Bab 2

85 15 5
                                    

"Yeahh!!" Sekumpulan manusia yang berada di atas padang bersorak riang meraikan kemenangan yang baru sahaja mereka kecapi.

Seorang lelaki bermata coklat cair dilambung tinggi oleh ahli pasukannya berkali-kali.

Mereka mengangkat piala kemenangan dengan rasa bangga dan bahagia.

"Dude, we did it. Finally." Lelaki asal Scotland itu menepuk kuat bahu seorang lelaki yang memiliki mata coklat cair.

"Sakit sial." Tangan dahlah besar macam gajah. Nasib tepuk bahu. Kalau tepuk kepala tadi, dah lama aku bunuh laki ni.

"Sorry?" Lelaki Scotland itu mengerutkan wajahnya disebabkan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh lelaki tadi.

"Nothing, just calling you handsome." Senyuman pahit di tayang.

"Oh." Lelaki Scotland itu masih dibelenggu kebingungan.

"Ansey, come with me." Tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk perlahan bahu lelaki Scotland tadi untuk mengikuti langkahnya.

"Seem you still don't like that guy, man..." Tiba-tiba lelaki berambut blonde memaut bahu lelaki bermata coklat cair.

"Forever I'll not like him," jelingnya lalu pergi meninggalkan padang.



"Raqib, kau bila nak balik Malaysia ha?!" Nada wanita yang agak nyaring di hujung talian membuatkan lelaki itu mengeluh perlahan.

"Aku kerjalah, angel. Bukannya aku bercuti," katanya perlahan.

"Yelah tapi angel rindu." Biarpun tidak melihat muka si dia, tetapi lelaki yang bernama Raqib itu dapat membayangkan muncung yang terhasil dari bibir mungil milik wanita kesayangannya itu.

"Waktu aku dekat rumah tok ki dulu, kau tak rindu pulak."

"Siapa cakap! Setiap malam aku menangis tau."

"Yelah, nanti minggu depan aku balik," janjinya dengan penuh yakin.

Pasukannya telah memenangi piala FIFA yang diadakan pada pagi semalam dan mereka telah pun diberi cuti selama sebulan.

Jadi Raqib dapat meninggalkan dunia Scotland ini untuk seketika dan pulang ke pangkuan keluarganya.

"Oklah, kalau kau mungkir janji, Angel takkan mengaku kau sebagai abang lagi," ugut wanita di hujung talian.

"Amboi, main ugut ugut pula! Dahlah bahasa tu kasar. Ada ke patut cakap kasar-kasar macam tu dengan abang kau yang handsome ni. Cuba panggil aku abang, sejuk sikit telinga aku ni."

"Huh! Kita ni kembar tau. Takda masa aku nak panggil kau abang."

"Ok then, aku cau dulu nanti apa-apa aku bagitahu kau."

"Bye love u Raqib." Talian diputuskan tanpa membalas kata-kata adik kembarnya.

"Disgusting," gumamnya perlahan.



"Raqib!" Ketika Raqib sedang syok menarik luggage miliknya yang sebesar alam itu, dia dikejutkan dengan makhluk Allah yang tiba-tiba melompat ke atasnya dengan pantas.

"Rindunya." Perempuan itu memeluk erat tubuh Raqib sambil menggosok pipinya ke pipi Raqib.

"Turun, Angel." Tangannya menarik rambut ikal mayang Angel dengan kasar.

"Argh! Sakitlah, gila." Angel turun dari badan abang kembarnya.

Angel memilih untuk melancarkan serang balas dengan menarik kuat rambut Raqib semula.

"Ya Allah kembar ni, sudahlah tu. Kita ni dekat publik, bukannya dekat rumah." Wanita yang agak berusia tetapi masih terlihat elegan menegur tingkah laku kedua anaknya.

"Anak abanglah ni," sambungnya sambil menjeling lelaki di sebelahnya.

"Eh kita pulak yang dipersalahkan." Tidak boleh terima kenyataan apabila dirinya dipersalahkan tanpa sebab.

"Kau lepas sekarang."

"Tak nak! Kau lepas dulu rambut aku."

"Sudah!" Akibat jeritan yang sedikit nyaring, hampir semua umat manusia yang berada di airport memusatkan perhatian kepada mereka berempat.

Tanpa banyak kata, wanita tua itu terus melangkah keluar dari airport tanpa menoleh ke belakang lagi akibat malu yang teramat.

"Ha bergaduh lagi, dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah-ubah." Tergeleng kepala lelaki separuh abad itu.

"Kau lah ni, perempuan." Tanpa banyak kata Raqib melangkah membontoti langkah ayahnya dan meninggalkan adik kembarnya yang agak terpinga-pinga.



Bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan kaca menghiasi suasana dapur villa milik Tan Sri Rohaizat.

"Ibu..." panggil mereka serentak.

"Bagi aku cakap dulu, aku abang," pangkas raqib .

Angel hanya mampu menjeling kemudian menyumbat spaghetti ke dalam mulutnya.

"Ibu, daripada airport sampailah sekarang ibu tak peluk cium angah pun. Ibu macam tak suka je angah balik." Air mata mula bertakung di tubir mata jejaka kacak itu.

"Gembeng," gumam angel perlahan.

"Macam mana ibu nak peluk cium kamu? Kalau belum apa-apa kamu sendiri yang buat perangai, malu tau ibu dekat airport tadi, mana ibu nak letak muka ibu ni?"

"Kalau ada kenalan ibu dekat situ, memang sebulan ibu tak keluar rumah sebab diorang dapat tahu yang ibu ada anak tak semenggah macam kamu." Wanita itu membalas dengan bebelan yang panjang.

Geram sangat dengan perangai anaknya dua orang ni. Ingatkan bila dah berjauhan adalah perubahan sedikit, ini tidak, sama saja!

"Bukan angah yang mulakan, tapi si budak tu yang mula dulu." Raqib menjeling tajam angel yang duduk di sebelah ibunya.

"Tak perlu salahkan adik, angah. Adik cuma peluk kamu untuk lepaskan rindu, apa yang jadi masalahnya? Memang perbuatan Angel agak memalukan, tak patut dia buat macam tu dekat publik tapi kamu tak perlulah tarik rambut dia sampai macam tu." Puan Sri Rashirah menjeling wajah Angel di tepinya.

Nada wanita itu sedikit kendur apabila marahnya sudah reda dan hanya berniat untuk menasihati anak terunanya.

"Yelah, yelah. But still, ibu tak peluk angah lagi." Muncung itik ditayang.

"Jadi lelaki tu jangan mengada sangat boleh? Memalukan keturunan." celah suara asing di belakang Raqib.

                   To be continued
                               .
                               .
                               .

Pls give me feedback that's all I need. Whatever you think about my writing, just write on the comment section..

 Berhenti MencintaiOù les histoires vivent. Découvrez maintenant