She Is My Girl.

Da KyungsooMyrae

148K 13K 1.1K

Chung Ae adalah salah seorang pelajar yang terpilih untuk memasuki Present Lynwood Highschool. Dia tidak mahu... Altro

Watak & Perwatakan.
1. Sekolah baru.
2. Platinium Class?
3. Gold & Silver Group.
4.Gold Group.
5.Tugasan Seorang Pelajar Biasiswa.
6.Sehun dan Chanyeol.
7.Silver Group.
8.Sentiasa.
9.Siapa saya nak pilih?
10.Pembantu saya.
11.Pin G.
12.Chanyeol masih marah.
13.Maaf.
14.Sehun di rumah.
15.Penjelasan.
16.Belajar dengan Tao dan Kris.
18.Berbeza.
19. Cupcakes.
20.Thanks Sehun
21.Tak kisah, kan?
22.Ayah minta tolong siapa?
23.Mereka yang datang.
24.Mangsa.
25.Patut.
26.Hantu.
27.Sekarang
28. Sisi Chanyeol.
29.Salah saya.
30. Tak wujud.
31. Jawapan.
32. Anak kucing.
33. Cemburu.
34. Tak apa.
35. Susu & Cookies.
36. Perpustakaan.
37. Kai.
38. Jangan dekat.
39. HSSAD
40. Lari
41. Jaket Chanyeol
42. Nak tumpang?
43. Cafe Latte
44. ( RE.UP ) Insiden di Cafe Sekolah
45. Masalah Sehun?
46. Beli barang dapur.
47. Duduk tepi, tak payah main.
48. Impian...
49. Nado sarang.
50. Pemain simpanan.
51. HSSAD pt 2
IMPORTANT.
52. -
53. Sumpah.
54. Kehilangan.
55. Group.
56. Cerita Sunhwa.
57. Demi ayah.
58. Rindu.

17.Hampir jatuh sekali lagi.

3.1K 262 16
Da KyungsooMyrae

Enjoy.

---

**Chung Ae's POV**

Saya membuka mata saya dengan perlahan dan kepala saya terasa berat.

Apa yang dah jadi ni?

Saya memandang tepi dan nampak Chanyeol menyilangkan matanya dan kepalanya tertunduk di bawah.

Dia tidur ke?

Tekak saya berasa sangat haus dan saya cuba ingin mencapai botol air mineral di sebelah saya.

Sikit lagi.

Saya mendekatkan lagi badan saya ke arah meja tetapi malangnya, botol itu terlalu jauh untuk saya capai.

Tapi, saya terlalu haus.

Saya mencuba sekali lagi dan botol itu terjatuh seterusnya terkena kaki Chanyeol.

Chanyeol terjaga.

Dia memandang saya.

"Kau dah bangun?" Chanyeol terus bangun dari kerusi dan pergi dekat dengan saya.

Saya mengangguk.

"Kau nak minum air ke?" Chanyeol bertanya.

Saya sekali lagi mengangguk.

Chanyeol mengangkat botol tadi dan membukanya untuk saya.

Saya mencapai dan minum dengan cepatnya.

Hampir separuh botol saya habiskan.

Setelah saya sedikit selesa, Chanyeol duduk semula.

"Saya dekat mana?" Saya bertanya.

"Klinik sekolah." Chanyeol membalas.

"Woahh... Klinik sekolah? Besarnya..." Saya agak kagum. Kalau Chanyeol cakap hospital, saya pasti akan percaya hidup-hidup.

Chanyeol hanya senyap.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

"Kau terjatuh lepas lari tadi."

"Lari?"

Saya cuba ingat kembali dan...

Ouhhh.

Saya memandang Chanyeol.

"Awak ke yang bawa saya dekat sini?" Saya bertanya.

"Kau boleh bangun tak?" Chanyeol bertanya.

"Huh?" Saya cuba mengangkat kaki saya dan saya rasa saya boleh berjalan.

Saya memegang kepala saya.

