Boy's Dorm (BTS)

By lovey_kiss

92.1K 6K 236

Main Cast -Trix (as you) -Semua ahli BTS -Semua ahli Got7 -Dan watak-watak lain akan muncul nanti. Cuma nak... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Author Note
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Author Note
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37 (Final)
Author Note

Chapter 5

2.9K 203 4
By lovey_kiss

Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

"Yah!"

Suara itu membuat Trix terkejut. "K-Kau manusia...kan?" Tanya Trix.

"Apa kau buat kat sini? Kau patutnya ada kat sekolah." Jejaka itu berkata.

"S-Saya lambat bangun...Bye!" Trix cuba nak menjauhkan diri dari jejaka tersebut. Dalam fikiran Trix, dia masih mensyak jejaka itu adalah hantu.

"Aku bukan hantu. Kau tak ingat aku ke?" Jejaka itu bertanya.

"Tak." Jawab Trix tanpa menoleh kebelakang dan teruskan perjalanannya.

"Ah Jalan la. Kat sana banyak hantu. Aku sendiri nampak tadi."
Trix terdiam. "Apa dia cakap? H-Hantu...?" Dia berbisik kecil. Kakinya mula mengundur ke belakang dan akhirnya berada dekat dengan jejaka tadi. Trix menoleh ke arah jejaka tu.

"Saya Trix." Trix menghulurkan tangan kanannya ke arah jejaka itu.

"JB." Jejaka itu bersalaman dengan Trix.

"Boleh..Temankan saya jalan naik kat tingkat atas tak?" Tanya Trix. Dia tahu yang dia baru saja kenal JB tapi dia nak cepat-cepat masuk bilik dia, jadi terpaksalah.

"Kau nak aku temankan? Tak takut ke..kalau-kalau..." JB mengangkat kedua-dua keningnya sambil tersenyum nakal.

"Tak." Trix yakin dengan dirinya. Dia tak mungkin akan biarkan jejaka tu buat apa-apa kat dia.

"Oh..kayy!" Kata JB dengan nada ceria. Dia meletakkan tangan kirinya keliling bahu Trix.

"Tangan." Trix menolak JB dengan malasnya.

"Kau ni comellah." JB menunjal perlahan kepala Trix.

Trix pula hanya membiarkan JB sambil mengunyah roti yang dia beli dari food machine tadi.

Sesampai je kat depan bilik Trix...

"Bye." Kata Trix sambil memulas tombol pintu biliknya.

"Kejap." JB segera menarik tangan Trix. Macam dalam drama.

Trix memandang JB sambil menanti apa yang JB nak sampaikan.

"Urm...Er..." JB kelihatan agak gementar. Dia nak katakan sesuatu tapi mulutnya kaku.

"Kau ni peliklah." Trix menarik tangannya sambil tergelak kecil. Trix lalu menutup pintu biliknya.

"Haih..Aku patut cakap kat dia yang aku suka dia!" Geram pula JB. Rupanya dia menaruh hati kat Trix. Cinta pandang pertamalah katakan.

Tiba-tiba pintu bilik No.023 dibuka. JB lantas melihat jejaka yang keluar dari bilik tersebut.
"Oh! Lama tak jumpa." Kata JB sambil menyapa jejaka digelar si gelap tu.

"Ya." Jawab si gelap ringkas lalu pergi turun ke tingkat bawah. JB melihat si gelap tu turun dengan sebaldi kain ditangannya. Dah tentu nak ke bilik Dobi.

"Seingat saya, dulu tak sedingin ni. Dia benci saya ke apa?" JB berkata selamba sambil berjalan menuju ke biliknya iaitu No.035.

-Setelah pintu depan dorm dibuka-

Banyak juga pelajar yang berlari masuk ke dalam dorm. Walaupun Jam 11 dorm baru buka, mereka tetap ponteng. Patutnya Jam 2 barulah waktu sekolah tamat tapi ini, jam 11 dah ada yang ponteng.

"Kau ponteng juga ke Jackson?" Tanya Chanyeol. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil melihat budak Jackson tu berlari pecut masuk ke dorm melalui pintu depan. Jackson hanya melemparkan senyuman ' squirtle' nya.

Chanyeol baru saja nak ke sekolah balik memandangkan Creven High hanya beberapa meter dari dorm ni, namun hasratnya dibatalkan apabila dia nampak je kelibat gadis sedang menyeludup masuk dorm lelaki melalui pintu belakang.

"Hoi! Korang balik sekolah sekarang!" Jerit Chanyeol kepada 4 gadis yang cantik itu. Terkejut gadis berempat tu. Mereka lalu memandang Chanyeol dengan pandangan minta simpati.

"Tak payahlah nak buat mata macam si V tu! Kau nak aku lapor kat Cikgu Jongkook ke atau Cikgu Ji hyo?" Chanyeol memberi amaran. Dia memandang gadis berempat tu dengan wajah yang serius. Tak pernah Chanyeol tak ambil serius pasal tugasnya.

"Chanyeol..Tolonglah...Hari ni je. Okay?" Min Ah mencelik-celik matanya ke arah Chanyeol. Cuba nak mengoda Chanyeol pula.

"Tolonglah....Saya tak akan terpikat so baik korang balik." Kata Chanyeol yang dah nak meletup tu. Kalau dia dah marah, rambut perempuan pun dia berani tarik.

Jimin, V dan Rapmon pun datang entah dari mana.

"Kenapa ni?" Kata Rapmon sambil memandang empat gadis tu lalu memandang Chanyeol.

Jimin dan V pula sibuk usha Yura, Hyeri, Sojin dan Minah.

"Weh, Chanyeol. Benarkanlah diorang masuk. Malam nanti baliklah diorang." Jimin berkata selamba. Rapmon dan V pun nampaknya setuju.

"Tak bolehlah! Kau gila ke?! Nak kena tangkap basah oleh Cikgu?! No still means no! " Chanyeol memandang wajah Jimin dengan wajah dark soulnya. "Dahlah ponteng! Nak kena tulis nama?!" Tambah Chanyeol.

"Weh Chanyeol kau apahal?!" Jimin naik darah pula bila ditegur oleh Chanyeol. Macam nak tumbuk muka Chanyeol dengan kuali pun ada.

"Dah dah. Jangan nak buat drama sini. Minah, Sojin, Yura, Hyeri, baik korang balik jelah. Kebelakangan ni peraturan makin ketat. Perempuan dah tak digalakkan ke dorm lelaki. Jumpa kat sekolah jelah ye." Terang Rapmon sambil menolak mereka perlahan dan melambai-lambai ke arah mereka.

Minah dan gengnya pun baliklah jawabnya. Hanya mampu berkeluh. Setelah itu Chanyeol pun berjalan ke Creven High. Tanpa memandang jejaka bertiga tu. Mungkin kecik hati dia bila tak ada yang nak sokong dia.

"Seriously. Apa masalah budak tu?" Kata Jimin sambil berjalan masuk ke dorm lelaki. V dan Rapmon memandang sesama sendiri lalu mengangkat bahu tanda tak tahu sambil mengikuti Jimin dari belakang.

Manakala Keadaan Trix pula...

"Nak pergi ke bilik budak bertujuh tu...atau tak?" Trix berkata sambil mengeluh. Tujuannya hanya untuk bertanya tentang kerja rumah memandangkan mereka sekelas.

"Tapi saya tak tahu bilik diorang!" Geram Trix dibuatnya. Dahlah baru pindah kat Creven High, dah mula tak datang. Dia agak risau itu akan mengganggu reputasinya.

Akhirnya Trix dah putuskan yang dia perlu juga jumpa budak bertujuh tu. Salah seorang pun tak apa. Dia keluar dari biliknya dan berlegar-legar di kawasan dorm macam dah biasa.

"Omo! Trix si gadis baru tulah!" Jackson mendekati Trix namun Trix langsung tak gentar. Lagipun dimatanya, Jackson nampak sangat comel.

"Apa yang kau fikir ni Trix?!" Jerit Trix dalam hati. Dia berasa agak malu kerana memanggil Jackson comel.

"Awak nak ke mana?" Tanya Jackson.

"N-Nak jumpa..Hmm, s-siapa nama dia? Oh! Rapmon!" Trix terfikir nama Rapmon terlebih dahulu, sebab itulah dia sebut nama Rapmon.

"Ish..Semua gadis pun suka dia. Aku pun kacak apa!" Jackson merungut.

"Eh?! B-Bukan! Saya jumpa dia bukan sebab saya suka dia! Ini sebab dia rakan sekelas saya. Saya nak tanya pasal kerja sekolah." Terang Trix.

"Fuh, nasib baik." Jackson menghembus nafas lega.

