ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

812K 66.9K 10.8K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 6
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 9
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 10
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 17
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 23
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 29
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 33
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 38
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 42
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 55
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 61
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 63
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 69
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 70
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 71

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68

10.6K 1.1K 177
By starryglossie

Altaf pakukan pandangan ke arah jemari kasar sendiri. Masih ada kesan darah semasa dia memangku Eima yang tidak sedarkan diri di dalam pangkuannya tadi.

Eima yang diam tidak berkutik. Eima yang tidak menyahut seruannya saat dia memanggil nama wanita kesayangan. Eima yang... Ya Tuhan, sungguh Altaf sendiri tidak sanggup mengingatkan keadaan Eima. Dunianya hampir musnah.

Baru sahaja dia bergelak ketawa dengan Eima. Memeluk dan mengucup segenap wajah cantik yang sentiasa buat dia tenang itu. Sekelip mata sahaja gelak dan tawanya berubah duka dan lara.

Engku Khadija sekadar memerhati anak sulungnya. Sukar untuk dia membaca apa yang ada di fikiran Altaf memandangkan wajah lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung. Hanya dia, Alvina dan juga Engku Maleeka diam-diam menumpahkan air mata sambil menunggu Eima yang sedang dirawat oleh doktor. Mereka yang berada di situ, sekadar mampu kunci mulut.

Tetapi dia tahu Altaf sedang buntu. Lelaki itu sedang menyimpan seribu satu rasa sendiri. Keadaan Altaf sekarang, sedikit sebanyak mengingatkannya sewaktu Eima masih belum hadir dalam hidup mereka.

Engku Khadija menyeka air mata yang bersisa di wajah sebelum dia mengatur langkah ke arah anak sulungnya. Bahu tegap lelaki itu disentuh.

"Altaf. Tukar baju dulu, ya? Ini bonda dah minta Athmar bawakan baju untuk Altaf."

Mendengar suara rendah itu, kosong pandangannya terhala ke arah sang bonda. Setelah dia menafsir aksara yang keluar dari bibir itu, dia menunduk lalu meneliti kemeja putihnya yang turut terpalit kesan darah Eima tadi.

Sekali lagi bayangan wajah Eima bermain di kotak fikiran. Lemah dia sekadar gelengkan kepala. Mengusir bayangan tersebut. Jemari yang masih gementar hebat digenggam kemas.

Seorang doktor wanita bersama dua orang jururawat yang keluar dari sebuah bilik menyentakkan mereka.

Tidak membuang masa, pantas kaki panjang Altaf diorak ke arah doktor wanita tersebut. "Doktor. Macam mana dengan keadaan isteri saya?"

"Keadaan pesakit tak stabil dan kritikal. Nyawa ibu dan bayi berada dalam bahaya disebabkan oleh komplikasi dari kemalangan. Kami tak ada pilihan selain menjalankan pembedahan ceasar kecemasan untuk selamatkan bayi," terang Doktor wanita itu.

"Saya juga perlu beritahu Tuan bahawa kami baru sahaja kesan dua bunyi detakan jantung yang berbeza. Pesakit sedang mengandungkan dua orang bayi. It's hidden twins. Jika kami terus tangguhkan pembedahan ini, we're afraid that both the twins and the mother won't make it."

Mendengarkan segala penerangan itu, Altaf rasa dunianya benar-benar hancur. Eima mengandungkan sepasang kembar? Ya Tuhan...

"Tapi isteri saya akan baik-baik sahaja kan?" Sayup-sayup kedengaran Altaf lontarkan pertanyaan. Meskipun begitu berat hati untuk mendengar jawapan daripada doktor tersebut, Altaf tetap mahukan jaminan.

"Maafkan saya. Saya tak dapat beri jaminan. Tapi Insha Allah. We will commit our best for the mother and the babies."

Altaf hela nafas berat. Meskipun begitu, dia tetap jatuhkan kepala. "I... I understand. Please do whatever you can do to save them." Lirih Altaf meminta.

Seusai mendapat keizikan daripada Altaf, doktor wanita tersebut kembali ke dalam bilik. Saat itu juga, Altaf ambil nafas panjang. Air mata yang meronta-ronta mahu jatuh itu ditahan sedaya upaya.

