Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 296 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30

Bab 28

25 3 18
By atikah_ayuni

Bunyi cengkerik menendang gegendang telinganya. Lama dia bersujud, dengan perlahan kepalanya diangkat, melihat sekeliling yang dipenuhi dengan pokok - pokok besar dan akar - akar yang menjalar.

Aku dimana?

Zara melihat ke kirinya untuk mencari makhluk tadi, tiada! Ke manakah dia pergi?

Beberapa saat, Zara berusaha untuk menghadam dengan situasi yang baru sahaja dia alami, telinganya di sapa dengan bunyi daun dan anak ranting dipijak oleh sesuatu.

Zara menoleh..

"Apa yang kamu lakukan disini, wahai wanita?" Seseorang yang menutupi seluruh tubuhnya dengan kain putih yang menawan, pagai kan gaun pengantin. Meskipun hanya dua biji matanya sahaja yang dapat dia lihat.

Wanita itu sungguh menawan di mata Zara, apatah lagi melihatnya memegang seekor kuda putih yang sangat tegap tubuhnya.

Perlahan-lahan Zara berdiri dan berdepan dengan wanita itu.

"Sa.. Saya tak tahu saya dimana, cik boleh bantu saya?" Zara berkata sopan.

"Untuk apa aku membantu kau, sedangkan kau adalah hamba yang terlaknat?" Kelihatan mata cantik wanita itu dijegil ke arahnya.

Zara menunduk, kedua tangannya digenggam sesama sendiri, "Saya ingin bertaubat, tolong bantu saya cik." Kata Zara separa merayu.

"Setelah kau nikmati maksiat, baru kau hendak menyesal?" Wanita itu berlalu sambil menarik kuda ya bersama.

Zara mengikuti wanita itu perlahan.

"Tolonglah cik, saya merayu.. Saya tak nak masuk neraka." Dengan mendadak langkah wanita itu terpaku, dia menoleh memandang Zara dengan pandangan yang tajam.

"Jadi kau ingin bertaubat hanya kerana kau takut akan neraka!? Bukan kerana takutnya kau kepada pencipta Mu!? Sungguh kau! Tidak layak untuk mu mendapatkan keampunan dariNya." Wanita itu kembali melangkah.

Zara tersentak.

Apabila tersedar yang Zara tidak lagi mengikutinya, pantas dia menoleh.

" Marilah, ikut ku. " Wajah Zara yang tadi muram kini sedikit menyinar apabila mendengar pelawaan wanita itu.

Hampir 20 minit mereka berjalan akhirnya mereka sampai juga di rumah wanita tadi.

Zara yang melihat sebuah rumah yang dindingnya diperbuat dari buluh dan atapnya ditutup oleh daun pelepah, sangatlah naif namun masih terlihat menawan, seperti tuan rumahnya. "ini rumah cik ke?"

Wanita itu menoleh."Masuklah." Jawab wanita itu sepatah.

Zara menjejakkan kakinya kedalam, dekorasi didalamnya sungguh mengagumkan.

"Jika mahu berehat, tidurlah di sini." Wanita tadi menunjuk satu alas tikar mengkuang yang bersaiz single bed yang berada di tepi dinding rumah.

Zara hanya tersenyum, matanya masih meliar memerhatikan segenap hiasan di dalam rumah itu.

"Jika mahu makan, pergilah ke dusun aku, di situ terdapat pelbagai pokok buahan yang ranum." Wanita itu keluar semula dari rumah untuk memberi makan kudanya.

"Ermm boleh saya tahu nama cik?" Zara menggosok-gosok telapak tangannya.

"Rabiah." Jawab wanita itu dingin.

Zara menangguk, "Nama saya Zara, Idalya Az-Zahra." Wajah Zara tersenyum manis.

"Az-Zahra bermaksud putih bersih, tapi tidak dengan hatimu, hitam pekat." Wanita itu menjeling lalu berlalu pergi.

Zara menunduk, melihat kedua kakinya, kesan Lumpur dan luka bekas ranting tajam, baru dia sedar, sedari tadi dia berjalan tanpa berlapik kan alas di kakinya.

Perlahan-lahan air matanya jatuh menyembah bumi." Aku pendosa ya Allah, aku penzina. Aku memang layak dihina begitu, beri aku peluang untuk merasai hidayah cintamu." Sekali lagi air mata Zara jatuh apabila teringat akan segala dosa yang telah dia buat.

