I Love You, Miss Cupcake [C]

Von singlelove_

261K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder πŸ’“ Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... Mehr

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 62

2.7K 181 15
Von singlelove_

Raja Dylan memarkirkan keretanya setelah sampai di halaman rumah mertuanya. Dilihat pintu rumah terbuka, tapi tida sesiapa di hadapan.

Selepas itu, Raja Dylan berpaling memandang Dahlia yang terlelap di sebelah. Juntaian rambut Dahlia yang menutup sebahagian wajah cantik si isteri, dikalihkan ke belakang telinga.

Raja Dylan menyandarkan kepalanya sambil tetap terus menatap wajah Dahlia. Tangan kanan isterinya diambil lalu dibawa ke bibir. Setiap jari Dahlia dicium dengan kehangatan.

Sebelah lagi tangan mengusap perut Dahlia yang sudah menampakkan sedikit bentuk. Tak sabar Raja Dylan hendak berjumpa dengan bakal anak mereka. Tak sabar dia mahu bermain dengan anaknya.

Tak sabar Raja Dylan mahu menjaga anaknya. Tak sabar Raja Dylan mahu melayan ragam anaknya. Semua tentang anaknya sangat lah membuat Raja Dylan merasa tidak sabar.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan di cermin kereta di belah Raja Dylan. Lantas Raja Dylan melihat gerangan yang mengetuk. Ternyata Danish.

Raja Dylan menurunkan cermin kereta sedikit. Tersenyum Danish melihat kakaknya yang sedang lena. Selepas itu, pandangnya berubah memandang ke abang iparnya pula. Maaf lah abang ipar. Danish rindu kakak.

"Kenapa abang tak masuk?" Tanya Danish.

"Kakak Danish ni tidur. Abang nak kejutkan sekejap. Nanti akak dengan abang masuk. Danish dari mana?" Jawab Raja Dylan seraya bertanya. Membulat bibir Danish.

"Dari kedai Pak Hamid beli bunga kantan dan susu cair yang emak suruh. Hari ni emak nak masak ikan patin asam pedas." Danish menunjuk plastik yang berada di tangannya.

"Asam pedas?" Angguk Danish.

"Cun lah.. mak memang mantap. Danish masuk dulu. Nanti abang masuk dengan akak."

"Okay, bang." Setelah itu, Danis berlalu pergi meninggalkan Raja Dylan dan Dahlia.

Raja Dylan menutup semula cermin tingkapnya dan kembali memandang wajah lena isterinya. SubhanaAllah.. cantiknya isteri dia. Raja Dylan jatuh cinta buat kali yang entah ke berapa pun dia tak tahu.

Selepas itu, Raja Dylan mengelus pipi Dahlia selari mengejutkan Dahlia.

"Sayang.." Kejutnya sambil terus mengelus pipi Dahlia yang sudah nampak semakin tembam.

Tiada respon dari Dahlia.

"Hey, cupcake. Wake up. Kita dah sampai." Raja Dylan mengejutkan isterinya sekali lagi. Kali ini, Dahlia merengek perlahan sembari membuka matanya.

Terkelip-kelip matanya kerana silau. Raja Dylan mengusap wajah Dahlia. Selepas beberapa saat, mata Dahlia disuguhkan dengan wajah tampan sang suami. Terbit senyuman tipis Dahlia tatkala memandang suaminya yang turut tersenyum ke arahnya.

"Jom keluar. Kita dah sampai rumah mak dan abah." Ajak Raja Dylan sambil masih mengusap pipi Dahlia.

Dahlia mengalihkan pandangan memandang ke luar kereta. Memang betul. Mereka sudah sampai di kampung.

"Jom. Sayang nak jumpa mak dan abah. Rindunya." Semangat Dahlia yang tadinya mamai.

Dalam masa beberapa saat saja, Dahlia sudah keluar dari kereta dan meninggalkan suaminya. Ternganga sedikit mulut Raja Dylan apabila ditinggal sang isteri begitu saja.

"Dia tinggalkan aku?" Raja Dylan agak tak percaya yang isterinya boleh tinggalkan dia.

Terlepas keluhan Raja Dylan. Apa lah nasib? Isteri tinggalkan kita. Mentang-mentang lah dah sampai kampung dia. Habis suaminya ditinggalkan. Sedih.

Baru saja Raja Dylan melangkah masuk ke dalam rumah. Raja Dylan dapat mendegar suara riuh isterinya yang sedang bersembang dengan Puan Aminah dan bergaduh mulut dengan Danish di dapur.

"Assalamualaikum." Ucap Raja Dylan memberi salam.

Menoleh kepala Puan Aminah melihat menantunya yang baru saja masuk ke dalam dapur. Pantas Puan Aminah mendapatkan Raja Dylan.

Raja Dylan terus menyalam tangan tua mak mertuanya dengan hormat. Selepas itu, Puan Aminah memeluk tubuh tegap menantunya. Rindu Puan Aminah pada anak dan menantunya yang hensem ini.

