Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Dandelzel tarafından

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Daha Fazla

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~56

1.6K 172 6
Dandelzel tarafından

Riak wajah bosan tak berperasaan ditayang. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibir sejak beberapa waktu. Pembetulan, sejak dia berada disini. Di dalam hati, sudah berbakul-bakul rungutannya terhadap mama. Salah mama kerana memaksa dia datang kesini semata untuk memeriahkan majlis annual dinner anjuran furniture store yang diusahakan oleh Tuan Amza.

Di tempat yang riuh dan penuh dengan manusia ini. Oh.. dia rasa nak balik sekarang juga!

Ralit memerhati para staf Tuan Amza yang bersukan di tepi pantai, Delilah langsung tidak menyedari sosok seorang jejaka berbaju-T dan seluar serba hitam, berkasut converse dengan rambut yang bergaya. Terasa hammock yang didudukinya semacam bergerak, Delilah menoleh. Mendadak dia mengangkat kening sambil memandang jejaka itu atas bawah.

Pandangan yang bermaksud..

What the hell are you doing here?!

"Muka hodoh kau tu tak boleh sorok lagi ke?" Diaz main kasar. Sengaja menolak bahu Delilah.

"Tadi bukan main beralasan. Ni kenapa boleh timbul kat sini?" Cemuh Delilah sambil menjuihkan bibir.

Pagi-pagi lagi Diaz sudah mengelat bila Tuan Amza mengajaknya datang ke resort ini. Eh.. tiba-tiba sebelah petang muncul pula dia!

"Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku, tau tak? Aku tahu dah kau ni selamanya lone ranger. Bersyukur sikit aku datang teman." Omel Diaz. Nadanya ketika itu langsung tak mesra alam. Bunyi macam terpaksa, tapi sebenarnya selepas melepak dengan member sebentar tadi, entah macam mana dia boleh memandu kesini pula.

"Menyampah aku!"

Kesudahannya, dua-dua pasang muka perengus. Kaki bersilang dan berpeluk tubuh. Mata memerhati setiap gerak geri para staf yang bersuka-ria. Gaya mereka berdua kelihatan benar-benar tidak betah berada disitu. Atau yang paling tepat, masing-masing merasa jengkel. Dengan cuaca petang yang panas, kebosanan yang melanda..

"Kenapa orang asyik pandang kita?"

Dalam pada itu, sukar untuk Delilah menidakkan lirikan beberapa orang yang melintasi mereka. Dari kejauhan pun, ada yang sedang bercakap-cakap sambil menunjuk-nunjuk kearah mereka berdua.

Ah, Delilah lupa yang dia tengah duduk dengan anak bujang Tuan Amza Khaizan sekarang ni..

"Sebab kau hodoh?" Diaz masih kekalkan riak mukanya yang mungkin akan membuatkan orang lain salah faham.

"Hodoh macam muka kau, contohnya?"

"Tak ada yang lebih hodoh dari muka rbf kau."

Kedua-duanya terus berbalas kata.

"Kau nampak pondok tu, Diaz? Tadi aku ada jumpa cicak dekat situ. Sebesar tiga jari!" Bersahaja Delilah tunjuk tiga jari, menandakan saiz cicak yang konon dilihatnya tadi.

Manakala Diaz, dengar saja perkataan cicak, bulu romanya terus merinding kegelian. Itu sajalah modal Delilah untuk mengenakannya. Cicak.. cicak..

"Hesy!" Sesaat selepas itu, Diaz sudah pun memaut tengkuk Delilah lalu melilitkan lengannya di leher gadis itu.

Tidak semena-mena Delilah menggigit lengan Diaz membuatkan jejaka itu spontan terjerit sehingga menarik perhatian beberapa pasang mata.

"Adoii!!!" Terkial-kial Diaz mahu melepaskan diri dari gigitan Delilah. Sebelah tangannya menepuk-nepuk kepala gadis itu. "Woi Delilah! Delilah.. sakit.. sakitlah bodoh!!"

Delilah senyum menyeringai setelah bentuk gigitan jelas terbentuk di tangan Diaz.

"Berbekas kau buat tangan aku!" Diaz menjerkah geram. Sakit hati dengan perbuatan si adik tiri.

Delilah mula pasang kekuda ketika melihat tanda-tanda Diaz masih lagi tidak berpuas hati. Dalam sekelip mata, kedua-duanya saling berkejaran.

"Delilah!!" Suara Diaz di celah gigi. Delilah di hadapan pula mengekek ketawa. Dah serupa singa abang tirinya mengejar, tapi langsung tak buat dia gerun. Lagi dia bantai gelak!

"Kau sini.. sini! Barua betullah budak ni!" Aksi ganas mula berlaku. Menerajang dan diterajang. Seinci Diaz mahu dekat, Delilah dah angkat kaki tinggi hendak menyepak.

Beberapa insan yang berada berdekatan terkebil-kebil melihat adegan tersebut. Hairan dan tertanya-tanya dengan perangai anak bos mereka. Apabila menyedari Tuan Amza juga berdiri tidak jauh dari situ, Diaz dan Delilah terus beriak selamba. Tidak mahu memalukan lelaki itu di hadapan para tetamu yang ada.

"Baba.." sapa Diaz. Sekilas dia menjeling Delilah yang menayang senyum kepada Tuan Amza, Lea serta beberapa tetamu yang tidak dia kenali.

"Anak bujang you, Am?" Seorang wanita yang kelihatan sudah berumur menyoal Tuan Amza sambil memandang Diaz dengan penuh minat.

"The only one." Lebar senyuman Tuan Amza.

"Dah besar ya, dia.. handsome!" Ujar wanita itu lagi. Diikuti dengan ketawa tetamu yang lain.

Mendengar pujian itu, spontan Diaz mengerling Delilah dari ekor mata. Saja mahu membangga diri.

"Bertuah you, Am.. dapat anak sepasang. Cantik tampan belaka."

Eh?

Suasana jadi senyap serta-merta.

"Err.. ini anak you jugak?" Kali ini seorang lelaki pula yang bertanya. Penuh kemusykilan dan terkejut kerana setahu dia, anak Amza Khaizan hanya seorang.

"Eh, no.. ini anak perempuan saya." Lea terlebih dahulu membetulkan bicara wanita tadi. Membuatkan mereka yang disitu mengangguk-anggukkan kepala dan suasana kembali riuh dengan ketawa.

"Oh.. sorry! I thought anak Am sepasang lelaki dan perempuan."

Diaz dan Delilah bertukar pandang sebelum meninggalkan mereka yang masih berbual. Malas nak ambil peduli.

"Kau dengar tadi tu? Ada orang kata, kalau orang-orang tua memuji kita, maknanya pujian tu memang betul."

Terburai ketawa Delilah.

"Mitos dari celah mana kau dengar tu, Diaz? Yang aku tahu, bila baby duk tenung kita, itu maksudnya kita betul-betul attractive." Cantasnya membuatkan wajah Diaz berubah polos.

"Iye?" Eh, tak pernah pula dia dengar..

Delilah tahan gelak. Muncul idea jahatnya. Tidak jauh dari situ, dia menggamit dua orang budak lelaki lingkungan tujuh tahun yang sedang bermain badminton.

"Adik.. adik tengok muka abang ni kejap. Handsome tak handsome?" Bahu Diaz ditepuk beberapa kali sambil tersenyum miring.

Terkebil-kebil budak dua orang tu sebelum berpandangan sendiri. Riak serius Diaz direnung lagi.

"Muka garang.." komen mereka serentak. Delilah tergelak tanpa suara.

Drastik Diaz menjegilkan mata. Berani budak-budak ni kutuk dia?

"Yang ini bukan baby, tapi budak dah tua bangka!" Tempelaknya."Eh, budak.. bak sini racket tu. Kau pergi main benda lain."

Selamba badak dia merampas racket badminton dari dua orang budak lelaki tersebut.

Terus laju Delilah menampar lengan Diaz. Kesian pula dengan dua budak yang terpinga-pinga tu. Diaz ni kalau bawa watak pembuli memang cun! Tak perlu nak pergi audition dah.

"Budak tu, Diaz.. bercakap elok sikit tak boleh ke?"

"Tak payah banyak bunyi. Sini!" Diaz menggamit Delilah seraya menghulurkan racket kepadanya.

"Aku tak nak main!"

