𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞...

By thesaraass

3.1M 135K 5.7K

𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 - The cruel husband DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan... More

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 1 - Start
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 2
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 3
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 4
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 5
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 6
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 7
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 8
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 9
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 10
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 11
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 12
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 13
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 14
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 15
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 16
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 17
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 18
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 19
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 20
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 21
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 22
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 23
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 24
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 25
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 26
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 27
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 28
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 29
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 30
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 31
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 32
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 33
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 34
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 35
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 36
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 37
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 38
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 39
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 40
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 41
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 42
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 43
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 44
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 45
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 46
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 47
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 48
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 49
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 50
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 51
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 52
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 53
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 54
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 55
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 56
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 57
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 58
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 59
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 60
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 61
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 62
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 63
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 64
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 65
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 66
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 67
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 68
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 69
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 70
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 71
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 72
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 73
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 74
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 75
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 76
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 77
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 78
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 79
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 80 - End
DANISH UQAEL
DANISH UQAEL II
DU 2
Danish Uqael

DU 1

7.9K 412 5
By thesaraass

Ralit Ariana merenung televisyen yang memaparkan buletin tv3 itu sambil mulutnya mengunyah buah anggur segar, matanya setia menatap dan telinga luas terbuka mendengar berita yang disampaikan. Terlalu menarik minatnya walaupun sebenarnya dia langsung tidak faham akan apa yang disampaikan.

"Sistem penyimpanan senjata api pintar yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, DaEL Inntech Sdn. Bhd berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau." Khusyuk Ariana merenung televisyen dan langsung tidak sedar akan kehadiran Datin Amanda Wong yang sudah berada di sebelahnya.

"Syarikat DaEL menggunakan teknologi pintar teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Internet Pelbagai Benda (loT) dan biometrik untuk menyimpan dan pengurusan senjata api." Berkerut seribu dahi Datin Amanda Wong melihat telatah anak tirinya itu.

"Menggunakan pengurusan pintar sistem ini, semua urusan membabitkan mengambil, merekod dan memulangkan senjata api diurus dan dipantau secara sistematik." Ariana menyuapkan anggur ke dalam mulutnya namun mata masih setia menatap televisyen.

"Setiap rak simpanan yang berbentuk seperti kabinet fail ini boleh menyimpan sama ada 30 pucuk pistol atau 10 laras raifal." Terangguk-angguk kepala Ariana pada waktu itu.

"Syarikat yang terletak di Kelana Jaya, Selangor itu telah membangunkan teknologi tersebut sejak tahun 2009. Kelengkapan dan perisian yang 100% dibangunkan oleh syarikat ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa." Datin Amanda Wong menepuk perlahan tepi peha anak tirinya itu menyebabkan Ariana terus berpaling memandang ke arah wanita tersebut.

"Mommy, lama dah ke duduk sebelah Ari?" Ariana terkerdip-kerdip memandang ibu tirinya itu, Datin Amanda Wong hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah gadis jelita tersebut.

"Berzaman dah mommy duduk sini. Khusyuk sangat tengok ke tv sampai tak sedar orang duduk sebelah." Ariana hanya tergelak kecil sebelum melentokkan kepalanya pada bahu Datin Amanda Wong.

"Sorry mommy, Ari ralit sangat tengok berita tu." Datin Amanda Wong hanya mengerutkan dahi melihat Ariana memuncungkan bibir menunjuk ke arah televisyen itu.

"Apa yang menarik sangat berita tentang senjata api tu?" Anggur yang masih tinggal sedikit itu diambil oleh Datin Amanda Wong sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Ariana mencebik sebelum kembali memandang televisyen.

"Tak menarik pun sebenarnya. Tapi disebabkan syarikat senjata api tu syarikat DaEL, dia jadi menarik." Berkerut seribu dahi Datin Amanda Wong pada waktu itu. Kepala dipalingkan memandang ke arah Ariana.

"Kenapa dengan syarikat DaEL?" Ariana tersengih lebar sebelum memandang Datin Amanda Wong.

"Pengarah Eksekutif Syarikat DaEL, Danish Uqael berkata, pihaknya telah berjaya menyempurnakan pernghantaran sistem tersebut kepada pelanggannya di rantau ini." Makin lebar senyuman manis Ariana pada waktu itu, dia kembali berpaling memandang televisyen.

Datin Amanda Wong yang telah mendapat teka hal yang bermain di dalam fikiran gadis muda itu terus menghamburkan tawa kecil. Patutlah, buah hati ada kena mengena dengan syarikat tersebut.

Kelopak mata dipejamkan rapat, nafas dihembus perlahan bersama dada yang beralun tenang. Bunyi pintu diketuk dari luar sebanyak tiga kali menyebabkan dia mencelikkan kelopak mata.

