Dia bagaikan 'Hurricane'

By ordinary_girl98

598K 26.6K 1.4K

Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku t... More

PROLOGUE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Epilogue
❀Penghargaan❀
BONUS part ✨
Pemberitahuan!
Pemberitahuan!!

Bab 12

10K 535 12
By ordinary_girl98

Habis sahaja taip di laptop,aku mengangkat kedua belah tangan dengan gembira.

"Yeay!Alhamdulillah! Report dah habis! Oh yeah,oh yeah." Kataku dengan riang dan menari seperti orang gila di tepi sofa.Zulaikha yang kebetulan keluar daripada dapur dan menapak di ruang depan melihat aku dengan wajah berkerut.

"Kau kenapa Hani?"

Aku berhenti menari dan tersenyum lebar.

"Beb,aku gembiralah! Laporan aku dah siap,aku dah ada kerja.Dan sebagai bonus aku tak perlu pergi wad mamat sengal tu lagi! Oh yeah!" Aku sambung menari.

"Hani,aku sayang kau sebab itulah kalau kau tak berhenti menari macam orang gila sekarang aku sumpah aku telefon hospital mental."

Aku mencebik.

"Ceh,orang nak gembira sikit pun tak boleh."

"Sayang,ada bezanya gembira dengan gila tau tak."

"Whatever."

Balasku dengan gedik dan melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Zulaikha.Di tangan Zulaikha terdapat muk yang berisi air milo panas yang dia buat di dapur tadi.Aku tersenyum nakal.

"Zulaikha-"

"Stop! Aku tau apa yang kau nak dan aku takkan bagi." Jeling Zulaikha dan menghirup milo panasnya.

"Ala,sikit je please.Aku tak minum air langsung sejak buat laporan tadi.Sikit je,hmm?" Sengaja aku menjuihkan bibir dan mempamerkan wajah comel.Zulaikha mendengus dengan bengang.

"Nah! Lepas ni aku takkan bagi langsung! Minum cepat." Gerutu Zulaikha dan aku tersenyum lebar.Yes! Hahaha.Aku menghirup air milo panas itu perlahan-lahan dan letak di atas meja.

"Tunggu,siapa mamat sengal yang kau maksudkan tadi?" Soal Zulaikha secara tiba.

Shoot! Aku terlepas cakap.

"Emm,tak ada siapa-siapa."

"Kau jangan nak tipu aku,cakap cepat!"

"Hissh,tak ada siapalah Zu.Dia cuma mamat yang ada otak sengal.Faham."

"No,no,no.Aku tau ada lebih cerita daripada tu.Cepatlah Hani,ini dah dua kali kau sorokkan benda daripada aku tau! Bencilah macam ni."Zulaikha mula masuk 'mood' rajuknya.Aduuhai.Bertuah betullah mulut aku ni!

"Benda ni tak penting la beb."

"Aku merajuk dengan kaulah.Hissh."Kata Zulaikha dan menghadiahkan pandangan paling tajam.Fuh,macam boleh belah mata aku ni.

"Ala,janganlah macam ni Zu."

"Cepat beritahu aku Hani!"

Aku melepaskan keluhan berat.Patut ke aku? Aduh,nanti serabut otak aku dengar si Zulaikha ni membebel.But,she is your best friend Hani! Ok,ok,fine.

"Oklah,aku beritahu kau."

Wajah Zulaikha berubah ceria.

"Really!"

Aku mengambil nafas panjang.

"Cerita dia start macam ni,hari tu aku-"

Bizzt! Bizzt!

Laju aku tersengih lebar dan menunjukkan Zulaikha telefon bimbitku yang berada di atas meja.Dia mendengus kasar.

"Aduh,cepatlah angkat call tu.Hadoii."Geram Zulaikha membuatkan aku tergelak.Laju aku mengangkat panggilan tersebut yang rupanya daripada mak.Mak?

