Creepypasta

By putri_twb

349K 29.4K 2.1K

Himpunan cerita seram berdasarkan pengalaman sendiri. More

Intro
Cermin
Kemas rumah
Karipap
Tak tidur lagi
Peluk
Pergi
Keretapi
Bangun malam
Karipap 2
Mak
Anak
Telefon
Batuk
Tolong teman
Hutan
Picture
Bayang-bayang
Tertinggal
Mesin photostat
Mesin penimbang
Dah faham
Kamera Mainan Barbie
Komputer
Siapakah?
Balik lepak
Bicara cermin
Mana satu?
Kerusi flip-flap
Reben
Suami
Terkedu
Tok... tok... tok...
Bantal
Iron baju
Riba
Orang gaji
Handphone
Satu untuk semua
Bunyi
Gelang
Empat Sembilan
Jerit
Annyeong
Almari
Bola
Loceng
Peti ais
Sleepwalking
Gwinshin
1001
Snek
Dari dalam
Jatuh
Tuala
Bayang-bayang II
Piano
Lampu
Gambar
Valentine
London Bridge is falling down
La Pascualita
Gaun Pengantin Anna Baker
Ada nampak anak saya tak?
Siapa tu?
Short Stories
Adik
Tidur
Mendiang
Dongeng Disney dengan kisah Asal yang mengerikan
Bridge construction
Muka lawak

Terbang

2K 158 41
By putri_twb

Satu peristiwa yang ajaib telah berlaku di sebuah bandaraya. Ia melibatkan satu kebolehan anak-anak remaja yang lahir pada tahun 1994.

Mereka yang lahir pada tahun ini, sangat unik. Mereka lahir seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi sesuatu yang sangat luarbiasa telah berlaku ketika kanak-kanak yang lahir pada tahun 1994 ini mencapai umur remaja.

Mereka dikurniakan satu kelebihan. Iaitu boleh mengapungkan diri dan terbang ke mana-mana saja. Kebolehan ini dikurniakan semasa mereka berusia 16 tahun.

Mereka yang ada kebolehan ini berasa sangat seronok kerana dapat terbang di mana-mana saja. Ibubapa juga senang kerana tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah. Anak mereka boleh terbang ke sekolah.

Namun, lama kelamaan mereka tak dapat mengawal kebolehan mereka. Mereka tidak dapat menghentikan diri dari terus terapung di udara. Hal ini menyebabkan mereka terus dibawa oleh udara ke langit. Semakin ke atas, ke atas dan ke atas...

Para ibubapa remaja kelahiran tahun 1994 ini begitu risau akan nasib anak mereka. Masing-masing menangis dan teriak tanpa henti mengenangkan anak-anak mereka.

Pada suatu hari, selepas dua minggu kehilangan para remaja tersebut, sidang media massa dan akbar telah digemparkan dengan berita yang memaparkan tentang mayat beberapa remaja lelaki dan perempuan yang dijumpai di suatu kawasan lapang bersebelahan dengan sebuah kawasan pembinaan bangunan.

Menurut seorang pekerja yang bertugas di kawasan pembinaan tersebut, beliau menjumpai mayat-mayat remaja ini sekitar waktu subuh. Beliau tanpa berlengah memanggil pihak berkuasa untuk siasat mangsa-mangsa ini.

Setelah dikenalpasti, mereka ini adalah para remaja yang telah hilang baru-baru ini akibat tidak dapat mengawal kebolehan mengapungkan diri. Hal ini jelas sekali kerana setiap mangsa tersebut adalah anak-anak kelahiran 1994. Mereka adalah
Jung Soo Jung, Choi Sulli, Oh Sehun, dan Kim Jong In.

Sejak hari itu semakin ramai yang mendarat di tempat yang sama. Penjumpaan yang terbaru adalah, Jung Ho Seok, Kim Nam Joon, Kang Seulgi, Cha Hyung Won dan ramai lagi.