Eh eh.. mak nya.

"Amboi mak. Macam tak nak lepas je peluk suami Lia." Tegur Dahlia apabila dia sudah meneguk air sejuk.

"Biarlah."

"Mak, mak.. Lia tinggalkan Dylan dalam kereta seorang-seorang tadi. Langsung tak nak tunggu Dylan." Adu Raja Dylan pada Puan Aminah dan langsung mendapat jegilan mata dari Dahlia.

Puan Aminah yang mendengar aduan dari menantunya terus berpusing menghadap Dahlia. Bercekak pinggang Puan Aminah.

"Yang kamu tinggalkan suami kamu ni kenapa, Lia? Nak biar diambil dengan budak-budak perempuan dalam kampung ni? Suami kamu ni hensem. Mak tak nak hilang menantu hensem mak ni." Amboi.. kemain Puan Aminah yek? Tak nak hilang menantu hensem.

Terkelu lidah Dahlia. Tak tahu nak balas apa bila mendengar kata-kata emaknya. Dahlia mengalihkan pandangannya memandang adiknya.

"Mak dah sayang abang Dylan lebih dari kau, kak. Padan muka tempat kau dah digantikan. Hahahaha." Tutur Danish bila melihat pandangan yang kakaknya seakan meminta jawapan.

Raja Dylan menjulurkan lidahnya kepada Dahlia. Setelah itu, Raja Dylan memeluk batang leher Puan Aminah dari belakang.

"Kesian Dylan, mak." Sambung Raja Dylan mengadu.

"Dahlia Zenia." Langsung menciut Dahlia apabila Puan Aminah sudah memanggil nama penuhnya.

Raja Dylan yang melihat wajah isterinya sudah berubah terus dia melepaskan pelukan di mak mertuanya dan berjalan mendekati Dahlia. Saja dia nak mengenakan isterinya.

"Takda lah mak. Lia tak tinggalkan pun. Dylan yang suruh dia masuk dulu." Kata Raja Dylan selari menarik Dahlia masuk ke dalam pelukannya.

Dahlia menyembamkan wajahnya di dada bidang sang suami. Kedua tangan dia naik memeluk pinggang Raja Dylan. Rasa nak menangis. Dah lah Dahlia sekarang cepat terasa sejak dia mengandung ni.

"Mak pun saja je marah. Takkan lah mak nak marah anak kesayangan mak." Gelak Puan Aminah lalu menghampiri Dahlia. Diusap belakang kepala anaknya dengan lembut.

"Jangan merajuk lah. Dalam peti tu ada cupcake coklat. Pergi ambil. Saja mak beli semalam. Tahu-tahu Lia balik hari ni. Rezeki anak mak." Kata Puan Aminah lagi.

Danish membuka peti ais lalu dikeluarkan cupcake coklat yang dikatakan emaknya barusan. Banyak juga cupcake yang mak nya beli. Nak buat makan sebulan ke?

Dahlia mengalihkan matanya memandang cupcake yang diletak Danish di atas meja. Selepas itu, Dahlia mendongak memandang suaminya pula. Raja Dylan membalas pandangan isterinya.

"Nak?" Angguk Dahlia.

"Mesti lah sayang nak. Tak pernah lagi sayang tolak cupcake. Dah lama tak makan kan?" Angguk Dahlia lagi.

"Jangan merajuk dengan mak. Okay?"

"Okay." Senyum Dahlia.

Terukir senyuman Puan Aminah melihat kebahagiaan anak dan menantunya. Alhamdulillah. Dia sebagai emak sangat bersyukur dan bahagia apabila anak dan menantunya bahagia. Terlebih lagi apabila melihat anak perempuannya yang dilayan baik sebegini.

~~~~~~~~~~

Malam mula menjelma. Kini, keluarga Encik Fahmi masing-masing menjamu selera. Puan Aminah memasak ikan patin asam pedas, kangkung belacan, telur dadar dan tempe goreng.

Walaupun lauk yang simple dan tidak mewah mana. Mereka tetap bersyukur.

Raja Dylan pun nampak berselera. Dah lama tak rasa dan makan makanan kampung. Sudah itu, sejak Dahlia mengandung selera Raja Dylan terhadap makanan memang naik.

Encik Fahmi memandang menantunya dengan senyap. Sudah tiga kali Raja Dylan menambah. Tengah hari tadi dua kali tambah. Pelik Encik Fahmi melihat menantunya.

Encik Fahmi dan Puan Aminah saling berpadangan. Dahlia perasan akan pandangan abah dan emak nya pada Raja Dylan. Berdehem Dahlia seraya menyenggol kaki suaminya dengan kaki dia.

Terhenti suapan Raja Dylan lalu dia menoleh merenung sang isteri. Dahlia memberi isyarat mata menunjuk kepada Encik Fahmi dan Puan Aminah. Raja Dylan yang mengerti langsung berpaling melihat Encik Fahmi serta Puan Aminah silih ganti. Tersengih Raja Dylan.

Ke mana perginya Raja Dylan yang cool dulu? Hilang dah ke? Diculik alien ke?

Masalahnya bukan Encik Fahmi dan Puan Aminah saja rasa pelik. Danish pun tengok abang iparnya rasa pelik. Seram pula Danish jadinya. Naik bulu roma dia.

"Abang Dylan.. okay ke?" Teragak-agak Danish mahu bertanya.

"Okay. Nampak macam tak okay ke?" Raja Dylan menyoal adik iparnya semula.

"Abang Dylan nampak okay. Cuma pelik." Jawab Danish ringkas.

"Oh.. mungkin sebab pembawakan budak kot." Jawab Raja Dylan bersahaja.

Mengangguk kepala Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish. Dahlia mengemam rapat bibirnya apabila melihat reaksi abah, emak dan adiknya. Takkan tak faham? Terang-terang dah tu sebut pembawakan budak.

Tak lama kemudian, Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish saling berpandangan. Pembawakan budak? Mata mereka masing-masing memandang Dahlia dan Raja Dylan yang hanya beriak selamba di hadapan mereka bertiga.

"Pembawakan budak?" Tanya Encik Fahmi.

"Lia mengandung?" Kali ini, Puan Aminah pula bertanya.

"Akak mengandung ke? Danish nak jadi paksu?" Soal Danish yang nampak sangat teruja.

Raja Dylan dan Dahlia sama-sama mengangguk mengiyakan semua pertanyaan Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish barusan.

"Ya Allah.. abang! Kita nak dapat cucu!" Menjerit Puan Aminah sambil memukul bahu Encik Fahmi.

Berdesis Encik Fahmi apabila bahunya mendapat pukulan maut dari si isteri. Raut wajahnya yang baru nak bertukar gembira terus tak jadi. Kesian Encik Fahmi😂.

Pantas Puan Aminah bangun dari duduknya dan berjalan ke sinki lalu mencuci tangannya. Setelah itu, Puan Aminah kembali ke meja makan untuk mendapatkan anak sulungnya. Bahagia tak terkata.

Lagi berapa bulan saja dia bakal mendapat cucu dan bergelar nenek. Sungguh Puan Aminah bahagia.

"Dah berapa lama ni?" Soal Puan Aminah dengan riak wajah gembira yang tak boleh disembunyikan.

"Baru nak masuk sebulan, mak." Jawab Dahlia.

"Alhamdulillah.." Puan Aminah memeluk anaknya. Ubun-ubun Dahlia dicium dengan penuh rasa sayang.

Raja Dylan menggosok belakang badan isterinya. Bahagia dia melihat wajah ahli keluarga mertuanya yang sangat bahagia apabila mengetahui tentang kandungan Dahlia.

"Tahniah Dylan, Lia. Abah doakan semoga korang sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan jodoh korang berkekalan sehingga akhir hayat. Dan abah doakan agar anak abah akan dipermudahkan segala urusan sepanjang mengandung ni sehingga hendak bersalin nanti. Abah bahagia." Berkaca-kaca mata Encik Fahmi ketika mengetahui anak perempuannya tak lama lagi bakal menjadi seorang ibu.

Tak disangka yang anak perempuannya ini sudah besar. Tapi kenapa Encik Fahmi masih rasa yang Dahlia ni masih kecil? Kerana anak perempuan sampai bila-bila akan tetap menjadi princess pada ayahnya walaupun dia sudah beranjak dewasa.

"Abah.." Dahlia pun rasa nak nangis bila melihat mata berkaca Encik Fahmi.

Tapi terhenti air mata Dahlia yang hampir hendak keluar bila mendengar suara tangisan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Danish. Encik Fahmi, Puan Aminah, Dahlia dan Raja Dylan lantas memandang Danish yang sudah menangis sampai menyedut hingus.

"Kakak.. nak peluk." Danish mendepakan tangan meminta peluk dari Dahlia.

Tergelak masing-masing di situ melihat gelagat Danish yang manja.

"Ehh.. dah besar pun menangis. Danish dah nak jadi paksu tau. Tak boleh nangis." Dalam membebel pun Dahlia tetap bangun dan memeluk adiknya.

Danish menyembamkan wajahnya di bahu sang kakak. Tubuh kakaknya dipeluk dengan sangat erat.

"Manja sangat dengan kakak. Bila dekat bergaduh, bila jauh rindu." Omel Puan Aminah sembari menggelengkan kepalanya.

Senyum Raja Dylan memandang keakraban dua beradik tersebut. Dalam kasarnya Dahlia, ada lembutnya. Hanya keluarga dan Raja Dylan sahaja yang dapat melihat kelembutan di dalam diri Dahlia.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
74.8K 2.2K 63
Tengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membua...
489K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...
95.9K 3.9K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT πŸ”ž TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...