MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

607K 22.4K 1.3K

[Complete] š‘šØš¦ššš§šœšž : š‡š¢š¬ šššš¢š¬š² š™ššš«š¢š­š” š€šš”ššš¦ | šš®š«ššš«šžš²š¬šš šŒšžšš¢š§šš Dari... More

Zarieysa źØ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 68

5.4K 222 13
By nrshaae_

Selepas sahaja meletakkan Adeeb dalam baby cot. Zarith berjalan kearah isterinya yang sedang mengurut bahunya sendiri.

Zarith melaburkan punggungnya disisi Areysa lalu mengambil alih kerja si isteri. "Sakit?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Sekarang ni Adeeb kuat susu lah abang." jawab Areysa sambil merehatkan kepalanya didada Zarith. Zarith mencium sisi kepala Areysa.

Ya sekarang Adeeb berumur 3 bulan. Kuat nyusu betul budak tu sekarang.

"Ala sian mama." ujar Zarith.

"Takpelah, lagipun memang dah tugas Eysa lah abang ni." Areysa mengangkat kepalanya dan menepuk lembut dada Zarith.

"Cukup Adeeb je. Taknak yang lain. Abang tak sanggup tengok sayang bersalin lagi, sakit."

Berkerut dahi Areysa apabila Zarith cakap begitu tiba-tiba. "Alaa abang ni, Eysa baru je plan nak buat team bola sepak. Abang takkan tak mau? Abang ni ada problem dekat mana-mana ke? Sebab laki orang lain bukan main beria lagi suka bini dia ngandung. Tapi abang macam tak suka je."

Zarith menghela nafasnya. "Tu lain orang bukan suami sayang! Bukan tak suka tapi tak sanggup. Lagipun benih abang bukan untuk buat anak je." kata Zarith sambil mengecilkan pandangannya memandang Areysa.

Hampir tergelak Areysa mendengarkan itu. "Ele abang cakap jelah yang abang takut nak teman Eysa beranak lagi. Nanti abang pengsan tengok darah." usik Areysa sambil bermain dengan pipi Zarith.

Merah wajah Zarith. "Alaa abang ni comel lah pipi merah-merah macam pakai blusher. Nak syendol?"

Zarith mengigit tangan Areysa apabila Areysa menghulurkan tangannya. Areysa menahan kesakitan. "Sakitlah abang!"

Zarith mencebikkan bibirnya. "Usik abang lagi, kang abang gigit pipi sayang tu."

Muncung mulut Areysa. "Gigitlah, tak kesah. Kalau macamtu Eysa gigit ketul-ketul abang. Werk!"

Membulat matanya. "Nurareysa Medina!" jerit Zarith apabila Areysa berlari keluar dari biliknya itu. Dia menggelengkan kepalanya sahaja.

2 tahun kemudian...

"Adeeb makan lah jom. Jangan lah merajuk dengan babah." pujuk Zarith. Dia mahu menyuap nasi tetapi anaknya merajuk. Taktahu apa yang dirajukkan oleh budak ketot ni.

Adeeb memandang kearah babahnya. "Babah kalau nak ela ambing oleh?" soalnya dengan pelat. Berkerut dahi Zarith.

Bela? Kambing? Bela kambing? Dejavu~

Zarith meletakkan nasi yang ditangannya semula didalam pinggan. Dia menatap wajah anak bujangnya itu.

"Allah siapa ajar Adeeb ni? Mama ke hm? Mesti dulu mama nak bela tapi tak boleh. Sekarang mama suruh Adeeb mintak nak bela, ingat babah taktahu ke? No no tak boleh, cakap dengan mama tak boleh." kata Zarith.

Ya dia tahu ini angkara si isteri. Dulukan dia mengidam mahu bela kambing tetapi tidak boleh, jadi sekarang dah ada Adeeb dia suruh pula Adeeb yang mintakkan. Bijakkan seorang Areysa Medina?

"Cakap dengan mama, babah tak kasik bela kambing. Kalau mama nak juga, meh sini babah ngandungkan mama lagi." bebel Zarith pada anaknya. Manakala Adeeb sudah terkebil-kebil memandang babahnya.

Kau fikir apa Zarith? Ingat anak kau ni faham ke? Adoi.

"Dah sekarang ni Adeeb makan dulu." suruh Zarith. Adeeb nak taknak kena makan juga. Sebab perut dia dah lapar!

Dia bangun je dari tidur tengok ada babah je, mama sudah pergi shopping dengan aunty Fin. Beli barang baby untuk anak aunty Fin yang ke 3.

Adeeb membuka mulutnya. Zarith tersenyum. "Good boy, macam ni lah anak babah. Nanti babah belanja Adeeb toys nak?"

Laju sahaja Adeeb menganggukkan kepalanya dan tersenyum. "Kalau nak toys, kena makan. Sian Adeeb kena tinggal dengan mama. Takpe, nanti kita pergi healing tinggalkan mama tau." tutur Zarith sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut Adeeb.

Zarith mencubit lembut pipi anaknya. Memang copy paste pipi Areysa. Pipi jelah ikut si Areysa, yang lain ikut Zarith.

Jadi takyah buat DNA memang dah tahu anak Zarith. Haha.

Zarith mencari dimana keberadaan anaknya. Ya anaknya buat hal pula masa mahu mandi. Memang ada masanya kot anaknya meragam tak mahu mandi.

"Adeeb Zahran! Jom mandi! Nanti kalau tak mandi, mama balik, mama bising tau!"

"Nanti bisingnya bukan dekat awak, tapi babah." beritahu Zarith lagi.

Ya, Areysa memang suka salahkan dirinya sekarang. Sekarang Areysa pun dah jadi mummy singa. Salah sikit je, mengaum satu rumah.

Zarith berjalan kearah ruang tamu apabila dia mendengarkan ada suara. Dia menggelengkan kepalanya sahaja.

Dia melihat Adeeb yang sedang menonton cartoon tanpa memakai baju.

Sebenarnya tadi time Zarith sudah membuka baju si budak ketot tu, dia ada panggilan jadi dia tinggalkan lah si ketot ni kejap. Bila dah habis call dia datang balik, ketotnya hilang.

Bila dicarinya la depan tv. Hm.

"Adeeb sayang, jom mandi." ajak Zarith dengan lembut. Dia melaburkan punggungnya disofa.

"Adeeb mandi sayang." ajak Zarith lagi sekali sambil mengangkat tubuh anaknya dan didudukkan diribanya.

"Nanak."

"Jomlah."

"Nanak."

"Jomlah."

"Nanak."

"Nanak." Zarith mengulang perkataan anaknya.

"Jomlah babah."

Zarith tertawa halus. Alahai memang comel lah anaknya. Macam mamanya.

Zarith mendukung tubuh Adeeb dan dibawa kedalam kamar mandi untuk memandikan anaknya.

Setelah beberapa minit didalam kamar mandi Adeeb selesai membersihkan diri. Zarith sudah menyelesaikan kerjanya iaitu memandikan Adeeb dan menyiapkan anak lelakinya.

"Hm wangi dah anak babah ni." Zarith mencium pipi anaknya. Adeeb tertawa.

Mereka berjalan kearah ruang tamu. Mereka menonton tv bersama-sama. Tengok cerita cartoon kegemaran si Adeeb.


Areysa menolak pintu rumahnya dari luar. Dia berjalan masuk kedalam. Terhenti langkahnya apabila melihat anak dan suaminya tertidur di ruang tamu.

Maklumlah dia balik time asar. Taktahu apa yang dibeli.

Dia berjalan kearah heronya. Dia menguak rambut Adeeb kebelakang. Berpeluh dahi anaknya. Mungkin baru lepas bermain.

Kemudian dia beralih pada suaminya. Sama juga, berpeluh dahinya.

Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah dapur untuk meletakkan beberapa makanan yang dibeli tadi.

Terkebil-kebil Areysa memandang kearah dapur rumahnya. "Zarith Adham!" jerit Areysa.

Apabila terdengar jeritan itu, laju sahaja Zarith dan Adeeb bangun dari tidurnya. Dia berlari kearah isterinya manakala si Adeeb terkedek-kedek berlari kearah mama dan babahnya.

"Apa semua ni abang?" soal Areysa dengan dingin. Zarith sudah menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Tadi Eysa tinggalkan bersih tau dapur ni. Kenapa sekarang Eysa balik dah jadi tongkang pecah pula? Jawab." suruh Areysa sambil menyilangkan tangannya didada.

Adeeb dan Zarith mendiamkan dirinya.

"Jawab Zarith Adham bin Tuan Arel. Dan mama pun nak dengar dari mulut Adeeb Zahran bin Zarith Adham."

Adeeb memandang wajah mamanya. Dia mencebikkan bibirnya. "M-mama." ingin nangis suara anak lelakinya.

"Jawab."

"Sayang, jangan marah Adee–"

"Jawab soalan Eysa." mereka terdiam kembali.

1

2

3

Selama 3 detik itu mereka tidak menjawab. "Okay, fine kalau taknak jawab. Mama nak korang kemas dapur ni macam sedia kala. Kalau tak, jangan cakap dengan mama lagi. Dan jangan nak cium mama."

Areysa berjalan kearah depan.

Adeeb memandang babahnya dan Zarith memandang anaknya. "Macam mana ni Adeeb?"

"Taktahu." perlahan sahaja suara anak kecil itu.

"Nak taknak kena kemas lah sayang. Jom, siapa buat sepah? Kitakan yang sepahkan, jadi kita yang kena kemas."

Adeeb menganggukkan kepalanya dan mengikuti sahaja babahnya mengemas dapur.

Memang malamni di memujuklah si isteri. Ya si Eysa dah turn on kan mood merajuknya, jadi payahlah. Sejak jadi mak ni, bila dia merajuk payah naw nak pujuk. Hm.

Try hard sikit Zarith nak pujuk si intan payung kesayangan tu.

Hi! saya nak cakap yg sy nk att korang hari ii! Hehe. bestla dpt att dri korng, hihi. bye! tu je nk ckp

Continue Reading

You'll Also Like

225K 8.6K 65
š‡šˆš‹šŒš€š šˆš’š€š€š‚ ššˆš‚šŠ & š“š”š€š šš”š‘ š€šŒšˆš‘š€š’š‡ š—š€ššƒš„š‘ "š•Žš•šš•š• š•’š•š•Øš•’š•Ŗš•¤ š•“š•– š•Ŗš• š•¦š•£ š•”š•£š• š•„š•–š•”š•„š•šš• š•Ÿ, š•„š•£š•¤ ā„•š•š...
214K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...
937K 82.4K 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap wak...
77.4K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...