"Assalammualaikum.Ha,mak? Why call me?" Sengaja aku berbahasa English yang bodoh-bodoh.

"Hani,kamu sibuk ke minggu ni?" Suara lembut mak menyapa.

"Ish mak ni,iye pun jawab salam Hani dulu."

"Waalaikummussalam.Ha,free tak?"

Ada apa-apa ke?

"Hani free je.Apasal?"

"Kalau kamu free,boleh tak esok kamu balik rumah."

"Esok?!"

"Iye esok Hani."

"Kenapa esok?"

Mak diam seketika sebelum sambung berkata.

"Acik kamu,dia mula sebut nama kamu.Mak rasa dia nak jumpa kamulah Hani.Datanglah esok untuk jumpa acik kamu,kamu pun dah lama tak jenguk diakan selepas arwah anak dia meninggal."

Aku diam seketika.

"Mak rasa dia nak jumpa kamu.Datanglah ye esok kalau tak keberatan,ayah kamu pun harap kamu datang."

"Emm,oklah mak.Esok Hani tak buat apa-apa pun.Nanti awal pagi Hani gerak ye."

Well,report aku pun dah siap.Aku tersenyum riang teringatkan beban aku yang sudah terlangsai.Yippie!

"Alhamdulillah,baguslah,baguslah! Bang,Hani kata dia dapat datang esok!"

Jerit mak di luar talian dan aku dapat menangkap desis-desis suara abah.

"Abah kamu kata drive elok-elok."

Aku tersenyum.

"Ok mak.Kirim salam dekat abah dengan acik ye."

"InshaAllah.Mak letak dulu ye.Kamu jaga kesihatan,tidur pun cukup tau."

"Iye mak,iye.Bye mak,Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam."

Mak putuskan talian dan laju aku menoleh untuk bercakap dengan Zulaikha.

"Weh Zu,esok aku kena-"

Wajahku berkerut apabila melihat Zulaikha tidak mengendahkanku malah khusyuk melihat 'Whatsapp' di telefon bimbit Samsungnya.Aku mengesot ke Zulaikha sehingga bahu kami terlanggar.

"Woi,kau tengok apa tu?" Tegurku.

Zulaikha melihat wajahku dengan gembira dan menunjukkan gambar yang diterimanya di Whatsapp.

"Beb! Khadijah dah kahwin lah!"

"What?! No way!"

Laju aku merampas telefon bimbitnya dan melihat gambar tersebut.Ternyata gambar yang aku lihat memang betul adalah Khadijah pada saat dia menikah.Di sebelahnya terdapat lelaki yang kurus dan agak lampai memakai baju sama denganya.Wow,Khadijah sudah menikah?! Aku masih tak percaya.Khadijah merupakan rakan baik aku dan Zulaikha semasa universiti dulu.Ya Allah,dia menikah dulu daripada kitaorang berdua.Ehekks,malu pulak.

"Apasal dia tak beritahu kita pun,bukan kita ni kawan dia jugak ke?" Kataku dengan nada kecewa.

Zulaikha menumbuk bahuku lembut.

"Alah kau ni,janganlah terasa.Dia kata dekat aku dia nak ajak kita masa dia menikah hari tu,tapi pihak lelaki nak buat kecil-kecilan je.Walaupun suami dia tu duduk jauh dengan kita."

Aku menganggukkan kepala namun masih agak terasa.Aku bukan terasa apa dengan Khadijah,aku cuma rindu makan nasi minyak.Huhuhu.Dah lama tak pekena.

"Ni,cuba kau tengok apa dia send dekat aku!"

"Apa dia?"

Jawabku malas pula nak baca.

"Dia kata nanti dia nak buat kenduri pulak,cuba kau tengok alamat dia.Dekat dengan rumah mak bapak kau kan! Kau bolehlah pergi nanti."Senyum Zulaikha.

"Serius? Eh,haahla! Bolehlah aku jenguk dia nanti." Aku mula gembira.Oh nasi minyak kesayanganku! Aku akan datang.Wait for me~.

