I Love You, Miss Cupcake [C]

بواسطة singlelove_

261K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... المزيد

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 15

3.9K 213 16
بواسطة singlelove_

Riuh kafe Dahlia, Sarah dan Tiara apabila datangnya tiga sekawan iaitu Raja Dylan, Fahrin dan Emir.

Kafe tak buka hari ni. Tapi mereka terpaksa buka sebab Fahrin suruh. Dengan malas dan dalam keterpaksaan, mereka bertiga buka juga.

Tapi buka pun diaorang saja lah yang datang. Orang lain tak. Tiga orang ni saja pelanggan.

"Eii.. awak ni kenapa? Nak saya bunuh awak ke?" Marah Tiara pada Fahrin.

Dari tadi Fahrin mengacau Tiara. Bila Tiara tolak Fahrin, Fahrin tolak Tiara semula. Lepastu mula bertikam lidah.

"Ha bunuh lah. Bunuh, bunuh, bunuh." Ha sudah main bunuh pula.

"Saya cucuk awak pakai garfu ni karang, Fahrin!" Ditarik rambut Fahrin.

"Aw! Hei kau.. wah.. berani kau tarik rambut cantik aku." Fahrin membetulkan rambutnya.

"Rambut pun macam lipan. Cantik apa macam tu? Saya tengok macam orang bangla dah." Kutuk Tiara selamba.

Kisah pula dia. Nak gaduh sangat kan.. ha meh kita gaduh.

Tercengang Fahrin bila dikata macam orang bangla. Dia punya lah hensem. Kalau perempuan tengok dia sampai ternganga siap ada yang terkeluar air liur. Tapi sampai dekat Tiara jadi lain.

Dipanggilnya aku macam orang bangla? Lebih dah ni.

"Kau tu dah macam orang kemboja." Kutuk Fahrin balik.

"Saya memang ada mix kemboja pun. Belah ayah saya. Kenapa? Nak kutuk?" Terdiam Fahrin.

Alamak. Salah target.

"T-takda. Patut lawa." Ceh.. dia counter semula cakap lawa tu.

"Korang ni.. gaduh-gaduh kang nanti kahwin." Kata Sarah yang baru saja keluar dari dapur bersama Dahlia di belakang.

"Tak nak!" Jawab Tiara dan Fahrin serentak.

Selepas itu, mereka berdua saling berpandangan sebelum Tiara menjulurkan lidahnya mengejek Fahrin. Mendengus kasar Fahrin.

Berpusing Fahrin yang hendak berlalu pergi dan mendekati yang lain. Tapi, Tiara lebih pantas memotong jalan Fahrin.

Brek mengejut Fahrin. Nasib tak terlanggar Tiara.

"Nah." Sarah meletakkan makanan yang dipesan mereka bertiga di atas meja.

Fahrin dan Emir lah yang pesan banyak. Nak nasi putih. Lauk ikan siakap tiga rasa, kangkung belacan dan telur dadar. Raja Dylan pula hanya diam.

Dia tahu yang hari ni tunangnya tidak membuka kafe. Raja Dylan dah ajak ke tempat makan yang lain. Tapi si budak Fahrin ni degil. Raja Dylan tak nak menyusahkan Dahlia.

"Ni awak punya." Dahlia meletakkan nasi goreng kampung dan sup daging di hadapan Raja Dylan.

Padahal Raja Dylan tak order. Tapi Dahlia tetap masakkan untuk dia.

Dipandang sisi wajah Dahlia dengan pandangan yang penuh cinta. Terbit senyuman di bibirnya.

"Tapi saya tak order." Kata Raja Dylan.

"Memang lah. Tapi takkan lah saya ni sampai hati biarkan awak tak makan. Ni saya masak special untuk awak. Lepastu.. sup daging ni khas untuk awak je. Fahrin dan Emir takda. Sebab diaorang tak special. Macam awak special di hati saya." Terang Dahlia sambil menarik sup daging yang dibuat.

Fahrin yang baru saja hendak mengambil sedikit sup daging Raja Dylan, terhenti perlakuannya. Dipandang Dahlia yang mencerlung tajam ke arah dia.

Mencebik bibir Fahrin. Nak sikit pun tak oyeh. Hmph! Fahrin kembali duduk.

Tergelak perlahan Raja Dylan melihat tingkah tunangnya. Amboi. Kemain mata tu. Tajam dia pandang Fahrin sebab tak bagi ambil sup daging yang Dahlia masak untuk dia.

Padan muka Fahrin.

"Thank you, my flower." Ucap Raja Dylan dengan manis.

Baru saja Dahlia hendak membalas. Tiba-tiba, terdengar ada suara orang yang seakan mahu muntah.

"Uwerk! Uwerk.. geli woi. Geli." Sarah dan Tiara punya suara lah. Mereka berdua dari tadi dok perhati pasangan sejoli ni.

Emir dan Fahrin pun join sekaki.

"Allah.. cepat lah kahwin nya. Geli-geleman teman menengoknya." Arah Emir siap loghat Perak keluar.

Setelah itu, mereka bertiga menyambung makan. Sesekali pasti berbual dan siap ketawa.

Sedang elok mereka makan sambil berbual, tiba-tiba pintu kafe dibuka dari luar. Terhenti perbualan mereka berenam dan melihat ke arah pintu.

Sarah dan Tiara melepaskan rengusan kasar dan memandang wajah Hanani dengan malas.

Ya, orang yang buka pintu kafe adalah Hanani.

Hanani melangkah masuk ke dalam kafe dengan bibirnya mengukir senyuman manis. Siap berkebaya nyonya lagi. Warna merah nok. Bibir pun lipstick merah. Dah macam nenek sihir.

"Hai." Tegur Hanani seraya menyelitkan sedikit rambutnya ke belakang telinga.

Diperhati tiga jejaka tampan di hadapan. Selepas itu, matanya terhenti pada Raja Dylan. Makin lebar senyuman dia.

"Kau nak apa, Nani?" Soal Sarah dengan nada kasar.

Hanani menjeling Sarah. Tapi dia cuba mengawal reaksinya di hadapan Raja Dylan, Fahrin dan Emir. Dia harus menjaga imej nya.

"Em.. aku tengok kafe ni terbuka. Ada kereta lagi terparking. Itu yang aku datang. Saja lah. Nak tengok juga." Jawab Hanani dengan lembut.

Mata dia sedari tadi langsung tak berkalih dari memandang Raja Dylan. Tapi Raja Dylan langsung tak pandang dia. Sibuk dengan makanan yang dimasak Dahlia. Sesekali dilihat Raja Dylan pasti merenung wajah Dahlia.

Sakit pula hati Hanani.

"Kau datang nak tengok ke.. datang nak menggatal?" Giliran Tiara pula bersuara.

Emir dan Fahrin sekadar diam dan mendengar. Tetapi mata mereka bersilih ganti merenung Sarah dan Tiara serta perempuan seperti nenek kebayan yang diaorang tak kenal ini.

"Apa kau ni, Tiara? Aku datang nak tengok lah. Tak baik cakap macam tu. Tapi takpa.. aku faham. Kau kan memang suka bergurau dengan aku." Hanani ketawa palsu. Siap memukul bahu Tiara lagi.

"Ish. Jangan sentuh lah. Aku tak kena penyakit fake kau tu." Balas Tiara seraya menepuk bahunya seakan membuang kotoran di bahu dia.

Tergamam Hanani mendengar ayat Tiara barusan. Hanani mengetap rahangnya. Ditarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Sabar..

"Hahaha.. kau ni. Suka nau bergurau dengan aku."

"Takda masa lah nak bergurau dengan kau. Berambus." Selamba Sarah menghalau Hanani.

"Eh. Takkan tak nak kenalkan aku?"

"Nak kenalkan kau dekat siapa?" Memuncung bibir Hanani menunjuk tiga jejaka tampan yang sedang enak menyantap makanan.

"Tak perlu pun. Takda kepentingan untuk kau kenal diaorang. Dan diaorang pun tak hamak nak kenal kau. Dah berambus sana." Sarah bangun dari duduknya lalu menolak badan Hanani keluar dari kafe.

Dahlia hanya diam dan menggelengkan kepalanya. Pening kepala kalau dah jumpa dengan Hanani ni. Ada saja nak mencari masalah.

Bukan Dahlia tak nak bercakap. Tapi dia malas nak bertekak dengan Hanani. Kalau dia buka mulut tadi.. memang diaorang bergaduh nanti. Bukan dia tak nampak Hanani asyik pandang Raja Dylan.

Mahu saja Dahlia cungkil biji mata Hanani tadi. Geram betul.

"Settle. Dasar langau betul perempuan tu." Ujar Sarah selari berjalan mendekati kawan-kawannya.

Dia kembali duduk di tempatnya.

"Lia, okay tak?" Soal Sarah.

Menoleh Dahlia memandang Sarah. Dinaikkan kedua alisnya bertanya kenapa.

"Perempuan tu kan tadi pandang Dylan. Pastu jeling kau. Mesti tak puas hati lah tu. Nampak sangat cara dia macam nak cari pasal." Jelas Sarah jujur.

Memang dia nampak arah pandangan Hanani tadi ke mana. Itu sebab lah dia halau.

"Biarlah dia. Kalau aku jumpa dia lagi dekat tepi jalan, memang aku langgar je." Kata Dahlia dengan geram.

"Pastu dia terjunam dalam longkang. Habis berlecak. Ei.. busuk." Sambung Tiara.

Selepas itu, mereka bertiga melepaskan tawa. Fahrin dan Emir turut sama ketawa. Raja Dylan sudah memandang tunangnya dengan tidak percaya.

Agak lain tunang dia ini. Tapi takpa lah. Pertahanan diri.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

118K 5.9K 55
Dia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
44.8K 2K 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja te...
8.2K 257 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...