Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 37

167 28 0
By coffeloff

Hari ini aku mengenakan kemeja berwarna kelabu dan diselitkan baju ke dalam  pencil skirt hitam. Dipadankan pula dengan shawl yang berwarna senada dengan skirt. Sepasang kasut tumit tinggi hitam menjadi pilihan. Disebabkan jadual aku pada hari ini agak lapanglah memberikan aku peluang untuk memakai heels. Kalau hari biasa memang diharamkan untuk pakai.

Masuk 4 hari aku tidak bercakap dengan Muqris. Selesai menyiapkan sarapan pagi, aku terus berangkat ke kafe. Muqris mengajakku untuk temankan dia sarapan, aku tolak atas alasan banyak kerja yang tertunggak di kafe. Sejak sampai di kafe, aku menghabiskan masa dengan termenung di dalam office. Fail kewangan yang dihantar oleh pekerja dibiarkan tidak bersentuh di atas meja.

"Takkan kau tak tanya dia?" soal Ayesha.

Geleng.

Tak ada guna kalau aku tanya dia. Muqris bijak. Sangat bijak. Dia pandai mengalihkan perhatian dan memutar belitkan ayatnya sehingga kita akan terperangkap dalam kata-kata sendiri. Kalau aku tanya dia, aku perlu menyiapkan mental untuk berlawan mulut dengannya. 

Aku sedar cara dia manipulasi sewaktu aku bertanya tentang lelaki yang mengejarku dulu. Dia tak tahu yang aku terlebih dahulu mendapat informasi tentang lelaki tersebut. Sengaja aku bertanya dan aku mengharapkan dia akan memberitahuku sedikit tentang lelaki itu sebaliknya, tidak. 

Dia kata lelaki itu hanya orang gila yang mengejarku. Kenderaan dan senjata yang digunakan ialah dicuri dari polis. Cara dia meyakinkan hujahnya disertakan dengan bukti dari berita di tv. Persoalan aku, macam mana kes kecurian tersebut masuk berita tetapi tidak hangat dikalangan masyarakat? Dan tiada sebarang liputan dari media. Cukup sekali masuk berita kemudian senyap. Pelik. Cukup pelik.

Jika betul tu satu jenayah, sepatutnya hangat di mulut masyarakat. Berlambak artikel akan dikeluarkan di sosial media. Kenapa langsung tiada satu pun artikel tentang jenayah tersebut?

Misteri. Lebih misteri dari stokin yang hilang dalam mesin basuh. Masuk sepasang tapi bila jemur ada sebelah saja. 

"Kau kena cuba bercakap dengan dia. Kau diam macam ni, ingat boleh selesaikan masalah ke? Kau pernah cakap communication is key in relationship. Aku bukan nak backup Muqris tapi dengan cara kau diam and layan dia acuh tak acuh macam mana dia nak tahu silap dia kat mana." Ayesha mula menjadi pakar nasihat rumah tangga. Aku tak nafikan yang ada betulnya nasihat dia.

Aku mengeluh." Aku bukan tak nak bercakap dengan dia tapi hati aku. Hati aku rasa sakit sangat. "

Memang aku ada ceritakan tentang masalahku pada Ayesha. Tapi aku tak adalah cerita terperinci masalahku. Cukup sekadar beritahu tajuk. Tak manis pula kalau aku cerita lebih dalam tentang masalahku.

"Aku tak nak masuk campur hal rumah tangga kau. Apa yang aku boleh kata, kau kena selesaikan masalah kau sendiri. Hidup berumah tangga ada pasang surut. Sabar tau Timoh." Ayesha mengusap bahuku cuba mengalirkan kekuatan.

Aku senyum. Untung aku ada kawan macam Ayesha. Tak bosan dari mendengar masalahku. Sentiasa berikan kata-kata semangat. Setia berada di sampingku dari dulu hingga sekarang.

"Kau dengan Ajwad amacam?" Aku mengubah topik. Nak elakkan dari berfikir tentang Muqris.

Mendengar nama Ajwad, serta merta muka Ayesha berubah masam." Serabut aku dengan mamat tu. Kau tahu tak? 2 hari lepas aku pergi beli barang dapur sebab mama aku suruh, boleh pulak aku terserempak dengan dia."  Ceritanya dengan bersungguh-sungguh. Siap kepal penumbuk.

 Aku pula bantai gelak. Kelakar gila! Macam manalah dorang boleh terserempak. 

"Dalam banyak-banyak pasar raya dalam daerah ni, pasar raya kegemaran aku jugak dia nak pergi. Tak cukup terserempak masa nak masuk, masa aku pilih barang pun sama! Masa nak bayar, dia berdiri belakang aku padahal kaunter sebelah elok kosong. Urgh!"

"Jodoh kot." Sengaja aku menuang minyak dalam api yang membara. Ayesha ni memang anti gila dengan Ajwad.Hahaha. Ibarat Tom & Jerry. Entah macam mana dorang boleh  bergaduh pun aku tak tahu.

Juries Ajwad bin Emran. Nama segak seperti tuannya. Ada rupa. Tinggi. Berkerjaya. Perempuan kat luar sana bukan main jaga perilaku supaya dapat mendekati Ajwad. Tapi Ayesha? Pantang berjumpa Ajwad, mesti bergaduh mulut. 

"Jodoh tengkorak kau. Masa kat tempat parking, aku usya la kereta siapa sebelah aku. Ferrari Roma kot! Punya curious kereta siapa, lepastu selamba badak mamat tu masuk dalam kereta tu. Kaya jugak mamat tu. Takkanlah askar bolh pakai kereta jenama international. " Panjang lebar Ayesha membebel. 

Lupa pula yang Ayesha tak tahu Ajwad tu owner hotel. Setakat kereta macamtu celah gigi dia je. Yang patut curious ialah laki aku. Askar je tapi ada kereta Nissan GTR. Tu belum termasuk nombor plat kereta. 49. Dua angka je mat! Aku terfikir juga dari mana dia dapat duit banyak-banyak. 

Tengok! Alih-alih Muqris juga yang dikaitkan.

"Taufiq beritahu aku,mamat tu dah masuk kem. Alhamdulillah aku takkan terserempak dengan mamat tu."

"Yeke alhamdulillah? Ke sebenarnya kau rindu dia." Aku mengangkat kening. Manalah tahu hati dia melekat dekat Ajwad, kan? Boleh aku kenenkan.  Mulut kata benci tapi hati kata sayang.

"Pale otak kau! Ni laki kau balik kem bila?"

"Hari khamis."balasku malas.

Punyalah banyak topik nak dijadikan bahan perbualan tapi topik Muqris jugak minah ni nak sentuh. 

"Ooo...esok."

Yeke esok? Bukan lusa ke? 

"Hari khamis lusa kan. Hari ni hari selasa."

"Bodoh simpan sikit Timoh. Esok hari khamis." bidas Ayesha.

Dengan malas aku mencapai telefon di atas meja. Screenlock telefon dilihat.  Betul la esok hari khamis. Sekejap je masa. Nanti dia pergi tinggalkan aku. Marah- marah pun still sayang tau!

Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka dari luar setelah diberi keizinan. Tersembul wajah Sarah, pekerja baruku. Aku mengambil dia sebagai pengganti aku untuk menjaga kaunter hadapan. Manis orangnya. Aku mengambilnya atas cadangan Raudah yang recommend rakannya mencari kerja. 

"Ada apa-apa masalah ke Sarah?" Terlebih dahulu aku bertanya. Wajah Sarah tampak pucat. Seperti ada sesuatu sedang berlaku.

"Puan Ashal, ada pelanggan mengamuk kat luar. Puncanya kerana dia nak claim minuman percuma untuk hari lahir. Bila saya minta kad pengenalan sebagai pengesahan, dia tak nak bagi dan marah-marah," cerita Sarah.

Sebelah keningku terangkat. Orang macam ni pun ada ke? Nampak sangat penipu.

 Seperti yang dikata Sarah, kafe aku memang menawarkan minuman percuma bagi sesiapa yang menyambut hari lahir. Untuk menebus minuman percuma itu haruslah menunjukkan kad pengenalan kepada staf yang menjaga kaunter sebagai pengesahan. 

Tanpa sebarang kata, aku keluar dari pejabat. Ayesha dan Sarah mengikutiku dari belakang. Dari jauh aku dapat mendengar bunyi jeritan yang kuat. Sampai sahaja di ruangan hadapan, beberapa pelanggan yang sedang beratur menjauh dari kaunter. 

Lelaki dan perempuan berdiri di hadapan kaunter. Lelaki itu sedang menempik marah sambil menunding jari ke arah Raudah. Raudah pula kekal tunduk memandang lantai. Keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu membaling wireless calling system yang berada di atas meja kaunter. Satu persatu dihempas kuat.

"Mana bos kau? Aku nak jumpa bos kau sekarang! " tempik lelaki itu dengan kuat.

Aku berjalan menuju ke arahnya. 

"Bos ada di sini. Saya bos dan pemilik kafe ni." Aku memperkenalkan diri. Tangan diletakkan di dada kanan.

"Macam mana kau didik pekerja kau? Aku datang dari jauh nak claim dua air, satu untuk aku dan satu untuk girlfriend aku. Pekerja kau ni dengan biadab tak bagi. Macam ni ke kafe yang kononnya famous sebab staf baik, hah!" Kali ini giliranku pula ditengking.

Aku menggaru tepi bibir. "Saya rasa encik ada salah faham. Pertama, kafe ini menawarkan air percuma yang hanya boleh ditebus pada hari lahir. Hanya satu air yang boleh ditebus melainkan tarikh lahir encik dan cik sama. Tak boleh tebus dua, hanya satu sahaja. Kedua, encik perlu tunjukkan kad pengenalan kepada pekerja saya sebagai pengesahan. Itu sahaja." ujarku lembut. Dalam hati aku berdoa agar diberikan kesabaran yang tinggi.

Aku perasan 'girlfriendnya' mengeluarkan telefon bimbit. Dihalakan ke arah aku. Pasti dia sedang merakam video. Ah, zaman sekarang! Sikit-sikit nak viralkan. Sikit-sikit nak rakam video. Nak jadi famous la tu.  Sampah betul.

"Kau tahu kan salah beri kad pengenalan kat orang yang tak dikenali. Ni jenayah! Otak kau ni letak kat lutut ke? Kafe tapi buat macam pejabat kerajaan." Lelaki itu menyelitkan sindiran di akhir ayat.

"Encik, saya ulang. Kad pengenalan diminta sebagai pengesahan. Bukan untuk diambil gambar atau isi borang."

"Kau fikir aku kisah ke dengan pengesahan kau? Aku akan failkan saman. Kau tunggu surat dari lawyer aku. "Dia mengugut siap ditunding jari ke arah muka aku.

Berdesing telinga aku. Kurang ajar nak mampus lelaki ni. Siap tunding jari lagi. Kalau jari lawa macam laki aku takpe jugak. Ni dibuatnya jari korek hidung yang ditunding. Masham!

 "Dapat rakam sayang?" 'Girlfriend' yang berada di sebelahnya ditanya.

"Dah baby. Nanti kita saman dia sebab aniaya pelanggan."

Awww! What a lovely couple. Besar gedabak pun panggil baby lagi. Berbulu mata aku melihat adengan haram secara live.

"Sila saman jika encik 'baby' dan cik 'sayang' mahu. Saya pun akan failkan saman atas perbuatan encik 'baby' yang membuat kecoh di kedai saya, merosakkan alatan dan hampir mencederakan pelanggan lain. Saksi disekeliling agak ramai untuk mengumpul bukti. By the way, encik 'baby' nak failkan saman atas saya disebabkan apa ya?" bidasku tajam.

 Soalan terakhirku membuatkan lelaki itu tampak gugup.

Ingat aku takut ke? Setakat hired lawyer, aku pun boleh. Ini Fatima Ashal lah! Mulut takkan diam selagi tak membalas. Nak fail saman tapi tak tahu sebab apa. Puih!

Lelaki itu menarik tangan teman wanitanya untuk beredar. Mungkin tiada idea untuk melawanku. 

"Huh! Taraf pakai heels Shopee pun nak berlagak." bisik perempuan itu kepada teman lelakinya namun sempat didengari di telingaku.

Heels Shopee dia cakap?! Kalau dia tahu bahagian tapak kasut tumit tinggi aku ni warna merah, mesti tak berani kutuk. Lebih mahal dari upah peguam tahu tak? Kecik besar je aku tengok mereka berdua keluar dari kafe. 

Nafas berat dihembus. 

Senyuman diukir. "Maafkan saya atas kekecohan yang berlaku. Sebagai tanda memohon maaf, staf saya akan agihkan pencuci mulut percuma kepada semua pelanggan pada hari ini." Aku membongkokkan sedikit badan untuk menunjukkan tanda kesal.

Kedengaran kuat para pelanggan bersorak. Gembira mendapat makanan percuma. Aku bertanya keadaan Raudah dan Sarah sekiranya mereka berdua ok atau tidak. Kesian Sarah. Baru masuk dah kena hadap perkara macamni. Setelah memastikan tiada apa- apa masalah aku mohon diri untuk berundur. 

Nampaknya aku perlu berikan bonus lebih kepada pekerja-pekerja aku untuk menebus masalah hari ini. Setakat bonus lebih dan makanan percuma, apalah sangat. Lebih baik hilang duit dari hilang pekerja dan pelanggan. 

Baru sahaja berjalan beberapa langkah, Ayesha memelukku dari belakang. "Gila la wei! Macam mana kau boleh handle jantan tadi dengan tenang? Kalau aku dah lama dorang makan kasut. Sorang dapat sebelah."

Aku masuk ke dalam pejabat. Pintu ditutup.

"Aku pun naik baran tadi. Silap-silap melayang tangan aku kat pipi dorang. Sebab aku fikir ramai orang je. Aku pun kenalah jaga imej kafe depan pelanggan." 

"Imej tak imej. Sapu je wei! Tadi masa jantan tu tunding jari kat kau, aku dah standby kaki siap-siap. Manalah tahu dia pukul kau ke," seloroh Ayesha.

Tergelak aku dengan lawaknya. 

"Tadi cik 'sayang' tu sempat kutuk kasut aku ni kasut Shopee,"ceritaku.  Aku rasa nama tu sesuai dengan dorang. Teringat pula aku bidas pakai nama ni tadi. Hahaha.

"Apa dhow! Kasut kau tu lagi mahal dari telefon dia tau. Suka hati kata kasut Shopee," rengus Ayesha. Sempat dibuat muka menyampah.

Bahagian pelipis aku picit lembut. Macam-macam hal sekarang. Pening!

Telefon dibuka. 15 missed call from Bald Monk. Sudah! Apahal banyak sangat dia call ni? Mesej pun taknak kalah.  Dia marah sebab aku palau dia ke? Ke sebab tak jawab call dia? Telefon aku tinggal kat pejabat memanglah tak perasan dia call.

Bald Monk: Are u ok, bear?

Tak fahamlah kenapa dia panggil aku 'bear'. Muka aku macam beruang ke? 

Bald Monk: Please call me when u read this message.

Bald Monk: Sayang please answer my call.

Bald Monk: Aku tak tahu apa salah aku tapi janganlah palau titew! I'm lonely :( 

"Kau senyum apahal?" teguran Ayesha menyentakkan aku. 

Aku senyum ke tadi? Lantaklah! Comel gila dia mesej macamni. Awww. Hatiku cair. Sedar Ashal. Dia ada buat salah dengan kau. Cair tengorak ko la.

Bald Monk: Ayesha mesej aku tadi kata ada lelaki mengamuk kat kafe kau.

Bald Monk: Aku OTW pergi kafe kau.

Oooo...Ayesha. Faham.

"Esya," panggilan disahut Ayesha tanpa memandang ke arahku. Khusyuk dengan telefonnya.

 "Sejak bila kau jadi burung merpati tak berbayar ni? Kalau aku tahu dari awal dah lama aku upah kau tolong sampaikan mesej aku. Baiknya kau. Kau memang sahabat sehidup semati." Nada sehabis baik dilembutkan. 

Jari Ayesha terhenti dari membelek telefon. Dia sengih sehingga menampakkan gigi yang tersusun rapi.

Aku menerkam ke arah sofa. Bantal kecil yang berada di atas sofa dibaling ke arah Ayesha. "Ada aku suruh beritahu Muqris ke? Kau sendiri nampak aku boleh settlekan masalah tadi!"

Ayesha melekatkan kedua tangannya memohon maaf. "Mianhe chingu. Aku pun panik tadi. Encik baby macam nak pukul kau so aku terus mesej Muqris minta tolong. Kalau ada apa- apa jadi kat kau macam mana? Aku yang dipersalahkan nanti. Janganlah marah." 

Dia mengelak dari terkena seranganku. Kami berdua berkejaran di dalam pejabat.

"Hotak kau! Selesaikan masalah sendiri? Apa tadi? Standby kaki? Sembang kari ayam lah kau!"

"Mianhe miannhe hajima."

Continue Reading

You'll Also Like

33.4K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
31.6K 1.6K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
106K 3.7K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
9.7K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...