I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

361K 15.9K 731

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 28

5K 222 9
By singlelove_

High Luxury

Setelah dua minggu Raja Dylan bercuti. Hari ini, dia kembali masuk ke office.

'Tok tok tok'

Pintu bilik kerjanya diketuk dari luar. Melaung suara Raja Dylan memberi izin untuk masuk. Terbuka pintu bilik pejabatnya tatkala dibuka seseorang.

Raja Dylan mengangkat wajahnya dari terus menunduk memandang fail. Kelihatan Juwita melangkah masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya berserta dengan senyuman manis.

"Hai, Dylan." Tegur Juwita dengan mesra.

"Hai." Balas Raja Dylan mendatar.

Tanpa disuruh, Juwita dengan selamba melabuhkan duduknya di atas kerusi yang berhadapan dengan Raja Dylan. Riak wajahnya masih kekal tersenyum dan langsung tidak gerun dengan reaksi yang dilemparkan Raja Dylan buat dirinya.

"Lama you cuti. You pergi mana? Azli cakap you cuti sebab ada urusan family. Holiday?" Tebak Juwita. Tapi tebakannya sangat lah salah.

Dia memang bercuti sebab urusan keluarga. Tapi bukan 'holiday' seperti sangkaan Juwita. Holiday disebabkan benda lain. Holiday yang cukup membahagiakan Raja Dylan.

"Hm. But not that 'holiday'." Balas Raja Dylan. Sengaja ditekan perkataan holiday tersebut.

"Not that holiday? What do you means?" Soal Juwita ingin tahu.

"Aku cuti kahwin." Jujur Raja Dylan tanpa bengkang-bengkok.

Terdiam kaku Juwita mendengar perkara tersebut. Cuti kahwin? Jadi selama ni Raja Dylan sudah pun bernikah? Dengan perempuan lain?

Bukan sebelum ni Raja Dylan kata dia baru saja bertunang?

"Ce-cepatnya. You tak rasa awal sangat ke? Y-you dah lama kenal dengan wife you?" Rasa berat mulutnya ingin bertanya tentang berkenaan isteri Raja Dylan.

"Alhamdulillah. Bercinta selepas menikah lebih bahagia. Aku dan isteri aku saling mengenali selepas menikah." Jawab Raja Dylan seraya tersimpul senyuman kecil.

Terpana Juwita melihatkan senyuman Raja Dylan. Tidak pernah dia melihat senyuman Raja Dylan. Walaupun sekadar senyuman nipis.

Raja Dylan selalu menayangkan riak beku pada dia. Susah sekali Juwita ingin melihat jejaka ini tersenyum begini.

Tapi senyuman itu.. bukan kerananya melainkan senyuman itu kerana wanita lain. Isteri Raja Dylan yang mampu membuat jejaka dingin ini tersenyum.

Sakit hati Juwita. Terasa bagaikan ditusuk-tusuk menggunakan pisau yang tajam. Hatinya seperti dilumat hancur tanpa ada satu pun yang tersisa.

"Bi-bila you nikah?" Soalnya lagi.

"Dah dua minggu aku nikah. Ni kau nak apa datang sini?" Jawab Raja Dylan selari menukar topik.

Dia agak kurang senang untuk bercakap tentang rumah tangganya. Kebahagiaan yang dikecapi selepas menikah ini, biarlah dia saja yang tahu bagaimana rasanya. Hanya Raja Dylan dan Dahlia.

"Oh. I.. i nak ajak you lunch. You free?" Ceria wajah Juwita. Bahkan Raja Dylan dapat melihat wajah yang penuh berharap dari Juwita.

"No. Aku ada kerja. Lagipun nanti isteri aku datang bawa bekal lunch untuk aku." Balas Raja Dylan tanpa ada rasa bersalah apabila melihatkan wajah mendung Juwita.

Bagi Raja Dylan, Dahlia keutamaan dia. Dahlia isteri dia. Hati dan perasaan isterinya lebih utama berbanding Juwita yang entah siapa-siapa ini. Langsung takda kena-mengena dalam hidupnya. Hanya sekadar kenalan biasa sahaja yang tanpa diduga menjadi rapat.

"Sekejap pun takkan tak boleh? Please.." Merayu Juwita. Dia susah-payah datang untuk mengajak Raja Dylan makan tengah hari bersamanya.

Tetapi, Raja Dylan dengan selamba badak boleh menolak ajakannya.

"Juwita, aku rasa kau tak pekak lagi kan? Dan kau faham apa aku cakap tadi?" Ketus Raja Dylan kerana tidak suka dengan sikap memaksa Juwita.

Raja Dylan bukannya seorang yang penurut sampai hendak mendengar kata orang lain selain dari Puan Sri Hasrita dan Dahlia. Hanya dia orang wanita ini saja yang dapat memberi arahan dan langsung di ikuti oleh Raja Dylan.

"T-tapi.. I dah lama nak lunch dengan you."