Lama wanita bernama Rabiah itu meninggalkannya, perut Zara mula berdendang lagu merdu. Tanpa berlengah Zara keluar dari rumah lalu menuju ke kebun yang di perkatakan kepadanya tadi.

Masuk sahaja ke kawasan kebun, Zara terpegun.

"subhanallah, indahnya." Pokok-pokok besar yang berdiri gah mengikut barisan masing masing, dedaun hijau tidak dapat memunculkan diri, dikeranakan tumbuhan berwarna merah banyak menghimpitnya. Di sebelah kirinya pula terdapat pokok-pokok pendek yang menubuhkan tumbuhan berwarna ungu.

"MasyaAllah. " Tanpa berlengah, Zara mengutip buahan berwarna ungu tadi lalu di letakkan di atas bajunya yang sudah dia lipat seperti mangkuk.

Zara duduk berteduh di bawah pokok besar tadi lalu menikmati buah itu dengan rakus.

"Sungguh rakus sekali, seperti anjing kelaparan." Rabiah muncul di hadapan Zara sambil menyinis.

Zara tersentak dan segera berdiri. "Maafkan saya cik rabiah, saya lapar sangat tadi." Zara menunduk.

"Aku kan sudah mengizinkan kau untuk memakan tanaman aku tadi, maka ianya tidak haram bagimu untuk memakannya." Rabiah berlalu, namun ketika melintasi Zara, lusannya sempat berkata, "Perbuatan yang halal bagimu untuk melakukannya, kau merasa bersalah sehingga tertunduk padaku, namun ketika kau melakukan perkara haram, tidak pula kau merasa bersalah dan kembali bersujud pada Penciptamu."

Sekali lagi kata-kata wanita itu bagaikan belati tajam yang menikam tangkai hati Zara berkali-kali.

Masuk sahaja di dalam rumah, Rabiah sudah menghidangkan dua keping roti bersama kuah yang berwarna putih.

" Sini makan bersama ku. " pelawa Rabiah kepada Zara yang sedang berdiri di ambang pintu.

Zara mendekat kemudian bersimpuh di atas tikar mengkuang, ada dua roti sahaja.

"Kenapa renung makanan? Tidak cukup?" Soal Rabiah sambil merenung wajah Zara.

Zara pantas menggeleng. "Bukan! Jika saya dapat separuh daripadanya pun sudah memadai." Zara menunduk lagi.

"Huh, jangan berlebihan untuk menyembunyikan sesuatu kemahuan kau, takut jatuh munafik, jika tidak cukup katakan saja tidak cukup, jika terlalu banyak katakan saja." Wanita itu mengambil satu roti yang berbentuk bulat lalu diletakkan kedalam pinggan Zara lalu menuangkan kuah berwarna putih tadi di atas roti tersebut.

Rabiah membuka penutup wajahnya, Zara terpana. Ya Allah, adakah di hadapannya ini bidadari syurga? Sungguh indah ciptaan Mu, wajah Rabiah putih kemerahan, kulit wajahnya juga bersih tanpa noda sedikit pun. Seolah-olah seperti kulit patung. Sungguh Zara terpana.

" Waktu dulu kau terlalu taksub untuk memperlihatkan diri kau adalah wanita solehah, sehingga kau memendam segala hawa nafsu, sehingga satu saat kau tidak lagi mampu menahannya, lalu dia memberontak di dalam hati kau, sebab itu kau melakukan dosa yang paling keji. Seolah-olah kau tidak pernah beriman sebelum ini. " Menunduk sekali lagi, Zara menangis mengenangkan dosanya

Masing - masing menyantap makanan tanpa mengeluarkan bicara lagi, Zara masih tersedu sambil berusaha menghabiskan sekeping roti, perit tekaknya menelan setiap satu cubitan, perit mengenang kembali dosa yang telah di lakukan.

"Kau mahu dengar syair yang aku karang? Dan syair ini sering aku berkata setiap selesai solat. " Rabiah bersuara.

Zara mengangkat wajahnya kemudian mengangguk sekali.

"Ya Allah, apapun kurniaMu di dunia ini, aku tidak memandangnya, berikan saja kepada musuh-musuh Mu. Dan apapun kurniaMu di akhirat kelak, aku juga tidak memerlukannya, berilah kepada kekasih-kekasihMu." Zara memandang pelik ke arah Rabiah.