Sakitnya.

"Kenapa kepala saya berbalut?" Saya bertanya.

"Kau jatuh ke belakang."

"Siapa yang rawat saya? Doktor dekat sini ke? Atau nurse?" Saya bertanya.

"Berhenti tanya soalan." Chanyeol memandang saya.

Dan saya mengikut arahannya.

Saya terus senyap.

"Cuba duduk dulu, aku nak tengok." Chanyeol memberitahu.

Saya terus membangunkan badan saya dan duduk.

"Macam okay je." Chanyeol bersuara perlahan.

"Nak aku pegang ke?" Chanyeol bertanya.

"Huh? Tak apa. Saya boleh bangun." Saya membalas.

Perlahan-lahan saya letak kaki saya di tanah.

Saya berjaya. Woohoo.

Saya meluruskan badan saya dan kepala saya masih terasa berat.

"Saya boleh jalan." Saya tersenyum padanya.

"Yeahh, macam aku kisah. Kalau kau dah boleh jalan cepatlah." Chanyeol memberitahu.

Ishh. Kejamnya boyfriend aku ni.

Oops.

"Cepatlah apa?" Saya bertanya.

"Jalanlah. Cepat jalan." Chanyeol membalas dengan muka masam.

"Awak jalanlah dulu." Saya bersuara.

Dia membuat muka.

"Kalau awak tak kisah pasal saya, awak jalanlah dulu." Saya tersenyum.

Chanyeol mengerutkan mukanya.

"Fine, fine." Chanyeol membalas dan memulakan langkahnya.

Saya hanya mengikutnya dari belakang.

Saya berjalan perlahan-lahan. Chanyeol membuka pintu klinik dan menahannya untuk saya.

Saya tersenyum padanya tanda terima kasih.

Selepas saya keluar dari klinik dia berjalan dengan perlahan dan saya perasan dia selalu curi-curi pandang ke belakang.

Saya mahu sahaja mahu menegurnya tetapi bila teringatkan yang saya akan kena marah, baik saya tutup mulut saya.

Saya menyentuh balutan di kepala saya dan saya tertekan di tempat yang pedih.

"Ouchh." Saya terlepas.

Chanyeol terus memandang saya. Dengan muka yang risau, saya rasa?

"S-Sorry." Saya meminta maaf.

"Kau boleh tak jangan buat aku macam tu?!" Saya dapat rasa kemarahan Chanyeol mula naik.

"Sorrylah..." Saya berkata perlahan dan memandang bawah.

"Kau jalan depan aku sekarang." Chanyeol bersuara.

Garangnya dia ni.

Saya mencebik dan mengikut arahannya.

Saya mula jalan dengan perlahan dan saya dapat dengar tapak kasut Chanyeol hanya mengikut dari belakang.

**Chanyeol's POV**

Saya tersenyum.

Entah kenapa bila lihat dia jalan dari belakang membuatkan saya senyum.

Bukan lawak atau sesuatu yang kelakar, cuma... Entahlah.

Saya melihat kepalanya dan rasa bersalah mula mengambil saya.

Sepatutnya saya jaga dia dan lindungi dia.

Dia pasti rasa malu dan sakit dengan tuduhan yang dibuat oleh pelajar-pelajar tadi. Ini mesti kerja Jieun.

Pasti.

Telefon saya berbunyi dan nama Sehun yang keluar.

"Kau nak apa?" Saya terus bertanya saat saya mengangkat panggilannya.

"Klinik. Sekarang." Sehun membalas dan terus mematikan panggilan antara kami.

"Hello? Hello?"

Kris memandang saya.

"Kita cakap benda ni lain kali." Saya memandang Kris dan terus bangun.

Keluar dari kelas dan terus ke arah klinik.

Saya masuk dan saya berselisih dengan Sehun yang saya rasa dia sudah mahu pergi.

"Ada Golden G, tapi tak pandai jaga. Dia lari then terlanggar aku. Dia jatuh ke belakang." Sehun memberitahu saya dan terus pergi dari situ.