"Kau nak ikut aku tak esok? Kebetulan esok aku nak balik rumah mak bapak aku."Ajakku.

"Sorry beb,esok aku kerjalah.Tak macam kau,baru ada kerja."

"Amboi,aku baru ajak kau dah perli aku la nih."

"Eleh,kau janganlah touching sangat.Nanti kirim salam dekat mak dengan ayah kau ye.Oh,Khadijah sekali."

"Ok,ok.Kau Zu,kunci rumah elo-elok bila aku tak ada!"

"Yes ma'am."

Aku tersengih.

"Oh,aku baru teringat! Aku ada beli buah dekat pasar tadi,jom tolong aku potong." Zulaikha menampar pehaku dan bangkit daripada sofa menuju ke dapur.Aku mendengus malas dan mengangkat jariku yang terkena pisau pagi tadi.Plaster Tengku Daniel tadi telah aku ganti dengan plaster baru.Well,technically Tengku Daniel plaster were mine.Arggh,teringatkan peristiwa tadi membuatkan aku bengang.

"Zu,perlu ke kau nak potong buah hari ni!" Gumamku dengan geram.

"Sejak bila kau anti sangat dengan buah ni ha?" Gelak Zulaikha.Aku tidak membalas namun hanya mendengus lagi.Bukan aku tak suka,buah tu teringatkan aku tentang Lyana dengan Daniel.Grr,dua makhluk tu suka buat aku geram! Ambillah Tengku Daniel cap sewel tu,aku tak naklah! Aku dah ada So Ji Sub pelakon korea yang 100 kali lagi hensem! Hmmph.Badan aku tegak 90 darjah apabila aku teringat sesuatu.Tunggu sekejap..Zulaikha lupa nak tanya aku pasal mamat sewel tu.Aku tergelak namun cuba menyorokkanya.Yeay,minah tu dah lupa! Heheh.

********************

Sudah beberapa kali Tengku Daniel menukar posisinya di atas katil hospital.Malas untuk gerak lagi,dia membiarkan sahaja badannya terlentang di atas katil.Bosan gila! Kalaulah aku ada kerja pejabat sekarang,sekelip mata aku boleh siapkan! Tengku Daniel mendengus geram dan tegakkan badannya.Lyana telah beredar petang tadi untuk mengambil beberapa baju daripada butiknya dan mungkin akan pulang sekejap lagi.Dengan malas Tengku Daniel mengerlingkan matanya kearah jam dinding.7.05 minit petang.Kejap lagi Maghrib.Aku kena solat Maghrib ke lepas ni? Tunggu,sejak bila aku terfikir nak solat pulak ni? Dengan bengang dia meraupkan rambutnya kebelakang dan bangkit daripada katil.Laju dia mencapai telefon bimbitnya untuk melihat hal pejabat namun perlakuanya terhenti apabila terlihat aplikasi cara-ara mengambil Whuduk dan solat yang di 'install' oleh Hanani.Aduh,macam mana aku terlupa nak 'uninstall' balik benda alah ni.Dia bingung sendiri namun cuba berfikir lama.Maybe,I should try it.Maksud aku,aku dah lama tak solat.Jadi apa salahnya aku cuba tunaikan satu solatkan? Arggh,apa yang aku fikir ni! Ini semua minah pelik tu punya pasal!