Insiden ini sangat memilukan hati para ibubapa anak-anak muda kelahiran tahun 1994 ini. Pada tahun tersebut, anak-anak muda ini bakal menduduki satu peperiksaan yang khas untuk pelajar yang berusia 16 tahun. Namun akibat insiden ini, dewan peperiksaan sekolah-sekolah di bandaraya ini sunyi sepi. Semua kerusi dan meja yang telah disusun dari awal, terpaksa dikemaskan semula dari dibiarkan berhabuk kerana tiada yang menggunakannya.

Selain memilukan, insiden ini juga mengerikan. Semua mayat anak muda yang dijumpai, adalah dalam keadaan berbaring sambil mendepakan tangan ke sisi. Bagaikan sedang terbang. Pakaian mereka serba putih tetapi kotor dan lusuh akibat hentakan ketika mendarat ke bumi terlalu kuat.

Dan walaupun sudah tidak bernyawa, mereka masih tersenyum. Tidak pasti itu adalah senyuman kegembiraan atau kesedihan, namun ia menyeramkan!

Pakaian mereka memang pelik. Ujar Puan Cha, seorang ibu kepada mangsa, Cha Hyung Won, dia berasa hairan apabila mendatangi mayat anaknya itu. Katanya lagi, pada hari yang Hyung Won hilang, anaknya itu memakai seluar panjang hitam dan sehelai t-shirt biru.

Puan Cha malah menunjukkan gambar terakhirnya bersama Hyung Won di kameranya sebagai bukti. Memang benar anaknya itu sama sekali tidak mengenakan apapun pakaian yang berwarna putih. Gambar itu bertarikh sama seperti tarikh anak-anak muda kelahiran tahun 1994 ini dibawa malang.

Ibubapa yang lain juga mengemukakan persoalan ini. Kira-kira ada 800+ remaja semuanya. Tidak mungkin kesemuanya memiliki pakaian putih yang sama. Ini memang membingungkan. Tambahan para ibu bapa anak-anak malang ini, dengan sebulat suara mengatakan pakaian serba putih bukanlah pakaian terakhir sang anak-anak ketika menghilang.

Kes ini dibawa ke polis, forensik dan detektif atau ke agensi-agensi lain. Pihak-pihak ini sendiri tidak dapat merungkaikan segala kecurigaan ini. Jadi, para penduduk mula membuat andaian sendiri tentang insiden ini. Banyak teori yang dibuat namun yang paling menarik adalah,

"Anak-anak muda kelahiran 1994 bakal menghadapi suatu peperiksaan khas pada umur 16. Kerana ini adalah antara peperiksaan terbesar, mereka dikerah dan dipaksa belajar oleh ibubapa malah guru. Hal ini menyebabkan stress dan tekanan jiwa dalam diri para remaja ini. Lalu, mereka selalu inginkan kebebasan dan kosongkan minda yang serabut. Kononnya permintaan mereka itu didengari oleh yang tidak diketahui lalu, ia menunaikan niat mereka itu dan memberi mereka sebuah kebebasan.

Kerana itu, kejadian terbang ini berlaku. Remaja-remaja ini bebas terbang ke mana saja. Tiada yang menghalang. Sehinggalah mereka terbang ke atas dan ke atas.

Pakaian putih? Putih sebenarnya warna yang bermaksud kosong dan bebas. Kerana itu secara ajaibnya mereka dijumpai dengan pakaian yang berwarna putih. Bermaksud mereka betul-betul bebas dari segala bebanan dan tanggungjawab. Oleh itu, mereka masih tersenyum sebagai tanda benar-benar puas hati dengan kebebasan yang telah mereka alami sebelum mendarat ke bumi. Tangan mereka juga berdepa luas bagaikan mereka masih berada di udara. Terselah bahawa mereka masih merasai kegembiraan suatu kebebasan walaupun sudah tidak bernyawa.
Nampaknya si tidak diketahui itu telah berjaya menunaikan permintaan anak-anak kelahiran 1994,"

Bagaimana pula dengan tanggapan anda terhadap peristiwa ajaib yang diakhiri dengan tragis ini?

~~~~~

Selamat tahun baru

Continue Reading

You'll Also Like

81.9K 8.8K 57
Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dulu telah dibuang akibat kemalangan. -Han...
1.3M 96.5K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
414K 15.5K 48
[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA] Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert โš ๏ธโš ๏ธ Psiko? Dulu memang...