Tegakkan tubuh, dia membalikkan badan dan menatap keluarganya dan juga adik-beradik Eima yang dia juga yakin mendengar segala perbualannya bersama doktor tadi. Lagian dia dapat melihat sang bonda, Alvina dan juga Maleeka yang makin galak menumpahkan air mata.

Tanpa kata, Altaf ambil pakaian yang dibawa oleh Athmar dan berlalu ke tandas tanpa menghiraukan insan lain.

Altaf tidak akan merintih. Altaf tidak akan menangis. Kerana Altaf tahu, Eima adalah wanita dan juga insan yang paling kuat. Dia harus menukar pakaian kerana dia perlu menyambut Eima dan juga anak-anak mereka nanti dengan senyuman.

"They will make it," ujar Altaf yakin. Kerana yang sedang berjuang itu adalah keluarganya, insan-insan kesayangannya.


Diam. Hening. Hanya sepasang iris hitamnya menatap seorang bayi. Pejamkan kelopak mata, kata-kata doktor wanita baru sahaja beberapa minit yang lalu terngiang-ngiang di hujung telinga.

Eima telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan. Meskipun lahir dalam keadaan pramatang, anak kedua mereka lahir dalam keadaan begitu sihat. Seorang bayi perempuan yang sangat comel. Sesuai dengan nama panggilan yang telah diberikan oleh Eima, adik.

Tetapi disebalik kebahagiaan itu, dia telah diuji. Eima masih tidak menyedarkan diri dan telah disahkan oleh pakar perubatan yang wanita itu dalam keadaan koma. Lagi berat untuk Altaf apabila dia harus telan satu lagi kenyataan. Anak sulung mereka, si abang tidak dapat bertahan seperti adik.

Tanpa Altaf sedar, setitis demi setitis mutiara jernih turun membasahi pipi. Menatap kabur sekujur tubuh milik si kecil di hadapannya. Kaku. Tidak bernyawa.

Belakang tapak tangan naik menyeka air mata. Meskipun dia tahu itu adalah perbuatan sia-sia kerana tidak lelah mutiara jernih itu turun menodai wajah. Dengan penuh berhati-hati dia mengendong bayi kecil itu. Terasa sejuk tatkala kulit mereka berlaga.

Setiap pelusuk wajah kecil itu diamati dengan senyuman sayu. Dari rambut halusnya, kening yang separa lebat, alis mata yang lentik, hidung yang agak mancung serta bibir merah kepucatan.

"Indahnya awak, sayang. Kalau ibu dapat tengok awak, mesti ibu suka..." bisik Altaf sebak.

Altaf tidak dapat menafikan bahawa anak lelaki mereka amat persis dengannya. Saling tidak tumpah. Harapan Eima suatu tika dahulu telah diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Saat wajah cantik itu bermain di kotak fikiran, air matanya jatuh lagi.

Ibu jari Altaf menyeka butir matanya yang jatuh mengena pipi kemerahan si anak. "Apa ayah nak jawab bila ibu dah sedar nanti, sayang..." Eima bukan sahaja tidak tahu akan kewujudan anak sulung mereka ini, malah Eima tidak berpeluang untuk menyentuh bahkan melihat si anak yang telah dikandung sepanjang 8 bulan itu.

Sedangkan, Eima sepatutnya berada di tempatnya sekarang. Hingga ke hari ini, masih terpateri di ingatan detik-detik Eima perjuangkan rumah tangga mereka. Dalam waktu yang sama, wanita kesayangannya juga sedang mengandungkan zuriat-zuriatnya. Eima bukan sahaja berjuang untuk Altaf, tetapi demi anak-anak mereka juga.

"Maafkan ibu dan ayah, ya? Maafkan kami sebab tak sedar akan kehadiran awak." Altaf bawa si kecil itu lebih merapat dengan wajahnya. Dahi bersih itu dia kucup lama. Esakannya pecah tatkala haruman wangi menyengat rongga hidung.

Rambut halus di ubun-ubun si kecil, Altaf usap dengan ibu jarinya. "Ayah sayangkan awak sangat-sangat. Ayah yakin, ibu pun sama."

Altaf diam sejenak sebelum dia hemburkan tawa kecil. "Tak... Ibu loves you more than I do, sayang. Ibu loves you so much. She indeed loves you because she will do anything for the sake of people she loves..." Penuh maksud tersirat kata-kata yang diungkap oleh Altaf.

