Dia bagaikan 'Hurricane'

By ordinary_girl98

599K 26.7K 1.4K

Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku t... More

PROLOGUE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Epilogue
❀Penghargaan❀
BONUS part ✨
Pemberitahuan!
Pemberitahuan!!

Bab 20

10.5K 464 12
By ordinary_girl98


Everything I do right does me wrong



Selesai memakai jubah,aku memakai selendang dan memerhatikan diriku di cermin.Aku memakai 'eye-liner' dan membuka 'compact powder' untuk menempekkan sedikit bedak di wajahku.Puas hati dengan penampilanku,aku melihat cermin.Aku nampak sopan dan cantik.Hohoho,perasan sungguh! Tidak mahu membuang masa,aku mengangkat bagasiku yang berat keluar daripada bilik.

"Ha,nak gerak dah?" Soal ibu keluar daripada dapur.

Aku hanya menganggukkan kepala dan mengheret bagasiku sehingga ke kereta.Buka bonet sahaja aku terus humbankan bagasiku yang berat seperti beberapa ton ke dalam.Fuh,berat gila! Mak dan abah sudah menunggu di muka pintu.

"Abah,balik dulu ye."Ucapku sambil menyalam dan mencium tangan abah.

"Bawak kereta elok-elok.Biar lambat asalkan kamu selamat."

"Orait bah."

Aku beralih pada mak pulak.

"Cantik kamu melaram Hani."Kata mak.

Aku tersengih dan menyalam tangan ibu.

"Kirim salam pada Khadijah untuk mak.Bertuah budak tu akhirnya kahwin juga."Kata mak dan aku mula berasa tidak sedap hati.Alamak,mak dah mulalah!

"Kamu ni,bila nak ada buah hati Hanani? Ingat,kamu tu bukan muda selalu."

Tengok,aku dah agak!Aku mendengus.

"Mak,tolonglah.Nanti kalau dah ada calon orang bawaklah balik rumah."Gerutuku.

"Daniel tu? Mak tengok kamu ni macam-Apa orang putih kata? Something? Ha,kamu berdua macam ada 'something' je?" Mak tersenyum lebar.

"Hissh,dia dah ada awek mak!"

"Abah pun ok dengan dia.Maklumlah,keluarga dia pun abah dah kenal,senanglah."Abah pula menyokong mak.Aku menampar dahi dengan geram.

"Sudahlah,Daniel tu dah ada awek mak.Dia takkan pandang orang punyalah! Hanani balik dulu ye.Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam."

Mak dan abah kata serentak dan aku menuju ke kereta.

"Jangan lupa,bawak balik menantu mak!"

Laung mak.Arghh!

"Iyolah!"

Sahutku kembali dan terus menghidupkan enjin kereta.Dengan perlahan-lahan aku keluar daripada perkarangan rumah dan memandang sekilas kelibat kedua ibu bapaku buat kali terakhir.Aduh,dekat mana aku nak cari menantu emak oii.

"Khadijah!"

"Hanani!"

Laju kami berpelukan dengan gembira.Khadijah kelihatan cantik sekali dengan baju perkahwinan berwarna 'peach' sedondon dengan pasanganya.Suaminya yang aku tahu bernama Nizam melihat kami dengan bingung.

"Weh,lama kut aku tak nampak korang?! Zulaikha mana?" Soal Khadijah dengan riang.

"Zu tak dapat datang,ada kerja.Dia nak aku bawak balik sikit nasi minyak,boleh tak?" Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Boleh je,aku tak kisah! Nanti aku suruh saudara aku bungkuskan untuk kau."

Aku tersenyum lebar.

"Ni siapa?" Soal Nizam apabila telah lama memerhatikan kami.

"Oh? Sorry bang,ini Hanani.Kawan Jah masa universiti dulu.Kitaorang sama kelas.Hanani,ni suami aku."Kata Khadijah.

"Hi" Sapanya.

"Hi.Tahniah ye dah berkahwin.Saya respect betullah pada awak sebab boleh tahan dengan kawan saya ni,mulut dia boleh tahan becok!" Perliku.

"Hanani!"

Aku dan Nizam ketawa.

"She's right sayang.When you talk you can stop.Hahaha.."

"Hissh,mana ada!"Rajuk Khadijah.

Lawak betul aku melihat situasi mereka.Bertuah Khadijah bernikah dengan orang yang telah memahami luaran dan dalamanya.Aku berasa sedikit cemburu.Haiihh.

"Okla guys,aku nak makan nasi minyak.Congrats sekali lagi!" Ucapku.

"Thanks!" Kata mereka serentak dan melayan tetamu lain yang hadir.

