MRS. ZARITH ADHAM | C

Af nrshaae_

595K 22.2K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... Mere

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 62

4.4K 181 3
Af nrshaae_

"Zarith, mana lagi nak cari ni? Aku dah penat." kata Amer.

Mata Zarith memandang kearah sekeliling untuk mencari kedai. "Tula, tapi nanti mak buyung tu merajuk."

"Alaa kau pujuk la nanti."

"Hah kau, ingat senang ke? Sejak dia pregnant ni, dia payah nak pujuk."

Amer menghela nafasnya. "Wei! Korang, apa kata kita try tengok kedai depan tu? Sebab aku tengok macam dah bukak aje." beritahu Airiel sambil menunjuk kearah kedai yang baru dibuka itu.

"Hah jom lah. Aku dah penat ni."

Mereka berjalan kearah kedai yang baru dibuka itu. Sesampai sahaja dikedai itu, tiada sorang pun yang mengambil order mereka.

Setelah 5 minit menunggu, ada sosok wanita yang hadir untuk mengambil pesanan. "Ya nak makan apa?"

Zarith dan Amer memandang serentak kearah sosok itu manakala Airiel sedang membalas mesej dengan rakannya.

"Sini ada sup kambing tak kak?" tanya Zarith. Wanita itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Tapi kena tunggu sekejap lah. Umi tengah masak." Airiel mengangkat wajahnya dan memandang kearah perempuan itu. Dia terkedu.

Zarith menganggukkan kepalanya. "Boleh lah."

"Korang nak apa-apa tak?"

"Beri saya teh ais. Kau Iriel nak apa?"

Soal Amer. Apabila soalannya tidak dijawab Amer dan Zarith memandang kearah lelaki itu. Berkerut dahi mereka melihat Airiel yang menatap wanita itu seakan tidak lepas.

"Airiel Iskandar!" Zarith menyeru nama panjang Airiel.

"Hah? Kenapa?" Airiel sedar daripada mengelamun.

"Nak apa?" soal Amer.

"Taknak taknak."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Sup kambing tu bungkus. Saya nak air teh o suam."

Wanita itu menganggukkan kepalanya dan tersenyum. "Baiklah."

Kakinya melangkah meninggalkan mereka bertiga. Apabila sosok wanita itu menjauh, mereka berdua memandang kearah Airiel.

"Kau kenapa pandang perempuan tu macam nak telan?"

Airiel mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian Airiel membuka mulutnya. "Takde apa-apa lah."

Airiel memandang lantai. Tidak berani mahu menentang pandangan lelaki dihadapannya. Dia bukan apa, tapi dia malu!

Zarith melangkah masuk kedalam rumah dengan tiga bungkus sup kambing. Dia meletakkan bungkusan itu diatas meja.

"Bonda mana Medina?"

"Ada dekat kolam agaknya dengan Fin."

Zarith menganggukkan kepalanya dan mencium lembut pipi bondanya. Dia melangkah kearah kolam. Terlihat isterinya sedang berbual dengan adiknya.

Kakinya terhenti apabila dia mendengarkan perbualan antara Zarfina dan Areysa.

"Kau rasa Adra apa khabar eh?"

Areysa menggelengkan kepalanya. "Tahlah Fin, taktahu. Aku tanya abang kau, dia kata Adra okay je."

Zarfina menghela nafasnya. "Cuba kau pujuk abang aku tu Sa. Mana tahu dia cair dengan pujukan kau."

"Eh kau ni, kan aku kata Adra okey je dia beritahu."

Zarfina menggaru kepalanya dan tersenggih. "Ye eh? Maaf blur sekejap." Areysa menggelengkan kepalanya sahaja.

"Julian pula?"

Areysa mengangkat bahunya. Dia sendiri taktahu apa jadi dengan Julian.

"Maybe ok–"

"Sayang, abang dah belikan sup kambing jom makan." potong Zarith.

Areysa dan Zarfina terdiam dan menoleh kearah Zarith. Zarfina hanya diam manakala Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Fin jom makan."

Ajak Areysa. Zarfina menganggukkan kepalanya sahaja.

Areysa mengikuti langkah suaminya. Dia memeluk lengan Zarith. "Thanks abang! Lamanya abang beli."

"Abang usya awek sekali tadi."

Areysa melepaskan pelukan itu. Muncung sahaja mulutnya. Dia menyilangkan tangannya didada. "Jangan main-main boleh tak?"

"Mana ada main-main." jawabnya dengan selamba.

Areysa berjalan meninggalkan suaminya. Zarith sudah tertawa terkekeh-kekeh. "Alahai mak buyung ni."

Dia mengejar langkah Areysa. "Sayang, takdelah. Abang tak usya pun. Yang usyanya si Amer."

Amer yang mendengarkan itu sudah membulat matanya. Dia mengerling wajah isterinya. Sudah tajam pandangan Zarfina beri.

Dia menelan air liur dengan kesat. Baru je kahwin, dah buat hal. Adoi!

Laju sahaja Amer menggelengkan kepalanya. "YaAllah baby! Tak tak! Abang tak usya awek pon! Yang usya aweknya si Iriel." jujur Amer.

Laju sahaja dia memberikan jawapan yang jujur pada isterinya. "Betul?"

Laju sahaja dia menganggukan kepalanya.

"Okay."

Zarith sudah tertawa kecil melihat adik iparnya. Areysa memandang kearah adiknya yang mendiamkan dirinya daripada tadi.

"Iriel, okey tak?"

Airiel memandang kakaknya lalu tersenyum nipis. "Okey."

"Iriel cuba tipu Eysa ke?"

Airiel menggelengkan kepalanya. "Mana ada. Betul Iriel okey. Jangan risau."

Areysa hanya memandang adiknya itu.

Areysa berjalan kearah Airiel yang sedang termenung dihadapan kolam. Dia melaburkan punggungnya disebelah adiknya itu. Sambil itu dia mengusap perutnya.

Airiel memandang kakaknya. "Bila due?"

"Lebih kurang 2 bulan lebih."

Airiel menganggukkan kepalanya. "Iriel okey tak?"

Airiel memandang kakaknya. "Okey. Kenapa?"

Areysa memandang kearah anak mata adiknya untuk mencari kejujuran. "Tipu."

"Mana ada."

"Cuba cerita kenapa?"

"Takdelah. Cuma rindu mama dengan walid."

Areysa terdiam. Tangannya tidak berhenti mengusap perutnya. "Yang Eysa datang sini kenapa?" tanya Airiel sambil memandang wajah kakaknya.

Areysa tersenyum. "Saja. Dah lama Eysa tak luangkan masa dengan adik Eysa sorang ni. Eysa rindu." jawab Areysa sambil memandang adiknya. Airiel membalas senyum itu.

"Iriel pon rindu nak spend time dengan Eysa."

Zarith yang berdiri di muka pintu tersenyum sahaja melihat dua beradik itu. Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh abangnya.

"Kau pandang apa?" soal Zarif.

Zarith menoleh. "Tu." tunjuknya. Zarif memanjangkan lehernya. Lalu mulutnya membulat.

"Kenapa tu?"

Zarith mengangkat bahunya. "Yang aku dengar dorang rindu nak spend time."

Zarif menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham. "Okey la aku gerak lu. Bye." pamit Zarif. Zarith hanya menganggukkan kepalanya.


"Esok abang ada event tau yang." beritahu Zarith. Areysa yang sedang memakai losyen ditangannya terhenti. Dia memandang suaminya.

"Event?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Event apa? Tak cakap pun ada event." muncung mulutnya. Zarith tersenyum.

"Meh sini. Duduk dengan abang."

Panggil Zarith. Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah suaminya. Dia baru sahaja ingin duduk disebelah suaminya tetapi Zarith sudah menarik untuk duduk dipeha Zarith.

"Abang turunkan lah. Eysa dah berat."

Zarith menggelengkan kepalanya. "Mana ada berat. Okey meh abang cerita tentang event tu. Abang dapat last minute call sayang."

"Berapa lama?"

Areysa memeluk leher suaminya lalu menyandarkan pipi pada pipi Zarith. "Tak lama pun. Hanya 4 hari je."

"Lamanya...."

"Pejam celik pejam celik dah 4 hari dah yang."

Jawab Zarith. Areysa menggelengkan kepalanya. "Mana ada. Lama laaa."

"Nak ikut boleh?" tanya Areysa.

"Tak boleh. Bonda tak kasik abang bawak sayang."

Jawab Zarith serba salah. Semasa siang tadi dia beritahu pada bondanya tentang event tu. Kemudian bonda kata tak payah bawak si Eysa ni.

"Nak ikut." rayu Areysa.

"Tanya bonda."

Areysa menggelengkan kepalanya.

Zarith mengusap kepala Areysa. "Nanti lepas balik event abang belikan ole ole nak?"

"Event kat mana abang?"

"Terengganu."

Areysa mengangkat wajahnya. "Jauhnya...."

Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah tempat tidurnya. Dia membaringkan tubuhnya diatas katil lalu melelapkan matanya.

Manakala Zarith hanya menghela nafasnya sahaja apabila isterinya merajuk dengan dirinya.

hi! sy mintk maaf sbb tk update. sy tk update sbb busy kt Ganu hihi

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

1M 53.8K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
100K 3K 55
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
75.7K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
481K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...