I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

247K 13.2K 708

Raja Dylan Zayder ๐Ÿ’“ Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 58

3K 185 10
By singlelove_

Dahlia menunggu suaminya yang sedang mandi sambil duduk di atas katil. Mereka baru saja masuk ke dalam bilik selepas puas berbual dengan ahli keluarga yang lain.

Seronok Dahlia. Tiba-tiba pul Dahlia merasa rindu pada emak dan abah nya di kampung. Termasuk lah dengan adik dia itu. Nanti lah dia ajak Raja Dylan balik ke kampung. Lagipun keluarganya masih lagi belum balik dari bercuti.

Sakan nok.

Dahlia menguap apabila dirasakan lama untuk menunggu suaminya selesai dari mandi. Buat apa lah suaminya dalam bilik air lama-lama? Dia dah mengantuk ni.

Bukan Dahlia tak nak tidur. Tapi dia nak berbual berdua dengan suaminya sambil bermain mata. Rindu nak tengok muka kacak Raja Dylan. Lagi-lagi pandangan redup Raja Dylan setiap memandang dirinya.

Dahlia mengesot duduk di kerusi yang berada rapat dengan katil. Selepas itu, Dahlia membaringkan separuh dirinya di atas katil. Dahlia memejamkan matanya. Sekadar pejam. Bukan tidur.

Selepas beberapa minit, pintu bilik air terbuka dari dalam. Raja Dylan melangkah keluar dari bilik air. Terkejut dia saat melihat keadaan isterinya.

Ini dah kenapa tidur gaya macam ni? Tak sakit pinggang ke?

Lantas Raja Dylan mengorak langkah menghampiri sang isteri. Dekat saja terus dilabuhkan duduknya di sebelah. Dipandang wajah cantik Dahlia yang sudah pun lena dibuai mimpi.

Ini mesti kes tunggu dia. Terbit senyuman Raja Dylan apabila mendengar suara rengekan manja isterinya.

Rindu betul nak dengar suara manja Dahlia sambil merengek pada dirinya. Sebab isteri dia terlalu comel jika sedang merengek. Raja Dylan obses.

"Sayang." Seru Raja Dylan untuk membangunkan isterinya.

Senyap. Tiada pergerakan atau respon dari Dahlia.

"My cupcake.." Seru Raja Dylan lagi sembari meleretkan suaranya memanggil Dahlia.

"Hmm.." Merengek Dahlia tidak mahu lenanya dikacau.

Tersungging senyuman lebar Raja Dylan. Tak dapat Raja Dylan sembunyikan senyumannya itu.

"Haih.. penat sangat ni. Apa lah yang sayang buat satu hari ni sampai penat macam ni sekali. Baru je abang nak berbual dengan sayang. Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat dengan manja abang ni. Tapi awak tidur." Ujar Raja Dylan sambil mengetepikan rambut Dahlia yang menutup sedikit wajah Dahlia.

Dipandang hangat wajah anggun Dahlia. Baru Raja Dylan perasan. Isterinya nampak lebih tembam. Pipi tu nampak sangat naiknya. Sebelum dia tinggal pergi Sabah, memang dah tembam. Tapi yang ni lagi tembam.

Bukan nak kata buruk. Tapi bertambah comel. Ini yang buat Raja Dylan geram. Nak saja dia gomol-gomol pipi Dahlia. Tapi isteri dia tidur.

"Tidur lah sayang. Esok baru kita lepas rindu puas-puas. Abang nak angkat awak. Biar tidur sayang lebih selesa." Sejurus itu, Raja Dylan mencempung tubuh Dahlia dengan penuh berhati-hati agar lena Dahlia tidak terganggu.

Untung lah dia sudah memakai seluar dari dalam bilik air lagi. Kalau dia pakai tuala saja ni, mesti dah terlucut.

Haha.

Diletakkan isterinya perlahan-lahan di atas katil. Penuh hemat gaya dia meletakkan kepala isterinya di atas bantal. Usai itu, Raja Dylan mencium dahi Dahlia.

Tersenyum nipis Raja Dylan memandang wajah tenang isterinya yang sedang tidur. Cantik sangat.