Dengan hati yang bengang Tengku Daniel menuju juga ke tandas untuk menunaikan Whuduk.Dia memerhatikan cara-caranya di dalam telefon dan cuba melakukanya perlahan-lahan.Alah,senang je.Aku rasa aku pernah ambil Whuduk dulu.Emm,maybe masa aku kecil-kecil dulu? Gila jahil aku.Fikir Tengku Daniel namun masih tidak tersirat rasa bersalah dalam hatinya.Azan berkumandang di luar hospital dan Tengku Daniel keluar daripada tandas.Dia mencari-cari sejadah di seluruh bilik dan menemuinya di dalam loker kecil bersebelahan dengan almari hospital.Dia membentangkan tikar sejadah dan mencapai telefon bimbitnya lagi.Dia menonton video cara bersolat sehingga habis sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Oh,ini pun senang je ni.Macam senaman je aku rasa.Dia mengangkat takbir dan cuba lakukanya perlahan-lahan.Walaupun bibirnya kumat-kamit dengan bacaan arab yang entah betul atau tidak,namun tanpa Tengku Daniel sedari dia telah sempurna melakukan solat Maghrib.Dia memberikan salam dan menolehkan mukanya kepada kedua-dua belah bahu.Entah kenapa hatinya berasa sedikit tenang daripada yang sebelum ini.Selesai semuanya,dia berdiri dan lipat sejadah.Toleh sahaja belakang,dia terkejut apabila terlihat Lyana.Kelihatan pintu wad terbuka luas.

"Baby,What..Are you doing?"

Sola Lyana dengan tidak percaya.Dia tidak pernah nampak Tengku Daniel solat dalam seluruh hidupnya.Why now?

"Solat."Kata Tengku Daniel bersahaja dan simpan semula sejadah di dalam loker.Muka Lyana berkerut.Mulutnya hampir ternganga.

"Solat? Like the islamic things?"

"Yeah."

"But..I tak pernah nampak yang U solat sebelum ni? Heck,I don't even know you can do the solat things!"

Tengku Daniel melepaskan keluhan.

"Lyana it's not a big deal ok."

"No,no,no.Daniel,U dah macam berubah.And I'm freakin out right now! Are you okey? U demam ye?" Soal Lyana dengan gelisah dan tangan lembutnya memegang dahi Tengku Daniel.Tengku Daniel melepaskan pegangang Lyana dengan malas.

"Lyana,I cuma lakukan satu solat,I takkan berubah ok."

Lyana melepaskan keluhan.

"Fine.Tapi U janji kita akan still lepak dalam kelab kan?"

"Of course." Kata Tengku Daniel menyebabkan hatinya berasa sesuatu.Sesuatu tidak enak.

Lyana tersenyum girang.

"Alright! Ni,saya ada bawa beberapa kain daripada butik untuk tunjukkan dekat mama U.I know she will love it."

Lyana meletakkan sebuah beg plastik dengan gembira di atas meja dan keluarkan satu kain chiffon yang panjang.Warnanya amat cantik dan menarik.Kualitinya pun tinggi daripada luar negara.Dalam hati Lyana tahu Datin Miza akan menyukainya dan hatinya untuk menjadikan Lyana sebagai menantu mesti akan meningkat.Lyana bernyanyi riang melipat satu persatu kain di atas meja.

Tengku Daniel berdiri di tepi katil memerhatikan perbuatan Lyana yang membelakanginya.Dia berfikir lama.Sudah lama dia ingin meluahkan sesuatu kepada Lyana tentang hubungan mereka berdua.Sebenarnya dia sudah lama memikirkan hal ini sebelum peristiwa dia kena culik lagi.Namun apabila dia mengatakan hal ini kepada Lyana,Lyana pasti memberikan pelbagai alasan dan masih suka mengelak.Dia harus katakan sesuatu,Tengku Daniel memerlukan dirinya untuk lepas daripada hubungan tidak bermakna ini dan dia tidak mahu Lyana terus menderita.

"Lyana,I nak cakap sesuatu."

Kata Tengku Daniel dan mendekati Lyana.Perbuatan Lyana terhenti.

"Pasal apa?"

"Pasal kita."

Lyana melepaskan keluhan.

"Daniel,not now.Please."

"Ini penting Lyana,I tak boleh-"

Laju Lyana menoleh dan memandang tepat-tepat anak mata Tengku Daniel.

"Daniel.Mungkin U yang kena belajar untuk hargai kehadiran I."

