I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

259K 13.6K 709

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 64

2.7K 174 6
By singlelove_

"Petik lagi mangga tu, abang. Cepat, cepat. Sayang nak makan." Kata Dahlia seraya memberi arahan menyuruh suaminya terus memetik buah mangga yang tergantung di pokok.

Raja Dylan ikutkan saja tanpa membantah sedikit pun. Puan Aminah hanya melihat gelagat anak dan menantunya. Menggeleng kepala Puan Aminah. Macam mana lah Raja Dylan boleh melayan perangai Dahlia?

Kalau Puan Aminah ni, dah tak boleh. Silap hari bulan, bontot Dahlia hilang sebab kena sebat dengan Puan Aminah.

"Dah lah tu sayang. Banyak sangat dah ni. Ambil banyak-banyak, siapa yang nak makan? Sayang sorang je. Nanti membazir tak habis." Cegah Raja Dylan yang sudah berhenti dari memetik buah mangga yang berada di pokok.

Dahlia melihat ke dalam bakul yang dibawa. Hampir separuh bakul dah buah mangga itu. Tapi Dahlia masih mahu kan lagi. Kalau boleh nak penuhkan satu bakul.

"Alaaaaa.. lagi lah abang. Tak cukup ni." Kata Dahlia sambil mencebik meminta simpati.

Tapi Raja Dylan endahkan sahaja wajah cebik isterinya itu. Biarlah. Kalau Dahlia merajuk sekali pun, pandai-pandai lah nanti dia pujuk. Dah separuh bakul tu, Dahlia boleh kata nak lagi dan tak cukup. Nak menjual ke apa?

"I said no. It means no." Tegas Raja Dylan seraya berjalan ke arah pangkin yang berada di bawah pokok yang rendang. Redup rasa. Tadi panas.

Makin sebik bibir Dahlia. Macam muncung itik. Cuma bezanya Dahlia ni manusia, itik tu pula haiwan.

Dahlia membawa langkahnya mendekati sang suami. Selepas itu, Dahlia menguak kedua kaki Raja Dylan lalu pipi suaminya ditekup dengan kedua tangannya. Dibawa kepala Raja Dylan mendongak memandang dirinya.

Terkebil-kebil mata Raja Dylan membalas renungan si isteri. Kenapa ni? Nak cabul ke? Jangan lah. Ustazzz.. tolong.

Ek? Apa ni? Sihat tak Dylan?

"K-kenapa?" Gagap Raja Dylan.

"Nak mangga lagi." Memuncung bibir Dahlia.

Raja Dylan melepaskan keluhan dan menarik badan isterinya untuk duduk di atas pahanya. Kedua tangan kekarnya langsung memeluk tubuh mungil Dahlia. Jatuh ni, naya saja. Meraung Raja Dylan. Bukan Dahlia yang meraung.

"Nope. Bukan abang tak izinkan. Tapi dah banyak tu. Sayang nak banyak-banyak mangga tu, nak pergi menjual ke?" Larang Raja Dylan selari berseloroh.

"Eee.. bukan menjual lah. Mangga tu boleh buat cupcake mangga. Buat rojak pun sedap juga. Selain tu boleh buat kek mangga. Abang pernah makan kek mangga? Kalau tak pernah lagi, nanti sayang buat." Beritahu Dahlia kenapa dia mahukan mangga banyak-banyak.

Tapi Puan Dahlia.. nak buat tu semua tak perlukan sampai sebakul penuh mangga.

"Yang kita ambil tadi pun dah cukup untuk sayang buat semua yang sayang cakap tadi tu. Kalau kita ambil mangga tu semua, togel lah pokoknya nanti. Abah, emak dan Danish pun nak juga. Tinggalkan lah untuk abah, mak dan Danish. Jangan jadi hajah bakhil, sayang." Balas Raja Dylan cuba memujuk.

Masam mencuka wajah Dahlia apabila digelar 'hajah bakhil'. Tumbuk juga suami dia ni nanti.

"Yalah, yalah.. abang tak nak pergi tengok resort abang tu ke? Pergi lah sana. Dah alang-alang kita dekat kampung ni. Abang pergi pantau sekejap. Mana tahu ada pekerja yang tengah cuti tulang ke."

"Curi tulang? Tulang siapa yang diaorang nak curi sayang? Tulang anjing? Tulang kucing? Tulang lembu? Ke tulang yang lain?" Toya muka Dahlia bila mendengar lawak bodoh suaminya.

"Penat lah. Kang kalau sayang cakap abang bodoh, abang marah. Tapi itu lah kejadiannya. Dah lah. Sayang nak masuk dalam. Abang tolong angkat bakul tu bawa masuk. Sayang tak larat nak angkat. Berat." Usai itu, Dahlia bangun dari duduknya di atas paha Raja Dylan dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Orang cakap betul-betul. Dia main-main pula. Menyampah. Biar lantak sana. Hari ni Dahlia malas nak layan Raja Dylan.

