Boy's Dorm (BTS)

By lovey_kiss

92.1K 6K 236

Main Cast -Trix (as you) -Semua ahli BTS -Semua ahli Got7 -Dan watak-watak lain akan muncul nanti. Cuma nak... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Author Note
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Author Note
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37 (Final)
Author Note

Chapter 7

2.8K 207 21
By lovey_kiss

Jimin berlari masuk ke biliknya. Terkejut yang lain bila nampak Jimin berlari masuk macam kena kejar hantu.

"Weh kau kenapa?" Jungkook agak risau bila nampak Jimin dalam keadaan macam ni. Mestilah yang lain pun risau.

"Kookie...Aku nampak.."

"Nampak apa?" V menyampuk.

"Kau diam dulu boleh tak? Baru nak berdrama." Rungut Jimin separuh marah. Sikit lagi nak sepak muka V.

"Aku nampak Trix pakai bra ngan seluar dalam je tadi."

"Jjinjaa??!!" Mereka terkejut nak mampos. Ada juga rasa menyesal sebab tak ikut Jimin tadi.

"Alaa..Melepasss!" Geram Rapmon.

"Kau ni gatal betul!" Jin menunjal kepala Rapmon. Sebenarnya dia nak pukul tapi kesian pula.

"Dia tak baling pisau masak ke?" Suga menanya. Teringat pula waktu mereka kononnya nak kenakan budak baru, tapi gadis bertuala yang muncul.

"Tak." Jimin berkata selamba sambil berlari ke katilnya dan baring. Selesa rasanya.

"Habis tu apa kau buat dan apa dia buat?" Jhope bertanya.

"Aku buka pintu, lepas tu aku nampak lah dia dengan badannya yang menawan tu. Lepastu aku terdiam. Dia pun sama. Tak lama kemudian, dia mula menjerit lepas tu aku pun keluarlah." Terang Jimin sambil menutup mata. Macam mayat hidup bercakap.

"Yah...Bertuahnya kau." V mula bersedih. Melebih pula si V ni.

Manakala Trix pula...

"Nak bersihkan biliklah." Kata Trix dengan ceria. Dia agak bosan sekarang ni. Dia tak tahu nak buat apa. Kalau orang lain, sudah pastinya tengah tidur memandangkan ada masa lapang ni.

Trix mencapai pakaiannya yang bersepah dilantai dan masukkan dalam baldi.

"Hmm, sikitnya nak kemas ni. Patut ke saya sepahkan bilik lepas tu kemaskan balik?" Trix mula merepek. Gila nak sepah lepas tu kemas balik?! Baik tidur je.

"Kalau macam tu, baik saya pergi bilik dobi untuk cuci pakaian saya ni." Trix yang sedang memakai sweater merah dan short pants mengangkat sebaldi pakaian yang kotor. Dia keluar dari biliknya dan mula berjalan ke bilik dobi.

-Bilik Dobi-

Trix memasukkan pakaiannya ke dalam mesin basuh. Sempat lagi dia menari tarian Bts dope. Walaupun tak pandai dia tetap menari juga.

"Pandai kau menari." Suara seorang jejaka kedengaran.

"Kkamjjakiya!" Trix terjerit kecil selepas terdengar je suara secara tiba-tiba. Terkejut Trix. "Yah!" Trix berkata sambil memandang jejaka tersebut.

Jejaka tu mendekati Trix sambil membawa sebaldi pakaian. " What a girl doing at boy's dorm?" Katanya.

Trix baru saja nak menjawab soalan tersebut tapi telefonnya berdering dengan iringan lagu Ikon-Rhythm Ta. Trix menjawab panggilan tersebut.

"Siapa ni?" Tanya Trix.

"Ini Jimin. Kau kat mana?"

"Bilik Dobi. Eh..jap! Mana kau dapat nombor saya?!"

"----" Panggilan terputus.

"Tak percaya betul. Berani dia putuskan talian!" Geram Trix. Dia tak perasan yang jejaka tadi masih berada di depannya.

"Hmm what's your name?" Tanya jejaka tersebut.

"Trix." Jawab Trix ringkas.

"B.I" Kata jejaka tu sambil menghulurkan tangan kanannya.

Baru saja Trix nak menyambut tangan B.I, namun sekumpulan jejaka yang sangat dikenali menghampiri.

"Trix!" Jimin segera menarik Trix.

"Apa ni?!" Trix mengalami terlalu banyak kejutan untuk sehari ni.

"Apa kau nak dari Trix? Dia tak buat apa- apa pun dekat kau!" Jimin melindungi Trix. Dia mengendahkan saja soalan yang keluar dari mulut Trix.

"Ha....Apa ni Jimin. Aku tak buat apa pun..LAGI." B.I memandang Jimin dengan senyuman sinis. Dia sempat tergelak kecil.

