Bab 24

47 6 18
                                    

  Puluhan manusia yang sedang bergembira di dalam bangunan itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Bunyi musik yang memekakkan telinga menjadi tagihan buat mereka.

"Ikram, aku nak masuk rumah. Mana kunci?" Pulang sahaja ke KL semalam, Raqib tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana terkunci.

Fikirnya, Ikram masih berada di Bali. Terpaksalah dia menyewa hotel untuk satu malam.

Bila ditelefon, tidak berangkat. Rumah pun masih tiada orang dan berkunci. Di mana lagi hendak dia mencari ikram jika tidak di kelab kepunyaan lelaki itu.

"Aku tak nak ada kena mengena lagi dengan kau, Raqib." Ikram santai meminum air bergas di meja bar.

"Apa masalah kau ni sekarang?" Raqib meramas-ramaskan rambutnya. Sumpah dia serabut, dengan penatnya tak hilang lagi.

Ikram bangun dengan kasar dari duduknya. "Kau tanya apa masalah aku?! Engkau tu masalah aku, bodoh!" Ikram menumbuk wajah Raqib sehingga tersungkur ke lantai kelab.

Raqib yang mula berang bangkit lalu membalas tumbukan itu. "Disebabkan betina tu, kau nak putus kawan dengan aku ke apa?!" Raqib menggenggam kolar Ikram.

"Sebab aku berperikemanusiaanlah, sial! Aku tak nak ada kawan perangai binatang macam kau!" Ikram menengking dan suaranya berjaya menenggelamkan bunyi musik yang memekik.

"Apa masalah kau ni, Ikram? Sebelum ni kita okey saja." Suara Raqib mula mengendur. Dia melepaskan cengkaman pada kolar Ikram.

"Memang sebelum ni kita macam ni! Tapi pernah ke sampai tahap kau rogol orang?! Aku pernah, Raqib, tapi kau tak pernah! Dan kau tak pernah sentuh perempuan berhijab. Kau kata apa dekat aku dulu? Kau cakap kau hormat perempuan macam tu." Bunyi musik telah pun dihentikan oleh DJ.

"Zara tu perempuan sucilah, bodoh! Apa yang kau dendam dengan dia?" Ikram menolak Raqib kasar.

"Kalau dia suci, dia tak akan serahkan diri dia bulat-bulat pada akulah."  Raqib tersenyum sinis.

"Takpelah, kalau kau tak nak anggap aku kawan kau dah. Aku boleh blahlah." Raqib merentap kasar tangan Ikram pada kolarnya.

Zara merenung keluar jendela, embun pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku.

Eh eh hshshs.

"Zara, keluarlah, dik. Dah dua hari kau terkurung tak makan. Kau nak mati ke apa? Kesianlah dekat abah." Yaya mengetuk pintu bilik adiknya.

Pakcik Mail menepuk bahu Yaya perlahan. "Adik tak keluar lagi?"

"Tak, abah. Ya tak tahu nak buat apa lagi, mana tahu adik pengsan ke?"

"Hermm takpelah, kalau dia rasa nak hidup, dia keluar. Abah nak pergi solat maghrib di surau." Pakcik Mail menyarung kopiah ke kepalanya.

"Baik, abah." Yaya memandang kembali pintu bilik adiknya. Dia mengeluh perlahan.

"Adik, aku ada masak harini. Nak makan, kau keluar."

Zara yang berada di dalam, menangis teresak-esak. Dia rindukan Raqib. Dia nak Raqib.

Kenapa Raqib pergi? Abah ke yang buat Raqib tinggalkan dia? Zara buntu, tak tahu macam mana nak kembali ke pangkuan Raqib. Seharian dia menangis, meratapi pemergian sang kekasih hati. Bagaikan orang gila.

Kuala Lumpur, dia perlu ke Kuala Lumpur. Zara nekad, dia nak Raqib.

Zara mengambil beg luggagenya yang masih belum dibuka dari dua hari lepas. Dia menyarung tudung sarung bersama baju kurung pada tubuh.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now