Nak tergelak Raja Dylan melihat reaksi sang isteri tadi. Mesti tengah bengang.

~~~~~~~~~~

Fahrin memarkingkan keretanya setelah sampai di halaman rumah keluarga mertua Raja Dylan. Emir melilaukan matanya memandang ke luar kereta.

Luas. Ada kereta BMW 5 Series milik Raja Dylan yang terparking di luar rumah. Ini mesti ada dekat dalam rumah.

"Jom lah." Ajak Fahrin. Emir mengangguk. Mereka berdua sama-sama keluar dari dalam perut kereta Fahrin.

Baru saja keluar, ada satu biji motor skuter yamaha memasuki ke halaman rumah. Dapat Fahrin dan Emir melihat tunang mereka.

Sarah yang membawa motor dan Tiara membonceng di belakang. Sarah punya gaya bawa motor dah macam minah rempit. Siap tunduk kepala lagi.

Mereka masih lagi tidak perasan akan Emir dan Fahrin yang melihat tingkah mereka berdua.

'Tin tin tin'

"Assalamualaikum!" Jerit Sarah dan Tiara memberi salam.

Fahrin dan Emir sama-sama terkejut. Bapak rempit tunang diaorang. Haha.

"Assalamualaikum." Ucap Fahrin kepada Sarah dan Tiara.

"Waalaikumussalam. Ya nak ap.." Jawab Tiara dan terus terhenti bicaranya. Allah.

Fahrin! Emir! Sarah dan Tiara saling berpandangan. Diaorang nampak ke ek tadi? Jatuh harga diri aku. Huaaaa!!!

Sarah berdehem sekejap sebelum kembali memandang Emir. Diukirkan juga senyuman yang agak kekok.

"Wa-waalaikumussalam. Korang berdua dari mana ni?" Jawab Sarah sembari merubah nada suaranya yang tadi seperti rock dan sekarang berubah menjadi suara wanita paling sopan dan solehah sedunia.

Sarah dan Tiara turun dari motor yang mereka naik. Selepas itu, Sarah parking di tepi. Tiara tersenyum kekok kepada tunangnya, Fahrin dan Emir.

"Kitaorang dari KL. Dylan suruh datang. Katanya nak ajak makan. Mak Lia masak lebih hari ni." Beritahu Emir jujur.

Terangguk-angguk kepala Sarah dan Tiara. Sama saja lah macam mereka berdua. Datang pun kerana Dahlia yang menelefon mereka berdua dengan sebab yang sama.

"Oh.. sama lah macam kitaorang." Kata Tiara perlahan hampir seperti berbisik.

"Apa dia sayang?" Soal Fahrin seraya membongkokkan sedikit badannya kepada Tiara.

Malu-malu Tiara apabila dipanggil sayang di hadapan Sarah dan Emir. Sedangkan Sarah dan Emir pun tak macam tu. Kerana mereka masih kekok dan masih lagi dalam sesi kenal walaupun dah tunang.

"Em.. t-takda apa." Tiba-tiba jadi malu-malu kucing. Tadi dah merempit pusing satu kampung dengan Sarah. Jumpa orang tepi jalan siap jerit sebut 'bro'.

Terukir senyuman tipis Fahrin tatkala melihat tingkah malu Tiara. Tadi takda malu. Haha.

Tak lama kemudian, pintu rumah dibuka dari dalam. Terjengul Raja Dylan yang baru saja melangkah keluar bersama dengan Danish.

"Aik? Asal tak bagi salam? Lama dah ke sampai?" Sapa Danish yang selari memakai selipar.

"Ni hah. Kak Sarah dan Kak Tiara kan kalau datang rumah orang macam nak robohkan rumah. Bagi salam kalau boleh nak bagi satu kampung dengar yang konon korang ni terpaling bagi salam." Selamba Danish berkata begitu.

Tak sampai satu saat. Belakang kepala Danish dipukul oleh Sarah. Mengaduh sakit Danish dibuatnya. Tiara pula menjegilkan matanya ke arah Danish.

Bocor rahsia dah. Pastu malu. Danish ni pun agak-agak lah. Depan Fahrin dan Emir ni. Jaga lah maruah kitaorang sikit. Ish. Rasa nak debik sampai bagi Danish masuk hospital.

"Dylan, Lia dekat dalam kan dengan mak cik?" Tanya Tiara. Nak larikan diri ni. Muka mesti dah macam ketam rebus.

"Ada tu dekat dalam." Jawab Raja Dylan ringkas.

Tanpa banyak bunyi, Sarah dan Tiara laju membuka selipar mereka dan berlari masuk ke dalam rumah mencari Dahlia yang sedang berada di dapur.

Fahrin dan Emir melepaskan tawa mereka berdua. Kelakar tengok gelagat tunang mereka. Emir sampai geleng kepala.

'Ini rupanya perangai sebenar. Hm.. takpa lah Sarah. Awak macam mana pun saya tetap sayang.' Getus hati Emir dengan masih sisa tawanya.


Tbc..

Terkejut Fahrin dan Emir tengok perangai tunang diaorang🤣

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

113K 3.8K 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki...
94.1K 3.8K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
129K 4.2K 51
[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan se...
657K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...