"B.I, Kau belum insaf lagi ke?!" Rapmon berlari ke arah B.I dan menarik kolar baju B.I. Panas rasanya hati semua orang kat situ kecuali Trix yang tak tahu apa-apa.

"Ini ke tujuan kau balik ke sini?" Jin bertanya dengan penuh sabar. Dia tak nak mulakan pergaduhan.

"Boleh dikatakan macam tulah." B.I menolak Rapmon dengan swagnya. Pandai-pandailah bayangkan.

"Apa sebenarnya...yang terjadi ni?" Trix agak bingung. Perbualan mereka yang tak berapa nak mesra ni buat Trix makin bingung.

"Dia nilah...Si gelap."

Trix terdiam seribu bahasa. Lagi. Dah dua kali dia terdiam seribu bahasa. "D-Dia..?" Trix berkata dengan suara yang dah nak hilang.

"Oh, memandangkan korang ada kat sini, apa kata korang bagitau kat aku kenapa ada perempuan kat dorm ni?" B.I bertanya sambil memandang Trix yang masih dalam dunianya sendiri. Mungkin tengah bayangkan situasi Ari dibunuh oleh jejaka kacak yang bernama B.I ni.

"Jangan kacau dia B.I. Dia ni anak buah pengetua Seok Jin. Kau tau apa akan jadi kalau kau cuba nak bunuh Trix sekarang." Kata V dengan berani.

"Siapa kata nak bunuh dia...Sekarang?" Kata B.I sambil berlalu pergi. Baldinya pun dia lupa nak bawak sekali. Dah terlampau asyik dengan gaya coolnya.

Selepas je B.I pergi, mereka semua pun berkumpul keliling Trix.

"Trix kau okay tak?" Suga berkata dengan risau. Baru saja beberapa hari kenal, dah nak risau bagai. Baik betullah diorang ni.

"Em." Kata Trix sambil mengangguk kecil. "Dia tu ke si gelap?" Tanya Trix selamba. Padahal dialah yang paling first kecut perut bila identiti B.I terbongkar sebagai si gelap.

"Takut ke?" Jhope sempat mengusik Trix. Saja nak ceriakan keadaan.

"Tak." Trix berkata sambil mengangkat kainnya yang dah kering. Canggih betul mesin basuh. Sekejap je basuh baju, lepas tu dah kering.

Keesokan harinya di Creven High

"Weh aku dengar B.I start sekolah hari ni." Mark bertanya kepada JB.

"Biarlah dia tu." JB berkata dengan ringkas. Dia tak berapa berminat dengan kehadiran B.I.

"Mana Trix ye?" JB mencari-cari kelibat Trix. Rupanya sibuk cari Trix.

"Mungkin kat kelas dia. Dia kan sekelas dengan geng Rapmon." Jr berkata sambil membetulkan rambutnya.

"Jom pergi cari gaduh?" Youngjae memberi cadangan.

"Oi, kau nak kena gantung sekolah?" Kata Yuggyeom sambil menunjal kepala Youngjae.

"Jomlah pergi kelas diorang. Aku nak jumpa princess aku." Kata JB sambil berdiri dari kerusinya dan berjalan menuju ke kelas Trix. Begitu juga dengan geng satu kepalanya.

Di kelas Trix

"I'm sorry. Do you hear me? Yah! Trix!" Jimin dari tadi lagi minta maaf dengan Trix tapi Trix mengendahkannya.

Yang lain cuma gelakkan Jimin. Terasa lucu bila nampak Jimin macam ni. Jimin pula dah sampai limitnya. Dah 10 kali kot dia minta maaf.

"Lantaklah!" Tiba-tiba Jimin menghentak meja Trix dengan kuat.

"Weh apa kau buat ni?!" Jerit Trix yang ternyata dalam keadaan terkejut.

"Aku buat apa yang patutlah." Jawab Jimin ringkas sambil memandang Trix dengan pandangan tajam. Macam nak bunuh Trix je. Pendendam juga Jimin ye.

"Bwo?" Trix bertanya sambil menanggalkan earphonenya. Rupanya dari tadi Trix dengar lagu. Patutlah tak dengar.

Jimin terdiam. Riak wajahnya yang bingung tu membuat rakannya yang lain lagilah ketawa besar. "Dari tadi kau dengar lagu?" Tanya Jimin yang tak percaya dengan apa yang baru berlaku.

"Yup. Wae?" Tanya Trix. Dia agak bingung dengan keadaan sekarang. Jimin yang tengah dalam keadaan terkejut dan yang 6 lagi tu pula tengah tergelak besar. "Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" Katanya dalam hati.

Jimin menepuk dahinya. Rasa macam nak lompat dari bumbung pun ada.

"Kenapa?" Tanya Trix lagi. Jimin hanya memandang Trix dengan wajah 'whatever' dia. Trix memandang yang lagi 6 tu pula.

