Bab 13

52 8 24
                                    

   "Raqib, stop!" Keluar sahaja dari pintu pagar, Zara terus menerpa ke arah Raqib.

Raqib hanya tersenyum. Menandakan dia sudah menang.

"Awak nak apa sebenarnya ni, Raqib?" Zara melihat Raqib yang sedang tersenyum sambil bersandar pada motor.

Raqib mendekati Zara perlahan lalu merapatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

"I want you," bisiknya perlahan di hadapan wajah Zara.

Zara yang disergah begitu tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya terkaku.

"Jom, teman I pergi taman." Raqib menjauhkan kembali wajahnya.

"Saya tak naklah, awak tak faham ke? Awak pergi balik sekarang!" Zara menjeling Raqib. Dia memusingkan badan untuk masuk semula ke dalam rumah.

Pon!!!

Zara berpusing semula. Melihat Raqib yang sedang tersenyum sinis.

"Fine! Tadi awak cakap nak say something, jadi cakap je dekat sini. Tak perlu pergi taman."

"No, I nak kita pergi taman jugak." Raqib menghentak-hentakkan kakinya.

Zara terlopong melihat tingkah laku Raqib.

"Baiklah encik Raqib. Jadi sekarang ni silalah naik motor awak ya." Zara tersenyum lalu memusing ingin masuk ke dalam rumah.

"Eh you nak pergi mana pulak?"

"Nak pergi ambil kunci kereta lah. Kalau nak merempit sekali, saya takda motor. Saya merempit guna kereta je," seloroh Zara.

"Naik jelah motor dengan I," pelawa Raqib.

"Awak gila ke? Haramlah."

"Bukan I suruh you peluk I pun." Tanpa segan silu, Raqib menarik lengan Zara lalu dipakaikan helmet pada kepala gadis itu.

"Naik sekarang. Sebelum I dukung you, baik you naik," ugut Raqib apabila melihat Zara masih lagi terkaku di hadapannya.

Zara dalam keadaan paksa rela. Terpaksa juga memanjat motorsikal berkuasa tinggi itu.

Sepanjang perjalanan mereka, sedaya upaya Zara menggenggam sisi tepi tempat duduk belakangnya. Tapi semakin lama, pegangannya semakin licin.

Raqib ni pun satu! Cakap nak pergi taman aje. Ini dah keluar dari kawasan perumahan dah ni. Bawak laju pulak tu.

Abah! Zara takut. Macam mana kalau dia jatuh? Tapi takkan nak pegang Raqib pulak. Kau pun satu, Zara. Kenapa tadi kau tak masuk aje rumah ambil kunci kereta? Bawak kereta sendiri.

Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya, saya di dalam kesusahan.

Apabila Raqib menghentikan motornya, tidak semena mena tubuh Zara terdorong sedikit ke hadapan.

"Raqib! Berhenti! Saya nak turun!" Zara menjerit nyaring.

Disebabkan terkejut mendengar jeritan Zara yang tiba-tiba, akhirnya Raqib menghentikan motornya di tepi jalan.

Raqib terkejut melihat Zara yang sudah lencun dengan air mata. Dia turun dari motornya lalu berpaling ke arah Zara.

"Hey, what's wrong, sweetie?" soal Raqib, risau.

"Kenapa awak brake motor?" Zara tersedu-sedan.

"Kalau I tak brake, dah arwah kita, sayang."

"Saya benci awak! Cakap nak pergi taman, yang bawak saya pergi jauh-jauh ni kenapa?" Nasib baik dia dah siap-siap pakai handsock dengan stoking tadi.

"Tamanlah ni, tengok tu. Sikit lagi nak sampai, sabar eh?" Raqib naik semula ke atas motornya.

Sesampai di taman, Zara menjarakkan sedikit dirinya daripada Raqib.

 Berhenti MencintaiМесто, где живут истории. Откройте их для себя