Dalam tak sedar, dia merintih lagi. Altaf bukan tidak redha dan terima akan ketetapan Tuhan ini... Altaf cuma perlukan ruang dan waktu. Segala yang menimpa diri ini, berlaku dengan begitu tiba-tiba. Buktinya, dia sudah kehilangan insan kecil yang merupakan tanda cintanya bersama Eima ini. Dia hampir hilang insan-insan kesayangannya...

"Semoga asbab kepada pemergian awak, ibu dikurniakan syurga tanpa dihisab olehNya," doa Altaf perlahan sembari pipi si kecil itu pula dicium lembut. Kerana setiap kali itu, tidak putus-putus gelak tawa serta senyuman cantik Eima bermain di bayangan.

"Ayah dan ibu ikhlaskan pemergian awak, sayang. Tunggu ayah, ibu dan adik ya?" Altaf angkat wajah. Dengan air mata yang masih bersisa, dia tetap ukir senyuman. Manis. Sehingga kedua belah lekuk yang berada di pipi itu muncul.

"Syed Eisar Al-Attas. Permata sulung ibu dan ayah... Terima kasih sebab dah hadir dalam hidup kami. Ayah dan ibu sayangkan Eisar," ucapnya syahdu.

Altaf harap, dia benar-benar ikhlas.

Engku Khadija yang ditemani oleh anak-anaknya pantas berdiri apabila melihat Altaf yang keluar dari sebuah bilik itu. Tatapan kosong tersebut menatapnya, sebelum lelaki itu turut memakukan pandangan pada abang dan adik-adik Eima yang juga diam tidak berkutik sejak tadi. Hanya sebentar sebelum Altaf orak langkah seolah-olah dia tidak mengenali seorang manusia pun yang berada di situ.

"Altaf!" Engku Khadija menahan si anak sembari berdiri di hadapan figura tinggi lampai itu. Dengan mata yang berkaca-kaca, dia melangut lalu bersabung pandang dengan iris gelap milik Altaf. Sugul dan sembap wajah tampan itu.

Jemarinya perlahan-lahan menyentuh kedua belah tangan Altaf dan dibawa ke bibir. Kekura lelaki itu dia kucup lama. Jatuhkan kelopak mata, bercucuran air mata membasahi pipi.

"Maafkan bonda. Maafkan bonda, Altaf. Hari ini, sekali lagi bonda ragut kebahagiaan Altaf. Ampunkan bonda, Altaf..." Engku Khadija meraung di situ. Dia malu. Entah macam mana dia boleh bergelar seorang ibu. Sejak dahulu lagi, dia adalah punca kepada setiap kedukaan anak sulungnya ini.

Engku Khadija tersentak tatkala Altaf menarik perlahan tangannya daripada genggaman itu.

"Altaf pernah lihat insan yang selalu diuji oleh Tuhan, tetapi sedikitpun dia tak menyalahkan takdir. Puan Sri rasa, adilkah Altaf mempersoalkan apa yang berlaku sedangkan Tuhan baru je 'cubit' Altaf sikit?"

Edrees yang mendengar suara garau itu, spontan kepalkan tangannya sendiri. Dia tahu siapa yang Altaf maksudkan. Setelah bertahun-tahun dia sendiri menjadi saksi akan apa yang diperkatakan oleh Altaf. Dan dia terlambat.

"Altaf tak mahu salahkan sesiapa. Ini semua suratanNya. Siapa Altaf untuk mempersoalkan ketetapan Dia? Lagipula, kalau Eima tahu, Eima akan marahkan Altaf. Altaf tak mahu buat wanita kesayangan Altaf marah. Sebab Altaf tahu, apa pun yang jadi, Eima tetap akan tersenyum. She will comfort me and say that, it's okay... it's okay... it's okay..." Altaf telan saliva. Menahan sebak yang kembali menghurung dada.

"Pulanglah. Puan Sri ada keluarga. Semua yang ada di sini ada keluarga masing-masing yang perlu pertahankan, sama seperti Altaf. Cuma beza antara kita semua, hanya Altaf yang perlu tempuhi kehilangan..." Sejurus mengungkap itu, Altaf berlalu pergi. Tanpa menoleh bahkan ada niat untuk berpatah.

Mendengarkan itu, Edrees meraup wajahnya sendiri. Tipulah jika dia tidak sedar yang Altaf tujukan ayat itu kepadanya.


Syed Adi Uzam membuang pandangan ke luar tingkap. Masih teringat akan khabar yang baru sahaja dia terima daripada Doktor yang merawatnya. Eima sedang koma. Cucu pertamanya tidak dapat diselamatkan dan cucu keduanya ditempatkan di NICU.

Dia menoleh tatkala mendengar daun pintu yang dibuka. Tersentak apabila melihat wajah sugul sang isteri yang turut kaku di hadapan pintu. Wanita itu tidak berkata apa-apa melainkan meletakkan beg keperluannya di atas meja sebelum ingin berlalu pergi.

Melihat wanita itu yang seakan mahu memboloskan diri, pantas dia turun dari katil lalu mendapatkan wanita itu.

"Dhija," sebutnya semedang lengan wanita itu dicengkam.

"Lepaslah!" Engku Khadija merentap pegangan itu. Wajahnya bersinar garang.

Syed Adi Uzam tetap berdegil. Pintu ditutup kemas sebelum didudukkan di atas sofa lalu dia melutut di hadapan wanita itu. Jemari Engku Khadija di atas riba, disentuh.

"A... abang minta maaf. Maafkan abang, Dhija. Abang sedar abang salah. Abang janji abang akan buat apa pun untuk Dhija tapi abang mohon. Tolong jangan tinggalkan abang..." sayu dia memohon dan merayu. Luluh hati melihat air muka wanita itu yang seakan tidak terkesan langsung dengannya.

Engku Khadija tarik tangannya daripada genggaman itu. "Bukan pasal rumah tangga kita abang patut risaukan sekarang. Tapi pasal Altaf! Pasal Eima! Pasal anak mereka!" Wanita itu meninggikan suara. Tidak sedarkah lelaki ini akan apa yang telah menimpa keluarga mereka sekarang?

"Altaf dan Eima dah hilang anak sulung mereka. Sedangkan saya sendiri saksi betapa mereka berdua nantikan kelahiran anak itu tapi belum apa-apa cucu saya dah pergi. Ibu dia sendiri pun dia tak sempat jumpa, abang!" Sekali lagi, tangisannya pecah. Memikirkan nasib anak dan menantunya.

Engku Khadija tepuk dada sendiri berkali-kali. "Saya ini. Saya ini... Saya pernah ada niat untuk bunuh anak sendiri tapi Allah masih bagi saya peluang untuk melihat dia membesar hingga ke sekarang. Tapi Altaf dan Eima... mereka tak dapat nikmat itu. Sedangkan mereka lebih layak kalau nak bandingkan dengan kita, abang..."

Hari ini, sekali lagi Tuhan menunjukkan kepadanya betapa dia tidak sedar diri itu sangat beruntung. Malu apabila selama ini dia masih merintih pada Tuhan tentang Altaf yang sering dingin dengannya, sedangkan apa yang perlu dia buat adalah bersyukur. Dia telah dikurniakan nikmat yang begitu besar. Dia dapat menyentuh Altaf. Mendukung Altaf saat dia masih kecil serta menyusukannya. Tetapi Eima langsung tidak diberikan peluang sepertinya.

Ganas Engku Khadija menyeka air mata yang bersisa. Menghunus tajam wajah Syed Adi Uzam yang sudah berubah air muka.

"Dan abang sendiri tengoklah. Orang yang selamatkan abang, orang sama yang abang dah memperalatkan hidup dia semata untuk kepuasan diri abang. Abang di sini masih dikurniakan kesihatan sedangkan Eima..." Lidahnya kelu mendadak. Rasa sebak kembali menghimpit dada. Mencari kekuatan untuk menyudahkan ayat itu.

"Eima sedang bertarung nyawa. Altaf pula hanya berbekalkan doa dan harapan bertahan demi kebahagian dia dan anak kedua mereka," sambungnya lirih. Tidak sanggup memikirkan kemungkinan Altaf dan cucu keduanya itu bakal hadapi jika mereka sekeluarga terpaksa kehilangan Eima.

Terpukul. Syed Adi Uzam rasakan dia sudah menerima bertubi-tubi pukulan serta bidasan daripada sang isteri. Segala apa yang telah dia lakukan pada Eima mahupun Altaf, berlayar di kotak fikiran. Dia sedar. Dia berdosa. Pada Altaf, Eima dan juga isterinya.

"Ini semua salah Dhija. Kalaulah Dhija tak tamak..."