Laju aku beratur untuk mengambil makanan dan buah.Perghh,sudahlah tak sempat nak sarapan dekat rumah sebab nak gerak awal.Nampak pulak nasi minyak dengan lauk kegemaran aku yang dihidangkan.Sedapnya! Nak ngap semua,hahaha.Selesai mengambil makanan dan minuman,aku duduk di meja yang kelihatan kosong.Aku diantara orang yang datang awal jugaklah dalam majlis.Senang,tak payah berebut makanan.Aku membaca doa dan tanpa membuang masa terus menjamah makanan.Emmm,sedap.Lama gila tak makan nasi minyak membuatkan aku sudah lupa macam mana rasanya.Maklumah,aku jarang pergi rumah orang kahwin sebab kesibukan kerja.Selesai makan,aku membasuh tangan dan mengambil tisu untuk mengelap mulut.

"Ada orang?"

Terkejut aku dengan suara itu dan laju aku mendongak.Seorang lelaki yang berambut nipis namun masih ada rupa menegurku.

"Eh,tak ada.Duduklah."Laju kataku dan dia menganggukkan kepala.

Aku meneliti wajah lelaki itu lagi tanpa segan silu.Macam aku kenal mamat ni? Aku rasa aku kenal? Hmm?

"Awak Khairi ke?"

Lelaki itu terkejut dan melihat wajahku juga.Matanya membulat.

"Ya Allah,kau Hanani ke?! Junior aku masa universiti dulu kan?" Ketawanya dan aku tersenyum lebar.

Amirul Khairi,senior aku masa univesiti dulu.Dia seorang yang okey-lah walaupun masa universiti dulu agak kecoh.Dia agak baik dengan aku,Zulaikha dan kumpulan kitaorang yang lain,selalu belanja kitaorang makan bila habis jawab kertas peperiksaanya.Nampak matang dan berkerjaya sungguh dia sekarang.Aku gembira dalam hati.

"Wooo,kau nampak lainlah sekarang Hanani.Nampak ayu gitu."Sakatnya dan mukaku agak merah.

"Jangan merepeklah."Bidasku dan dia tersenyum

"Zulaikha mana? Selalunya korang berkepit je?"

"Dia kerja,tak dapat datang."

"Owhh.Sibuk ye dia sekarang."

"Macam tulah.Awak makanlah dulu." Kataku apabila melihat dia masih tidak menyentuh makananya.Khairi mengangukkan kepala dan mula makan.Aku duduk sebentar memerhatikan Khadijah dan Nizam yang telah menaiki pentas.Mereka duduk di atas pelamin dan bertangkap gambar bersama keluarganya.Mereka nampak sungguh gembira.Bila agaknya hari macam ni datang pada aku? Sekarang ni mak mula desak aku nak kahwin.Hissh,susah macam ni!Aku ingin berkahwin,tapi 'soul-mate' tu nak cari di mana?! Serabutku seorang diri.

"So,Hani dah ada boyfriend?"

Terkejut aku dengan sapaan itu,laju aku memandang Khairi.

"Emm,belum lagi."

"Tipu.Cantik macam ni tak ada orang nak?"

"Betullah."

Khairi ketawa dan merenung juga pasangan sejoli itu di atas pentas.Ish,kekoknya.Baik aku mula bukak mulut.

"Khairi pulak macam mana? Dah ada buah hati?" Soalku dengan senyuman.

"Baru break semalam."Katanya tanpa selindung.Tak ada perasaan malu sungguh.

"Serius?" Terkejutku.

"Haah.Malangnya,dia kata yang aku ni tak 'serius' langsung.Faham tak?" Matanya mengerling kearahku dan aku hanya menganggukkan kepala.

"Tak apa,nanti adalah tu orang baru."Kataku perlahan.

"Hani,betul ke kau tak ada boyfriend? Aku rasa macam tak logik sebab kau nampak cantik sekarang bagi aku."Sakatnya lagi.Aku mula geram.

"Hiish,berhenti cakap perkataan cantik boleh tak! Kan dah kata tadi,saya mana ada sesiapa.Belum lagi." Marahku dan Khairi hanya tersenyum lebar.

"Aku serius ok."

"Senyaplah!"

Dia ketawa.

"Khairi sekarang kerja-"

Secara tiba telefon bimbit Khairi berbunyi.Laju dia meminta diri untuk mengangkatnya dan aku menganggukkan kepala sekali lagi.Hilang sahaja kelibat Khairi,aku memegang kedua-dua belah pipiku.Dia kata aku cantik? Seriuslah? Aku rasa penglihatan Khairi betul-betul ada masalah.Sebab orang pandang aku tengok sekali je,mana ada orang toleh dua kali.Issh,sejak bila aku jadi perasan nih?!Mungkinkah dia suka aku?