"Aku suami orang. Tak malu nak keluar dengan suami orang? Kau nak orang mengata pasal kau ke?" Juwita mengemam rapat bibirnya.

Haih. Kalau dah begini lah gayanya. Memang dia takkan dapat keluar bersama dengan Raja Dylan. Lagipun kau tak pernah keluar berdua dengan Raja Dylan, Juwita. Raja Dylan tak pernah beri kau peluang untuk tembus masuk ke dalam hatinya.

Walaupun sekali. Sikit ruang pun dia tak bagi pada kau.

Sadis!

"Takpa lah. I keluar dulu." Sejurus itu, Juwita bingkas bangun dari duduknya dan berlalu pergi dari ruangan bilik pejabat Raja Dylan.

Sepanjang kakinya melangkah untuk keluar dari bilik kerja Raja Dylan. Juwita berharap agar Raja Dylan memanggilnya dan mengajaknya untuk keluar makan tengah hari bersama.

Tetapi Raja Dylan buat tidak endah saja. Bahkan lelaki itu boleh buat tidak tahu dan menyambung kerjanya semula.

Baru saja Juwita mahu memegang tombol pintu, pintu tersebut dibuka dari luar. Terhenti langkah Juwita tatkala melihat ada seorang wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

Raja Dylan mengangkat kepala untuk melihat ke arah pintu. Tersungging senyumannya apabila melihat sang isteri sudah sampai.

"Hai, sayang." Bingkas Raja Dylan bangun dan berjalan mendekati Dahlia sambil menyinsing lengan baju sehingga siku.

Semakin terdiam Juwita. Jadi.. wanita di hadapannya sekarang ialah isteri Raja Dylan?

"Hai, abang." Sapa Dahlia semula. Selepas itu, Dahlia berpaling memandang Juwita.

"Sayang, kenalkan ni Juwita. Kawan abang." Mengangguk Dahlia. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Juwita.

Juwita melihat perlakuan Raja Dylan. Dekat saja, terus Raja Dylan memeluk isterinya dan dicium dahi Dahlia.

Makin terbakar hati Juwita. Tapi dia boleh buat apa? Dia tak boleh buat apa-apa. Lelaki ini bukan hak dia. Dan bukan sesiapa.

"H-hai. I Juwita." Juwita menghulurkan tangannya.

"Dahlia." Dahlia menyambut huluran tangan Juwita.

"I balik dulu. Have fun. And.. congratulations on your marriage." Sejurus itu, Juwita terus berlalu keluar tanpa mendengar balasan dari Dahlia atau pun Raja Dylan.

Pelik Dahlia melihat tingkah Juwita. Dengan riak wajah yang seakan masam. Senyum pun macam terpaksa.

"Kawan.. abang tu kenapa?" Soal Dahlia.

"Entah." Raja Dylan mengangkat kedua bahunya. Padahal dia tahu. Tapi apa dia kisah? Raja Dylan tetap lah Raja Dylan.

"Jom duduk sana. Sayang nak berdiri depan pintu?" Berdecit Dahlia. Dicubit sedikit perut Raja Dylan.

Berdesis sakit Raja Dylan. Digosok perlahan perutnya. Berbisa weh cubitan ketam Dahlia ni.

Dahlia berjalan menonong tanpa menghiraukan suaminya. Raja Dylan mengekori langkah sang isteri.

Setelah itu, Dahlia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia ada di dalam bilik pejabat Raja Dylan. Tiba-tiba, Dahlia teringat yang dia pernah ke sini semasa dia menjadi tunang Raja Dylan.

Tersenyum Dahlia apabila mengingati waktu-waktu itu.

"Hei. Teringat apa?" Dicuit hidung Dahlia lalu dicium pipi Dahlia.

"Sayang teringat masa sayang pernah datang sini tapi waktu tu sayang masih lagi tunang abang." Mengangguk Raja Dylan. Dia menyandarkan badannya ke sofa dan ditarik Dahlia untuk bersandar padanya.

"You look beautiful, sayang." Puji Raja Dylan selari menghidu bau wangian yang terbit dari Dahlia.

Hidungnya sengaja digeselkan di pipi kanan Dahlia.

Dahlia melihat penampilannya. Dia hanya memakai baju cardigan putih, dress tank top dan berseluar loose jeans.

(Outfit Dahlia)

"Pakai simple macam ni pun abang kata lawa?" Laju kepala Raja Dylan mengangguk. Sebelah tangannya sudah melingkari pinggang ramping Dahlia. Dagunya diletakkan di atas bahu Dahlia.

"Sayang pakai apa pun cantik. Selalu cantik." Raja Dylan menyengetkan sedikit kepalanya untuk memandang wajah Dahlia dari tepi.

Berpaling kepala Dahlia memandang suaminya. Pusing saja, terus bibirnya menyentuh dengan bibir Raja Dylan. Terkelip-kelip mata Dahlia. Yang Raja Dylan pula hanya tersimpul senyuman.