"Come in." Perlahan namun kedengaran sangat tegas suaranya memberi arahan. Apabila pintu terbuka dan terpampang wajah seseorang, terus dia kembali memejamkan rapat kelopak matanya.

"Kau tak cakap pun yang kau nak datang ke sini, Ray." Suara tawa halus lelaki yang digelar Ray itu menyebabkan dia kembali mencelikkan kelopak mata. Kelihatan sahabat baiknya itu sudah duduk di hadapannya bersama wajah tenang.

"Aku datang untuk bersua muka dengan sahabat baik aku, itu pun perlukan keizinan kau ke Danish?" Soalan tersebut menyebabkan Danish hanya memberikan renungan kosong pada wajah sahabatnya. Tubuh masih bersandar pada kerusi namun matanya kini setia menatap wajah lelaki di hadapannya itu, Rayden Kim.

"Kau selalunya akan datang bila kau tak puas hati dengan sesuatu." Danish hanya melihat Rayden yang kini menghamburkan tawa, kedengaran sangat galak dan sinis sebelum lelaki itu menyengetkan kepala ke kiri. Tiada lagi gelak mahupun senyuman pada wajah Rayden.

"I only have one rule, tell me before I found out." Rayden merenung tajam wajah sahabatnya itu, matanya kosong. Danish membalas tatapan mata Rayden sebelum mengukirkan senyum sinis.

"Kau dah jumpa, buat apa lagi tanya aku?" Danish meraupkan rambutnya ke belakang, kening kanan dijungkitkan buat beberapa kali sengaja mahu menguji kesabaran Rayden.

Rayden hanya diam namun matanya tajam merenung Danish yang langsung tidak gentar akan dirinya. Nafas dihela perlahan sebelum dia kembali bersandar, kaki disilangkan. Tangan pula bersilang memeluk tubuh.

"Ingat Danish, aku ada share juga dalam company ni." Bebola mata Danish bergerak memandang wajah tampan sahabatnya, riak wajah kosong sahaja tidak memaparkan sebarang riak.

"Dylan dah tahu semua ni?" Rayden menjungkitkan kening saat menyoal Danish. Senyum sinis terukir apabila sahabatnya itu melarikan anak mata daripada terus bertatapan.

"Kau memang cari masalah ni, Danish. Silap haribulan bergaduh teruk dengan Dylan nanti." Danish diam sahaja namun dia faham akan apa yang mahu disampaikan oleh Rayden. Pen yang terletak di atas meja dipusingkan dengan kadar perlahan sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Rayden mengeluarkan telefon miliknya sebelum dia meletakkan gajet itu di atas meja, video dimain menyebabkan ruang bilik itu dipenuhi dengan suara seorang lelaki.

"Menurut laporan yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara, syarikat DaEL telah mendatangani kontrak dengan KDN pada 1 Januari 2011 bagi melupuskan pelbagai jenis senjata lama atau lusuh serta aksesori milik Polis Diraja Malaysia." Rayden memandang wajah Danish yang hanya memaparkan riak kosong itu.

"Dengan mengambil kira nilai aksesori yang telah dibekalkan berjumlah 1.13 juta, obligasi kontrak yang belum dilaksana dianggarkan berjumlah 5.23 juta. Semakan audit selanjutnya mendapati tindakan susualan diambil terhadap syarikat bagi memastikan syarikat ini memenuhi obligasi kontrak." Video tersebut dihentikan oleh Rayden.

Danish membalas tatapan mata sahabatnya itu sebelum dia tergelak halus. Rayden hanya menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya yang ini.

"Kau boleh gelak, Danish? Ini dah menjejaskan nama baik syarikat. Kau buat perangai macam ni, tak takut kena hentam dengan Dylan nanti?" Danish menggelengkan kepala sebelum dia menegakkan tubuh. Rayden hanya memerhati tanpa memutuskan tatapan mereka.

"Perkara simple, aku boleh handle." Rayden menyeringai sebelum mengangguk kepala. Danish pula hanya membisu.

"Ya, kau boleh handle lepas nama baik syarikat dah tercemar macam ni." Rayden tersengih sinis tatkala melihat renungan tajam Danish. Walaupun sahabatnya itu hanya diam namun Rayden pasti yang Danish sekarang sedang tergugat dengan kenyataannya.

"Aku buat bersebab." Danish melarikan mata daripada terus menatap mata sahabat baiknya itu. Rayden diam seketika namun bebola matanya bergerak liar merenung wajah Danish.

"Apa pun sebab, aku tak rasa kau perlu khianat orang lain dan syarikat sendiri dengan cara macam ni, Danish." Rayden menggelengkan kepala buat beberapa kali sebelum nafas dihembus perlahan manakala Danish hanya diam tidak memberi sebarang kata.

To Be Continued

Continue Reading

You'll Also Like

1M 38.6K 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
2.8M 188K 53
[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
4M 286K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...