Bab 22

42 8 20
                                    

Bunyi ketukan pintu dari luar menyentakkan lena Zara. Perlahan-lahan matanya di buka.

"Zara! Kau buat apa? Aku nak masuklah, aku nak terkencing ni gila!" Suara Qaisarah berjaya menyentakkan lena Zara.

Dengan gelabah Zara bangkit dari pembaringan. Kepalanya cuba untuk mengingati akan perkara yang telah berlaku.

Matanya melihat pakaian yang terdampar di atas permaidani hotel. perlahan-lahan tangan Zara naik menyentuh rambutnya yang mengurai.

Kepalanya memusingkan memori yang telah hilang sebentar tadi. Tangannya naik menekup mulut.

Dia tersentak apabila bahunya yang terdedah dicium oleh seseorang.

"Hye sweetie. Have a nice work out?" Suara serak basah seorang lelaki yang telah berjaya mengambil mahkotanya bergema di dalam gegendang telinga Zara.

"Aw..awak.. kit..kita dah salah ni. Kit..ta tak pat..hiks." Zara mula tersedu sedan.

"Shushh it's okey. I ada, I akan bertanggungjawab. Lepas balik dari Bali, kita terus balik Johor. Bawak bie jumpa abah sayang." Raqib menarik tangan Zara, lalu melabuhkan kucupan pada tangan putih gebu itu.

Zara memandang wajah Raqib yang sedang bergantung pada bahunya. Zara hela nafas panjang. Untuk menenangkan diri sendiri.

"Oi Zara! Cepatlah! Mana siot perempuan ni." Suara Qaisarah kedengaran sekali lagi dengan nada yang agak nyaring.

"Kau pergi lah turun bawah. Pergi toilet awam, bahlul." Suara Ikram juga kedengaran.

"Si Raqib ni pun takda ha. Diorang keluar dating bukannya nak bagitahu dulu. Dah lah acces card ada satu je." Rungut Ikram perlahan.

Raqib memandang wajah Zara semula. "Kita kahwin ya sayang?"

Zara hanya mengangguk.

Yaya yang sedang makan buah bersama colek buatannya, terkejut apabila melihat sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah abahnya.

Siapa pula yang datang ni? Mewah bethol kereta.

"Abah! Ada orang datang ni." Yaya menjerit memberitahu ayahnya yang sedang berada di atas rumah.

"Kak ya!"

"Ya Allah, adik aku!" Yaya berlari sampai terlompat-lompat kearah Zara yang baru muncul dibalik kereta mewah tersebut.

Mereka berpelukan. Raqib yang baru keluar dari kereta, membuka cermin mata hitamnya bersama senyuman semanis gula.

Yaya melihat gerangan lelaki kacak yang keluar dari perut kereta yang sama dinaiki oleh sang adik.

Mereka membalas senyum. Yaya berpaling semula pada adiknya sambil menyoal tanpa suara.

Siapa?

"Abah ada kak ya? Adik nak jumpa abah."
Zara tidak menjawab, sebaliknya dia menyoal kakaknya kembali.

"Ha ha abah. Ada, naik-naik. Mari encik?"

"Raqib."

"Ha raqib.mari naik encik Raqib." Yaya menarik tangan Zara lalu berjalan naik ke rumah.

"Jantan mana kau bawak balik ni dik? Smart wo." Yaya teruja, betul lah adik dia bawak balik jodoh untuknya, Hehehehe.

"Bakal menantu abah." Bisik Zara perlahan. Takut Raqib yang mengekori mereka dari belakang terdengar.

Pakcik Mail baru sahaja siap memakai baju dan ingin turun namun dikurung niatnya apabila melihat kedua anaknya sudah berada di ruang tamu, bersama dengan seorang lelaki.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now