"Lyana,I selalu menghargai U.But,you have to understand,I cannot act all this-"

Lyana melentokkan kepalanya di bahu Tengku Daniel secara tiba.

"Daniel,U tahu I tak kisahkan.I selalu ada di sisi U."

Tengku Daniel melepaskan keluhan berat.

Secara tiba,pintu wad terbuka dan muncul Datuk Tengku Hanafi dan Datin Miza di muka pintu.Laju Tengku Daniel menjarakkan tubuhnya daripada Lyana.

"Lyana?"

"Auntie! Uncle!"

Laju Lyana menyalam kedua-dua tangan ibu dan ayah Tengku Daniel.Datin Miza menunjukkan wajah curiganya kepada Lyana.Dia tahu apa yang terjadi tadi.Datuk Tengku Hanafi pula masih statik dengan wajahnya yang neutral.Laju Tengku Daniel berpaling menuju ke katilnya semula.

"Bila Lyana sampai?" Datin Miza cuba menyorokkan wajah sangsinya dihadapan gadis manis dihadapanya.

"Baru beberapa minit tadi,Auntie dengan Uncle sihat?"

"Kitaorang sihat je.So,Uncle dah boleh nampak kamu akan datang ke sini Lyana.Jangan risau,Daniel dah makin pulih."Suara Datuk Tengku Hanafi dan mengambil tempat duduk di sisi katil.

"Of course I'm worried Uncle,I love him." Kata Lyana dengan bersungguh-sungguh.

Entah kenapa wajah Tengku Daniel berkerut apabila mendengar Lyana mengatakan itu.Datin Miza dapat menangkap riak anaknya.

"Oh,ya.Tadi ibu jumpa doktor dekat koridor Daniel,dia kata kamu boleh keluar esok.Ibu betul-betul tak sabar nak bawak kamu balik rumah!" Teruja Datin Miza.

"Really?!" Tengku Daniel terkejut.

"Oh my gosh sayang! Congrats,U dapat keluar daripada hospital ni akhirnya!" Gembira Lyana dan memeluk Tengku Daniel dengan erat.Tengku Daniel kaku seketika.

"Ehem."

Lyana tersedar apabila Datuk Tengku Hanafi menegur.Dia serta merta melepaskan rangkulanya daripada tubuh Tengku Daniel dan tersenyum malu.

"Sorry.Lyana excited sedikit." Dia tersipu malu.

"Lyana,ibu bapa kamu macam mana?' Sengaja Datuk Tengku Hanafi memulakan perbualan.

"Ibu dengan ayah macam tulah Uncle.Mama busy dengan fashion show dia,Papa pulak pergi Abu Dhabi sebab urusan bisnes."

"Uncle dah agak,kirim salam ye dekat ayah kamu.Nanti ada masa lapang pak cik teringin nak sembang dengan ayah kamu."Senyum Datuk Tengku Hanafi.

"Of course pak cik."

"Apa tu Lyana?" Datin Miza menunding jari kearah kain di atas meja.

"Oh,Lyana lupa! Auntie,ni kain Lyana bawak untuk Auntie daripada Milan."

Ajak Lyana dengan riang dan menarik Datin Miza ke meja.Tengku Daniel hanya memerhati perbuatan mereka daripada jauh.Lalu dia memandang ayahnya.

"So,macam mana syarikat ayah?"

Datuk Tengku Hanafi melepaskan keluhan membuatkan Tengku Daniel tidak senang duduk.That's not a good sign.

"Hari ni ayah ada meeting dekat conference room.Wakil partneship mula soal bila nak buat projek tu,ayah terpaksa kata dekat mereka kita start tahun depan."

Tengku Daniel terdiam namun wajahnya mula tegang.

"Lagi satu Daniel,ayah dah beritahu hal yang sebenar kepada seseorang."

"What? Dekat siapa?!"

