Dia bagaikan 'Hurricane'

By ordinary_girl98

598K 26.6K 1.4K

Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku t... More

PROLOGUE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Epilogue
❤Penghargaan❤
BONUS part ✨
Pemberitahuan!
Pemberitahuan!!

Bab 30

12.6K 504 32
By ordinary_girl98

*hear the song

I love the way you slave me,I hate the way you play me





Pergi solatlah!

Tengku Daniel melihat mesej itu dengan cebikan.Kemudian dia menghempaskan telefon bimbitnya di atas katil dengan geram.Dia tergelak kecil.Dia nak suruh aku solat? Dia ingat dia siapa?!Tengku Daniel tergelak sendirian kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.Entah kenapa dia berasa marah.Seperti dia tahu yang Hanani sedang memerlinya.Ialah,diakan tak pernah solat.Hanani pula perwatakan seperti alim.Ha,ada aku kisah nak solat ke tak?!

Dengan selamba dia mencapai beg laptopnya dan mengeluarkan laptop.Mesej yang diterima tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.Namun dia cuba mengusirnya dengan bengang.Dia membuka laptop dan membuka kerjanya yang terbangkalai di pejabat.Buat kerja jelah,apa lagi! Minah tu mesti fikir aku nak solat.Takkan!Tangannya laju menaip,namun otaknya menerawang tentang mesej tadi.Selepas beberapa minit,Tengku Daniel tersalah tekan apabila menaip.Kemudian tersalah tekan lagi.Dan lagi.Dan lagi.Lalu dia mengeluh berat.

Dia bangkit daripada katil dan mundar-mandir dalam biliknya yang luas.Selepas meraupkan wajahnya,dia melepaskan keluhan berat sebelum menuju ke tandas.Ya,dia akan tunaikan solat.Otaknya seperti tidak boleh fokus bekerja apabila memikirkan mesej tadi.Damn! Walaupun dia bengang apabila diperli oleh Hanani,tetapi dia bodoh juga kerana ikutkan kata-kata gadis tu.Kenapa dengan aku ni?

Sebenarnya separuh hatinya rasa bersalah.Sudah lama dia tak tunaikan solat,apa salahnya aku tunaikan satu solat sahaja,kan? Dia menolak pintu tandas dan membuka singki.Tunggu? Aku lupa lagilah macam mana nak ambil whuduk! Dengan dengusan dia keluar daripada tandas dan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil.Dia membuka aplikasi cara-cara untuk solat dan ambil whuduk yang dimuat turun oleh Hanani dan cuba memahaminya perlahan-lahan.Membantu jugak ye aplikasi ni.

Selesaikan mengambil Whuduk,dia keluar dan mencapai sejadah di tempat penyidai.Dia tergelak kecil apabila menghamparkan sejadah di atas lantai.Sejadah yang sudah lama dia tak gunakan untuk solat.Sejadah yang selama ini hanya menjadi hiasan di biliknya.Malah,seingat Tengku Daniel dia hanya menggunakan sejadah itu beberapa kali semasa dia di peringkat sekolah rendah.Masuk sekolah menengah,sejadah itu tidak direnung langsung.Yup,aku memang jahil.

Dengan perlahan-lahan dia menunaikan solat dengan teliti sehingga selesai.Ucap sahaja tahiyatul akhir,Tengku Daniel diam seketika.Dia bingung samada mahu menadah tangan untuk berdoa atau tidak.Sebenarnya dia mahu ingin menadah tangan,tapi dia berasa pelik.Sudah lama aku tak tunaikan solat kepada tuhan pencipta alam semesta,dan sekarang aku berdoa pula untuk mintakan sesuatu.Ada satu perasaan hangat dan janggal yang menyirap dalam hatinya.Adakah itu bermaksud aku ni seorang yang sombong?Kepada tuhan sendiri?

Ergghh! Malas untuk berfikir lagi,Tengku Daniel terus bangkit tanpa melipat sejadahnya.Dia duduk bersila di atas katil dan membuka laptopnya untuk membuat kerja seperti biasa.Tidak sempat jarinya mahu menaip,dia teringat sesuatu.Dia mengambil sesuatu di bawah bantalnya perlahan-lahan.Sapu tangan Hanani yang berwarna peach.Dia meneliti sapu tangan itu dengan fikiran kosong.

Kau tak rasa kau lupa sesuatu ke?

Dia tidak sangka pula bahawa Hanani akan lupa tentang sapu tangannya sendiri.Sapu tangan Hanani yang dia gunakan sendiri untuk menahan pendarahan lukanya di perut.Dia tersenyum.Bodoh betul minah tu,balik rumah lalu kawasan lorong yang gelap.Nasib baik aku ada.Tapi kenapa dia tak guna kereta di hari tu?

Sebenarnya,hari ini dia bawa sapu tangan Hanani bersamanya semasa pergi ke kerja.Dia berniat untuk memulangkan sapu tangan itu kembali kepada Hanani,tetapi entah kenapa di dalam kereta tadi dia tidak pulangkan.Malah dia menyoal gadis itu pula tentang sapu tangannya.Aku ada banyak peluang nak bagi dia sapu tangan ni kembali.Kenapa aku tak bagi?Aiissh,kenapa semakin hari aku semakin pelik.Dia membelek-belek sapu tangan itu di tangannya sambil terbayangkan wajah Hanani.

"Woi bro!"

Terkejut Tengku Daniel apabila secara tiba terpacul wajah Zarul di muka pintu.Laju sahaja tangannya menyimpan kembali sapu tangan itu di bawah bantal.Zarul?!

"Apa kau buat dekat sini?!"

Terkejut Tengku Daniel melihat rakan baiknya yang secara tiba menterjah masuk.

"Aku malas nak call kau,ingat memang nak terjah je masuk rumah kau tadi,hahah.Mak kau bagi aku masuk."