"Sinilah.. main badminton dengan aku! Delilah!!" Lantang suara Diaz, memaksa.

"Haih! Orang tua ni.."

Delilah pasrah, sambut racket yang dihulur Diaz dan mula mengambil tempat untuk bermain badminton tanpa net.

Di awal permainan, semuanya kelihatan normal. Tapi tidak untuk lima minit yang seterusnya. Masing-masing saling berlaga tenaga. Permainan yang sekadar untuk mengisi masa lapang kini seakan menjadi tournament sebenar. Bezanya, Delilah seorang pemain yang langsung tak ada skill. Bulu tangkis asyik tersasar dari pukulan. Diaz pula seolah sengaja mengganas. Main serupa nak bagi bulu tangkis tu tembus kat kepala dia.

"Eloklah sikit main tu..!" Berkerut-kerut dahi Delilah menepis bulu tangkis yang datang menderu.

"Dah kau yang tak reti sambut." Selar Diaz dan dalam diam, dia tersengih jahat. Bukan main seronok lagi dapat membuli gadis itu.

Sehingga satu tahap, Diaz sengaja mengepit bulu tangkis di celah kaki dari belakang dan berpura-pura membuat pukulan kepada Delilah.

Terkulat-kulat gadis itu mencari bulu tangkis yang tiba-tiba ghaib di udara. Kepala mendongak hairan. Sejenak bunyi gelak Diaz kedengaran, bulu tangkis yang dicari akhirnya jatuh mendarat di dahi Delilah. Tahulah dia Diaz sengaja mengenakannya.

Mendengus geram, Delilah tak tunggu lama mencari peluang untuk membalas dendam. Pulang paku buah keras. Sekuat hati dia menghayun raket membuatkan bulu tangkis bergerak seperti kilat dan..

Pap! Bulu tangkis melanggar tepat dahi licin Diaz.

"Woi!" Diaz ternganga bersama mata yang membuntang. Gelabah Delilah melarikan diri sambil menghambur tawa apabila jejaka itu kelihatan sudah mara mendekatinya.

Tahu pula nak melenting. Tadi bukan main lagi buli dia!

Tiba-tiba, larian kecil Delilah mendadak terhenti. Brek mengejut sehingga Diaz di belakang hampir melanggarnya. Mata Delilah terbeliak saat retina mata mengecam seorang gadis yang berdampingan dengan lelaki tua, menghampiri Tuan Amza.

Yang mana.. gerangan lelaki tua itu adalah pakcik Razak!

"Shit!! Apa hal Intan ada kat sini?" Tanpa sengaja Delilah mencarut. Rasa terkejut dan tertanya-tanya menyerang serentak. Spontan, dia bersembunyi di sebalik pokok ru.

"Who..?" Diaz yang ikut bersembunyi mengerut dahi. Dipandang wajah Delilah dalam kekeliruan.

"Intan!" Sahut Delilah keras, separa berbisik. Pandangannya masih lurus kearah pakcik Razak dan Intan yang menyapa Tuan Amza.

Saat-saat genting begini, dia sangat memerlukan otaknya untuk bekerjasama. Cuba dikerah bagi memikirkan segala kemungkinan.

"Intan, Intan.. siapa Intan?!" Diaz di sebelah menyoal geram.

"Anak buah pakcik Razak ke?!" Ujar Delilah lagi. Bertanya kepada dirinya sendiri.

"Eh, manalah aku tahu!" Jawab Diaz. Selang sesaat, tidak semena-mena dia ditarik oleh Delilah kearah tandas yang berdekatan.

"Masuk Diaz.. masuk!"

Jantung Delilah berdegup kencang sebaik sahaja menyedari Intan sedang melangkah kearah mereka berada. Mungkin mahu ke tandas. Dan sekarang, dia dan Diaz pula tersilap langkah.

"Kau gila ke Delilah! Tandas perempuan ni!"

"Masuklah bodoh! Kau nak Intan tahu ke pasal kita?"

Bahu Diaz menjadi mangsa tamparan Delilah. Buru-buru dia memaksa jejaka itu memboloskan diri ke dalam salah satu kubikel tandas. Hanya tempat ini sahaja yang sempat dituju.