Arggh.

Aku sudah mula fikir benda tak masuk akal! Ini mesti 'effect' mak suruh aku cari menantu cepat ni! Sudahlah! Aku meneguk air sekali lagi dan menghilangkan suara hatiku yang tak masuk akal.

"Hanani!"

Terkejut aku namun laju aku menoleh kearah Khairi.

"Ye?"

"Aku kena balik,sorry.Boleh aku nak nombor telefon kau?"

"Kenapa?" Aku mengatakan soalan bodoh membuatkan Khairi tergelak.

"Kenapa? Supaya aku senang 'contact' dengan kaulah! Hahaha.Kitakan dah lama tak jumpa,lain kali kalau free kita jumpa sekali lagi."

Gulp.

"Ohh,ok,ok."Kataku dengan kalut dan memberikanya nombor telefonku.

"Thanks ye,seronok dapat jumpa junior lama aku hari ni."Gembiranya dan aku hanya tersenyum.

"Bye Hanani."

"Bye Khairi."

Kataku dengan perlahan dan melihat kelibat Khairi hilang setelah keluar daripada dewan.Dia nak nombor aku? Dia nak jumpa aku lagi? Mungkinkah dia-Ahh,sudahlah! Ini mesti 'effect' mak aku sebab nak menantu lagi! Dengan bengang aku terus menuju kearah Khadijah yang berada di luar dewan.

"Khadijah,aku balik dulu ye."

"Ohh,tunggu sekejap!" Katanya dan mengambil satu bungkusan plastik di atas meja.

"Nah,kirim salam aku sekali dekat Zu.Kata dekat dia bila aku ada majlis nanti dia mesti datang!"

Aku tergelak kecil dan mengambil plastik tersebut.

"Ok,nanti aku sampaikan."

"Thanks ye Hanani sebab datang!Rindu aku dengan kau,lama tak dengar khabar." Katanya dengan pelukan.Aku memeluknya kembali.

"Rindu kau jugak Jah! Jaga suami kau betul-betul,jangan hilang pulak."Perliku lagi.

"Tahulah! Jaga diri baik-baik,bye!"

"Bye!"

Laungku dan terus keluar daripada dewan.Eh,aku lupa nak ambil nombor telefon Khairi lahh!Ayoyo,macam mana aku boleh lupa? Padanlah mamat sewel tu cakap aku lembap.Huhuhu.

Aku tiba di rumah sewa pada waktu petang.Menapak je dalam rumah,Zulaikha terus ambil bungkusan nasi minyak di tanganku.Kebulur betul minah tu,dah macam orang gua aku tengok.Selepas mengemas semua bajuku di dalam almari dan bakul baju kotor,aku terus mencari baju yang sesuai untuk pergi ke kerja esok.Excited? Mestilah! Esok aku dah mula kerja kut! Hehe.Lama aku mencari,akhirnya aku dapat jugak buat keputusan baju kurung yang sesuai.Baju kurung moden aku yang lama berwarna merah jambu keungguan.Too feminime? Emm,I don't care.Mamat tu jugak yang kata,asalkan sesuai dan sopan.

Aku mengambil masa utuk menggosok baju kurungku dengan elok dan selepas itu azan maghrib berkumandang kedengaran di luar rumah.Selesai menggosok baju,aku terus menunaikan solat Maghrib dan membaca al-quran seperti biasa.

Malam itu,aku malas untuk makan kerana perutku masih tidak terasa laparnya.Jadi aku masuk ke dalam bilik dan mencapai novelku yang tak sempat dibaca sejak daripada rumah mak lagi.Akhirnya,dapat jugak baca novel! Aku tersengih sendirian dan mencapai telefon bimbitku untuk memainkan lagu.Aku ni memang suka buat sesuatu benda dengar lagu,tak sah tak dengar.Mak pernah marah dengan tabiat aku yang satu ni,tapi nak buat macam mana sebab tabiat ni susah untuk dibuang!Hahaha.Aku memainkan lagu I hate you I love you daripada Gnash.Nak tahu satu perkara,aku tak fokus membaca langsung malah otakku fokus pada lirik lagu.Yup,ini pun salah satu tabiat aku apabila buka lagu semasa membuat kerja.Hmmm,padanlah mak marah aku dulu-dulu.

I miss you when I can't sleep

Or right after coffee

Or right when I can't eat

I miss you in my front seat

Still got sand in my sweaters

From nights we don't remember

Do you miss me like I miss you?