Sengih Zarul dan duduk di kerusi yang terdapat di dalam bilik itu.Dalam hati, Tengku Daniel melepaskan nafas lega.Nasib baik dia tak nampak.

"Kau buat kerja bro? Ini malam kut,rehat-rehatlah."Kata Zarul sambil menjeling laptop yang terdapat di atas katil rakannya.

"Kerja banyaklah.Mana boleh tinggal."

"Chillax lah bro.Aku ingat nak ajak kau pergi kelab malam ni,nak pergi?"

Tengku Daniel merenung rakannya lama sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Malaslah.Malam ni aku penat."

"Penat? Tapi kau tengah buat kerja.Kantoi.Jomlah bro!"

"Malaslah Zarul.Kau bukan janji dengan Zana nak berubah! Aku beritahu Zana baru tahu."

"Aku janji dengan dia tak nak teguk arak je.Bukan masuk kelab malam.Rilek ahh."

"Kau pergilah seorang,aku nak buat kerja."

"Ceh,workerholic betul.Kau ingat aku pun tak banyak kerja ke! Kerja aku sama banyak dengan kaulah!"

"Yeah,ok."

Kata Tengku Daniel sambil menaip.Tak menghiraukan langusung kata-kata Zarul.Zarul mencebik kemudian matanya memandang kearah sejadah yang terhampar di atas lantai.Wajahnya berkerut.

"Kau solat?"

Tengku Daniel agak terkejut dengan pertanyaan rakan baiknya.

"Hmmm."

"Bro,kau biar betul ni?! Kau pun nak berubah jugak ke?"

Zarul semakin terkejut.Dia tidak pernah terfikir yang Tengku Daniel akan menunaikan solat.Sebagai kawan baik,dia tidak pernah menyaksikan Tengku Daniel melakukan apa-apa suruhan agama.Wah,rekod baru betul aku nampak Tengku Daniel solat malam ni!

Tengku Daniel hanya senyap.

"Apasal tetiba?"Soal Zarul lagi.

"Kau pun solat ke?" Tengku Daniel menyoal balik.

"Issh kau ni! Aku soal kau,kau soal aku balik!"

"Jawab jelah."

"Sejak Zana suruh aku berubah,aku adalah solat sikit-sikit."

"Serious?"

"Yes,aku ada solat.Surprisingly,after the prayer I felt tranquility."

"Sama.Aku pun rasa tenang."

Mereka berdua terdiam.Terasa agak janggal isu agama dibangkitkan sedangkan mereka berdua merupakan kaki kelab malam.

"So,apasal tetiba kau solat?"

Tengku Daniel melepaskan keluhan.Banyak tanya betullah!

"Salah ke aku solat?"

"Tak adalah salah,tapi kau takkan solat tanpa sebab kan?"

"Kalau aku memang solat tanpa sebab."

"Tak ada maknanya! Aku tahulah perangai kau macam mana,kau takkan senang-senang ikhlas hati nak solat.Come onlah bro,don't lie to me.Kalau kes aku,aku solat dengan berubah sebab Zana suruh.Kau,siapa suruh?"

"Tak ada siapa-siapa suruh akulah sengal!"

"Habis,siapa yang ubahkan kau sampai jadi macam ni?"

Tengku Daniel terdiam.

*****************************

Pagi itu,aku suruh Zulaikha menghantar aku awal ke syarikat Group Perdana Jaya Enterprise.Aku masuk ke dalam syarikat dan menuju ke lif.Aku merenung jam tanganku.Nampaknya aku datang awal hari ni.Lif terbuka dan aku masuk ke dalam.Kemudian,aku teringat wajah Ayuni.Aduuh,aku harap sangat tak terserempak dengan minah tu! Selepas apa yang dia nampak semalam,aku dapat agak yang dia takkan bagi aku lepas hidup-hidup.Tapi,macam mana kau tak nak terserempak dengan dia Hanani? Meja dia di kaunter kut! Malangnya aku!

Lif terbuka dan aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Pegangan beg dieratkan seperti nanti aku akan pergi bertarung di medan perang.Perghh,kalau hadap Ayuni dengan mulut dia tu.Memang setiap hari aku rasa terseksa macam di medan perang.Aku menapak keluar dan terkejut melihat meja kaunter yang kosong.Eh?Aku memandang sekeliling namun bayang Ayuni masih tiada.Aku tersenyum lebar.

Yeaay!

Minah tu tak ada lagi! Bagus,bagus,ini peluang aku untuk larikan diri.Kalaulah aku ninja! Tanpa membuang masa,laju aku menuju kearah mejaku.Namun aku dapat tangkap sesuatu yang pelik.Semua pekerja di tingkatku kelihatan ceria dan sebahagian pekerja membawa makanan yang banyak daripada rumah mereka.Terdapat beberapa pekerja aku tangkap yang sedang gembira berbual dan menunjukkan makanan mereka masing-masing.Aku meneliti makanan di atas meja yang dibawa sebahagian daripada pekerja.Ada yang bawa kuih-muih,nasi goreng,mee dan spagetti.

Hmm? Apahal diorang semua bawak makanan ni? Alamak,ada apa-apa ke? Entah-entah aku seorang je yang tak tahu? Issh,apa yang akan terjadi hari ni? Aku mula cemas dan mencari kelibat Rozana dan Racheal untuk bertanyakan kepada mereka.Namun kelibat mereka tiada.Khairi pun belum masuk kerja.

Hisssh.Dengan runsing aku menuju ke tandas untuk membasuh tangan sebentar.Apa yang terjadi hari ni?Tolak sahaja pintu tandas aku menuju ke singki.Selepas membasuh tangan aku membetulkan tudungku di cermin.Kenapa semua orang kelihatan gembira dan bawa makanan? Aku berpuas hati dengan tudungku dan bersedia untuk keluar.Tidak sempat aku membuka langkah,pintu tandas terbuka dengan kasar dan Ayuni masuk dengan geram.Aku terkejut.

Aiisshh.

"Kau..."