"Intan tu siapa, hanat?!" Diaz masih lagi tidak mengerti apa yang berlaku pada saat ini. Sudahlah diheret masuk ke dalam tandas perempuan, Delilah pula asyik bercakap pasal Intan.

"Budak Inca College! Takkan kau tak kenal? Anak buah pakcik Razak tu.." sikit lagi Delilah nak naik angin melayan pertanyaan Diaz yang tak sudah.

Memikirkan tentang Intan, baru sekarang sel-sel otaknya mula berhubung. Dalam ramai-ramai pelajar kolej Inca, kenapa harus Intan yang menjadi anak buah pakcik Razak?

"Kau expect apa? Ha? Aku kenal setiap seorang budak kat kolej tu? Manalah aku nak kenal perempuan tu." Omel Diaz tidak berpuas hati. Mulut masih mahu mengeluarkan bebelan, namun Delilah pula pantas menegah apabila terdengar derapan kaki seseorang memasuki tandas.

"Sshhh!" Delilah beri amaran keras. Penuh teliti dia memasang telinga mendengar bunyi aliran air di sinki, tanda Intan benar-benar ada disitu.

Mendengus geram, Diaz berbicara lagi dengan suara rendah separuh berbisik.

"Lagi satu.. kenapa nak bersembunyi bagai? Kau masih nak rahsiakan..—"

"Diam!" Delilah tekup mulut Diaz dengan tapak tangan. Diaz julingkan mata keatas. Pasrah.

Tatkala kedengaran bunyi Intan sudah melangkah keluar dari situ, barulah Delilah menurunkan tangannya. Diaz berdecit sebal sambil menjeling Delilah. Baru sahaja mahu berura-ura hendak keluar dari tandas yang sempit itu, gelak ketawa beberapa wanita pula menjadi penghalang. Kedua-duanya membulatkan mata, tekup mulut masing-masing.

Ah, sudah.. Mereka terperangkap kat sini!

"PA Amza tu.. siapa nama dia?" Di depan sinki, tiga orang staf Tuan Amza sedang disoal oleh seorang wanita muda berpenampilan seksi.

Diaz dan Delilah kekal senyap sambil memasang telinga. Setiap butir bicara mereka dapat didengar dengan jelas.

"Lea, cik Catherine.."

"Ha, Lea.. dia dah lama kerja dengan Am eh? Tahun lepas tak pernah pula I nampak dia."

"Dia baru mula kerja tahun ni, cik Catherine.. kenapa?"

"Tak adalah.. I selalu tengok dia asyik berkepit dengan Am." Nada wanita bernama Catherine itu seolah tidak berpuas hati.

Delilah yang mendengar mula tidak senang duduk. Spontan dia berpandangan dengan Diaz. Entah hanya perasaan dia, tampang muka jejaka itu kelihatan tegang.

"Dah dia PA Tuan Amza, cik Catherine.. nak buat macam mana."

"I know.. but I still don't like her. She's rude."

"Rude macam mana tu? Dengan kita orang, dia okey aje cik Catherine."

"Oh then dia rude dengan I sorang ajelah kalau macam tu? Nampak sangat dia dengki dengan I, kan? Mungkin sebab dia jealous I dengan Am rapat. Entah-entah, dia pun ada hati dekat Am." Angkuh Catherine berkata seraya menonyoh gincu di bibir.

Tiga orang staf wanita itu kelihatan berpandangan sesama sendiri. Jelas tidak bersetuju dengan pernyataan anak klien Tuan Amza itu.

"Takkanlah sampai macam tu sekali, cik Catherine.."

"Hei.. you tahu tak dia dah rejected call I beberapa kali? I called Am tak dapat, jadi I called nombor ofis. You tahu dia jawab apa bila I kata nak bercakap dengan Am?" Catherine masih kepoh bercerita bersama riak wajah geram.

"Dia kata Am tak ada kat ofislah, Am mesyuaratlah.. banyak alasan dia semata-mata tak nak bagi I bercakap dengan Am. How rude she can be? That woman should know her place. Setakat jadi PA, dah berlagak macam mem besar." Cemuhnya. Gincu yang selesai dipakai dimasukkan kasar ke dalam clutch bag miliknya.

Para staf tadi hanya terdiam. Tak pasti hendak membalas apa. Nak sokong, mereka sendiri kenal bagaimana baiknya Lea, setiausaha bos mereka itu. Tak dilayan karang, semakin mengada pula Catherine nanti.

"Well then, siapa aje yang tak terusik hati dengan Am tu? Duda hot di daerah ni. Umur empat puluhan masih kekal tampan. Kalah orang bujang. Mestilah PA dia yang janda tu menggelitis, kan?"

Bam!

"Opocot!"

Serentak bunyi pintu kubikel tandas dihempas kuat, masing-masing lipat maut menoleh kearah itu. Mata hampir terjojol menyaksikan satu-satunya anak Tuan Amza keluar dari situ bersama.. seorang gadis.

"Dasar mentaliti jamban." Cemuh Diaz senada. Satu jelingan tajam ditujukan khas untuk Catherine yang sudah ternganga.

Delilah kemam bibir menahan sengih. Punya kelakar reaksi perempuan tu sampai dia rasa nak meloncat gembira.

"Eh, Diaz!"

Menyedari Diaz yang meluru keluar, cepat-cepat dia membuntuti. Gaya Diaz sekarang dah serupa ribut taufan!

"Woi, tunggulah! Kau ni kenapa nak marah-marah?" Lengan Diaz direngkuh dan tak sampai sedetik, jejaka itu menepis kasar. Delilah terpaksa mendongak sedikit untuk membalas renungan tajam Diaz.

"Kenapa, kau tanya? Perempuan tu kutuk mama kau.. kau tanya lagi kenapa?" Dada Diaz berombak kasar dengan tangannya yang dikepal kuat.

Delilah mati kata. Terkapar-kapar buat kesekian kalinya. Sungguh tidak menyangka Diaz akan melenting kerana gosip murahan tentang Lea.

"Exactly.. itu mama aku, Diaz.." tukasnya perlahan namun langsung tidak didengari oleh Diaz yang kembali menghayun kaki.

"Kau nak kemana pulak ni.. Diaz! Aduhlah mamat mood swings ni.." sempat lagi Delilah merungut.

Dari kejauhan, Tuan Amza yang sudah berkumpul bersama staf dan tetamunya di meja panjang berisi makanan sempat menangkap figura anaknya. Dahi berlapis nipis melihat Diaz yang berjalan laju, manakala Delilah terkedek-kedek mengekor di belakang.

"Diaz? Nak kemana tu? Makanlah dulu." Laungnya, sekaligus menghentikan langkah dua beradik itu. Sejenak, Diaz berpatah balik. Menerpa kearah mereka yang baru sahaja mahu menyantap makanan.

Dengan wajah bengang, Diaz berdiri menghadap Tuan Amza. Delilah juga pantas berdiri di sebelah Diaz. Kebetulan Catherine dan tiga orang staf wanita tadi turut datang menyertai mereka.

"Kau tak tahu ke dia siapa?" Tak berkias, selamba Diaz menengking Catherine dengan memaksudkan Lea yang tercegat tidak jauh dari Tuan Amza.

"Diaz, mind your language.." Tuan Amza yang hairan dan tidak tahu-menahu, pantas menegur Diaz dengan suara tegas.

"Dorang tak tahu pasal baba dengan aunty Lea?" Lanjut Diaz lagi.

Tuan Amza terkelu. Lea serta yang lain terpinga-pinga. Delilah pula sempat garu kepala. Aduhai.. masalah apa lagi yang Diaz nak timbulkan sekarang ni?

"Diaz.. kenapa ni?" Lea mara setapak, cuba mencari tahu apa yang sedang berlaku saat ini. Namun Diaz langsung tidak menghiraukannya. Malah tenungan tajam anak muda itu beralih ke wajah Catherine.

"Muka nampak muda lagi. Tapi mulut macam makcik-makcik. Mulut puaka!" Langsung tak bertapis mulutnya mencemuh wanita dua puluhan itu.

Menyedari keadaan semakin serius, Delilah paut lengan Diaz untuk memujuk.

"Diaz, dahlah.."

"She insulted your wife. Baba tau tak?" Diaz kembali merenung babanya. Tak dipedulikan Delilah yang cuba menghalang.

"Wife?" Mereka yang mendengar, masing-masing melongo luas. Mahu tersembul mata setiap seorang. Apa yang baru saja keluar dari mulut Diaz amat mengejutkan.

"Yes.. wife! Isteri.. tahu isteri?" Tempelak Diaz lagi. Melihat reaksi para staf disitu, dia semakin yakin baba menyembunyikan hubungannya dengan Lea. Yang mana.. membuatkan dia diserang rasa terkilan bersama sekelumit perasaan marah.

"Buat apa baba kahwin dengan aunty Lea tapi tak mengaku kalau dia isteri baba? Baba rahsiakan hubungan baba dengan aunty Lea kenapa? Sampai minah ni berani menggelitis nakkan baba?" Tak teragak-agak Diaz meluruskan jari telunjuk kepada Catherine yang sudah pucat lesi.

Riak wajah Tuan Amza berubah serta-merta. Sedikit sebanyak, dia mula dapat menangkap punca anak lelakinya itu berang. "D, baba—"

"Bukan ke baba sepatutnya mengangkat tinggi darjat isteri baba supaya tak ada sesiapa yang berani mencela dan menghina dia? Kenapa..—"

Diaz mengeluh kesal. Baran yang terasa membuak-buak ditahan sebaik mungkin. Takut jika dia hilang kawalan dan terlalu bersikap kurang ajar, maka imej baba akan tercalar teruk.

"Kenapa baba biarkan orang lain fikir macam-macam pasal isteri baba? Kenapa baba sembunyikan hakikat yang aunty Lea ni isteri baba?!"  

"Diaz!"

Merasakan jejaka itu agak keterlaluan, Delilah pantas merentap lengannya kuat. Berharap Diaz akan berhenti dari mengucap kata.

Dan mujur, Diaz menurut. Delilah tahu jejaka itu masih berang. Buktinya, Diaz terus menonong pergi selepas itu. Meninggalkan mereka tanpa sempat mengeluarkan aksara. Besar langkah Delilah mengejarnya.

"Kau nak kemana ni.. woi!"

"Balik! Tak ada mood dah aku." Bentak Diaz. Tak tunggu lama, dia tekan central lock kereta lalu memboloskan diri.

Sempat Delilah mengeluh sebelum turut masuk ke dalam pacuan empat roda itu. Sama ada bimbang jika Diaz buat benda bodoh atau mahu menenangkan, Delilah sendiri tidak pasti dengan tujuannya.

*****


Selama sepuluh minit pemanduan, Delilah sekadar senyap memikirkan ayat yang sesuai untuk bercakap. Diaz di sebelah seolah-olah sedang berada dalam perlumbaan. Lupa bahawa dia membawa penumpang. Demi melepaskan geram, dia tak sedar kaki menekan pedal dengan kuat.

"Mungkin ada sebab kenapa uncle Am tak hebohkan hubungan dia dengan mama." Ujar Delilah. Memulakan perbualan setelah agak lama berdiam diri.

"Sebab apa, ha? Kalau kita, aku tak hairan. Tapi dia orang? Dia yang nak kahwin, tapi kenapa nak sembunyikan hakikat yang aunty Lea tu isteri dia?" Herdik Diaz tak bersetuju. Dalam waktu bersamaan, barulah dia mengurangkan kelajuan.

"Kau pelik hari ni, Diaz. Kenapa kau sebelahkan mama aku? Bukan sebelum ni kau tak terima dia?" Itu yang Delilah hairankan.

Sumpah! Dia benar-benar tidak menyangka Diaz akan bertingkah seperti ini.

Diaz menderam panjang sebelum membidas,

"Terima atau tak, itu urusan aku. Tapi aku tak suka baba buat macam tu dekat isteri dia, perempuan yang dia pilih untuk ganti ibu aku. Tak gentleman, tahu? Dan kau sebagai anak, kau tak sakit hati bila baba buat mama kau macam tu?" Sekilas Diaz beri pandangan maut pada Delilah.

Dia tak nampak apa logiknya baba menyembunyikan semua ini dari pengetahuan para stafnya. Baba sanggup lupakan ibu dan berkahwin dengan Lea. Tapi pada akhirnya, kenapa perkahwinan mereka disembunyikan?

Tersentak Delilah dibuatnya. Jelas Diaz menyalahkan babanya walaupun pada dasarnya, yang patut dikecam itu adalah wanita bernama Catherine tadi. Bukan salah Tuan Amza sepenuhnya.

Dan.. Diaz bercakap tentang gentleman?

Beberapa saat membisu, Delilah berkira-kira mahu berkongsi sesuatu yang mungkin akan mengurangkan sakit hati Diaz terhadap Tuan Amza. Lantas, dia suarakan apa yang bermain di fikiran.

"Aku tahu uncle Am betul-betul cintakan mama aku. Itu dah cukup memadai." Ujarnya memberi mukadimah. Wajah Diaz, dia tatap lama.

"Kalau kau nak tahu.. mama aku tu first love baba kau."

Strettt..

Kereta yang dipandu Diaz berhenti mendadak dek brek yang ditekan secara mengejut. Diaz terbungkam seketika. Raut wajah yang serius automatik mengendur. Jiwa bagai tersentap.

Lea.. first love baba?

"Dari mana kau tahu?" Soal Diaz tidak percaya.

Delilah ketap gigi. Renungan tajam Diaz seakan membuat dia sedar bahawa kata-katanya tadi hanya semakin mengeruhkan keadaan. Dia.. salah percaturan ke sekarang ni?

"Jawab aku, Delilah." Rahang Diaz bergerak menahan rasa.

"Uncle Am yang bagitau." Delilah membalas perlahan. Hatinya disapa gelisah sebaik pandangan Diaz kini lurus ke hadapan. Terlihat jejaka itu seakan sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Tampang mukanya semakin tegang. Tangannya pula kuat mencengkam stereng kereta.

Sehingga pada akhirnya, "Keluar." Nada Diaz mendatar.

Delilah tersentak dengan mata yang tak berkelip.

"Kenapa pulak?"

"Keluar sekarang." Suara Diaz naik lagi seoktaf.

"Diaz,"

"AKU KATA KELUAR!"

Terhinggut bahu Delilah akibat herdikan jejaka itu. Sukar untuk dia akui, tapi hatinya sedikit terasa. Apatah lagi melihat api kebencian yang terbias di mata abang tirinya itu.

Delilah keluar dari kereta tanpa sebarang bantahan. Tak sampai sesaat, Diaz terus memandu laju meninggalkannya di tepi jalan ini.

Di kawasan sunyi yang sedikit sebanyak membuat Delilah berasa gusar. 

*****


Gelisah. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan Tuan Amza dan Lea kini. Sepulangnya mereka dari resort, mereka dapati rumah masih kosong tak berpenghuni. Kemana perginya Diaz dan Delilah yang pulang mendahului mereka tadi?

Mengeluh resah, Tuan Amza bercekak pinggang sambil cuba menelefon Diaz. Berkali-kali namun tetap tidak berjaya. Lea yang duduk gusar di set sofa turut mendail nombor Delilah. Masing-masing bimbang dengan keberadaan dua beradik itu kerana sudah hampir dua puluh minit berlalu sejak mereka tiba, Diaz dan Delilah masih tidak muncul.

Klak!

Tanpa aba-aba, pintu utama terkuak. Muncul batang tubuh Diaz disitu. Tuan Amza terpempan. Lea terus bangun dari duduknya. Sejenak, pandangan terpaku pada raut keruh Diaz sebelum beralih pada telefon yang berdering di tangan anak muda itu.

"D.. D dari mana?" Tuan Amza menyoal dalam rasa terkejut. Menyedari Delilah tidak bersama Diaz, Tuan Amza terus diserbu perasaan cemas berkali ganda.

"Mana Delilah?" Usulnya lagi walaupun hati seakan dapat meneka Diaz telah melakukan sesuatu yang.. buruk.

Raut wajah tanpa perasaan, tatapan mata yang kosong itu.. mengundang debaran di dada Tuan Amza dan Lea.

"I left her."

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

3.1K 247 7
The Aaman Series: BOOK 2 (Ebook & Novel) Behind every hardship there is a lesson. A lesson that will make you stronger and wiser. Without pain, there...
119K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End:
47.9K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...
1.7K 103 10
Alyssa Sophea Seorang gadis yang menyamar menjadi abang kembarnya sendiri untuk masuk ke sebuah kolej dan pada masa yang sama dia juga turut menyerta...