"Jika ibadah ku ini hanya kerana aku ingin ke syurga, maka tutuplah semua pintu syurgaMu buatku. Dan jika ibadah ku ini hanya kerana aku takut akan nerakaMu, maka Kau lempar lah aku kedalamnya." Syair ini! Sungguh Zara kenal dengan syair ini. Syair yang sangat popular dari srikandi islam, bernama Rabiatul adawiyah. Wanita yang sangat mencintai Allah dan Rasul nya.

"Tapi jika ibadah ku kerana aku rindu kepadaMu ya Allah. Maka jangan sesekali kau paling kan wajahMu dariku." Selasai berkata, Rabiah paling kan wajahnya melihat Zara. Zara menangis sekali lagi, hatinya tersentuh.

Keranapa aku tidak sedar selama ini ya Allah?

"Aku ingin kau fikir semula, apa tujuan ibadah yang kau kerjakan selama kau hidup di dunia. Adakah cinta yang kau hulurkan kepada Ilahi benar-benar ikhlas ataupun kerana pujian dan syurga semata-mata?" Rabiah bangun lalu mengemas sisa makanan, termasuklah pinggan makanan Zara.

Zara melangkah ke arah sekolah sambil memagang tasbih digitalnya ataupun sahabat karibnya.

" MasyaAllah! Bidadari syurga dah sampai." Zatie menerpa ke arah Zara.

" ish awak ni, terkejut saya tau." Zara menggosok dadanya akibat terkejut.

"herm, kau dah hafal hadis yang ustazah suruh hafal tu?"

"Mestilah, sebelum ustazah suruh lagi saya dah memang hafal." Zara tersenyum

"Yelah, aku lupa. Kau kan bidadari." Zatie tersengih.

"Zara, mari bacakan hadis yang saya suruh hafal kelmarin." Di dalam kelas, waktu pembelajaran pertama. Selesai sahaja mengambil kedatangan, guru subjek pendidikan islam kelas 5 Arif menggamit Zara ke hadapan kelas.

Zara bangun dan menuju ke hadapan sambil tersenyum manis.

" Rasulullah bersabda:"sebaik baik nya wanita itu adalah jika engkau memandangnya,dia mmbuat mu bahagia.jika engaku memerintah nya,maka dia taat pada perintah mu. Dan jika engkau pergi, maka dia akan menjaga harta dan dirinya." Selesai membaca hadis dalam bahasa Arab dan terjemahan, suara lelaki kuat bersorak.

"uuu, Zara lah tu perempuan macam tu. "

" Siapalah jadi suami Zara kan? Untungnya dapat bidadari."

"Dahlah cantik, solehah pulak."

"Hati aku cair!"

"Zara, tunggu saya masuk meminang awak!"

"Razim! Mengada ya kamu, dah, Zara pergi duduk. Terima kasih." Wajah Zara meronda merah akibat dipuji oleh lelaki-lelaki rakan sekelasnya, dia menunduk sedikit lalu kembali ke tempat duduknya semula.

Zara rasa bangga dengan dirinya, dia suka hidup didalam dunianya, tiada masalah. Disayangi oleh ramai orang.

Pergilah mandi, sudah masuk waktu Zohor." Suara Rabiah menyentakkan lamunannya.

Selesai mengaminkan doa, Rabiah berpaling kepada Zara yang masih lagi tidak berhenti tersedu.

"Cik, apa yang saya telah lakukan sepanjang hidup saya? Saya ingatkan dosa zina sahaja yang telah saya buat. Tapi sebenarnya lebih banyak, saya riak. Saya riak dengan nikmat yang Allah keruniakan pada saya. Saya pandang sinis pada orang yang tidak ada didikan agama." Zara teresak, serta merta fikirannya terbayang kan kata-katanya pada Aini dulu.

" Ya Allah! Aku bertaubat ya Allah, aku datang ya Allah. Aku datang kembali kepada Engkau ya Allah pandanglah aku semula ya Rabb!" Zara menangis semah-mahunya.

" Kau mahu mendengar tentang baiknya Allah?" Rabiah mengangkat dagu Zara supaya memandangnya, dia perlahan-lahan mendekat lalu mendakap tubuh Zara.

"Aku berlari kepadamu apabila kamu memanggil ku." Rabiah berbisik lembut di telinga Zara

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah." Tangisan Zara semakin menggila.

"Allah tak perlukan kita ... kita perlukan Allah.."

"Zara, Allah tidak membenci mu, dan saya juga tidak membencimu." Rabiah meleraikan pelukannya lalu memandang Zara dengan senyuman yang sangat manis.

