I Love You, Miss Cupcake [C]

singlelove_ tarafından

260K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... Daha Fazla

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 24

4.1K 198 7
singlelove_ tarafından

Dahlia mencelikkan matanya apabila terasa wajahnya seakan ada yang menyentuh. Sekejap hidungnya terasa seperti ada yang mencucuk. Sekejap pipinya pula dirasakan seperti ada benda lembut sentuh.

Setelah itu, dahinya pula disentuh dengan sesuatu yang lembut. Rambutnya pun terasa ada yang membelai. Hidungnya pula dirasakan seperti ada yang menarik.

Naik rimas Dahlia dibuatnya. Banyak kali Dahlia singkirkan sentuhan-sentuhan tersebut. Tetap saja ada yang menyentuh.

Bila ditepis sentuhan yang berada di pipi. Hidung pula disentuh. Dahtu, telinga dia pula kena tiup. Menggeliat geli Dahlia jadinya.

"Wakie wakie.. wake up baby." Dahlia membuka matanya dan terus disuguhkan dengan wajah kacak sang suami.

"Hey sleeping beauty." Dicuit pucuk hidung Dahlia. Terbit senyuman tipis Dahlia.

"Pukul berapa?" Tanya Dahlia dengan masih kantuknya.

"Dah 6 pagi, sayang. Bangun. Pergi mandi pastu kita solat subuh sama." Ajak Raja Dylan selari mengusap wajah Dahlia.

Mata dia menatap penuh wajah cantik si isteri. Tak puas rasanya jika mahu memandang hanya sekejap saja.

"Penat.. mengantuk.." Adu Dahlia dengan manja. Bibirnya pun dicebikkan.

"Tak nak lah macam tu. Lepas ni boleh rehat lagi." Pujuk Raja Dylan.

"Alo.." Merengek Dahlia.

"Dekat mata sayang ni mesti ada setan tengah bergayut. Itu yang mengantuk dan malas nak bangun solat subuh." Terus segar biji mata Dahlia ketika mendengar kata-kata Raja Dylan barusan.

"Setan?" Tanya Dahlia dan Raja Dylan mengangguk.

"Kenapa setan tu nak duduk atas mata sayang pula? Punya lah banyak tempat. Sibuk duduk atas mata sayang. Tepi." Dahlia menolak badan besar suaminya ke tepi dan dia bingkas bangun.

Raja Dylan sekadar diam dan melihat perlakuan isterinya.

Selepas itu, Dahlia berlalu turun dari katil. Dicapai tuala yang tergantung dan bergerak menuju ke bilik air. Tapi sebelum masuk, dia memberhentikan langkahnya di hadapan pintu lalu berpusing menghadap Raja Dylan yang masih berada di atas katil.

"Abang dah mandi ke?" Soalnya.

"Dah. Awal lagi abang dah mandi." Jawab Raja Dylan. Langsung cemberut wajah Dahlia.

"Ni lagi sorang. Mandi tak nak ajak. Mandi sorang-sorang pula. Ish. Lepas ni tak nak dah mandi dengan abang. Menyampah." Omel Dahlia dengan memuncung mulutnya.

Dia berpusing lalu berjalan masuk semula ke dalam bilik air yang sempat dia berhenti sekejap tadi.

Terletus tawa Raja Dylan mendengar omelan isterinya pagi-pagi ini. Tak ajak mandi sama-sama pun salah ke?

~~~~~~~~~~

Selesai saja dari solat subuh pagi tadi, Dahlia terus keluar dari bilik tidur dan sekarang menuruni tangga. Satu tempat saja yang hendak dia tuju.

Dapur.

Semasa dia turun, dapat lah dia melilaukan matanya memandang sekeliling rumah. Sunyi. Tapi takda lah gelap. Biasa-biasa saja.

Cuma kalau dah turun seorang diri macam ni, ada lah juga rasa takut. Rumahnya pun besar sangat.

"Besarnya lah dapur. Dulu dekat rumah takda besar sangat. Sedang-sedang je. Kalau macam ni gini lah gayanya. Memang maleh lah aku nanti. Semoga Dahlia tak malas. Nanti kebulur laki kau nak makan." Gumam Dahlia seorang diri.

Raja Dylan ditinggalkan di dalam bilik. Masa dia keluar dari bilik tidur mereka pun, Raja Dylan berada di dalam bilik air. Katanya nak buat air kecil. Itu yang dia keluar dulu nak buat sarapan.

"Masak apa eh?" Dahlia membuka pintu peti ais. Wow. Semua barang dah ada. Ingat takda lagi.

Baru nak ajak Raja Dylan keluar pergi beli barang dapur. Kalau macam ni, tak payah lah. Semua dah ada. Dari barangan sampai kering.

Tip top!

Dahlia mengetuk dagunya dengan jari telunjuk. Dia sedang berfikir mahu membuat sarapan apa untuk suami tersayang dia itu.

Tiba-tiba, Dahlia mendapat idea. Dia dah tahu nak buat apa. Dahlia nak buat nasi lemak dan lauk ayam masak merah. Hm.. sedapnya. Lagipun semua bahan memang dah ada. Cukup. Perfect. Tinggal masak saja lah.

Sesudah itu, Dahlia mengeluarkan semua bahan yang hendak dimasak sebentar lagi. Bermula dari ayam, kacang, ikan bilis, daun pandan, santan, timun dan lain-lain.

Raja Dylan yang baru saja turun dari tingkat atas segera membawa langkahnya menuju ke arah dapur. Dilihat isterinya sedang berkutat melakukan sesuatu.

Pantas dia berjalan mendekati sang isteri. Dekat saja, terus dipeluk tubuh isterinya dari arah belakang. Terhinjut sedikit kedua bahu Dahlia.

"Sorry terkejutkan sayang." Raja Dylan mencium bahu Dahlia yang terdedah kerana sekarang Dahlia hanya memakai singlet yang bertali halus dan berseluar legging.

Hanya pakaian santai di rumah. Lagipun hanya mereka berdua saja.

"It's okay. Hm.. orang-orang yang nak kemas rumah datang pukul berapa?" Tanya Dahlia ingin tahu.

Semalam dia tak sempat nak tanya sebab terlalu penat.

"Hari ni diaorang tak datang. Sebab semalam diaorang dah datang. Pekerja yang mengemas rumah ni akan datang 3 atau 4 kali seminggu. So, don't worry. Sayang bebas. Kalau diaorang nak datang, mereka akan inform abang." Beritahu Raja Dylan selari tangannya membantu Dahlia mencuci ayam di sinki dengan Raja Dylan masih berdiri di belakang isterinya.

"Oh.. macam tu. Tapi kalau diaorang tak datang. Sayang boleh kemas sikit-sikit. Yang ringan-ringan je. Boleh kan abang?" Pinta Dahlia sembari berpaling sedikit memandang suaminya.

Raja Dylan pantas mencium pipi Dahlia.

"Boleh, sayang." Raja Dylan memberi izin. Langsung tersimpul senyuman manis Dahlia. Cuma hari ni dia nak masak saja. Takda mood nak mengemas.

"Sayang nak masak apa ni?" Tanya Raja Dylan setelah dari tadi dibuat bingung apa yang isteri dia nak masak.

"Nasi lemak dan ayam masak merah. Abang okay kan?" Laju kepala Raja Dylan mengangguk

Mesti lah dia okay. Apa saja isteri dia masak. Semua okay. Semua sedap. Cuma jangan isteri dia masak batu, pasir, daun dan seumpama dengan itu dia takkan makan.

"Abang nak pergi office ke hari ni?" Tanya Dahlia setelah agak lama mereka berdiam diri.

"Tak. Abang masuk office lusa. Nak bermanja dengan sayang lagi." Sejurus itu, wajahny disembamkan di celah leher Dahlia.

Sesekali pasti dia mencium leher isterinya. Digeselkan hidungnya di batang leher Dahlia. Menggeliat geli Dahlia rasa.

"Abang, jangan lah kacau.." Merengek Dahlia selari menjauhkan badannya dari Raja Dylan. Dia memandang suaminya dengan wajah garang.

Tapi di mata Raja Dylan, isterinya langsung tak nampak garang. Nampak comel lagi ada lah. Buat dia rasa geram dan nak gigit-gigit.

"Sayang abang marah ke?" Merengus Dahlia apabila mendengar suara garau suaminya. Cair.

"Diam lah. Baik abang pergi duduk depan, jangan kacau sayang. Kalau abang kacau.. lambat lah kita nak makan." Dahlia membuat muka meminta simpati agar Raja Dylan tidak menganggu kerjanya.

"Nope. Abang bosan lah duduk depan seorang. Baik abang dekat dapur ni tengok sayang masak. Sambil-sambil tu.. abang boleh lah teman sayang juga. Kalau sayang nak bantuan, abang boleh tolong. Tak gitu isteriku tercinta?" Sengaja. Raja Dylan ni mengada.

Dia bukan nak teman. Tapi nak cuci mata. Isteri dia seksi kot pagi-pagi ni.

"Tak payah. Sayang lagi selesa masak seorang diri. Abang pergi depan sana." Tak betah Dahlia bila berduaan dengan Raja Dylan di dapur.

Lagi-lagi pandangan nakal Raja Dylan. Dari tadi lagi dok pandang dia macam nak terkam. Itu yang Dahlia halau suruh ke depan. Lagi satu, orang tua ni takda kerja ke?

"Tak nak, baby." Raja Dylan mendekati isterinya. Tapi ditahan oleh Dahlia.

"No. Jangan dekat. Please lah abang.. jangan lah kacau.. kalau tak sayang merajuk dengan abang." Tegas Dahlia sembari merengek meminta supaya Raja Dylan tidak menganggu.

Raja Dylan merenung wajah isterinya yang sungguh-sungguh tidak mahu dikacau olehnya. Tanpa banyak kata, Raja Dylan menarik Dahlia ke dalam dakapan hangatnya. Dicium tepi kepala Dahlia.

"Okay, okay. Abang tak kacau. Abang buat sandwinch kejap lepastu abang pergi depan." Diusap belakang kepala Dahlia seraya memujuk kekasih hatinya.

Mencebik bibir Dahlia. Mendongak kepalanya merenung wajah Raja Dylan. Tangan dia basah sebab tengah basuh ayam tadi. Jadi, tak boleh nak pegang-pegang muka suaminya.

"Kenapa?" Soal Raja Dylan bila melihat bibir sebik isterinya.

"Takda apa. Abang nak sandwinch ke? Sayang buatkan." Berura-ura Dahlia mahu membasuh tangan tapi ditahan Raja Dylan.

"Abang buat. Sayang sambung basuh ayam." Dahlia mula merasa bersalah.

"Abang marah sayang ke?" Soal Dahlia ingin tahu. Dia tak nak lah sikap dia tadi yang menyuruh suaminya untuk pergi ke ruang tamu dan meminta jangan kacau telah membuat suaminya terasa.

Berkerut sedikit dahi Raja Dylan. Dia mengusap pipi isterinya. Bibirnya dilabuhkan mencium dahi Dahlia.

"Mana ada abang marah sayang. Kenapa tanya macam ni?" Soalnya semula pada Dahlia.

"Sebab tadi sayang suruh abang jangan kacau sayang. Sorry kalau buat abang terasa." Disandarkan kepalanya pada dada bidang Raja Dylan.

Terbit senyuman nipis Raja Dylan. Dicium ubun-ubun Dahlia.

"Takda lah. Abang faham. Jangan lah rasa bersalah macam ni. Hm, sayang abang ni." Pujuk Raja Dylan selari mencium isterinya lagi.

"Sorry tau?" Ucap Dahlia. Didongakkan kepalanya.

Tanpa kata, Raja Dylan mencium bibir Dahlia. Dia takda terasa pun dengan kata-kata isterinya tadi. Dia faham. Lagipun Puan Aminah ada cakap tentang perkara ini yang Dahlia memang tak suka diganggu bila dia sedang memasak di dapur.

Dahlia lebih gemar memasak seorang diri tanpa bantuan. Bila ada orang lain di dapur, Dahlia akan merasa kekok untuk berbuat sesuatu. Walaupun hanya untuk ambil air.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

113K 3.8K 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki...
489K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...
95.1K 3.9K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
44.7K 2K 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja te...