA PULUH LAPAN - Makcik
DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat
TIGA PULUH - Bukan Harriz.
TIGA PULUH SATU - Beranikan diri
TIGA PULUH DUA - Merayu
TIGA PULUH TIGA - Berahsia
TIGA PULUH EMPAT - Mimpi
TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "
TIGA PULUH ENAM - Bersatu
TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.
TIGA PULUH LAPAN - Positive!
TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.
EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
EMPAT PUlUH SATU - Benci
EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali
EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.
EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
- Special Chapter -
EPILOG
Terima kasih readers 💕

SEBELAS - ' Siapa Daniel ? '

53.9K 2.1K 70
By dsyluv

Siapa sangka selepas 5 tahun sudah berlalu secara tiba-tiba Rasya boleh terserempak dengan Daniel kembali. Dia masih tidak bersedia untuk melalui semua ini. Hati belum cukup tabah orang kata.

Kerana Daniel lah dia jadi sebegini rupa. Tak percaya akan perkahwinan dan menganggap perkahwinan itu satu perjudian. Senang cerita otak Rasya fikir perkahwinan tu seperti permainan. Macam masa kecik-kecik kau main kahwin-kahwin lepastu baru kahwin sehari dah berpisah. Yelah mak dah panggil suruh balik dah senja kan....

Mesti semua tertanya-tanya siapa Daniel Amir tu kan. Okey meh sini aku cerita.

5 Tahun yang lalu....

Rasya pernah bercinta dengan Daniel selama lima bulan. Selepas lima bulan, Daniel melamar Rasya untuk menjadi isterinya. Janji yang Daniel berikan setinggi gunung kinabalu, sampaikan Rasya sanggup membelakangkan keluarganya sendiri.

Hubungan dia dan Daniel tidak direstui oleh keluarga oleh kerana Daniel duda anak satu. Disebabkan itulah Daniel bernekad membawa Rasya ke Thailand dan berkahwin disana. Rasya hanya mengikut saja. Maklumlah dibutakan dengan janji-janji palsu dan ayat manis si Daniel tu.

Sebelum Rasya mengahwini Daniel, Daniel ada memberitahunya bahawa dia memerlukan wang sebanyak RM 1 juta untuk pembedahan anaknya. Walaupun sedikit pelik kerana Rasya lihat anak Daniel baik-baik saja namun Rasya tetap memberi wang itu. Tetapi selepas mereka selesai di ijab kabulkan.

Hari pertama Rasya berkahwin dengan Daniel.

Seperti yang dijanjikan oleh Rasya, dia memberikan cek bernilai RM 1 juta kepada Daniel. Sekali lagi Daniel membuat janji palsunya.

" Sayang thank you so much! I janji lepas anak I selamat operation I akan bayar balik semua tu. " Ujar Daniel. Dia mencium dahi Rasya.
Rasya hanya tersenyum. Tengok suami bahagia, dia pun terikut bahagia sama.

Selepas itu Daniel meminta izin untuk keluar berjumpa kawan sebentar. Tapi yang peliknya nak jumpa kawan, dengan beg baju sekali dia angkut. Bila di tanya masih sama jawapannya jumpa kawan. Siapa tah kawannya yang duduk di Thailand ni pun Rasya tak tahu.

----------

Selepas beberapa hari, Daniel tidak lagi pulang ke rumah mereka di Thailand. Bila telefon tidak dijawab, bila hantar mesej tak dibalas dan paling menyakitkan hati tengok Daniel online dekat whatsapp tapi tak balas whatsappnya langsung. Dia sendiri tak tahu kenapa Daniel bersikap begitu.

Jadi Rasya mengambil keputusan untuk mengupah penyiasat untuk menyiasat tentang Daniel. Tak sangka bila penyiasat rahsianya itu memberitahunya yang sebenarnya Daniel sudah berkahwin dengan perempuan bernama Umairah dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata. Sorang perempuan dan sorang lagi lelaki. Hidup mereka dulunya susah dan kini sudah senang. Yelah senang disebabkan duit 1 juta Rasya kan.

Sekarang mereka sekeluarga berpindah ke Johor baharu. Sebelum ini rumah mereka di Ampang. Pekerjaan Daniel cumalah kerani dan bukan lawyer seperti yang dia beritahu pada Rasya.

Selepas Rasya mendapat tahu tentang itu, Rasya memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Daniel dan keluarga Daniel.

-----

-Johor Baharu

Di rumah Daniel.

" Assalamualaikum " Rasya memberi salam. Rumah itu kelihatan penuh dengan saudara-mara. Mungkin ada buat majlis kecil-kecilan.

" Waalaikumussalam " Sahut seorang perempuan. Perempuan itu sama dalam gambar yang penyiasat nya berikan. Sah memang dia Umairah. Isteri pertama Daniel.

" Cik cari siapaa? " Soal Umairah .

" Saya cari Puan Umairah dan Encik Daniel. " Jawab Rasya dengan yakin. Dia masih boleh bersabar setakat ini.

" Saya Umairah. Kejap ye saya panggilkan suami saya. " Umairah mengatur langkah memanggil suaminya. Rasya hanya berdiri tegak di hadapan rumah Daniel itu. Terlihat isteri Daniel terlalu baik daripada dirinya Rasya merasa dirinya seperti kerdil. Tak jadi nak main serang-serang.

Dari jauh Rasya sudah terlihat Daniel dan Umairah berjalan ke arahnya. Rasya cuba menguatkan dirinya. Dia menarik nafas panjang. Cermin mata hitam yang Rasya pakai dibuka. Terkejut beruk Daniel. Muka Daniel sudah kelihatan cuak semasa melihat Rasya yang berada di hadapannya. Rasya tersenyum kelat kepada Daniel.

" Puan Umairah, boleh tinggalkan kami berdua sekejap? Ada hal nak dibincangkan. Tapi jangan risau, hal kerja je. " Ujar Rasya. Umairah tergelak kecil.

" Bolehh silakan. " Umairah mengatur langkah masuk kembali ke dalam rumahnya.

" Rasyaa, Maaf kann..... " Belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, Rasya sudah memotong.

" Kau tak perlu minta maaf pada aku. Aku datang sini cuma nak kau sign surat ni je. Lepastu kite jumpa di mahkamah. " Ujar Rasya dengan tegas.

" Surat apa tu? " soal Daniel.

" Surat penceraian kau dengan aku. Lepasni kau jangan risau, kau dah boleh dah berjoli dengan duit 1 juta aku tu dengan senang hati. Tak payah susah-susah nak bayar, kira itu sedekah daripada aku. Aku halalkan. Aku takkan ganggu kau dan aku taknak kau ganggu aku lagi. " Ujar Rasya. Dia menyerahkan satu sampul surat kepada Daniel. Daniel mengambil dan dia mentanda tangani surat itu.

" Terima kasih. " Ucap Rasya dan dia terus beredar.

" Asya, I sayangkan you! " Jerit Daniel namun Rasya membiarkan saja. Kalau sayang kenapa pergi tanda tangan bodoh!

Dia langsung tidak percaya lagi dengan kata-kata manis yang diberi oleh Daniel. Sudah tawar hati. Hatinya seperti dirobek-robek. Auch Sakitnya tu disini 💔

Sampai saja di kereta, Rasya melepaskan tangisan yang ditahan dari tadi semahu-mahunya. Sebenarnya dia tidak kuat. Tadi dia cumalah berlagak kuat di hadapan mereka. Dalam sekelip mata sahaja dia sudah menjadi janda. Lebih tepat janda berhias. Paling teruknya, dia mengetepikan keluarganya. Macam mana dia harus berdepan dengan keluarganya? Kalau daddy tahu mesti daddy sudah tidak menganggapnya seperti anak kandungnya. Jadi Rasya bernekad untuk merahsiakan tentang ini. Dia tidak akan memberi tahu keluarganya atau sesiapa pun. Dia taknak dibuang oleh keluarga. Dia sayangkan keluarganya. Sayang sangat-sangat. Semua sebab Daniel tak guna tulah! Kalau tak semua ni takkan jadi. Kau pun sama Rasya, pergi ikut mamat tu apesal? Rasya mula menyalahkan dirinya berkali-kali.

Continue Reading

You'll Also Like

111K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
901K 36.7K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
47.9K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
56.2K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...