I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

362K 16K 731

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 47

4.4K 215 3
By singlelove_

Tersedar Raja Dylan dari lena. Dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk menghilangkan kabur di mata. Setelah itu, Raja Dylan meraba bahagian sebelah tempat tidurnya.

Kosong. Tiada sesiapa. Berpaling kepala Raja Dylan untuk memastikan dengan lebih jelas. Ternyata betul. Tiada Dahlia di sebelah.

Bingkas Raja Dylan bangun dari baringannya lalu menyandarkan badannya ke kepala katil. Dipicit sedikit pelipisnya.

Selepas itu, Raja Dylan mencapai handphone yang berada di atas meja lampu tidur. Dilihat waktu. Sudah pukul 8 pagi. Tadi selepas solat subuh, Raja Dylan dan Dahlia kembali lelap. Tapi bila bangun pagi, Dahlia dah lesap.

Ke mana pula lah perginya kekasih hati dia ini. Tak lama kemudian, Raja Dylan terdengar suara seseorang yang sangat dia kenali di luar rumah sambil menjerit-jerit.

Lantas Raja Dylan bangun dan bergerak menuju ke tingkap bilik. Dibuka tingkap tersebut dan terus matanya disuguh dengan melihat isterinya serta sepupu dia yang lain berlari mengejar ayam.

Berkerut dahinya melihat isterinya begitu. Baru saja dia mahu membalikkan badan. Terus terhenti langkah dia tatkala mendengar isterinya bersorak gembira.

Dapat dia lihat yang Dahlia sedang memegang ayam sambil berkata 'Yeay! Dapat!'.

Terus Raja Dylan membuat muka seperti sedang dalam kegelian. Sumpah dia tak pernah tangkap ayam. Ayam datang dekat pun dia lari.

Pendek cerita, Raja Dylan takut ayam.

"Hoi, abang sado. Kau tengok apa dari tingkap tu? Meh ler turun join kitaorang tangkap ayam. Bini kau betul-betul hebat lah. Dah tiga ekor ayam dia tangkap sendiri." Tegur Ahmad, sepupu Raja Dylan.

Semakin berkerut dahi Raja Dylan bila mendengar yang isterinya boleh menangkap sampai tiga ekor ayam?! Tak geli ke isteri dia tu pegang ayam? Biasanya orang perempuan mana mahu buat benda-benda macam ni. Bagi diaorang busuk lah, kotor lah dan bermacam lagi.

Tangkap, geli. Makan ayam, tak geli. Ish, ish, ish..

Dahlia yang mendengar Ahmad menegur seseorang terus berpaling memandang ke figura tersebut. Tersenyum manis dia melihat suaminya.

"Hai, abang. Good morning. Mari turun sini. Join kami tangkap ayam." Ajak Dahlia dengan ceria. Ayam yang ditangkap tadi masih lagi di dalam pegangannya.

"T-tangkap ayam?" Gagap Raja Dylan bila isterinya mengajak dia menangkap ayam.

"Iya. Tangkap ayam." Kata Dahlia sambil ditunjukkan ayam yang dipegang ke hadapan Raja Dylan. Walaupun tidak mencapai dan mendekati suaminya, tetap saja Raja Dylan ke belakangkan badannya.

"Lia, awak tak tahu ke yang suami awak tu takut ayam?" Tanya Olivia, adik sepupu Raja Dylan. Perlahan saja nada suaranya.

Ini rahsia terbesar Raja Dylan. Mana ada sesiapa yang tahu bahawa jejaka tampan itu takut akan ayam. Nampak saja gagah perkasa. Tapi takut ayam. Katanya nanti kena patuk.

Sebab Raja Dylan pernah kena patuk dengan ibu ayam masa kecil dek kerana Raja Dylan membawa lari anak ayam. Memang kena kejar keliling rumah Nek Pah ni. Menjerit-jerit Raja Dylan meminta tolong.

Ada lah berdarah sikit lepas kena patuk tu. Sejak dari itu lah dia dah tak berani dengan sampai dah tua bangka ni. Yang boleh dikatakan tak lama lagi boleh jadi bapak orang dah.

Terkejut Dahlia apabila mengetahui yang suaminya takut dengan ayam. Tiba-tiba, dia mendapat idea untuk mengenakan suaminya. Tersengih nakal Dahlia pada Olivia.

"Liv, saya ada idea." Bisik Dahlia.

"Apa dia?" Olivia turut sama berbisik.

Dahlia menaikkan kedua keningnya sambil memuncung menunjuk ayam dan beralih pada Raja Dylan. Dalam sesaat, Olivia dapat menangkap idea nakal Dahlia itu.

"Tak berani lah saya. Abang Dylan tu seram." Menggelng Olivia tidak mahu mengikut rancangan dan idea nakal Dahlia.

"Alah.. jangan risau. Saya ada. Abang Dylan takkan berani marah awak." Dahlia menyakinkan Olivia. Dia perlukan Olivia untuk membantu dia menjalankan misi mengenakan Raja Dylan.

Olivia berfikir sebentar sebelum dia mengangguk mahu membantu.

"Cun. Awak memang the best lah, Liv."

~~~~~~~~~~

Laju Olivia berlari menghampiri Raja Dylan yang sedang berbual bersama dengan sepupu yang lain.

"Abang Dylan." Panggil Olivia.

Berpusing kepala Raja Dylan memandang Olivia yang tercungap-cungap berlari mendekatinya. Olivia seperti orang yang sedang cemas.

"Kenapa Liv?" Tanyanya.

"Lia.. huh.." Balas Olivia sepatah. Tak mampu dia nak habiskan ayat sebab penat berlari.

"Kenapa dengan Lia? Mana isteri abang?" Risau pula Raja Dylan dibuatnya. Dah lah Olivia datang dengan berlari macam orang mencari bantuan. Lepastu sebut nama Dahlia.

"Lia.. dia pengsan." Kata Olivia.

"Hah? Pengsan?" Terkejut Raja Dylan mendengar yang isterinya pengsan.

"Dekat mana?"

"Dekat dengan reban ayam." Tanpa banyak kata, Raja Dylan langsung berlari menuju ke reban ayam.

Dia langsung dah tak dapat nak fikir tentang ayam. Apa yang dia fikirkan hanya lah isterinya. Isteri dia lebih penting.

"Liv." Seru Ahmad. Menoleh Olivia kepada Ahmad.

"Kau plan dengan Lia kan?"

"Lia yang minta. Jangan marah Liv, please.." Olivia membuat muka kasihan.

Dari sekarang dia dah fikir apa yang bakal terjadi selepas ini. Mungkin akan dimarahi oleh Raja Dylan. Nak tak nak, dia kena redha dan terima saja.

Huhu..

Seram.

Sementara itu, Dahlia mengintai di sebalik pokok untuk melihat kedatangan suaminya. Selepas beberapa ketika, Dahlia terdengar bunyi tapak kaki datang ke arahnya.

Ternyata Raja Dylan. Tersungging senyuman di bibir Dahlia. Ya, berhasil.

"Sayang!" Jerit Raja Dylan memanggil isterinya bila tidak kelihatan di mana-mana.

Berpusing-pusing Raja Dylan mencari susuk tubuh isterinya. Wajahnya sangat cemas ketika itu.

Dahlia perlahan-lahan berjalan mendekati suaminya dari belakang sambil memegang ayam.

Dalam kiraan satu, dua dan tiga.

BAH!

"Sayang!" Jerit Raja Dylan sambil mengelak terkena ayam.

Galak Dahlia ketawa apabila melihat wajah terkejut Raja Dylan. Raja Dylan masih statik di tempatnya. Tiada sebarang reaksi ditunjukkan. Hanya wajah mendatar.

"Plan sayang?" Terhenti ketawa Dahlia bila mendengar suara serius suaminya.

Dia berdehem seketika sebelum meletakkan ayam ke bawah. Dahlia mengemam rapat bibirnya untuk menghilangkan debaran di dada. Menelan air liur dia melihat wajah tanpa riak suaminya itu.

"Abang tanya. Jawab." Keras nada suara Raja Dylan.

"Ab-abang marah ke?" Gerun Dahlia melihat wajah Raja Dylan. Ini wajah Raja Dylan semasa marahkan Arina malam tadi.

Tanpa banyak kata, Raja Dylan melangkah pergi meninggalkan Dahlia.

"Mampos kau, Lia. Buat-buat lagi. Hish!" Dahlia merutuki dirinya sendiri.

~~~~~~~~~~

Dengan gerakan perlahan Dahlia melangkah mendekati suaminya yang berada di ruang tamu bersama dengan Ahmad. Dari tadi lagi dia mencari Raja Dylan.

Dekat sini rupanya suami dia ini. Dahlia berjalan menghampiri suaminya. Dekat saja terus dia melabuhkan punggungnya di sebelah Raja Dylan.

Raja Dylan yang perasan kedatangan isterinya hanya buat tidak tahu. Mata dia fokus melihat televisyen. Dia tengah merajuk. Siapa kata Raja Dylan marah? Tak lah. Dia merajuk saja.

Nak manja-manja lah katakan..

Perlahan-lahan Dahlia merapatkan jarak antara mereka sehingga Dahlia memeluk lengan sasa suaminya.

Ahmad yang perasan akan kelakuan Dahlia langsung bangun dan meminta diri. Katanya nak berjumpa dengan orang.

Pergi saja Ahmad. Dahlia memeluk badan suaminya dari tepi. Dia bukan lagi memeluk lengan Raja Dylan.

"Abang.." Panggil Dahlia sambil menyengetkan sedikit kepalanya merenung sang suami.

Diam. Dahlia tidak dilayan oleh Raja Dylan. Memuncung bibir Dahlia bila dipalau suaminya sendiri.

"Abang sayang.." Panggil Dahlia lagi dengan lebih meleret dan manja.

'Tahan Dylan. Kau jangan kalah.' Getus hati Raja Dylan. Dia memandang wajah isterinya dari ekor mata. Bibirnya ditahan dari membentuk senyuman.

"I love you, abang. I need you, abang. I want you, abang. Muah muah muah.." Dahlia mencium lengan sasa Raja Dylan berkali-kali.

Raja Dylan berdehem lalu menggoyangkan badannya meminta dilepaskan dari terus dipeluk.

"Lepas lah. Dah kenakan kita, sibuk nak megendeng dengan kita pula sekarang. Pergi sana jauh-jauh. Pergi main dengan ayam sana." Halau Raja Dylan sambil mencemberutkan wajahnya.

Kedua tangannya naik disilangkan ke dada. Bibirnya pula disebikkan sedikit.

Dahlia yang melihat itu sudah merasa gemas. Suami dia boleh cebik bibir? Lepastu merajuk sebab ayam? Biar betul?

AHHHH!!! COMELNYA!

Dahlia rasa nak menjerit bagitahu satu dunia yang suami dia comel. Comel sangat.

Comel sangat-sangat.

Tanpa kata apa pun, Dahlia terus mencubit kedua pipi Raja Dylan dan ditarik-tarik. Semakin masam wajah Raja Dylan dibuatnya.

"Comelnya suami sayang ni." Kata Dahlia sambil mengetap giginya. Digomol-gomol pipi Raja Dylan macam uli tepung.

"Dahlia.. abang tengah marah dengan awak ni. Tapi awak boleh gomol pipi abang macam uli tepung?" Terhenti perlakuan Dahlia. Dia menarik semula tangannya. Dilepaskan pipi Raja Dylan.

"O-okay. Sorry." Diambil tangan kanan suaminya dan dicium.

Selepas itu, Dahlia menyengetkan kepalanya dan diletakkan di atas tangan Raja Dylan. Mukanya dihadapkan merenung sang suami yang sedang merajuk dengannya.

"Jangan lah merajuk dengan sayang. Sayang rindu nak manja dengan abang. Rindu nak kena cium dengan abang. Rindu nak peluk abang. Sayang rindu.. abang." Pujuk Dahlia.

Sejurus itu, Dahlia memeluk suaminya semula. Dikikis jarak mereka berdua. Langsung tiada celah.

"Sorry.. sayang saja nak usik abang je. Tak tahu pula yang abang boleh merajuk dengan sayang sampai macam ni sekali. Cowwy abang.." Mendongak Dahlia menatap suaminya.

Lama-lama Raja Dylan mengalah juga. Dia membalas pelukan isterinya lalu mencium dahi Dahlia. Terus terbit senyuman di bibir manis Dahlia.

"Tak merajuk dah?" Tanya Dahlia.

"Tak boleh nak merajuk lama-lama dengan sayang. Sayang tahu je cara nak pujuk abang." Tutur Raja Dylan sambil membelai kepala Dahlia.

Tersengih Dahlia sehingga menampakkan giginya. Mesti lah dia tahu cara hendak pujuk suaminya. Buat manja sikit.. mesti cair. Hati pun luluh.

"Nak kiss." Dahlia memuncungkan bibirnya meminta dicium.

Tanpa bantahan, Raja Dylan dengan senang hati mencium bibir isterinya. Bukan ciuman yang ghairah. Hanya melekap sekejap sahaja.

"Jangan buat macam tu lagi. Abang tak suka." Mengangguk Dahlia akur.

"Tapi kan abang.. jangan marah Liv tau? Dia cuma ikut arahan sayang je tadi." Pinta Dahlia agar suaminya tidak memarahi Olivia.

"Yalah. Nakal betul lah isteri abang ni. Lengan sayang dah sapu ubat belum?" Raja Dylan menyentuh lengan Dahlia yang terkena air panas semalam.

"Belum lagi. Abang sapukan?" Memincing mata Raja Dylan merenung isterinya.

"Jom. Haih.. manja. Nakal pula tu. Nak je abang gigit." Bersinar mata Dahlia.

"Nak, nak, nak.. nak kena gigit." Raja Dylan menggelengkan kepala. Isteri dia ini memang lah.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 105K 33
"It's not every day that one can say their hot roommate is also their American History teacher..." Sam's never had an easy life. Whether she's bat...
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
506K 22K 27
Menjadi bodyguard untuk gadis yang manja? Bagaimana jadinya hidup Alan yang awalnya tenang, dan tentram harus menerima tawaran dari sang ayah untuk...
2.6M 113K 85
This is a spinoff series of "Assisting Miss Adams" (GirlxGirl): After moving away from Baldwin the summer after graduation, Sam and Megan embark on...