Boy's Dorm (BTS)

Door lovey_kiss

92.1K 6K 236

Main Cast -Trix (as you) -Semua ahli BTS -Semua ahli Got7 -Dan watak-watak lain akan muncul nanti. Cuma nak... Meer

Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Author Note
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Author Note
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37 (Final)
Author Note

Chapter 1

7.1K 312 13
Door lovey_kiss

"Weh Jimin! Aku dengar ada budak baru nak masuk dorm kita ni. Oi! Kau dengar tak?!" Jungkook semakin sakit hati bila pertanyaannya diendahkan saja oleh Jimin yang sibuk mendengar lagu 'Dope-BTS' dengan iphone6snya.

Mahu dilempar budak tu pakai batu. Jungkook lantas ke arah Rapmon yang tengah sibuk main COC dalam iphone6snya juga. Kaya betul diorang ni. Jungkook menendang kaki Rapmon perlahan.

"Apa? Jangan kacau aku dulu. Aku tengah nak attack clan budak JB(Got7) tu!" Sibuk Rapmon fokus dalam skrin handphonenya. Hampah rasanya dalam hati Jungkook. Tak ada yang nak dengar. Perlahan dia berjalan ke arah katilnya. Semua gengnya berada dalam bilik ni sambil buat hal masing-masing. Sebenarnya bilik ni, bilik kepunyaan Jungkook, Jimin dan V. Yang lain tu cuma sibuk menumpang sambil sepahkan bilik.

Jin mendekati Jungkook yang tengah duduk bersedih atas katil. Jin lalu melabuhkan punggungnya disebelah Jungkook. "Kesian aku tengok kau sedaya upaya nak cerita kat Jimin dan Rapmon. Meh citer kat aku apa yang kau sibuk sangat nak ceritakan tu." Kata Jin. Gembira hati Jungkook. Akhirnya ada juga nak dengar berita gempak dia.

"Tadi aku dengar..." Belum habis lagi Kookie nak habiskan ayatnya dah ada yang mengganggu.

"Rapmon! Serang belah kiri woi!" "Bagus diorang dah nak kalah tu!" "Jangan biar sorang pun terlepas tau!" "Weh V orang kau mana?! Letak arh!" Sibuk Rapmon, V, Jhope bermain COC. Dah kena tegur dah tadi oleh warden dorm sebab bising sangat tapi...Mana nak dengar budak bertiga tu. Asyik betul nak kalahkan Geng JB tu.

"Cuba korang diam jap! Main game terpekik-pekik. Aku report juga kat pengetua supaya haramkan handphone digunakan kat dorm." Suga bersuara. Sibuk dia nak mimpi bulan tapi diganggu oleh pekikkan geng tak berapa nak warasnya.

"Hoi!" Serentak Jimin, Rapmon, Jhope dan V bersuara.

"Biarkan jelah. Apa kau nak cakap tadi?" Jin bertanya kembali sambil memandang Jungkook.

"Oh. Aku dengar ada pelajar baru nak tinggal dalam dorm kita ni. Dengar-dengar dia dari luar negara." Kata Jungkook dengan penuh minat.

"Harap ajelah waras budak tu." Kata V ringkas. Semua memandangnya dengan pandangan bodoh. "Apa?" Tanya V.

"Cuba kau tengok diri kau kat cermin. Agak-agaknya waras ke tak?" Jhope berkata ringkas. Mereka bertiga dah berhenti main COC. V lantas memandang cermin yang tak jauh darinya.

"Okay je pun aku tengok. Handsome, cute, full package." Kata V sambil memandang wajahnya lama dan tersenyum bangga. Menyampah diorang bila V asyik memuji mukanya sendiri habis-habisan.

"Kawan alien kau apa khabar?" Jimin berkata sambil tergelak kecil. Lalu yang lain juga ikut tergelak kecil.

"Diam kau." Kata V ringkas sambil menyambung memandang wajahnya di cermin depannya.

Esoknya, di Creven High.

"Hari ni budak baru tu masuk sekolah kita ni kan?" Tanya V. Dia memandang Jungkook sambil menghisap lollipop yang berada dalam mulutnya. Jimin, Jhope, Suga, Rapmon dan Jin pun ada sama dalam kelas tu. Dari dulu lagi diorang sekelas. Entah macam mana diorang yakin kan cikgu untuk buat diorang semua sama kelas.

"Em."

Tiba-tiba pintu kelas mereka dibuka dengan ganasnya. Mereka bertujuh memandang ke arah pintu kelas dengan pantas.

"Rapmon! Berani kau serang clan kami kat COC?!" Bentak Bambam. Kini, tercetuslah perang tentang COC.

"Salah ke? Kau ingat game tu bapa kau yang punya?" Rapmon membalas sambil berjalan menuju ke arah JB. Dia melihat wajah semua geng JB yang tengah menahan marah.

"JB! Guru kelas diorang datang!" Mark segera memberi amaran. Mereka pun berlari masuk ke kelas diorang semula.

Rapmon dan gengnya memandang satu sama lain dan tergelak besar. Seronok mereka bila nampak geng JB tu ketakutan.

"Kenapa bertempiaran ni? Yang makan lollipop tu, belum rehat lagi dah makan. Cikgu rotan juga kamu semua ni!" Kata Cikgu Guk joo.

"Nah cikgu kenalkan murid baru. Dia ni datang dari luar negara tau, layan baik-baik! Masuklah!" Cikgu Gukjoo memanggil pelajar yang berada diluar kelas. Beberapa minit kemudian, pelajar tu pun masuk.

"Perempuan?!" Jimin terkejut lalu memandang Jungkook dan yang lain.

