I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

260K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder πŸ’“ Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 18

4.1K 219 8
By singlelove_

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Ucap Raja Dylan memberi salam selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Setelah itu, dia menadah tangan untuk berdoa. Selepas beberapa ketika, Raja Dylan selesai.

Dia berpusing menghadap isterinya. Dipandang wajah bersih dan polos Dahlia yang bebas dari sebarang make up. Dah lah pakai telekung. Cantik sangat.

Pipi tu tersembul. Tembam saja.

Dahlia pantas mendekati suaminya. Dia menghulurkan tangan kanan untuk bersalam dengan Raja Dylan.

Raja Dylan yang memahami langsung menyambut huluran tangan si isteri. Lantas Dahlia mencium kekura tangan suaminya.

Usai saja Dahlia bersalam, kini giliran Raja Dylan pula yang mencium dahi Dahlia serta mencium tangan sang isteri. Tersipu malu Dahlia jadinya.

Tak sangka dengan tindakan sang suami. Mula lah hati dia jadi tak keruan.

"Sekejap sayang." Raja Dylan bangun seraya melepaskan pegangan tangan mereka berdua. Selari itu, Raja Dylan berjalan ke arah meja make up Dahlia lalu diambil kotak cincin.

Setelah itu, Raja Dylan kembali mendekati Dahlia dan melabuhkan semula punggungnya di atas sejadah. Dahlia memerhati saja setiap perlakuan suaminya dalam bahasa bisu.

Raja Dylan membuka kotak cincin yang ada cincin bertakhta berlian tersebut.

Diambil tangan kanan Dahlia lalu disarungkan cincin tersebut pada jari manis Dahlia. Selepas itu, dicium tangan Dahlia. Tersenyum manis dia melihat jari manis Dahlia yang cantik saat memakai cincin berlian itu.

"Cantik. Sama macam bayangan saya masa saya beli cincin ni." Ujar Raja Dylan selari memandang wajah anggun sang isteri.

"Thank you and sorry. Sepatutnya saya tak pengsan tadi. Maaf sebab saya 'ter'rosakkan momen indah kita." Balas Dahlia yang merasa bersalah.

Kenapa lah kau pengsan wahai Dahlia Zenia? Haih.

Terbit senyuman Raja Dylan. Dia mengikis jarak antara mereka berdua. Sebelah tangannya naik mengusap pipi Dahlia. Selepas itu, Raja Dylan mengucup kedua pipi si isteri.

Membahang panas wajah Dahlia. Apa ni? Main cium pipi kita pula. Malu lah.

"Tapi bagi saya yang sekarang ni lagi indah. Kita dapat solat berjemaah bersama. Dah lama saya ternantikan makmum saya. Rupanya cantik orangnya." Dielus lembut pipi kanan Dahlia.

Makin membahang panas wajah Dahlia dibuatnya. Dia menundukkan kepalanya selari bermain jemarinya.

"Isteri saya ni malu ke?" Soal Raja Dylan sengaja nak menyakat. Suka tengok Dahlia malu lagi-lagi pipi tu merah. Nampak natural saja merah tu. Tak payah pakai blusher dah.

Raja Dylan sudi membuat blusher semulajadi untuk isteri dia.

Dahlia memukul sedikit bahu Raja Dylan. Dia berdecit perlahan. Orang tengah malu, dia boleh lagi nak menyakat. Ish.

Nasib hensem.

Tergelak kecil Raja Dylan melihat tingkah Dahlia. Dikepit dagu Dahlia dan diangkat. Setelah itu, mata mereka berdua terus bersabung. Dalam sangat pandangan masing-masing seakan sedang meluahkan sesuatu.

"Awak.." Seru Dahlia seraya bermain dengan jemari Raja Dylan.

"Ya." Sahut Raja Dylan. Tatapannya masih tidak lepas dari wajah jelita Dahlia.

"Saya lapar. Jom makan?" Ajak Dahlia cuba mengalih topik. Lagipun dia memang tengah lapar. Masa majlis tadi dia sempat makan sikit saja.

Kena lah cover. Karang ada yang kata pengantin perempuan ni pelahap. Tapi kalau memang ada yang cakap macam tu.. memang Dahlia benamkan kepala orang tu dalam longkang.

"Jom. Saya pun lapar ni." Sejurus itu, Raja Dylan bangun dan menghulurkan kedua tangan kepada Dahlia.

Dahlia yang mengerti terus menyambut tangan suaminya. Dia bangun sambil dibantu Raja Dylan. Tapi baru saja dia hendak bangun, Raja Dylan menolak Dahlia sehingga Dahlia terduduk kembali.

Dahlia memandang wajah Raja Dylan yang seakan sedang mengejeknya. Dahlia bangun lagi dan Raja Dylan mengulang sekali lagi hal yang sama.

Menjeling Dahlia kepada Raja Dylan. Orang tengah lapar ni, dia cari pasal pula.

"Awak." Geram Dahlia.

Terletus tawa Raja Dylan. Dia merenung wajah kegeraman sang isteri. Memang sengaja dia nak kacau Dahlia.

"Awak.. saya lapar ni. Jangan nak cari pasal." Kata Dahlia seraya bangun lagi. Tapi kali ini tidak memegang tangan Raja Dylan.

"Okay, okay. Sorry, sayang." Memuncung bibir Dahlia. Tak nak tengok muka Raja Dylan.

Tak suka. Yalah tu. Tampar nak? Aku tak percaya kau, Dahlia.

Dahlia yang baru hendak mengambil sejadah terhenti perlakuannya saat Raja Dylan lebih pantas mengambil sejadah yang diguna Dahlia dan Raja Dylan tadi.

Raja Dylan melipat dua sejadah tersebut lalu diletakkan di atas katil. Selepas itu, Raja Dylan kembali mendekati isterinya.

Terkedip-kedip mata Dahlia melihat Raja Dylan yang berdiri di hadapannya. Nak apa?

"Meh, saya buka kan telekung." Raja Dylan membuka telekung yang dipakai Dahlia. Ikatan tali di belakang kepala Dahlia, dileraikan.

"Dah." Tutur Raja Dylan seraya membetulkan rambut Dahlia yang agak berserabut sedikit akibat dari tarikan membuka telekung tadi.

"Terima kasih." Ucap Dahlia selari memeluk lengan sasa Raja Dylan. Nak menggedik sekejap.

#lakiakuhensem

"Sama-sama." Dicium dahi Dahlia.

~~~~~~~~~~

Ralit Dahlia yang sedang mencuci semua pinggan kotor yang dipakai tadi untuk makan malam.

Puan Aminah yang baru saja masuk ke dalam dapur. Menapak berjalan menghampiri anaknya. Puan Aminah berdiri di sebelah Dahlia.

Berpaling kepala Dahlia memandang emak nya sekejap sebelum kembali fokus pada pinggan yang berada di dalam sinki.

"Lia." Panggil Puan Aminah.

"Ya, mak." Jawab Dahlia.

"Mak nak tegur sikit." Terhenti pergerakan Dahlia. Lantas dia menoleh merenung Puan Aminah.

"Tegur apa mak?" Tanya Dahlia. Penasaran lah pula. Dia ada buat salah ke? Ke.. soal dia pengsan masa majlis nikah pagi tadi?

Aduh.. mula lah ni nak rasa bersalah dan takut.

"Mak nak tegur.. Lia panggil lah suami dengan panggilan yang elok. Dylan tu kan suami. Panggil dengan panggilan yang mesra." Kata Puan Aminah.

"Awak saya tu pun okay je." Balas Dahlia. Bukan dia tak nak. Tapi dia tak tahu nak panggil apa.

"Lia.. kalau kita panggil pasangan kita dengan panggilan yang mesra, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Bukannya dengan buat hubungan badan saja yang dapat eratkan hubungan. Tapi memanggil pasangan seperti abang, sayang atau apa-apa saja panggilan yang manis, insya-Allah.. sesuatu hubungan tu pasti akan merasa bahagia." Nasihat Puan Aminah panjang lebar.

Terdiam Dahlia mendengar nasihat dari Puan Aminah.

"Lia nak panggil Dylan apa? Lia tak tahu nak panggil Dylan selain awak." Jujur Dahlia. Dia memang tak tahu.

"Panggil lah abang. Dylan kan lagi tua dari Lia. Kena biasakan diri tu juga." Ujar Puan Aminah.

"Hah? Abang?" Terbelit lidah dia nak panggil Raja Dylan, 'abang'.

Dia mana pernah panggil mana-mana lelaki dengan panggilan abang. Lagipun dia takda abang. Dia anak sulung. Sedangkan sepupu dia pun ada yang tua pun dia tak panggil abang.

Aduh.. gerutu hati Dahlia. Memang nak kena panggil macam tu ke? Tak panggil, tak boleh?

"Insya-Allah mak. Lia cuba biasakan diri." Balas Dahlia perlahan.

Lagi satu, Raja Dylan mahu ke dipanggil abang? Buatnya dia tak suka. Buat malu saja. Memang Dahlia bertapa dalam gua sebulan karang.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

118K 5.9K 55
Dia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari...
95.4K 3.9K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT πŸ”ž TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
44.7K 2K 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja te...
100K 5.2K 41
Book 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN