I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

247K 13.2K 708

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 42

3K 162 9
By singlelove_

Banyak mata yang memandang ke arah Raja Dylan dan Dahlia. Mana tidaknya, orang pergi pasaraya pakai baju simple saja. Tapi mereka? Tak. Yang seorang berkemeja dan seorang lagi memakai dress.

Dah macam nak pergi mana saja.

(Outfit Raja Dylan)

(Outfit Dahlia)

Balik saja dari syarikat Raja Dylan, terus mereka berdua singgah ke pasaraya untuk mencari keperluan bulanan dapur. Dari bahan kering sehingga ke bahan basah.

Tak dirancang pun hendak pergi pasaraya hari ini. Tapi dah alang-alang mereka berdua di luar. Apa salahnya singgah terus dan beli. Ye dok?

Sedari tadi, Raja Dylan mengikut isterinya. Dahlia ke kiri, dia pun ke kiri. Dahlia ke kanan, dia pun ke kanan. Ikut saja lah ke mana isterinya melangkah sambil menolak troli.

"Stop. Okay.." Dahlia mengarah suaminya untuk berhenti. Kini, Dahlia mengalihkan perhatiannya memandang rak-rak yang penuh dengan bahan untuk membuat kek.

Ralit dia memilih bahan-bahan ingin membuat kek sehingga tak sedar yang suaminya sedang menangkap gambarnya.

"Banyak lagi ke baby?" Tanya Raja Dylan dengan lembut.

"Kejap lah. Sayang nak buat banyak kek. Abang suka makan kek apa? Nanti sayang buatkan. Cepat, cepat." Kata Dahlia sembari berpaling memandang sang suami dan menunggu balasan dari suaminya.

"Abang tak minat sangat makanan manis. Apa-apa je. Yang penting tu sayang yang buat." Menjuih bibir Dahlia kerana dia tidak tahu mahu membuat kek apa untuk suaminya.

Apa pasal lah laki dia ni tak suka makanan manis? Sedap tau.

"Abang suka creampuff?" Soal Dahlia. Saja ingin memberi cadangan.

"So so.." Balas Raja Dylan bersahaja.

"Cheese tart?" Soalnya lagi.

"Boleh lah.." Menjuih bibir Dahlia. Terlepas keluhan dari celah bibirnya.

"Kalau macam tu.. sayang buat kan kuih onde-onde je lah untuk abang. Susah lah. Abang tak suka makanan manis." Omel Dahlia dengan memuncungkan bibirnya seakan tidak berpuas hati.

Merengus perlahan Dahlia dibuatnya. Apa lah suami dia ni? Tak suka makanan manis sekali pun sekurang-kurangnya minat lah satu. Ini takda langsung.

Tersungging senyuman Raja Dylan melihat tingkah-laku sang isteri. Dah dia memang tak suka makanan manis. Nak buat macam mana? Haih lah isteri. Nasib baik lah kesayangan Raja Dylan dan cinta hati, pujaan hati, dambaan hati serta jantung hati Raja Dylan.

"Okay lah. Abang minat.. chocolate moist. Tapi jangan manis sangat. Boleh sayang abang buat kan untuk abang?" Beritahu Raja Dylan seraya meminta si isteri membuatkan kek itu untuknya.

Menoleh kepala Dahlia memandang sang suami. Bersinar matanya tatkala mendengar coklat. Gila tak boleh? Mesti lah boleh.

"Boleh, boleh. Untuk abang.. semua boleh." Teruja Dahlia. Sebab itu merupakan kek kegemaran dia. Lagi-lagi cupcake.

"Abang nak kek atau cupcake?" Tanya Dahlia. Saja lah tanya.. nak tahu juga. Suami dia lebih prefer yang mana.

"Cupcake." Jawab Raja Dylan pendek.

"Cupcake?" Dahlia menyengetkan kepalanya sedikit sambil membuat muka comel. Matanya dikerdipkan beberapa kali sehingga membuat Raja Dylan merasa gemas dengan isterinya sendiri.

Kalau macam ini lah perangai comel Dahlia. Memang hari-hari Raja Dylan akan cair.

Raja Dylan mengemam rapat bibirnya. Dia memandang sekeliling. Tiada orang. Pantas Raja Dylan berjalan merapati sang isteri lalu dirangkul pinggang Dahlia dan ditarik rapat dengannya sampaikan bahagian hadapan tubuh mereka saling melekat dan langsung tiada ruang.

Terkejut Dahlia dengan tindakan pantas suaminya ini. Tak dapat dia hendak mengelak. Melilau mata Dahlia memandang sekeliling mereka. Untung saja tiada orang. Tapi kalau ada orang lalu.. macam mana? Malu lah.

Yang Raja Dylan ini pun suka sangat bagi jantung dia kerja lebih masa. Awak pun sama je Dahlia. Macam sekarang ni lah. Awak tengah buat jantung suami awak tu bekerja lebih masa.

"Abang. Nanti ada orang nampak." Tegur Dahlia dengan suara yang seakan berbisik.

"Takda orang." Jawabnya.

"Kalau ada yang intai?"

"Biarlah nak intai pun. Bukan kita buat maksiat."

"Kalau ada yang tiba-tiba masuk nak beli barang dekat bahagian ni?"

"Ini kan public place. Semua orang boleh masuk ke sini. Jadi takda masalah."

"Abang.." Meleret suara Dahlia menyeru suaminya.

"Ya, sayang abang." Sahut Raja Dylan dengan santai dan bernada lembut.

Mereka berdua saling bertaut mata dan bermain mata sesama sendiri. Raja Dylan mahupun Dahlia, masing-masing tidak mahu kalah dalam pandangan masing-masing.

Dalam pandangan mereka berdua seakan sedang meluahkan sesuatu melalui bicara mata.

Bagi sesiapa yang lalu di kawasan situ, pasti akan merasa betapa sunyi nya hidup anda selepas menyaksikan adegan romantik ini.

Sesiapa yang single tu.. redha je lah. Terima lah nasib anda dengan hati terbuka. Jom ikut saya pergi planet marikh.

AAAAA.. LET'S GO! 😂😂

~~~~~~~~~~

Terduduk sambil menyandar Raja Dylan di sofa selepas habis makan malam. Banyak Raja Dylan menambah kerana Dahlia memasakkan lauk-lauk kampung.

Yang pasti semuanya sedap. Ada ikan merah masak sambal, sayur kangkung tumis belacan, labu masak lemak dan ulam timun. Tak pernah lagi Raja Dylan merasa lauk kampung begitu.

Kali ini, memang power. Mungkin sebab isterinya yang masak. Itu yang sedap sangat. Sampai empat kali dia menambah.

"Amboi.. kemain terdamparnya tu. Kenyang sangat ke?" Tegur Dahlia setelah selesai mengemas dan mencuci pinggan.

Dia sendiri pun terkejut tengok suaminya makan sampai empat kali menambah. Tak pernah lagi Raja Dylan begini. Paling banyak pun dua kali tambah.

"Sedap sangat sayang. Memang superb isteri abang ni." Puji Raja Dylan selari menggosok perutnya.

Dahlia duduk di sebelah suaminya dan langsung merangkul lengan sasa Raja Dylan. Dilentokkan kepalanya di lengan sang suami.

Menoleh kepala Raja Dylan memandang isterinya. Selepas itu, bibirnya dilabuhkan mencium ubun-ubun si isteri.

Mendongak kepala Dahlia memandang suaminya. Terbit senyuman nipis di bibir.

"Abang." Seru Dahlia.

"Ya, cinta." Sahut Raja Dylan dengan memanggil Dahlia dengan panggilan yang mampu membuat Dahlia cair.

"Ish. Cinta, cinta. Cair lah sayang." Terlepas tawa Raja Dylan. Terpukau Dahlia melihat dan mendegar suaminya ketawa. Hensemnya.. suami siapa ni? Sudah tentu lah suami Dahlia Zenia.

Korang jangan perasan. Tak memasal kena penumbuk Dahlia.

"Dah, dah. Serius." Kata Dahlia dengan bernada serius.

Raja Dylan berdehem sekejap sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya buat sang isteri. Dia menunggu bicara Dahlia. Sambil-sambil itu, rambut Dahlia yang terjuntai di bahagian hadapan wajah isterinya diselitkan ke belakang telinga.

Dahlia diam sambil matanya menatap penuh wajah tampan Raja Dylan. Tangan kanannya naik mengusap pipi dah rahang tegas suaminya. Selepas itu, tangannya turun memegang dada kiri Raja Dylan. Dapat dia rasa degupan jantung suaminya yang cukup tenang.

"Your heartbeat." Tutur Dahlia perlahan.

Tangan besar Raja Dylan terus menindih tangan kecil si isteri. Dibawa tangan isterinya menyentuh bibirnya lalu dikucup lembut tangan Dahlia.

"Jantung abang berdegup bila dengan sayang. Sebab setiap kali abang dekat dengan sayang, abang akan rasa gementar dan gemuruh. Abang jadi gugup setiap kali berdepan dengan sayang. Abang takut kalau abang akan buat kesalahan sampai sayang boleh jadi tak suka pada abang." Jelas Raja Dylan panjang lebar.

Dahlia diam sambil mendengar setiap bait yang diucapkan oleh suaminya. Selepas itu, dia tersenyum nipis sebagai tanda merespon kata-kata suaminya barusan.

"Sayang nak tanya sesuatu, boleh?" Soal Dahlia. Dah lama dia ingin bertanya.

"Apa? Tanya je lah." Balas Raja Dylan seraya menarik isterinya supaya lebih rapat dengannya. Dahlia hanya akur.

"Abang akan berubah hati? Hati abang akan berpaling pada sayang? Abang akan beri hati abang buat perempuan lain kalau abang dah tak cintakan sayang? Abang akan menjauh dari sayang kalau abang betul-betul dah tak nak pada sayang?" Tanya Dahlia dengan bermacam soalan.

Ini yang dia takut kan. Dia takut sangat. Kerana perkenalan mereka pun baru lagi. Tahu-tahu saja sudah dijodohkan. Tapi dia bersyukur kerana dapat mengenali suaminya.

Berkerut dahi Raja Dylan ketika mendengar semua soalan yang diajukan isterinya buat diri dia. Agak pelik. Tapi dia faham. Sebagai seorang suami, dia harus menenangkan isterinya agar tidak overthinking secara melebih.

Perempuan kan.. overthinking dan perempuan takkan dapat dipisahkan. Dah sebati dalam diri.

"Kenapa sayang tanya soalan macam ni?" Menjuih bibir Dahlia dek kerana suaminya tidak menjawab dia malah menyoal dia.

"Abang akan jawab. Sayang dengar baik-baik." Raja Dylan menjeda sekejap sebelum menyambung kata-katanya.

"Insya-Allah, dengan atas izin Allah.. abang takkan berpaling dan berubah hati untuk sayang. Nak beri hati abang pada perempuan lain pun takkan terjadi. Dan abang takkan sesekali menjauh dari sayang. Abang dah cinta mati pada isteri abang yang paling cantik ni. Wanita yang paling abang kagumi selepas bonda. Abang tak tahu kenapa sayang boleh terfikir perkara ni. Tapi abang nak sayang tahu.. sampai abang dah tak bernafas sekali pun hati, kasih, sayang dan cinta abang hanya untuk seorang wanita yang paling abang cinta di dunia ini iaitu Dahlia Zenia." Terang Raja Dylan dengan lembut tanpa ada sedikit pun ayat yang dapat mengguriskan hati isterinya.

Dahlia merenung ke dalam mata suaminya. Mencebik bibir Dahlia. Matanya turut berkaca. Dia tersentuh dengan bicara suaminya tadi.

Raja Dylan pula sedari tadi setia memandang wajah anggun sang isteri. Redup pandangannya menatap serata wajah sang isteri. Bibirnya dilabuhkan mengucup dahi Dahlia.

"Sayang ragu-ragu dengan cinta abang?" Soal Raja Dylan.

Diam. Tiada jawapan.

"Sayang.." Meleret suara Raja Dylan menyeru si isteri.

Tertumpah jua setitis air mata Dahlia. Tapi Dahlia dengan pantas mengesat air matanya tadi.

"Jangan kasar-kasar sayang. Nanti sakit matanya ni." Halang Raja Dylan dengan memegang tangan Dahlia.

"Abang tanya.. sayang ragu dengan cinta abang?" Soal Raja Dylan lagi mengulang soalannya sambil mengelap air mata Dahlia.

"Tak." Jawabnya sepatah.

"Then?" Raja Dylan mahukan jawapan kenapa isterinya boleh bertanya begini.

"Sayang terfikir. Tiba-tiba je nak tanya abang. Sayang pun ada juga terbaca tweets tentang cerita para isteri yang diduakan suami. Sebab itu lah sayang takut kalau abang berubah hati." Tutur Dahlia berkata jujur.

Menghela nafas Raja Dylan selepas mendengar jawapan dari isterinya. Sebab ini lah? Tengok lah apps 'X' tu nanti. Memang dia akan hapuskan. Sebab kau, isteri aku menangis sampai boleh tanya aku soalan merepek macam tadi.

Menyusahkan betul!

"No more baca tweets macam tu. Abang tak suka." Tegas suara Raja Dylan.

"Abang marah ke?" Takut pula Dahlia jadinya. Dia ada buat salah ke?

"Tak marah. Cuma disebabkan tweets yang sayang baca tu.. sayang dah ragu dengan cinta abang. Abang tulus dan ikhlas." Ujar Raja Dylan dengan lembut sambil mengusap pipi Dahlia.

"Betul tak marah?" Tanya Dahlia ingin kepastian.

"Ya, sayang abang. Hug me. Abang nak peluk sayang ketat-ketat. Kalau boleh tak nak lepas langsung." Sejurus itu, Raja Dylan terus memeluk isterinya dengan sangat erat.

Dahlia hanya diam dan membalas pelukan suaminya. Wajahnya tersembam di celah leher Raja Dylan. Dapat dia bau wangian yang terbit dari sang suami.

"I love you so much, my little little cupcake. Don't doubt my love for you." Ucap Raja Dylan sembari mencium ubun-ubun Dahlia.

Terukir senyuman di bibir Dahlia tatkala mendengar luahan cinta dari suaminya. Terasa tenang hati dia apabila mendengar kata-kata cinta itu.


Tbc..

Mesti korang rasa sendu😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

114K 5.5K 53
TYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu...
82.3K 3.4K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
292K 18.9K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
23.4K 1.1K 63
COMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seor...