"Aik Jimin, tak pernah nampak perempuan? Setahu Cikgu, kamu ni kaki perempuan di sekolah ni." Cikgu menyindir sambil tersengih memandang Jimin.

"Haish, mana ada lah cikgu." Jimin tersipu malu namun dalam hati dia ada sedikit rasa bangga. Entah kenapa dia berasa bangga menjadi kaki perempuan. Dia dah lupa pasal perempuan tu.

"Nama saya Trix." Kata Trix ringkas. Dia tak mahu melebih, dia takut nanti dibenci pula.

"Baiklah kamu semua dah kenal Trix kan? Berbaik-baiklah dengan pelajar baru ni ya? Cikgu tak nak kes dulu berlaku lagi. Ingat tu Rapmon! Trix, kamu boleh duduk di sebelah Jin." Lalu Cikgu Gukjoo pun keluar dari kelas.

Trix berfikir sejenak. Kes dulu? Dia berasa curious. "Kes dulu? Apa dah jadi?" Dia sibuk berfikir dalam hati.

"Weh, budak baru! Takkan nak berdiri depan tu je. Pergilah tempat duduk kau." Jhope bersuara.

"Mana satu Jin?" Katanya. Dia mencari-cari pelajar yang bernama Jin tu. Jimin mengangkat tangannya. Baru saja Trix nak pergi ke arah Jimin. Dia tersedar yang tempat duduk sebelah Jimin tak kosong.

"Jangan nak main-main boleh tak?" Trix memandang Jimin dengan tenungan harimau. Mereka terkejut yang gadis ni berani bersuara dengan nada yang garang.

"Garangnya...Tak takut kena bash ke baru datang dah garang macam ni?" Tanya V sambil mendekati Trix.

Tapi Trix hanya tergelak kecil. "Maaf. Saya tak makan physcho." Trix berbisik dekat V. Terdiam V seketika. Jungkook tergelak besar bila dia nampak reaksi V yang kaku. Apalagi Jimin yang dah nak sesak nafas ketawa.

Trix duduk di tempat kosong yang berdekatan. "Lantaklah! Biar saya duduk kat sini je. Dah malas nak cari budak Jin tu." Dia tidak sedar yang jejaka disebelahnya memandangnya sambil tersenyum.

"Hai." Kata jejaka di sebelahnya. Trix memandang partner tempat duduknya sambil tersenyum.

"Saya Trix. Nama awak siapa?"

"Jin."

"Eh?! Dia ke Jin? Dia tahu yang saya tengah cari dia, tapi dia tak angkat tangan tadi." Trix berbisik dalam hati sambil tersenyum palsu.

-Masa rehat-

"Trix! Buat apa tu?" Geng bertujuh tu sibuk pula usik budak baru tu kat kantin. Mereka asyik tergelak kecil.

"Trix kau ada adik kembar ke? Abang ke adik lelaki ke?" Tanya Jungkook. Dia hairan, dia ingat lelaki yang jadi pelajar baru. Sebab kelmarin dia terdengar yang pelajar dari luar negara akan pindah masuk dorm.

"Tak..?" Jawab Trix sambil mengunyah rotinya.

"Datang lah pelajar baru tu esok-esok ke. Kau nak tahu sangat ni kenapa?" Suga berasa hairan dengan si Jungkook ni. Tak pernah pun dia kesah pasal pelajar baru yang pindah masuk dorm.

"Tak ada ape. Saya cuma dengar yang budak tu pelajar istimewa. Bilik dia kat dorm dah kena sedia. Nak tahu tak? Dia tak berkongsi bilik pun dengan sesiapa! Bilik tu dia sorang yang punya!" Jungkook menjelaskan sambil membesarkan matanya.

"Special sangat ke budak tu?" Jin berkata dalam hati.

Trix's POV

"Hmm, saya perlu jumpa pak cik Seok Jin. Dia dah janji nak carikan tempat tinggal untuk saya." Kataku sambil berjalan menuju ke pejabat pengetua.

Saya buka je pintu pejabatnya. Kelibat pak cik dah jelas kelihatan.

"Oh, Trix! Long time no see!" Kata pak cik Seok Jin. Action betullah pak cik ni. Dia mendekati saya dan memeluk saya.

"Cakap macam biasa jelah." Kataku sambil meleraikan pelukan kami.

"Aish, pak cik pun nak juga cakap orang putih!" Kata pak cik Seok Jin sambil tergelak besar. Ada-ada saja orang tua ni.

"Pak cik, tempat tinggal saya kat mana?" Tanyaku. Tak sabar rasanya nak ada tempat tinggal sendiri. Selama ni dekat US tak pernah pun bebas. Selalu saja ada pengawal mak dan ayah datang jaga saya setiap saat.

"Oh, tak jauh pun. Biar pak cik tolong hantarkan okay? Tunggu kejap ya." Pak cik Seok Jin mengambil kotnya dan mengiring saya pergi ke kereta BMWnya.

Setelah selesai mengambil barang saya dari hotel yang saya menginap selama ni, kami pun pergi ke destinasi seterusnya. Iaitu tempat tinggal baru saya.

Sesampai je di tempat tinggal baru Trix...

"Nilah tempat tinggal baru awak." Kata pak cik Seok Jin dengan bangganya sambil menunjuk bangunan besar yang berada di depan kami.

"I-Inikan....Dorm?!" Saya ingat pak cik nak bagi saya rumah sendiri ke. Rupanya dorm! Saya melihat papan tanda besar di atas bangunan tersebut.

Creven High Boy's Dorm.

xxxxxxxxxxxx
Hai guys! Ini fanfic pertama saya tau. Harap korang suka lah walaupun kurang menarik ahahhaa. Dan silalah comment atau Vote ke XD

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

18K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
10K 788 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
29.2K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...