I Love You, Miss Cupcake [C]

Por singlelove_

261K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... Más

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 34

3.4K 190 7
Por singlelove_

Sarah melangkah masuk ke dalam kedai runcit. Ada yang ingin dia beli. Sarah terus mengorak langkah menunju ke arah tempat yang menjual ikan.

Dibelek dan ditengok ikan-ikan yang ada di situ. Nampak segar. Ini mesti baru lepas naik tadi. Lepastu ada orang hantar ke sini.

Sedang elok Sarah memilih ikan. Tiba-tiba badannya dilanggar dari belakang. Berpaling kepala Sarah memandang gerangan yang sengaja melanggarnya tadi.

Dilihat Hanani tersenyum sinis ke arahnya serta menjeling Sarah.

Bengang Sarah. Tapi dia cuba menahan sabar. Kalau tak sabar ni.. memang dia bagi ikan yang ada ni masuk dalam mulut Hanani. Biar padan mulutnya bau hanyir ikan.

"Haih.. sejak-sejak kawan kau dah kahwin dengan lelaki bandar tu. Langsung dah tak balik kampung. Lupa ke diri dia tu asal kampung?" Sinis kata-kata yang Hanani lontarkan.

Berdesing telinga Sarah mendengar itu. Dia berpaling memandang Hanani.

"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Lia? Oh.. aku tahu. Ini mesti sebab Lia dapat kahwin dengan lelaki kaya. Tapi kau? Tak dapat apa-apa. Zero. Kesian." Balas Sarah tak kalah sinis.

Hanani menolak isian dalam mulutnya dengan lidah. Dia turut berpaling menghadap Sarah. Selepas itu, dia gelak pura-pura.

"Apa? Aku tak dapat apa-apa?" Angguk Sarah dengan senyuman.

"Yalah. Habistu? Dah dapat yang lagi kaya dari suami Lia? Hm?" Sarah mengukirkan senyuman senget apabila melihat riak bengang yang terpeta di wajah Hanani.

Tahu sangat. Kejap lagi mesti nak meletup. Yang nak dilawannya Sarah. Silap orang kau ni.

"Kau kalau bercakap tak menyakitkan hati orang. Tak boleh?"

"Boleh. Tapi kalau orang tu adalah kau. Memang tak lah. Aku akan terus cakap yang menyakitkan hati kau. Kau je tau. Dengan orang lain aku akan cakap elok-elok." Mendengus kasar Hanani dibuatnya.

"Biar muka tak lawa. Yang penting perangai tu jangan hauk." Bidas Hanani sengaja mahu menyakitkan hati Sarah.

Mencebik bibir Sarah. Sikit pun dia tak terasa dengan ayat yang dilontarkan Hanani barusan.

"Cakap dengan cermin ek?" Sinis Sarah.

Hanani menolak isian dalam pipinya dengan lidah. Selepas itu, dia bercekak pinggang sambil berdiri menghadap Sarah yang hanya menayangkan riak biasa. Langsung tak takut.

"Pahal? Tak puas hati?" Soal Sarah dengan menaikkan sebelah alisnya.

"Kau tu yang tak puas hati dengan aku." Berkerut muka Sarah.

"Lahhhh?? Pahal pula aku yang kau tuduh tak puas hati dengan kau? Biul dah otak tu? Yang selalu cari pasal dengan kitaorang siapa? Kau kan? Sekarang ni yang langgar aku lepas tu cari pasal siapa? Kau juga. Sekarang ni siapa yang tak puas hati dengan siapa?" Soal Sarah dengan menyatakan fakta dan kebenaran.

Makin geram Hanani jadinya. Baru saja Hanani mahu menampar wajah Sarah. Sarah lebih pantas mengelak lalu menonyoh mulut Hanani dengan ikan kembung.

Hanani rasa nak termuntah dek kerana bau hanyir ikan itu. Sarah tonyoh sampai dia rasa puas. Hanani pula dah buat bunyi 'uwerk'.

Orang-orang kampung yang melihat pergaduhan ini hanya dibiarkan saja. Bukan mereka tak tahu Hanani memang suka cari pasal dengan tiga sekawan ini. Haa.. biar padan muka.

Orang-orang kampung pun turut sama merasa puas melihat adegan Sarah menonyoh mulut Hanani dengan ikan.

"Huh! Puas hati aku. Lain kali jangan cari pasal." Ujar Sarah. Dia melangkah ke arah sinki lalu mencuci tangannya.

