Seketul daging yang bernama hati
Dalam payah menjaganya
Ada yang masih menjelak
Kerna taksub luaran
Sungguh manusia buta dalam celik
Hati mulia bagai tiada harga
Kerna rupa saja mengisi dahaga si buta
Celakanya mahu menilai dari rupa
Adakah kau indah persis bidadari syurga
Lagaknya seperti tuhan
Mahu menilai semua
Tak sedar masih dinilai
Maha kelakarnya
Rupa jadi ukuran
Seolah lupa bahwa hati ialah kerajaan diri
Bila baik kerajaannya
Maka indahlah empunya diri
Jauh lebih baik punya rupa indah
Tapi hidup bagai tiada jiwa
Semua dicantas tanpa belas
Hentikanlah,
Jangan kau menilai dari rupa
0328:200116
©gadisturkey