Kata Ayuni dengan bengang dan laju meluru kearahku!Aku sudah menelan air liur sedalam-dalamnya.Aduuh,minah ni cari aku pula! Aku dapat menangkap terdapat dua fail di tangannya.

"Err,cari saya?"

Aku berbuat bodoh.

"Jangan buat bodoh Hanani.Kau ni memang tak gunakan,kau kata dengan aku yang kau akan jauhkan diri daripada bos! Tapi apa yang aku nampak semalam? Bos ajak kau naik kereta dia sebab kau pura-pura sakit!"

Malasnya nak gaduh pagi-pagi macam ni.

"Ayuni,semalam saya betul-betul sakit perut ok. Dan saya tak mungkir janji,bos yang pelawa saya untuk naik kereta dia!"Marahku.

Kalaulah mamat sewel tu nampak masalah apa yang telah dia berikan padaku sekarang! Grrr.

"Bos ajak kau naik kereta dia?!"

Ayuni tergelak besar dan melihat penampilanku atas sehingga bawah.

"Tolonglah Hanani,bos kita tu 'high class'.Kau tu pekerja dia.Aku takkan rasa yang bos akan pandang perempuan macam kau kecuali kau goda dia! Atau,kau guna-guna dia kut?"

Aku mula baran.

"Tolong jaga mulut tu sikit,saya tak pernah buat benda-benda macam tu.Dan,saya tak pernah goda Tengku Daniel!"

Goda mamat tu?! Euuuww!

"Hahaha,kau ingat aku nak percaya ke? Perempuan macam kau akan buat apa sajalah demi perhatian bos kita!"

"Excuse me? Perempuan macam saya nak cari perhatian Tengku Daniel? Saya ke yang terdesak perhatian bos sekarang,atau awak?"

Wajah Ayuni kelihatan bengang apabila apa yang aku katakan kelihatan benar.Tengok dulu sebelum cakaplah!Siapa yang terdesak sekarang? Lawak betul minah ni.

"Katalah apa yang kau nak.Tapi,satu perkara je yang aku tahu,Kalau miss Lyana tahu hal ni,kau rasa apa yang akan dia buat?"

Ayuni tersenyum sinis membuatkan aku terkejut.Errghh,tolonglah! Pilihlah orang lain kecuali Lyana.Bagi aku minah tu betul-betul psiko.

"Ayuni,perlu ke kau buat macam ni demi bos kita?! Ini semua buang masa tahu tak! Bos tak pernah pandang saya atau awak.Dia sudah ada Lyana."

"I know that.Tapi,aku soal kau sekali lagi.Apa yang akan terjadi kalau aku beritahu Lyana apa yang aku nampak semalam? Ha?"

"Arggh,saya naik kereta dia jelah!"

"I don't care."

"Fine,ok! Awak nak saya buat apa sebenarnya?!"

Soalku dengan bengang.Aku dah malas nak bergaduh.Lagi-lagi layan perempuan macam Ayuni.Belum lagi Lyana.Perrgh,serabut.

Ayuni tersenyum penuh makna sebelum menghempas dua fail di atas kaunter singki tandas.

"Siapkan 'data research' ni untuk aku."

Arahnya dengan selamba.Aku memandang fail itu dengan terkejut.

"Inikan kerja awa,kenapa bagi saya?! Saya pun ada kerja yang tak siaplah."

"Ada aku kisah? Siapkan minggu depan."

"Saya mana ada masa."

"Then,work overtime."

"Ayuni,ini kerja awak.Awak siapkan."

"Fine,saya akan beritahu miss Lyana."

Argghh! Aku rasa seperti ingin menarik rambutku dengan ganas.

"Ok,ok! Saya siapkan."

Kataku dengan keluhan.Aku mengambil dua fail itu dengan mengalah.Yup,bersabar jelah.

"Lain kali,jangan mungkir janji."

"Saya tak mungkir janji! Bos yang ajak saya-"

"Aku tak kisah,salah kau sebab sakitkan hati aku.Bye."

Kata Ayuni dengan lagak sombong dan terus keluar daripada tandas.Isssh.muka sahaja cantik tapi hati busuk gila buat apa! Aku meraupkan wajahku dengan tidak percaya.Banyaknya kerja aku hari ni.Hisssh.

Secara tiba,satu pintu tandas terbuka dan Rozana keluar dengan muka yang bengang.Aku terkejut.Selama ni dia ada dalam tu ke?!

"Rozana?!"

Rozana mengetap bibirnya dengan geram.

"I'm so pissed off to Ayuni right now."

"Awak..Awak dengar ke apa yang kitaorang cakap tadi?" Soalku dengan gugup.

"I dengar dengan jelas.Sebijik-bijik apa yang Ayuni kata."

"Rozana,saya boleh terangkan.Tadi ayuni-"

"Hanani!"

Aku terkejut dengan suara Rozana yang tinggi.

"Errr.ye?"

"I tak tahu apa hubungan yang U ada dengan bos kita,tapi I tak kisah.Yang I marah sangat ni kenapa U tak melawan dengan Ayuni tadi? U kena lawan dia tu! Geramnya I dengar tadi!"

Marah Rozana dengan beriya-iya.

"Rozana,saya tahu tadi nampak teruk.Tapi saya tak nak keruhkan lagi keadaan."

"U tak boleh macam ni Hanani! You cannot let that wreched woman do whatever she want to you! U kena fight!"

"Saya tahu,tapi...Errghhh.Saya malas nak bertengkar.Ni semua buang masa."

"Tapi U kena pertahankan maruah U Hanani.U ni naif tau."

Aku terasa.

"Saya tak naiflah."

"Yes,you are.U terlalu baik,bagi muka sangat dengan minah tu!"

Iyeke aku macam tu?

Pintu tandas terbuka dan kali ini muka Racheal pula yang muncul.

"Lahhh,korang berdua dalam ni ke.Penat I cari.Ni kenapa lepak dalam tandas ni?"

Soal Racheal dengan bingung dan menghampiri kami.

"Errr,hi Racheal."

Racheal melihat wajah Rozana yang bengang dan mengerutkan wajahnya.

"Apa yang terjadi ni?"

Aku menggaru-garu tudungku yang tidak gatal.Macam mana nak terangkan dekat Racheal pula ni?

Rozana melepaskan keluhan berat dan memandangku.

"Hanani,boleh I beritahu Racheal?"

Kata Rozana membuatkan aku terkejut.Aku ragu-ragu.

"Beritahulah."Kataku dengan putus asa.

Racheal memandang kami berdua dengan tanda tanya.

"Racheal,come here."

Arah Rozana dan Racheal meminjamkan telinganya kepada rakan baiknya.Rozana berbisik seketika di telinga Racheal sehinggalah wajah Racheal berubah.

"Oh my gosh! U dengan bos memang ada 'something'!"

Teruja Racheal dan aku hanya tersenyum paksa.

"Racheal! Itu bukan masalahnya,yang masalah sekarang adalah Ayuni!" Ingat Rozana.

"Oh yeah.Sorry,I teruja sikit! Sebab daripada dulu lagi I memang rasa Hanani dengan bos ada 'something.'You sneaky Hanani,dalam diam-diam jadi skandal orang pula."Racheal tersenyum.

"Saya bukan skandal siapa-siapalah!" Marahku.

"Ok,ok,cukup tentang bos! I memang tak puas hati apa yang Ayuni cakap dengan U tadi,Hanani.I nak buat sesuatu."Kata Rozana.

Oh no.

"Bu..Buat apa ni?" Aku mula rasa tidak sedap hati.

"Yeah Hanani,U kena lawan dia tu! Tolong jangan cakap dengan kitaorang yang U akan buat kerja fail minah ni?"Soal Racheal.

Dan aku hanya menganggukkan kepala perlahan-lahan.

"Argghh,see Racheal! Hanani terlalu baik."Kata Rozana dengan tidak puas hati.

"Korang,saya cuma nak hidup yang aman tanpa musuh.Mungkin kita patut lupakan je hal ni,ye?"

"Awww,betul kata Rozana.U terlalu baiklah Hanani.No girl! I takkan biarkan U dipijak-pijak.Rozana,ada plan?" Soal Racheal dengan sungguh-sungguh.

"Errr,korang tak perlu-"

"Racheal,I ada plan! Tadi U nak nampak Ayuni keluarkan?"

"Haah,macam mana U tau?"

"I kenal Ayuni,minah tu setiap pagi beli coffe kat starbuck."

"Ooo..."

Ya Allah,lain pula jadinya.

"Racheal,rozana.Apa yang korang fikirkan sekarang,tolong jangan buat."Rayuku.

"Too late.That woman has to pay her mistake."

Rozana tersenyum jahat dan Racheal hanya menganggukkan kepala.

Ayoyo.

Rozana mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail seseorang.Kemudian,panggilannya diangkat.

"Hello? Ayuni ni Rozana."

Mataku membulat dan memandang Rozana dengan tidak percaya.Rozana membuka 'speaker' agar perbualannya dapat didengar oleh aku dan Racheal.

"U nak apa ni? I tengah busy beratur nak beli-"

"Yeah,yeah.I sorry kacau U beli kopi.Tapi I nak tanya ni,semalam U check tak whatsapp group pekerja tingkat kita?"Soal Rozana.

"No,why? Malam semalam I sibuk nak jaga muka."Balas Ayuni dengan bosan.

Racheal dan Rozana bertentang mata dengan senyuman nakal.Alamak.

"Laa,U tak check whatsapp ke?! Semalam kitaorang dah bincang yang jamuan hari ni nak buat pagi!"

"What?! Pagi ni? Sekarang ke?!" Terkejut Ayuni.

"Ye,dan kitaorang ubah tempat jamuan.Kitaorang tak jadi nak buat dekat dewan syarikat,satu group decide nak buat dekat restoran xx."

Wajahku berkerut.

"What?! Mana boleh macam ni! Tak ada siapa-siapa beritahu I pun? Betul ke ni?"

"Betullah! Siapa suruh U tak tengok whatsapp.Baik U bergerak sana sekarang,kejap lagi kitaorang dengan bos sampai.Kalau kitaorang lambat,U tunggu je."Arah Rozana dan Racheal menahan gelakannya.

"Hissshh! Korang ni menyusahkan hidup akulah! Tapi demi bos,I sanggup.Ok,oklah!"

Balas Ayuni dengan jengkel dan terus mematikan taliannya.Racheal dan Rozana tergelak besar.

"Hahahaha,restoran xx jauh kut!"Kata Racheal dengan sisa gelakan.

"Biar,dia tunggu dekat sana sampai reput!"Balas Rozana.

"Good job! Hahaha."

Aku mula tidak faham dengan situasi sekarang.

"Errr,jamuan apa korang cakapkan tadi?" Soalku dengan bingung.

Racheal dan Rozana terdiam dan melihatku dengan pelik.

"U tak tahu Hanani?" Soal Racheal.

"Ya Allah,I lupa yang Hanani ni baru masuk kerja! Patutlah 'clueless' semacam."Rozana menampar dahinya sendiri.

Eh?

"Oh my gosh,I forgot too.Untuk pengetahuan U Hanani,Tengku Daniel baru bekerja di syarikat ni sebulan yang lalu.Jadi kitaorang ingat nak buat jamuan makan-makan dan sedikit aktiviti untuk raikan kedatangan dia."Kata Racheal.

"Tapi,tidak sempat kitaorang nak buat.Kes penculikan Tengku Daniel pula timbul.Itulah tangguhkan jamuan tu dan buat hari ni."Sambung Racheal.

Aku membuat mulut berbentuk 'o'

"Ooo.Patutlah saya tengok ramai orang bawak makanan tadi."

"Iye.Kitaorang ingat nak bawak makanan sedikit.Takut tak cukup sebab nanti partner-partner bos yang terapat pun datang."

Wow.

"Ini jamuan ke majlis? Bos tahu ke tentang hal ni?"

"Bos tahu tentang hal ni,dan dia support.Sebenarnya jamuan kecil-kecilan je.Tapi makin lama makin besar pula jadinya.Jadi kitaorang decide nak buat dekat dewan syarikat tingkat bawah."

"Eh?Tadi Rozana kata dekat Ayuni tempat jamuan ditukar?"

Rozana tergelak.

"Rozana sengaja nak tipu Ayuni! Biar dia tunggu dekat situ sampai jamuan habis!"Gelak Racheal.

"I tahu Ayuni memang teruja tentang hari ni.I dengar dia beli hadiah yang besar untuk bos.Padan muka dia!"

"Rozana,Racheal.Mungkin kita tak patut buat macam ni dekat Ayuni."

"What? Tak,kita memang patut buat macam ni Hanani.Minah tu terlalu perasan dan sombong.Sekarang kita tengok macam mana keadaan dia terlepas jamuan untuk bos.Hahaha"Kata Racheal dengan senyuman lebar.

"Tapi saya rasa tak sedap hatilah buat Ayuni macam ni."Luahku lagi.

"Hanani,it's ok.Kitaorang sengaja nak bagi pengajaran dekat dia.Kata-kata yang dia lemparkan dekat U tadi memang buat I sakit hati.I can't stand her attitude.Errghh!"Jengkel Rozana.

"You go girls!" Sorak Racheal.

"Haaiih,kalau Ayuni serang saya lagi macam mana?"Soalku dengan lemah.

"U jangan risau Hanani.Racheal,U ambil fail kerja Ayuni ni.Letak dekat atas meja dia balik."Arah Rozana dan Racheal mengambil dua fail itu sambil menganggukkan kepala.

"U tak perlu buat kerja untuk dia Hanani.Dan kalau kitaorang nampak Ayuni buli U lagi,biar kitaorang berdepan dengan dia."Kata Racheal dengan semangat.

"Yup,sebab I dah ada bukti."Sokong Rozana.

"Bukti?"

Kataku dengan Racheal serentak.

"Yup,bukti.You just see."

Senyum Rozana dengan penuh makna.Aku hanya melepaskan keluhan dan menggeleng-gelengkan kepala.Macam-macam yang terjadi pagi ni.

"Thanks Rozana, Racheal.Sebab betul-betul ambil berat pasal saya.Saya..agak terharu."Luahku.

Aku benar-benar gembira dapat berkenalan dengan dua orang makhluk di hadapanku.Sungguh periang,baik dan agak nakal.Mereka juga sanggup menolongku walaupun aku agak tidak setuju cara mereka membuli Ayuni.Hahaha.Sebenarnya separuh hatiku agak setuju.

"Awww,it's ok Hanani.Kitaorang perempuan,memang kerja kitaorang jaga maruah seorang perempuan."Kata Racheal dan aku hanya tersenyum lebar.

"Sebenarnya jamuan tu start bila?"

"Asalnya kitaorang nak buat lepas lunch,tapi memang ditukar nak buat pagi."Kata Racheal.

"Jadi,korang memang tak tipu Ayunilah pasal tadi?"

"Hahaha,tak.Tipu pasal tempat je!"Gelak Rozana.

"Aktiviti apa yang korang adakan?"

"Lepas makan-makan,kitaorang buat aktiviti cabutan hadiah.Alah,sekejap je.But do you want to know the best part?"Soal Racheal dengan kening terangkat satu.Aku mula ingin tahu.

"Apa dia?"

"Lepas jamuan,semua pekerja tak perlu sambung kerja dan boleh teruskan buat hal masing-masing.Itulah award yang bos bagi dekat kitaorang sebab anjurkan jamuan ni! Yeay!"Gembira Racheal.

"Serious?!" Kataku dengan teruja.

"Yup."Sokong Rozana.

*************************************

Waktu jamuan telah bermula,aku bersama Rozana,Racheal dan semua pekerja ditingkatku bergerak menuju ke dewan syarikat di tingkat bawah.Aku perasan,bayang Ayuni masih tiada.Aku tergelak kecil memikirkan berapa lama yang dia akan tunggu dekat restoran yang disebutkan oleh Rozana tadi.Rasa kesian pula tapi siapa suruh dia serang aku.Masuk sahaja di dalam dewan,aku agak tergamam melihat dewan syarikat yang agak besar dan luas.Macam ballroom pun ada.Fuyyoo! Di dalamnya terdapat pentas besar dan luas dihadapkan dengan meja makan berbentuk bulat.Biar betul nak buat jamuan kecil-kecilan je dekat sini? Dewan ni macam nak buat kenduri kahwin je?

Masuk sahaja di dalam dewan,aku terus menolong pekerja perempuan yang lain menyediakan makanan.Di setiap meja mereka letakkan beberapa 'cupcake' yang dibawa oleh pekerja perempuan bernama Nurul.Memang nampak sedap di mataku,tinggal aku nak ngap je! Tak sangka yang hari ni menarik juga.Tak perlu aku keluar pergi beli makanan.Yeay! Jimat duit!

Pekerja lelaki pula mengangkat beberapa kerusi untuk diletakkan di setiap meja.Mata aku dan Khairi bertembung seketika semasa Khairi sedang meletakkan kerusi.Dia tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya kearahku dan aku hanya menunjukkan buku lima.Kami berdua tergelak kecil sebelum sambung membuat kerja masing-masing.Aku perasan terdapat satu meja yang mempunyai banyak hadiah yang berbalut dengan pelbagai bentuk di atasnya.Hmm,mesti untuk aktiviti cabutan hadiah sekejap lagi.

Selesai semua benda,kebanyakan kami duduk di meja makan masing-masing untuk menunggu kedatangan Tengku Daniel dan rakan bisnesnya yang lain.Terdapat juga beberapa orang lelaki yang masih cuba membetulkan mikrofon dan alat pembesar suara di atas pentas.Aku duduk bersama Racheal dan Rozana di meja makan sambil memandang sekeliling.

"Cari siapa?"Soal Racheal.

"Cari Ayuni.Nampaknya lama betul dia tunggu dekat restoran xx tu."Gumamku dengan perasaan bersalah.

"Biar,padan muka dia!Lepas ni mesti dia nak serang U,jangan risau.I ada."Kata Racheal dengan yakin sambil membetulkan rambutnya.

Aku tergelak kecil.

"Lepas jamuan ni,korang nak buat apa?"

Soalku.Aku ada terfikir juga untuk menyambung kerjaku yang terbangkalai.Tapi malaslah.Hahaha,akukan pemalas.

"I dengan Racheal rancang nak pergi pusat beli belah.U nak ikut? Kedai H&M ada sale tau!"Teruja Rozana.

Aku tersenyum.Shopping? Aku tak nak berbelanja,tapi apa salahnya ikut diorang.

"Ikutlah Hanani!"Desak Racheal.

"Tapi saya tak minat fesyen sangatlah."Maluku.

"Alah,tak apa!"Sokong Rozana.

"Ok,ok.Saya ikut."

Dengar kataku,Rozana dan Racheal terus tersenyum lebar.

Srett!

Kami bertiga terkejut apabila secara tiba terdapat seseorang yang menarik kerusi di sebelahku.Laju kami menoleh.

"Bos?!"

Terkejut Rozana apabila melihat Tengku Daniel yang melabuhkan punggungnya di sebelahku.Tengku Daniel hanya tersenyum tenang dan mengangkatkan tangan.

Tengku Daniel? Bila dia datang? Apahal dia duduk sebelah aku ni?!

Aku menjeling tajam kearahnya namun Tengku Daniel hanya berlagak selamba.

"Ka..Kami tak perasan pun yang bos masuk tadi?" Soal Racheal dengan tidak percaya.

"I dah lama datang tadi,you all je bersembang."Katanya dengan senyuman.

Racheal dan Rozana hanya tersenyum malu-malu kucing.Aku bengang namun cuba mengawal riakku.

"Kenapa bos nak duduk sini,tak nak duduk dengan bisnes partner bos yang lain?"

Soalku dengan nada yang agak keras.Mataku mengerling kearah meja yang penuh dengan lelaki-lelaki yang memakai sut.Aku rasa itu semua kawan bisnes mamat sewel tu.Menyemak dekat sini buat apa!

"Tempat dah penuh.Apa salahnya I duduk dengan pekerja I."Katanya sambil menjongketkan bahu.

Aku mengetap bibir dengan geram.

"Eh,tak salah bos.Tak salah."Sokong Rozana dengan sengihan.

Racheal sempat membisik di telingaku.

"Bos duduk semeja dengan kita! This is so exciting!" Teruja Racheal dengan bisikannya.

Aku hanya tersenyum paksa dan menelan perasaan menyampahku dalam-dalam.Iyelah,exciting lah sangat.menyampah.

"Bila nak start ni?"Soal Tengku Daniel memandang Rozana dan Racheal.

"Kejap lagi bos,mikrofon dengan speaker ada masalah sikit."Balas Rozana dan Tengku Daniel hanya menganggukkan kepalanya.

Aku cuba mencuri pandang kearah Tengku Daniel dan meneliti penampilannya.Mamat tu seperti biasa memakai sut yang membuatkan jejaka itu nampak segak dan berkarisma.Dia menyilangkan tangan dan aku terpandang otot-otot yang terbentuk.Mamat ni pergi gim ke? Nampak macam selalu pergi je?

Aku tidak perasan yang aku merenung tubuhnya dengan lama sehingga Tengku Daniel mendekatkan tubuh kami dan berbisik di telingaku.

"Suka ushar body aku?"

Bisiknya dengan senyuman nakal.Mukaku bertukar merah dan laju aku menoleh.Aduh,kantoi ushar dia.Buat malu je!

Tengku Daniel tergelak kecil membuatkan aku hanya mengetap bibir dengan geram.Malu,malu.Kemudian,mataku tertangkap beberapa cupcake yang telah disediakan di atas meja.Aku menjilat bibirku dengan perasan lapar.Aku teringin nak ambil dan makan,tapi majlis tak bermula lagi.Takut biadap pula.Cepatlah bermula! Cupcake tu sudah mula goda aku.Aku memandang pentas dengan perasaan tidak sabar.Lama lagi ke nak baiki mikrofon ni?

Secara tiba,Tengku Daniel memanjangkan tangannya untuk mengambil satu cupcake.Dia menggunakan sudu untuk makan whipped cream nya sahaja.Aku terkejut.

"Psst,Racheal.Boleh ke bos makan je cupcake sebelum majlis bermula?" Bisikku dengan tidak puas hati.Sebenarnya jeles mamat tu dapat makan cupcake dahulu.

"Diakan bos.Walaupun majlis ini untuk dia.Biarlah."Kata Racheal dan aku hanya memuncungkan bibir.Racheal hanya tergelak sebelum sambung berbual dengan Rozana.Aku menyilangkan tangan dengan bosan.

"Nah."

Terkejut aku apabila dihulurkan cupcake kosong oleh Tengku Daniel.Whipped cream nya sudah dingap oleh mamat tadi.

"Apa ni?"

"Aku suka whipped cream dia jelah,ingat tak? Ambillah,aku tak nak."Katanya selamba.

"Ieee,tak naklah!" Kataku sambil mengawal nada.Tidak mahu Racheal dan Rozana perasan bahawa aku sedang bercakap dengan mamat sewel ni.

"Ambik jelah!"

"Saya mana boleh makan.Majliskan tak mula lagi! Bukan macam awak."Aku menyindir.

"Masalahnya aku ni bos.Dan sekarang aku sedang tawarkan pada kau,tak ada masalahlah!"

"Saya tak nak,mulut awak dah sentuh cupcake."

"Aku guna sudulah."

Aku menggigit bibir dengan ragu-ragu.Nak ke tidak ye? Serious cupcake tu mengiurkan.

"Kau tak nak,aku buang!"Marah Tengku Daniel apabila aku lambat beri reaksi.

"Eh,jangan buang! Awak ni memang suka membazirlah.Sinilah!"

Kataku dengan geram dan mengambil cupcake itu di tangan Tengku Daniel.

"Honey,aku bagi kau sebab aku tak nak membazirlah."

Aku terkejut.Laju aku memandang sekelilingku kalau-kalau orang perasan yang mamat tu memanggil aku honey.Issshh!

"Jangan panggil saya honey!" Marahku dengan malu.Nada masih membisik.

"Why,I like it."Dia tersenyum kemenangan.

Argghh.

Aku memakan cupcake itu dengan bengang tanpa menghiraukan Tengku Daniel di sebelahku.Tengku Daniel mengambil lagi satu cupcake dan seperti biasa hanya memakan whipped cream nya sahaja.Selepas itu,dia menghulurkan kepadaku seperti biasa.

"Nah."

"Thanks."Kataku dan makan cupcake itu perlahan-lahan.

Kemudian,mikrofon dan pembesar suara dapat dibetulkan.Seorang pekerja naik di atas pentas dan memulakan ucapan alu-aluan kepada para pekerja dan Tengku Daniel.Selepas itu,Tengku Daniel naik ke atas pentas untuk menyampaikan ucapan khasnya kepada para pekerja.Sedang sibuk aku mendengar,Rozana dan Racheal yang duduk di sisiku membisik.

"Hanani! U dengan bos memang rapatkan!"Kata Racheal dengan tidak percaya.

Aku pelik.

"Ha?"

"Kitaorang nampaklah cara korang makan cupcake tadi!" Teruja Rozana.

Errkk!

"So sweet! Korang nampak rapat gila!"Racheal semakin gembira.

Alamak.

"Errr,taklah! Mana ada saya dengan bos rapat.Dia bagi saya cupcake je."Dalihku.

"Iyelah tu! Setakat ni bos mana ada pernah layan pekerja dia macam tu.Dekat awak jelah Hanani!You special.Ayuni memang tak ada peluanglah."Rozana tersengih.

"Issh,mana ada saya 'special' bagai.Saya makan je tadi."

"U dengan bos sudah berkenalan ke sebenarnya?"Soal Racheal.

Soalan maut betul.

"Ermm,kitaorang tak berkenalan pun."Tipuku.

"U tipu? Korang berdua nampak macam tak rapat,tapi ada sesuatu tentang U dengan bos."

"Mana adalah Racheal!"

Dahiku sudah berpeluh-peluh.Tolonglah,tutup jelah hal ni.

"Tapi bos tak pernah layan pekerja dia macam tu? Dan kenapa dia nak duduk sebelah U ju-"

"Racheal,Rozana.Boleh tak kita tutup je hal ni.I'm sorry tapi saya tak suka dikaitkan dengan bos.Nanti orang mengata saya."Luahku dengan rimas.

Wajah Racheal dan Rozana berubah.

"Awww,kitaorang minta maaf kalau buat U rasa rimas."Rozana rasa bersalah

"I pun sama Hanani.Oklah,kitaorang akan stop.Tapi I akan pantau tentang U dengan bos.Terujanya!"Racheal masih gembira.

Aku tersenyum kecil.

"Thanks sebab memahami."

Racheal dan Rozana tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Selesai makan,kami berganjak ke aktiviti cabutan bertuah pula.Terdapat beberapa orang sahaja yang ambil nombor cabutan bertuah itu termasuk Khairi dan Rozana.Aku dan Racheal hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila ditawarkan kotak yang penuh dengan nombor.Aku menjeling kearah Tengku Daniel,kelihatan mamat tu juga tidak mengambil nombor cabutan bertuah.Dia sedang sibuk berbual dengan gembira bersama rakan-rakan bisnesnya.Kemudian,permainan dimulakan.Nombor 17 disebut dan Khairi muncul ke hadapan.Khairi telah mendapat hadiah mug kaca yang berbentuk 'love' dan semua rakan lelakinya mentertawakan Khairi.Termasuk aku.Bagi aku muk itu comel gila! Teringin pula aku nak ambil muk itu daripada tangan Khairi.Tapi Khairi akan pakai ke muk berbentuk hati macam tu? Mesti pelik gila sebab diakan lelaki.Hahaha.

Kemudian,nombor 6 disebut dan tanpa disangka itu adalah nombor cabutan bertuah Rozana.Aku dan Racheal bersorak riang dan melihat Rozana kehadapan menerima hadiah cabutan bertuahnya.Secara tiba,telefon bimbitku berbunyi.Issh,siapa pula hantar mesej waktu macam ni!

X ambil nombor?

-Mamat sewel

Aku melihat mesej itu dengan wajah berkerut dan memandang kearah Tengku Daniel.Namun mamat itu masih galak berbual bersama rakannya yang lain.Bila masa mamat tu mesej aku ni?

Sibuk je

-Hanani.

Aku memandang kearah Tengku Daniel sekali lagi.Kali ini mamat itu mengeluarkan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang lain yang sedang berborak.Dia tersenyum sebelum telefon bimbitku bergetar lagi menandakan satu mesej masuk.Issh,dia ni waktu macam nilah nak main mesej dengan aku! Cari pasal betul.

Apa benda yang kau x pernah buat?

-Mamat sewel

Apa mamat ni merepek?! Aku membalas dengan rimas.

Jangann hntr saya sms lg boleh tak!

-Hanani.

Answer me.Kalau tak aq hantar bnyk2

-Mamat sewel.

Argghh! Tengkorak tebal betullah mamat ni!