Dilihat Hanani yang sudah terjelopok jatuh dan terduduk di atas lantai. Mukanya pun dah merah padam akibat menahan rasa ingin muntah.

Sarah senyum sinis. Itu makannya. Lapar sangat kan? Haa.. Sarah 'suap' ikan mentah. Kenyang dah tu. Confirm.

Sarah kembali mengatur langkahnya menuju Hanani. Dia duduk bercangkung di hadapan Hanani.

"Jangan berani cari pasal. Selama ni aku diam. Ini baru aku. Belum lagi Dahlia atau Tiara. Memang teruk kau kena dengan diaorang." Sejurus itu, Sarah bangun dan bergerak ke kaunter.

Dia ingin membayar ikan yang tadi dibuat tonyoh dekat muka dan mulut Hanani. Busuk sangat mulut tu.

~~~~~~~~~~

High Luxury

Dahlia melangkah masuk ke dalam bangunan megah milik syarikat Raja Dylan. Ramai pekerja yang memandang ke arahnya. Dahlia mengukirkan senyuman kepada pekerja-pekerja suaminya.

Tiba-tiba, ada satu suara yang memanggilnya dari belakang. Berpusing Dahlia memandang gerangan tersebut. Berkerut sedikit dahi Dahlia apabila tidak mengenali perempuan yang baru saja memanggilnya ini.

"Cik siapa? Orang luar tak dibenarkan masuk sesuka hati ke dalam syarikat." Kata perempuan itu dengan riak sinis.

Dahlia memandang tag nama yang dipakai perempuan itu. Natasha.

"Saya Dahlia." Ujar Dahlia seraya memperkenalkan diri.

"I tak nak tahu pun nama cik. Yang I nak tahu cik sila keluar dari sini. Cik orang luar. Macam mana cik boleh terlepas masuk ni?" Bidas Natasha selamba.

Wah.. berani kau ya menghalau bini bos.

Memang syarikat Raja Dylan sangat lah ketat dalam pengawalan. Bukan sebarang orang boleh masuk melainkan pekerja dan juga orang-orang atasan serta yang berkenaan sahaja.

Dahlia memandang Natasha dari atas sehingga bawah. Selepas itu, Dahlia menguntumkan senyuman nipis buat Natasha.

"Awak pekerja baru ke?" Soal Dahlia sambil berpeluk tubuh di hadapan gadis ini.

"Ya. Kenapa? Salah?" Soal Natasha semula denagn riak sinis. Dia memandang Dahlia dari atas sehingga bawah. Usai itu, dibuat riak geli dan menyampah.

Dahlia yang melihat itu sudah tergelak perlahan. Digeleng perlahan kepalanya.

"Saya tak cakap awak salah. Cuma.. please check something before awak nak halau saya. Saya takut awak pula yang kena halau." Balas Dahlia tak kalah sinis.

Ramai yang memandang ke arah mereka. Tapi tiada satu orang pun yang berani ikut campur. Lagi-lagi bila melihat tindak berani dari Natasha tadi. Lagi lah mereka gerun. Silap hari bulan, mereka pula yang kena.

Natasha gelak dengan kuat. Dipandang sekitarnya sebelum kembali melepamparkan pandangan tidak senang pada Dahlia.

"I boleh suruh security heret cik keluar dari sini tau? Kalau cik tak nak malu. Better you get out from here." Halau Natasha tanpa tahu siapa wanita di hadapannya sekarang.

Natasha betul-betul sedang mencabar dirinya sendiri. Mungkin dia betul-betul tengah cari alasan untuk resign agaknya. Who knows?

Dahlia memandang Natasha dengan pandangan jengkel. Sebelah kening diangkat.

"Just call the security. Kita tengok siapa yang kena halau." Cabar Dahlia.

Natasha yang mendengar itu dan melihat wajah jengkel Dahlia mula terasa dicabar. Dia langsung menjerit memanggil security.

"Security! Security!" Jerit Natasha dengan kuat.

Berlari dua orang lelaki yang memakai baju uniform pengawal ke arah Dahlia dan Sarah.

"Ya, Cik Natasha." Sapa salah seorang pengawal tersebut yang agak berusia sedikit.

"I nak you berdua seret perempuan ni keluar dari sini. Entah siapa-siapa main masuk je." Arah Natasha.

Dua orang pengawal tadi langsung berpaling melihat Dahlia. Masing-masing diam dan berdiri tegak. Mereka kenal siapa wanita di hadapan mereka ini.

"Yang korang diam dan tercegat ni kenapa?! I suruh seret perempuan ni keluar kan? Buat lah!" Jerkah Natasha dengan tidak ada sopan terhadap orang tua.