"Dia minta maaf dari tadi. 10 kali wuuu..." Jungkook berkata sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Biar betul?" Tanya Trix lalu memandang Jimin yang dah nak melayang rohnya. Sepuluh kali dia minta maaf, rupanya Trix sibuk dengar lagu.

"Tak payah nak minta maaflah. Kau kan tak sengaja. Kenapa pula saya nak marah kau sedangkan kau tak sengaja?" Trix memberi penjelasan sambil tersenyum manis. Berdegup jantung Jimin. Terasa debaran yang aneh.

"Yoo!!" Jackson menergah masuk kelas mereka. Dah tentulah bersama dengan gengnya yang lain.

"Apa korang nak ni?" Kata Rapmon. Naik menyampah Rapmon bila geng JB ni asyik datang je. Macam takde kelas sendiri.

"Aku nak cari princess aku." JB berkata dengan ringkas dan padat.

"Princess? Jin ke?" Jhope memandang Jin dan rakannya yang lain.

"Bukan dialah! Aku nak culik Trix kejap." JB berkata sambil menghampiri Trix dan tersenyum manis.

"Apasal pula nak culik saya?" Trix berasa sedikit hairan namun cair pula hati dia bila nampak senyuman JB yang menawan tu.

"Mian. Dia milik aku." Jimin segera menarik Trix kebelakangnya. Dia lalu menolak JB dengan kuat membuatkan JB terundur ke belakang.

"Kau memang nak kena!" JB menghayunkan penumbuknya ke wajah kacak Jimin. Habis berdarah bibir Jimin.

"Stop! Weh berhentilah!" Trix cuba nak hentikan pertarungan yang berlangsung depan matanya tu. Tapi malangnya dia kena tolak pula. Habis terpelanting.

"Trix kau okay?!" Jackson, Jr, Jin dan Suga berlari ke arah Trix yang dalam keadaan duduk di atas lantai.

"Hidung kau berdarahlah Trix!" Jerit Jackson. Trix segera menyentuh hidungnya dan memastikan hidungnya benar-benar berdarah atau tak. Malangnya ya. Dia segera mengelap darah tersebut dengan sapu tangannya. Lalu Trix berdiri semula untuk menghentikan Jimin dan Jb yang masih lagi bertumbuk.

"Dahlah!" Trix berlari ke arah Jimin dan memberinya flying kick lepastu dia bagi JB penumbuk maut tepat diperut. Terdiam semua orang.

"Ganasnya..." Semua pelajar yang berada di kelas tersebut berkata dalam hati.

Dengan darah yang masih mengalir dihidungnya dia berdiri depan Jimin dan Jb. Walaupun Trix dah lap hidungnya, masih lagi darah mengalir.

"Aku dah tak tahanlah dengan korang ni!" Naik geram Trix.

"Apa yang berlaku ni?!" Sekali lagi pengetua Seok Jin datang secara tetiba. Kali ni situasi agak serius.

"Orang yang sama lagi?!"

Semua pelajar berdiam diri.

"Salah saya." Sekali lagi Trix mengaku salah dia walaupun kali ni memang terang-terang salah JB dan Jimin.

"Trix! Kamu memang melampau. Pengetua dah takde pilihan selain daripada..."

Semua pelajar terbeliak mata. Terutama sekali Jimin dan Jb.

"Digantung sekolah."

Akhirnya ayat yang dari tadi terngiang di kepala Trix dilafazkan juga. Trix hanya mengangguk kecil sambil mengikut pengetua ke pejabatnya.

Di pejabat Pengetua Seok Jin

"Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya pengetua sekali lagi. Dia tak percaya yang semua ni salah Trix.

"Memang salah saya lah." Trux berkata sambil mengelap hidungnya yang berdarah.

"Pak cik tau semua ni salah Jimin dan Jb kan? Jangan nak menafikannya."

Akhirnya Trix mengangguk kecil.

"Biar pak cik gantung je sekolah budak berdua tu." Pengetua Seok Jin dah mula naik bengang. Dia tahu Trix tak mungkin membuat pergaduhan sehingga lebam-lebam muka.

"Jangan!"

"Kenapa?"

"Biar ini jadi pengajaran bagi mereka. Saya ada rancangan sendiri supaya mereka tak selalu bergaduh. Lagipun gantung aje kot."

xxxxxxxxxxxxx
Gantung aje kot? XD kalau author yang kena, fuhhh nangis satu tasik. Soooo do vote and comment okayyy bagila semangat sikit XD barulah author rasa gembira sambil buat chapter seterusnya. Thankss for readinggg! ;*



Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 59.8K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejรก vu. Setiap kali...
704 171 11
Seonghwa bermimpi, tentang dia yang berbau seperti padang yang mekar dengan bunga lavender. Namun setiap kali dia bangun dari bermimpi, identiti si...