"Kembalilah, masih ada peluang buatmu." Rabiah bangun lalu mengangkat tubuh Zara.

Dia mendorong Zara ke ambang pintu.

"Pergilah, tugas ku sudah selesai." Zara menggeleng.

"Saya mahu terus tinggal bersama cik." Mata yang sembab sedaya upaya diluaskan supaya dapat menatap wajah indah di hadapannya.

Rabiah hanya tersenyum, dia terus menolak Zara keluar dari rumahnya. Zara yang terus didorong tanpa sedar sekali lagi dia terjatuh ke dalam lubang yang amat dalam. Zara hanya diam, tiada lagi rontaan. Air matanya terus mengalir.

Perlahan-lahan Zara menutup matanya.

Terasa tubuhnya mendarat di atas tilam yang empuk, dia membuka semula matanya. Memandang sekeliling.

"Waalaikumusalam." Zara menoleh ke arah punca suara.

"Raqib!" Mata Zara membulat, itu aku!

Raqib stop!" Zara mendekat pada dirinya lagi yang sedang duduk di birai katil.

Zara teringat peristiwa ini, waktu pertama kali dia memohon bantuan dari Raqib "Awak ni kan makin di halang makin menjadi-jadi."

"Dah alang-alang awak call ni, ada benda saya nak bagitahu"

"Bukanlah!"

"apa syaratnya?" Syarat! Syarat inilah yang membuat dia jatuh ke dalam maksiat, Zara mendekat pada dirinya. Di renung wajah itu.

Ada senyuman terbit selepas menamatkan panggilan. Zara menggenggam penumbuknya, baru sekarang dia sedar betapa bodohnya diri dia ketika ini.

Sekali lagi tubuh Zara seperti ditolak sehingga dia terjatuh semula kedalam lubang yang dalam.

Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Dia masih belum faham.

Buka sahaja mata, dia berada di tempat lain pula.

"Raqib!" Zara melihat dirinya yang sedang berlari mengejar seseorang.

"Saya minta maaf okey? Awak jangan macam ni. Saya tak sengaja. Saya janji, saya takkan buka lagi soal family awak." Zara turut berlari mengikuti dirinya.

"Saya cintakan awak! Dari dulu sehingga ke saat ini. Hati saya hanya pada awak. Awak cinta pertama saya, Raqib...

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan awak. Saya pernah cuba untuk luahkan pada awak dulu. Tapi awak dah takda, awak pergi macam tu saja. Saya ingatkan bila kita tidak berjumpa, saya mampu untuk lupakan awak. Tapi saya silap..

Selepas pertemuan pertama kita di cafe haritu, jantung saya semakin berdetak hebat. Sekali lagi saya jatuh cinta pada orang yang sama. Saya mohon pada awak. Tolong jangan seksa lagi hati saya? Izinkan hati saya untuk terus mencintai awak." Zara memjam matanya.

Bodoh! Kau memang bodoh Zara. Sekali lagi dia jatuh.

Sekarang dia faham, apa yang sedang berlaku, mungkin Allah ingin menunjukkan betapa bodohnya diri dia dahulu.

Sekali lagi dia membuka mata. Dia berada di kawasan hotel.

Serta merta fikirannya teringat peristiwa hitam itu. Pantas dia berlari menuju ke bilik mereka.

Dia melihat dirinya sedang membuka pintu hotel sambil ditemani oleh Raqib di belakang. Dia nampak pandangan Raqib pada tubuhnya.

Terasa ingin meraung.

"Raqib, ada apa?"

"Sayangkan sakit, jadi bie ingat nak teman sayang dalam bilik ni. Boleh?"

"T..tak perlu kut, saya cuma nak berehat je. Baiklah ni nanti."

"It's okey sayang. I teman you." Zara memegang tangan Raqib supaya dapat menghalang dia dari masuk bilik itu, namun usahanya bagaikan sia-sia.

Zara menjerit bagai orang gila, memanggil diri sendiri supaya tidak membenarkan Raqib masuk. Belum sempat dia masuk kedalam, pintu hotel itu sudah ditutup rapat.

"Allah! Tolonglah, Zara bukak pintu ni! Ingat Allah Zara!" Zara mengetuk pintu hotel sekuat hati, lututnya goyah, dia jatuh melorot. Menjerit memanggil dirinya supaya tidak melakukan perkara jijik itu.

Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
3.1M 253K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
3.4M 144K 61
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...