Seusai itu, Raja Dylan turut sama naik ke katil dan membaringkan dirinya di sebelah sang isteri. Dibawa tubuh Dahlia ke dalam dakapan hangatnya. Kecil molek saja isteri dia ini.

~~~~~~~~~~

Garu hidung Dahlia apabila terasa lubang hidungnya seperti diusik seseorang. Dahlia merengek manja.

"Eee.. jangan lah kacau. Nak tidur." Omel Dahlia dengan masih tidak membuka matanya.

Tergelak Raja Dylan melihat tingkah manja si isteri. Raja Dylan mengusik lagi. Di jongket kan hidung Dahlia. Dahlia terus mencelikkan matanya melihat figura yang menganggu tidurnya.

Buka saja mata, pandangannya terus penuh dengan wajah kacak Raja Dylan yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Allah.. cairnya.

"Bangun pun." Ujar Raja Dylan seraya mencium dahi dan kedua pipi Dahlia. Bersemu merah pipi Dahlia apabila pagi-pagi lagi sudah mendapat ciuman dari suaminya.

Ini yang dia rindukan sangat. Setiap pagi mesti suaminya akan cium dia selepas Dahlia bangun tidur.

Tanpa berkata apa, Dahlia memeluk tubuh tegap Raja Dylan. Wajahnya disembamkan di dada kekar Raja Dylan. Bauan yang terbit dari suaminya cukup melegakan rasa mualnya yang baru saja menjegah masuk ke rongga hidungnya.

Raja Dylan membalas pelukan sang isteri dengan lebih erat tanpa mengetahui sebabnya.

"Sayang pergi mandi. Nanti kita solat subuh sama-sama." Mengangguk Dahlia. Lantas Dahlia melepaskan pelukan lalu menyelak selimut yang diguna dan turun dari katil.

Dahlia mengambil tuala mandinya yang tergantung di penyidai dan berjalan masuk ke dalam bilik air.

Raja Dylan memandang saja tingkah isterinya. Agak pelik sedikit dengan kelakuan Dahlia pagi ini.

Baru saja Raja Dylan hendak menuruni katil dan bergerak keluar dari bilik. Tiba-tiba pendengarannya disapa dengan bunyi Dahlia yang seakan sedang muntah. Laju Raja Dylan membawa kakinya menuju ke bilik air.

Dibuka pintu bilik air. Nasib Dahlia tidak mengunci pintu. Kalau Dahlia kunci, Raja Dylan redah saja. Nak rosak pintu pun biar lah. Ganti saja lah nanti. Apa adehal.

Bab duit? Benda kecil lah.

Raja Dylan melihat isterinya yang sedang tertunduk di hadapan sinki sambil memuntahkan segala isi. Lantas Raja Dylan mendapatkan sang isteri. Diusap belakang badan Dahlia. Rambut Dahlia yang terjuntai di tepi, dibawa ke belakang.

Raja Dylan memegang rambut isterinya dengan kemas.

"Uwerk. Uwerk.." Muntah Dahlia. Tapi yang keluar hanya air liur.

Selepas beberapa saat, Dahlia memejamkan mata. Dia menarik nafas perlahan dan dihembus perlahan. Rasa mual yang dia rasakan tadi sedikit demi sedikit beransur hilang.

Raja Dylan membuka paip lalu dibasahkan tangannya dan mengelap mulut Dahlia. Tercebik bibir Dahlia bila dia memusingkan badannya menghadap Raja Dylan.

"Kenapa ni sayang abang? Sayang tak sihat ke? Dah berapa hari sayang asyik muntah macam ni?" Bertubi-tubi soalan yang Raja Dylan ajukan. Risau dia melihat keadaan isterinya yang lembik selepas muntah tadi.

Dahlia tidak menjawab. Malah dia memeluk tubuh kekar suaminya dengan erat. Disembamkan wajahnya di dada bidang Raja Dylan. Disedut bauan wangian sang suami supaya dapat meredakan rasa mualnya tadi.

Dia sedar. Hanya bau suaminya saja yang dapat meredakan rasa mualnya itu. Ini mesti sebab pembawakan budak yang ada dalam perut dia ini. Mengada ya awak. Tapi takpa. Mama suka.

Hahahaha.

Mendongak kepala Dahlia memandang wajah kerisauan sang suami yang masih menunggu jawapan darinya.

"Sayang nak mandi. Tapi sayang nak abang yang mandikan. Boleh?" Pinta Dahlia sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Raja Dylan yang melihatkan itu langsung merasa cair. Gila tak cair? Bini cantik woi.

"Manja. Abang mandikan sayang?" Mengangguk Dahlia.

"Tak boleh mandi sendiri?" Geleng Dahlia.

Terbit senyuman di bibir Raja Dylan melihat sikap manja Dahlia. Dicuit hujung Dahlia.

"Jom." Raja Dylan menarik perlahan tangan Dahlia untuk mengikutnya. Lebar bibir Dahlia mengukirkan senyuman.

~~~~~~~~~~

Dahlia memandang belakang badan suaminya yang sedang berdoa. Dia dah bersedia hendak memberitahu tentang kandungannya pada Raja Dylan.

Niat dia semalam nak bagitahu tentang perkara ini. Tapi dia boleh tidur. Jadi sekarang adalah waktu yang tepat.

Selesai saja berdoa, Raja Dylan memusingkan badannya menghadap Dahlia. Lantas Dahlia menghulurkan tangan kanan untuk bersalam dengan sang suami.

Raja Dylan menyambut huluran tangan si isteri. Dahlia mengucup tangan Raja Dylan dengan penuh rasa hormat. Angkat saja kepala, dahinya disentuh dengan bibir Raja Dylan. Agak lama.

"Abang tunggu sini kejap. Jangan bangun." Pesan Dahlia selepas Raja Dylan menjauhkan bibir dari dahi dia.

Pantas Dahlia bangun dan bergerak ke laci meja make up untuk mengambil sesuatu. Berkerut sedikit dahi Raja Dylan melihat telatah sang isteri.

Kembali saja Dahlia duduk semula di hadapan Raja Dylan. Dahlia menghulurkan satu kotak berwarna kelabu kepada suaminya. Raja Dylan memandang huluran isterinya dan wajah Dahlia bersilih ganti.

Bila Dahlia melihat wajah tertanya-tanya suaminya. Lantas Dahlia mengambil tangan kanan Raja Dylan dan diletakkan kotak kelabu itu di atas tangan Raja Dylan.

"Abang buka dan tengok. Sayang pasti yang abang akan suka." Kata Dahlia dengan nada lembut.

"Ye ke abang akan suka? Entah-entah sayang letak benda dalam ni. Saja nak kena kan abang?" Tuduh Raja Dylan selamba. Memincing mata dia merenung si isteri.

Mencebik bibir Dahlia bila suaminya menuduh dia begitu. Dahlia menjeling manja wajah suaminya.

"Tak baik cakap sayang macam tu. Ini hadiah untuk abang. Penat sayang nak sediakan hadiah special ni. Pastu abang tuduh bukan-bukan." Memuncung bibir Dahlia dengan wajah merajuknya.

Tergelak perlahan Raja Dylan menengok rajuknya si isteri. Ditarik Dahlia masuk ke dalam dakapan. Dahlia menurut tanpa bantahan. Dipeluk tubuh tegap suaminya. Raja Dylan mencium tepi kepala Dahlia.

Sambil-sambil itu, tangannya membuka kotak yang diberi isterinya tadi lalu melihat isian di dalam. Terdiam dan terberhenti segala perlakuannya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia sedang lihat sekarang.

Dahlia merenggangkan pelukan. Dipandang wajah sang suami dengan mengemamkan bibir untuk menahan dari terbentuk senyuman.

"Abang." Seru Dahlia. Raja Dylan kaku macam patung. Langsung tak bergerak. Mata pun tak berkelip.

"Abang.." Dahlia menggoyangkan bahu Raja Dylan.

Tersentak Raja Dylan dari lamunannya. Dia memandang wajah Dahlia dengan riak tidak percaya dan seakan meminta penjelasan.

"I'm pregnant." Satu ayat yang mampu menjawab segala pertanyaan yang ada di benak fikiran Raja Dylan.

"My baby?" Mengangguk Dahlia.

"You pregnant my baby?" Dahlia angguk lagi mengiyakan.

Tanpa sebarang kata, Raja Dylan laju memeluk tubuh Dahlia. Terkejut Dahlia dengan tindakan suaminya yang tiba-tiba memeluk dirinya.

Dahlia membalas pelukan suaminya. Dagunya diletakkan di atas bahu Raja Dylan. Diselesakan dirinya di dalam dakapan hangat sang suami. Setiap kali Raja Dylan memeluk Dahlia, pasti Dahlia akan rasa dilindungi dan selamat.

Tak lama selepas itu, Dahlia terdengar suara esok tangis seseorang. Pantas Dahlia melepaskan pelukan tersebut dan melihat muka Raja Dylan yang sudah comot dengan air mata.

"T-thank you, sayang. Isk.. terima k-kasih d-dah sudi men-mengandungkan anak a-abang." Tersedu-sedu Raja Dylan menangis dan tersekat-sekat tutur katanya.

Terharu Dahlia melihat suaminya yang menangis begini. Dan lagi satu, suaminya dia comel sangat. Geram lah pula Dahlia tengok.

Kedua tangan Dahlia naik mengesat air mata yang turun di pipi Raja Dylan. Tersebik bibir Raja Dylan sambil merenung ke dalam mata Dahlia. Mereka berdua saling membalas renungan.

"Thank you juga dekat abang sebab bagi sayang rasa pengalaman mengandung dan jadi ibu mengandung. Baru sekarang sayang faham perasaan ibu-ibu di luar sana bila rasa ada nyawa di dalam rahim mereka. Perasaan yang bercampur-baur. Ada perasaan gembira, terharu dan bermacam lagi. Lagi satu, walaupun sayang tak tahu sama ada anak kita ni lelaki atau perempuan dan macam mana rupa anak kita. Sayang dah jatuh sayang sangat-sangat pada anak kita. Sayang siap janji untuk jaga anak kita ni baik-baik sampai dia lahir. Dan sayang nak jadi seorang mama yang baik untuk dia." Ujar Dahlia panjang lebar.

Selepas itu, Raja Dylan mendekatkan wajah mereka lalu mencium bibir Dahlia. Hanya kucupan singkat.

Seusainya, Raja Dylan melekapkan dahi mereka bersama. Mata mereka saling menatap seakan meluahkan sesuatu yang tersirat di hati.

"Seni seviyorum." Ucap Dahlia.

Berkerut dahi Raja Dylan mendengar bicara Dahlia barusan. Dia tak faham. Bahasa apa tu?

"Seni.. seni apa sayang? Seni lukisan?" Terletus tawa Dahlia.

"Kenapa sayang gelak?" Soalnya.

"Bukan seni lukisan lah. SE. NI. SE. VI. YO. RUM. Bahasa Turki. Maksudnya I love you." Beritahu Dahlia dengan masih ada sisa gelaknya.

Terangguk-angguk kepala Raja Dylan. Dia mengesat tepi matanya yang masih terasa seperti ada air mata. Direnung Dahlia yang masih ketawa. Cantik sangat wajah Dahlia bila ketawa. Raja Dylan suka menatapnya.

"Ajar abang sayang." Pinta Raja Dylan.

"Seni seviyorum." Ulang Dahlia mengajar suaminya.

"Seni.. sevirum?"

"Bukan sevirum. Seviyorum. Seni seviyorum."

"Seni seviyorum." Dahlia memetik jarinya.

"Betul.. pandai suami sayang. Seni seviyorum abang." Kata Dahlia dengan wajah ceria.

"Seni seniyorum, love." Balas Raja Dylan tak nak kalah romantik dari sang isteri.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
325K 6.6K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...
23.4K 1.1K 63
COMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seor...
154K 5K 71
TENGKU FIRASH ZIYAD Seorang lelaki yang kacak dan rupawan tetapi sikapnya yang dingin,hati beku,tegas dan panas barannya membuatkan dia ditakuti rama...