Pantas Dahlia menjauhkan bibirnya dari bibir suaminya. Dia mengemam rapat bibirnya.

"Sweet. Sayang pakai lipbalm perisa strawberry ke?" Raja Dylan menjilat bibir bawahnya.

"Hm." Memerah wajah Dahlia. Dah macam baru lepas kena panggang.

"Patut lah. Sweet macam sayang." Ujar Raja Dylan. Saja nak mengusik. Dia suka melihat wajah kemerahan Dahlia. Nampak cantik sangat.

Terus Dahlia duduk berjauhan dengan Raja Dylan. Pelukan Raja Dylan pada pinggangnya pun turut dilepaskan. Dahlia duduk betul-betul di hujung sofa. Tak nak duduk dekat dengan Raja Dylan.

Terletus tawa Raja Dylan saat melihat tingkah si isteri. Sampai macam tu sekali.

"Jauhnya sayang abang duduk. Meh lah dekat sini." Raja Dylan menepuk perlahan ruang di sebelahnya.

Tetapi Dahlia laju menggelengkan kepala tidak mahu. Wajah Raja Dylan langsung tidak dipandang. Nak kena hempuk ke? Dah lah Raja Dylan kalau dekat office bukan main hensem.

Ini pun jadi satu punca kenapa Dahlia rasa malu sampai pipi jadi merah. Sebab suami dia hensem. Dahlia malu nak pandang.

Bila mendapat balasan seperti itu. Raja Dylan yang berganjak mendekati Dahlia. Tapi Dahlia lagi pantas. Bingkas Dahlia bangun dan bergerak menjauh dari suaminya.

Tercengang Raja Dylan dibuatnya. Terkedip-kedip matanya memandang isterinya dengan riak tidak percaya.

"Sayang.." Merengek manja Raja Dylan memanggil sang isteri.

Tapi Dahlia hanya buat tidak endah. Dia justeru berjalan menuju ke cermin besar yang dekat dengan meja kerja Raja Dylan. Dipandang pemandangan luar yang megah dengan bangunan-bangunan tinggi serta jalan raya yang sedang sibuk dengan banyak kenderaan.

Kagum Dahlia melihat pemandangan dari atas. MasyaAllah. Cantik sangat. Indah.

Terhinjut kedua bahu Dahlia apabila pinggang dipeluk dari belakang. Bahu sebelah kirinya pun berasa berat.

"Sayang ada merajuk dengan abang ke?" Berkerut dahi Dahlia. Bila masa pula dia merajuk?

"Mana ada." Jawab Dahlia.

"Dahtu? Kenapa jauh-jauh dari abang? Tak sudi nak dekat dengan abang lagi?" Dahlia tidak menjawab. Dia memusingkan tubuhnya menghadap sang suami.

Selepas itu, kedua tangannya naik mengusap pipi Raja Dylan. Dipandang hangat wajah suaminya.

"Abang suami sayang. Takkan lah sayang tak sudi. Sayang cuma malu je tadi. Itu yang.. sayang mengelak. Abang jangan lah ambil hati." Pujuk Dahlia dengan lembut.

Dada Raja Dylan diusap dengan lembut bagaikan sedang memujuk.

Raja Dylan diam merenung sekejap serata wajah cantik Dahlia. Sesudah itu, dikucup sayang dahi Dahlia lalu dipeluk isterinya dengan erat.

"Abang rindu lah. Bagi abang peluk sayang. Hari ni sayang masak apa?" Kata Raja Dylan selari menyoal.

Dahlia membalas pelukan erat suaminya.

"Masak nasi goreng seafood yang macam abang minta pagi tadi lah. Abang kata nak makan tengah hari kan? Jadi sayang masak lah. Abang nak makan yang lain ke?" Risau pula Dahlia jadinya.

Suami dia ini tiba-tiba tukar fikiran nak makan makanan yang lain ke? Kenapa tak cakap awal-awal?

"Takda lah. Mana tahu sayang masak lain. Saja je abang tanya." Dicium ubun-ubun Dahlia.

"Nak makan sekarang?" Soal Dahlia selari mendongak merenung suaminya.

"Sekejap lagi lah. Abang nak peluk sayang puas-puas dulu." Tutur Raja Dylan. Dahlia akur jua.

Setelah itu, mereka berdua saling berpelukan sambil memandang pemandangan yang terhias di hadapan mata sambil mengagumi ciptaan Allah.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

337K 10.8K 58
[ COMPLETED AND UNEDITED ] Shakia Melendez was a model student, a model sister, and a fighter. Her world revolves around her two siblings, the only...
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
904K 18K 30
Desperate to protect his sister from further harm, Alec makes a shocking proposition to his best friend, Dustyn Franco: marry Tamara to keep her safe...
9.6M 654K 82
[ BOOK 1 OF AZITERA: YTHER'S QUEEN ] Consumed by avarice, the four human kingdoms-the Infernal Empire, the Kingdom of Caelum, the Kingdom of Treterra...