Trix berasa hairan dengan tindakannya tapi dia tak nak besarkan hal. "So..Mana bilik dia?" Tanya Trix sekali lagi.

"Bilik No. 033. Kalau dah selesai tanya pasal kerja sekolah kau nanti, singgahlah bilik aku. No.35. Dekat je." Jackson berkata sambil melambai-lambai tangannya ke arah Trix dan berlalu pergi.

"Banyaknya jejaka kacak." Kata Trix sambil tersenyum bersahaja. Dia lalu menggeleng-geleng kepalanya.

-Depan bilik No. 33-

"Rasanya diorang ada tak?" Trix berfikir dalam hati. Agak ragu-ragu nak mengetuk pintu.

Tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka.

"Trix?" Jin berasa hairan.

"O-Oh! Jin!"

"Kenapa datang sini?"

"Saya nak tanya pasal kerja sekolah. Saya tak hadir tadi."

"Ow...Weh! Korang tau tak apa kerja sekolah kita hari ni?" Jin berkata kepada gengnya.

"Tak. Siapa tu?" Jhope bersuara. Dia lalu berjalan menuju ke pintu. Jin memberinya laluan untuk melihat siapa berada di depan pintu tu.

"Trix! Jomlah masuk!" Jhope menarik tangan Trix dengan gembiranya.

"E-Eh!" Trix tak mampu nak melawan kerana Jin juga menolong Jhope menariknya. Tenaga lelaki sememangnya jauh lebih kuat dari perempuan.

Apabila Trix berada je dalam bilik No.033 tu, dia melihat jejaka-jejaka yang dikenali. Jimin, V, Rapmon, Suga, Jungkook.

"Woah! Trix, awak ni swaglah! Mana beli hoodie hitam dengan sweatpants kelabu ni?" Suga melihat cara pemakaian Trix.

"US." Jawab Trix ringkas. Trix sememangnya sangat gemar memakai hoodie dan sweatpants.

"Korang pergi sekolah kan tadi? Apa kerja sekolah?" Sambung Trix. Namun yang lain cuma memandang satu sama lain dan tergelak kecil. "A-Apa..Kenapa..?" Trix agak bingung.

"Trix Trix...Kami ni bukannya rajin. Kerja sekolah pun kami tak pernah sentuh, apalagi nak tahu pasal kerja sekolah." V menjelaskan.

"Haih, buang masa aje cakap dengan korang ni. Bye!" Trix berjalan menuju ke pintu keluar. "Baik tak payah datang tadi!" Dengusnya dalam hati.

"Ehhhh, kejap." Jimin menarik tangannya.

Terkejut Trix bila tangan dia tiba-tiba je kena tarik. "Kenapa?" Katanya malas.

"Dah lama tak ada gadis yang layan kami sejak si gelap tu buat hal. Apa kata kau...layan kami malam ni?" Jimin mendekatkan mukanya dengan muka Trix.

Yang lain cuma tersenyum nakal sambil memandang Jimin dan muslihat liciknya.

"Ehem! Jimin. Maaflah ya. Teknik ni dah ketinggalan zaman." Trix menunjal kepala Jimin jauh dari mukanya.

"Woahh! first time Jimin ditolak untuk bersama semalaman! Tak menyesal ke ni Trix? Kalau tak nak dengan Jimin, kau boleh pilih antara kami." V memberi cadangan. Trix hanya menggeleng-geleng kepalanya.

"Hanya perempuan murah je nak buat macam tu. Dan saya, bukan perempuan macam tu. Jadi, apa kata korang ajelah yang bersama malam ni okay? Bye!" Trix berkata sambil melambai-lambai tangannya dan tersenyum. Dia lalu membuka pintu bilik tersebut dan keluar.

Trix menutup pintu bilik tersebut lalu berjalan semula ke biliknya. " Cepatlah sebulan! Lelaki kat sini semuanya liar semacam aje. Macam manalah nak survive ni." Bisik Trix kecil.

Tiba-tiba mulutnya ditutup dan ditarik ke sebuah bilik. " Uish, kenapa ni?!" Jerit Trix dalam hati.

xxxxxxxxxxxxxxx
Dan itulah chapter 5! Do vote and comment okayyy. If it's boring pls inform me okay? i'll do better  for the next chapter. Thank you for reading XD


Continue Reading

You'll Also Like

19K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
44.7K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
41K 3.1K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...