Saya terus pergi ke arah tempat yang langsirnya ditutup.

Membuka langsir tersebut dan saya nampak Chung Ae sedang tidur dengan kepalanya yang berbalut.

Saya berjalan ke arahnya.

"Maafkan aku." Saya bersuara.

Saya duduk dekat kerusi yang disediakan dan saya membuat keputusan untuk menuggu dia sehingga dia sedar.

Saya teringat muka terkejutnya bila dia dengar ada pelajar yang bercakap tentang mak dan ayah dia. Ada sesuatu berlaku ke antara mereka? Mungkin mereka dah bercerai dan sebab itu saya tak nampak kelibat mak Chung Ae semasa di rumah pagi tadi.

Saya hanya nampak dia lari dan saya ingin mengikutnya sebelum tangan Suho memegang lengan saya.

Saya faham niatnya.

Biarkan dia keseorangan dahulu.

Saya dan ahli yang lain hanya masuk ke dalam kelas semula dan membiarkan pelajar-pelajar yang tidak tahu menjaga perasaan orang lain itu berada di luar.

Saya terus membuat keputusan untuk bercakap dengan Kris.

Tentang kenapa dia tiba-tiba mahu belajar bersama Chung Ae. Ada Tao pula tu. Dia tak ingat ke apa yang terjadi dulu?

"Chanyeol!" Saya terdengar orang menjerit nama saya.

**Chung Ae's POV**

Saya akhirnya sampai dan saya menekan kod untuk masuk ke kelas.

Perjalanan saya ke kelas bersama Chanyeol hanya senyap sunyi. Tiada yang bercakap dan tiada siapa yang memulakan percakapan.

Sedang saya mahu membuka pintu kelas, saya terasa kasut saya seperti dipijak dari belakang dan badan saya tidak mula seimbang.

"Chanyeol!" Saya menjerit namanya.

Akibat berat Chanyeol yang menolak badan belakang saya dan memindahkan beratnya pada badan saya, secara automatik badan saya menolak pintu tersebut dan saya bersedia untuk jatuh.

Sekali lagi.

Dengan sangat cepat, saya terasa ada orang yang memeluk saya dengan satu tangannya dan memindahkan saya di dakapannya dari belakang.

Saya memejam mata.

Saya membuka mata saya perlahan-lahan dan semua mata memandang saya.

Orang itu masih memeluk saya dari belakang.

Chanyeol terus memegang tangan saya dan menarik saya ke sebelahnya.

Saya memandang orang yang memeluk saya tadi.

Mukanya nampak cemas,

"S-Sorry Chanyeol. Aku ter—"

"Thanks." Chanyeol bersuara dan menarik saya ke tempatnya.

Saya senyum pada Luhan dan membentuk perkataan 'terima kasih' menggunakan mulut saya kepadanya.

Dia membalas senyuman saya dan mengangguk.

Nasib baiklah Luhan ada dekat dengan pintu tadi. Kalau tak, pasti saya akan terjatuh lagi.

Saya perasan Sehun memandang saya dan dia terus pandang ke tempat lain bila saya melihatnya.

Entah kenapa saya rasa Sehun ada, masa saya jatuh tadi. 

Perasaan saya je kot.

---

Sorry for typos :(

I love all M A D E album song.

Like seriously. Loser, Bang Bang Bang, Sober and Let's Not Fall In Love is my favourite :)

Love y'all.

Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

4.2M 481K 189
❣︎ Mengisahkan tentang gadis remaja yang jatuh cinta pandang pertama pada crushnya? Terlalu klise? Terlalu berdrama? Terlalu cringe? Lawak lawak bo...
41.1K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
116K 3.5K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
69K 9.2K 57
D E V I L ' S F L O W E R Lee Heeseung Fanficfion Flower of Evil . The Devil need his flower . Dia melindungi gadis kesayangannya dengan caranya sen...