F**ked around and got attached to you

Friends can break your heart too, and

I'm always tired but never of you

If I pulled a you on you, you wouldn't like that sh*t

I put this reel out, but you wouldn't bite that sh*t

I type a text but then I nevermind that sh*t

I got these feelings but you never mind that sh*t

Oh oh, keep it on the low

You're still in love with me but your friends don't know

If u wanted me you would just say so

And if I were you, I would never let me go

I don't mean no harm

I just miss you on my arm

Wedding bells were just alarms

Caution tape around-

"Woi Hani,berhenti 'feeling ' dengar lagu boleh tak! Bukak pintu ni aku nak masuk!"

Laung Zulaikha di luar pintu dan mengetuknya dengan kuat.

Argghh!

Dengusku dan berlalu dengan malas kearah pintu.Aku membuka pintu dengan wajah bengang.

"Ha,nak apa?" Soalku dengan muka bosan.

Zulaikha masuk ke dalam bilik dengan sengihan.

"Ni aku nak tanya,kau jumpa siapa je dekat kenduri tadi? Geng-geng kita yang dulu jumpa tak?"

Zulaikha duduk di atas katil dan menyandarkan badanya di dinding diikuti aku.

"Aku tak jumpa pun geng-geng kita yang lama sebab aku datang awal.Khadijah je yang kirim salam dekat ko,sorry."

"Owhh,tak apa.Rindu je aku dengan diorang."Kata Zulaikha.

"Oh,kau ingat tak Khairi?"

"Senior kita masa universiti dulu?"

"Yup.Aku jumpa dia dekat kenduri tadi,dia dah berubah!"

"Serius!? Dah lama kut aku tak dengar khabar pasal dia,kau tegur dia tak?"

"Tegur,lepastu dia minta nombor telefon aku supaya kita boleh jumpa nanti.Aku ingat nak ajak kau."Kataku tanpa selindung.

Senyuman di bibir Zulaikha melebar.

"Eleh,dia minta nombor telefon pulak.Entah-entah dia saja nak 'tackle' kau tak?" Sakat Zulaikha dengan wajah miangnya.

"Hissh,apa kau merepek? Dia baru 'break' lah dengan awek dia."

"Macam mana kau tahu?"

"Dia beritahu."Aku menjongketkan bahu.

Zulaikha bertepuk tangan dengan gembira membuatkan aku pelik.

"Sah! Memang sah!"

"Apa yang sah? Kau ni peliklah."

"Memang sah Khairi nak mengorat kau!Kau ingat budak lelaki cakap terang-terang ke kisah 'break' diorang dengan mana-mana perempuan.Dia saja tu nak kau tahu!Hahaha."Gembira Zulaikha dengan spekulasinya.

"Mana adalaha we,aku rasa dia cerita dekat aku sebab aku ni kawan lama dia.Kau janganlah fikir lebih-lebih Zu.Apalah.."

"Suka hati kaulah Hani,tapi biar aku beritahu kau.Masa universiti dulu dia selalu tau ushar kau jugak,kau je yang anti-lelaki sangat masa tu.Hehe."

"Whatever."

"Ieee,kau ni degilkan.Dengarlah cakap aku Hani,nanti dia mesti minat dengan kau."

Aku tergelak.

"Takkan Zu,no way! Dia cuma anggap aku ni sebagai junior dan aku pun sama.Plus,I think he want to see you too."

"Yeke?"

"Yup."

"Sudahlah aku nak tengok drama.Cayalah cakap aku Hanani! Haha."Ketawanya sambil menuju ke pintu.Aku menggeleng-gelengkan kepala dan menghempaskan kepalaku di atas bantal.Khairi suka aku?

LOL.

Aku rasa Zulaikha terlebih baca novel cinta.Apalah minah tu.Serius,aku rasa Khairi hanya anggap aku sebagai kawan dan tak lebih daripada tu.



*New guy? ;)



Continue Reading

You'll Also Like

463K 19K 35
Siapa yang punya pacar? Kalau mereka selingkuh, kamu bakal ngapain? Kalau Pipie sih, rebut papanya! Pearly Aurora yang kerap disapa Pie atau Lily in...
2.4M 116K 54
Mari buat orang yang mengabaikan mu menyesali perbuatannya _π‡πžπ₯𝐞𝐧𝐚 π€ππžπ₯𝐚𝐒𝐝𝐞
183K 23.4K 34
Berisi tentang kisah Freeya terhadap teman kakaknya, Mas Brian, yang nggak jauh dari kata witing tresno jalaran soko kulino. Be a good reader, ya! Ho...
25.6K 1.7K 9
Jeno dengan kesabarannya menghadapi tingkah binal istrinya. "Dua black card untuk dua ronde" Mark Lee. "...." Lee Jeno.