Saya x pernah tgk wayang! Puas hati? Shoo!

-Hanani

Hantar sahaja mesej tersebut,aku dapat menangkap gelakan Tengku Daniel di hujung sana.Dia tergelak membuatkan ramai rakannya yang bingung.Aku geram.Dia tergelakkan aku! Tak guna betul.

"Hanani."

Terkejut aku apabila terdengar suara Rozana,laju aku menoleh.

"Ye Rozana?"

'Aku dapat hadiah jam! So cute!"

Kata Rozana dengan teruja sambil membelek-belek jam berbentuk anak ayam di tangannya.Aku menganggukkan kepala.Memang comel! Menyesal pula tak ambil nombor,hadiah-hadiah dia semua nampak comel.Aiissh.Telefonku bergetar lagi.

Arrghh!Apa lagi ni? Aku membuka dan menekan telefon bimbitku dengan kasar.

"Siapa hantar mesej?"Soal Racheal.

"Nobody."Jawabku dengan senyuman dipaksa.

X pernah tgk wayang? Seriously? Kau tinggal dlm gua?

-Mamat sewel.

Grrr.Apa salahnya tak pernah tengok wayang! Aku tak rasa tu dosa besar pun! Mamat ni buat aku marah.Aku melemparkan jelingan tajam kepada Tengku Daniel namun mamat tu hanya tersenyum panjang sambil melambai-lambaikan tangannya.Geramnya!

"Oh my gosh,bos lambai dekat U!"

Teruja Rozana,seperti biasa.

Aku hanya melepaskan keluhan.

"Wow Hanani,wow.I tak sangka yang I akan nampak perubahan mendadak pada bos hari ni.First,dia duduk semeja dengan kita.Second,dia makan cupcake dengan U.Third,dia lambai tangan pula.Macam mana U goda bos ni?" Racheal semakin ingin tahu.

Aku melepaskan keluhan.

"Racheal,Rozana.I tak pernah goda bos kita ok! Dia tu bukannya selebriti,kenapa korang suka kecoh sangat ni?"Soalku dengan bingung.

Cukuplah mamat tu hidung tinggi,pekerja macam Racheal dan Rozana pula nak sanjung dia.Haddoii.Ego mamat tu kalahkan satu pulau!

"Memanglah bos kita tu bukan selebriti,tapi ramai pekerja perempuan dekat syarikat ni tergila-gilakan dia.I mean,he has a package.Look,wealth,charisma.You name it,Tengku Daniel has everything."

Tolonglah,seseorang tutup telinga aku daripada dengar pujian Racheal kepada Tengku Daniel.

"Sukehati koranglah ye.Tapi saya tak minat bos kita.Fullstop."

Kataku dengan mengalah.

"Hanani."

Aku menoleh apabila terdengar suara Khairi.

"Ye?"Soalku.

Dan aku perasan yang Rozana mula rasa tidak selesa,wajahnya pun berubah merah.Awww,Rozana malu dengan Khairi.So cute!

"Nak cakap dengan kau sekejap."Kata Khairi dan aku hanya menganggukkan kepala.Kemudian kami berdua bergerak di hujung dewan.

"Kenapa Khairi?"

"Ni."

Kata Khairi dan serahkan aku kotak hadiah cabutan bertuahnya.Aku terkejut.Hadiah muk yang berbentuk hati yang Khairi dapat tadi.

"Eh,kenapa bagi saya ni?!"

Khairi menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

"Kau tau kan yang aku takkan guna muk macam ni,tak sesuai dengan aku."

Aku tergelak.

"Memang! Hahahaha."

"Jadi,kau tolong berikan muk ni pada Rozana boleh?"

Minta Khairi perlahan-lahan.Wajahnya pun kelihatan malu dihadapanku.Aku tersenyum panjang.Aww,apahal Khairi dan Rozana comel sangat hari ni!

"Bagi Rozana? Wow."Aku mengusik.

Khairi hanya tersenyum malu.

"Oklah,saya akan bagi Rozana.Mesti dia suka."

"Ye?"

"Yup."

"Thanks Hanani.Aku pergi dulu."

"Ok."

Khairi berlalu pergi dan aku hanya memandangnya dengan senyuman lebar.Perggh,Rozana mesti suka dapat muk ni.Bentuk hati pula tu! Mesti dia tahu Khairi sukakan dia! Hehehe.Secara tiba,telefonku bergetar.Aku terkejut dan melihat mesej yang diterima.

Khairi.Tipu aq?

-Mamat sewel.

Hmm?

Berkerut aku membaca tiga patah perkataan dalam mesej tersebut.Laju aku memandang kearah Tengku Daniel yang jauh daripadaku.Dia menyilangkan tangan dan wajahnya kelihatan dingin.Dia menjongketkan satu keningnya kepadaku apabila mata kami bertembung.Rakanya yang lain sudah tidak dihiraukan lagi.Seperti mencabar aku untuk memberinya alasan.Selama ni dia nampak ke Khairi bagi aku hadiah?!Alamak,mamat tu salah faham pulak.



*vote&comment <3



Continue Reading

You'll Also Like

4.4M 55.9K 40
Cerita Dewasa! Warning 21+ Boy punya misi, setelah bertemu kembali dengan Baby ia berniat untuk membuat wanita itu bertekuk lutut padanya lalu setela...
40.4K 2.2K 91
✔️90% Fakta yang betul2 berlaku ✔️kebanyakkan fakta dari author sendiri ✔️Fakta kpopers malayasia ✔️Fakta fangirl dan fanboy ✔️koleksi ayat2 deep unt...
1.2M 56.3K 51
Mari buat orang yang mengabaikan mu menyesali perbuatannya _𝐇𝐞𝐥𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚𝐢𝐝𝐞
3.3M 29.1K 29
Tentang jayden cowok terkenal dingin dimata semua orang dan sangat mesum ketika hanya berdua dengan kekasihnya syerra.