"Ayah beritahu Datuk Mustafa Qalibi tentang keadaan sebenar kita.Tentang kehilangan projek tu."

"Why you do that?"

"Datuk Mustafa Qalibi,partner terapat ayah.Ayah tak sanggup nak tipu dia dan sorok hal sebenar Daniel.Lagipun,dia dapat terima semua ni.Dia kata dia faham kalau kita tangguhkan projek ni dulu."

Dapat Tengku Daniel melepaskan nafas lega walaupun sebahagian hatinya masih tidak tenang.Dia pun kenal dengan Datuk Mustafa Qalibi,lelaki usahawan tua yang berkacukan Arab.Dia tahu hubungan ayah dengan dia masih rapat.Syukur kerana syarikatnya ada partnership yang ikhlas.

"Tapi ayah,macam mana kita nak cari projek tu sampai tahun depan? Klu siapa penjahat pun kita tak dapat nak-"

"Daniel!"

Terkejut Tengku Daniel apabila Lyana memanggilnya secara tiba.Terbantut terus semua perbualan dengan ayahnya.Datuk Tengku Hanafi pun terpaksa menutup mulut apabila menyedari Lyana menghampiri mereka.

"Baby,I balik dulu ye ada urusan.Esok I datang rumah tengok U lagi." Lyana merapatkan wajah mereka.

"Sorry Lyana,but esok Auntie,Uncle dan Daniel tak ada dekat rumah." Datin Miza bersuara.

"Ha,kenapa?"

"Esok Uncle nak bawak Daniel lawat kawan uncle dekat satu tempat.Sorry Lyana,Uncle cadang kamu lawat Daniel lain kali ye." Balas Datuk Tengku Hanafi.

Raut wajah Lyana berubah namun dia cuba membentukkan senyuman.

"It's ok Uncle.Lyana balik dulu ye,bye." Lyana tersenyum manis dan mengambil beg.

"Lyana,thanks for the cotton.Auntie suka sangat." Ucap Datin Miza membuatkan senyuman Lyana makin melebar.

"You welcome Auntie.Bye Uncle dan Daniel."Lalu pintu wad tertutup rapat.

Daniel melepaskan keluhan dan dia sendiri tidak tahu kenapa.Dia memandang kedua-dua ibu bapanya.

"Esok nak pergi mana?"

Datin Miza tersenyum panjang.

"Esok kita nak lawat kawan lama ayah kamu ni.Kamu kenal mereka.Ala,takkanlah dah tak ingat ?"

Tengku Daniel cuba berfikir.Siapa? Otak aku short sikit lepas duduk dalam hospital yang boring gila nih.

"Tak apalah,nanti esok kamu tengok mereka kenal lah tu."

"Kalau Daniel tak pergi boleh tak.Banyak kerja nak kena handle dekat ofis."

"Kamu jangan nak ngada-ngada Daniel.No,esok ibu nak kamu ikut kami jugak!"

"Arghh,ibu-"

"No,lepas lawat mereka kamu nak buat apa-apa pun buatlah."

Tengku Daniel mencebik dan menyandarkan badanya.Aduh,malas betullah! Aku rela bekerja daripada lawat orang yang aku tak kenal.Tunggu? Aku rasa aku dah ingat.



Pls vote and comment! Haha





Continue Reading

You'll Also Like

959K 43.3K 49
Mari buat orang yang mengabaikan mu menyesali perbuatannya _π‡πžπ₯𝐞𝐧𝐚 π€ππžπ₯𝐚𝐒𝐝𝐞
3.2M 28.3K 29
Tentang jayden cowok terkenal dingin dimata semua orang dan sangat mesum ketika hanya berdua dengan kekasihnya syerra.
2.1M 231K 43
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...
893K 54.4K 43
Kalluna Ciara Hermawan memutuskan untuk pulang ke kampung Ibu nya dan meninggalkan hiruk pikuk gemerlap kota metropolitan yang sudah berteman dengan...