"T-tapi, Cik Natasha.. k-kami tak b-berani." Kata salah seorang lagi yang agak muda sedikit.

Terjungkit kedua alis Natasha yang mendengarkan perkara tersebut. Dia berpeluk tubuh.

"You nak I complain and you berdua kena pecat ke?" Soal Natasha. Dahlia hanya diam sambil memerhati lagak Natasha.

Dari tadi dia diam dan perhati. Makin lama, makin kurang ajar ditengok Natasha ini.

"Miss.. your language." Tegur Dahlia.

"You tegur I? You siapa?" Sinis Natasha.

Yang lain melihat itu sudah meneguk air liur. Masing-masing merasa takut. Natasha sangat lah ingin menempah maut untuk dirinya sendiri.

"Saya.." Belum sempat Dahlia menghabiskan ayatnya. Ada satu suara garau yang menyampuk dari arah belakang.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Tanya Raja Dylan yang baru saja turun selepas mendengar dari Azli katanya ada kekecohan di lobi dan ianya melibatkan isteri tercinta.

Semua yang berada di lobi, langsung berdiri tegak dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada jejaka kacak ini.

Raja Dylan menghayunkan kakinya menuju Dahlia. Dapat dia lihat wajah cantik isterinya yang sedang tersenyum nipis ke arahnya. Dia turut sama membalas senyuman sang isteri.

"Tuan Raja." Sapa Natasha dengan nada suara yang lembut.

Dahlia yang mendengar suara Natasha begitu terus memalingkan wajahnya melihat gadis ini. Ternaik sedikit hujung bibirnya.

"Ada apa ni?" Soal Raja Dylan setelah berdiri di sebelah Dahlia.

"Ni hah Tuan Raja. Perempuan ni. Dia masuk sesuka hati saja. I tak tahu macam mana dia boleh terlepas masuk. I dah suruh perempuan ni keluar. Tapi dia degil, tak nak. Maafkan kami Tuan Raja kerana membuat kerja sambil lewa. Kecuaian kami." Tutur Natasha menerangkan situasi yang konon-kononnya betul.

Raja Dylan mengerling isterinya sekilas. Dia ketawa perlahan.

"You tahu tak siapa yang you panggil 'perempuan' ni?" Soal Raja Dylan mendatar dan ditekan perkataan perempuan itu sedikit.

"Penceroboh." Jawab Natasha selamba.

Terlepas tawa sinis Raja Dylan. Dia menggeleng perlahan sebelum menarik tubuh Dahlia lali dipeluk dari tepi. Terbeliak sedikit mata Natasha yang melihat aksi itu.

"This is MY WIFE." Natasha yang mendengarkan perkara tersebut mula dihurung rasa takut.

Nampaknya dia dah tersilap mencari masalah. Dibasahkan sedikit bibir bawahnya.

"S-saya t-tak tahu. I'm so sorry, Tuan Raja." Ucap Natasha bersungguh-sungguh meminta maaf.

"Azli. Aku malas nak cakap banyak. Kau tahu kan nak buat apa?" Mengangguk Azli.

"Do it." Usai itu, Raja Dylan membawa isterinya menuju ke arah lif.

Malas nak melayan drama pukul 7 Natasha. Dah buat salah, minta maaf sebab dah tahu kebenaran. Lain kali.. cari tahu. Bukan buat andaian sendiri.

Rasanya semua orang dah tahu yang dia sudah berkahwin. Dan mana-mana pekerja baru pun harus tahu yang dia sudah berkahwin dan wajib kenal siapa isterinya supaya tidak terjadi perkara begini.

Tapi sekarang tengok lah sendiri. Natasha akan dibuang kerja dari syarikatnya. Raja Dylan sangat anti pada orang yang tak tahu sopan dan etika dalam bekerja.

Dahlia hanya sekadar diam dan berpaling melihat Natasha sekilas. Dia kesian. Tapi dia malas nak ikut campur. Lagipun mesti syarikat suaminya ada syarat, etika dan semacamnya untuk di ikuti. Syarikat besar. Bukan syarikat cikai.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Seguir leyendo

También te gustarán

118K 5.9K 55
Dia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari...
95.5K 3.9K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
8.2K 257 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...
129K 4.2K 51
[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan se...