"Dhija..."

Tanpa memberi ruang kepada sang suami untuk membantah, lekas dia kembali bersuara. "Selepas Altaf keluar dari rumah, Altaf pernah ada niat nak bawa Eima pergi. Tapi Dhija dah buat telahan sendiri. Dhija takut kalau Dhija biarkan dia dan Eima pergi, Dhija tak akan berpeluang jumpa mereka lagi. Sebab Dhija sedar, waktu tu Altaf betul-betul tekad." Dia nampak betapa bersungguh anak sulungnya itu mahu membawa Eima pergi.

"Dhija bukan setakat halang mereka pergi dan cari kebahagiaan sendiri, tapi Dhija dah paksa Eima supaya pujuk Altaf untuk teruskan pertunangan dengan Risa. Dhija hanya minta Eima percayakan Dhija dan kononnya Dhija ada sebab Dhija sendiri." Sinis tawa dia terlepas melalui celah bibir. Satu per satu kebodohan sendiri terhidang di hadapan mata.

Engku Khadija menatap wajah Syed Adi Uzam yang turut terkejut dengan apa yang telah diluahkan olehnya ini.

"Sejujurnya perancangan Dhija, Dhija nak lari dan bawa diri daripada abang dan anak-anak sebab Dhija fikirkan itu aje cara Dhija dapat tebus kesalahan Dhija pada Altaf. Tapi Dhija masih tamak. Dhija akan pergi, tapi hanya selepas Eima melahirkan anak. Dhija teringin nak jumpa cucu Dhija walaupun sekejap. Sebab itu, Dhija cuba tuntut fasakh tanpa pengetahuan abang. Tapi entah macam mana, belum apa-apa lagi abang boleh tahu." Dan di situlah, titik permulaan kepada apa yang berlaku pada hari ini. Sang suami dan menantu kesayangannya terlibat dengan kemalangan ini, berpunca daripada apa yang telah dia cuba buat. Kerana itulah, dia sudah meletakkan kesalahan pada bahunya sendiri.

"Dhija fikirkan rancangan Dhija dah cukup hebat, tapi Dhija lupa. Sebaik-baik kita merancang, Allah juga merancang, dan Dialah yang menentukan." Khilafnya. Terlalu yakin sehingga lupa akan Ya Baari', Yang Maha merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk di dunia ini.

Engku Khadija menunduk. Masih lagi dengan tangisan yang tiada tanda untuk berhenti. "Sebab sifat tamak Dhija, orang lain yang menanggung. Dhija dah korbankan kebahagiaan anak sendiri demi kepentingan Dhija. Semua benda yang Dhija buat, sia-sia, abang. Dhija dah gagal sebagai seorang ibu. Dhija gagal, abang. Dhija gagal..."

Mendengarkan itu, Syed Adi Uzam gelengkan kepala. Menidakkan. Tubuh diangkat lalu sang isteri yang begitu rapuh itu dibawa ke dalam pelukan.

"Jangan salahkan Dhija. Ini semua berpunca daripada abang, sayang. Bukan Dhija. Maafkan abang. Abang tamak. Abang terlalu menangkan ego dan nafsu abang hinggakan semua ini berlaku. Maafkan abang, sayang... Ampunkan abang..." luahnya pilu. Perlahan-lahan tubir matanya bergenang.

Dia berdosa. Pada Tuhan. Pada isteri, anak-anak dan juga menantunya. Dan dia juga sedar, setelah apa yang dia buat, dia tidak layak mendapatkan keampunan daripada insan-insan tersebut. Dia tidak layak!

Tbc...

Maafkan saya lambat update. Maaf banyak kurang dan juga typo. Terima kasih samgat-sangat sudi baca Altaf dan Eima lagi. Insha Allah next chapter kita tengok eima dengan adik pula. ❤️

Maaflah merepek dan melalut. Tak reti buat scene sedih 😭

Continue Reading

You'll Also Like

683K 39.4K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
2.9M 78.8K 70
"Pakcik tolong.. tolong jaga saya. Saya dah penat nak hadap semua ni.." -Nuryn "How? Kau nak aku buat apa ni Nuryn? Kahwini kau?" - Faleeq Kematian i...
160K 7.8K 49
Under SSR SERIES ⋆͛︎ #1 SOLACE LOVE Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahay...
1.1M 61.4K 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecu...