I Love You, Miss Cupcake [C]

By singlelove_

361K 15.9K 731

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... More

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 13

5.5K 257 24
By singlelove_

High Luxury

Sedari tadi bibir Raja Dylan tidak lekang dengan senyuman. Asyik senyum saja. Dari awal dia masuk office, senyuman tu tak pudar.

Raja Dylan yang tak pernah senyum depan semua pekerja nya. Tiba-tiba, hari ni dia senyum. Pakej siap ucap selamat pagi lagi.

Terkejut mereka semua. Sampaikan ada yang kata Raja Dylan ni kena sampuk hantu ke? Mereka pula yang risau. Takut.

'Tok tok tok'

"Masuk." Laung Raja Dylan membenarkan untuk masuk.

Dia membetulkan cara duduknya dan mengemaskan sedikit baju kemejanya. Dipandang Azli yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Yes, Azli. Ada apa?" Tanya Raja Dylan dengan suara dingin.

Berdecit Azli. Dia menjulingkan kedua matanya ke atas. Tadi bukan main senyum. Sekarang, dingin pula. Kalau dia tampar ni.. agak-agak kena pecat tak?

Mesti lah kan? Raja Dylan bos. Dia pula pekerja.

"Ada orang nak jumpa dengan Tuan Raja." Kata Azli.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?" Soalnya.

"Perempuan. Nama dia Dahlia. Ada dekat lobi." Terhenti segala pergerakannya apabila mendengar nama Dahlia.

Dahlia datang office dia?

"Dahlia? Nama dia Dahlia?" Soal Raja Dylan mahukan kepastian sampai bertanya dua kali.

"Ha. Dahlia namanya. Kenapa?" Pelik Azli menengok Raja Dylan. Al-maklum.. dia tak tahu lagi yang Raja Dylan sudah bertunang. Dia ingat yang Raja Dylan masih single.

"Suruh tunang aku naik." Arah Raja Dylan.

"Okay. Saya akan suruh tu.. tunang? Wait, tunang? Tuan Raja dah bertunang? Dahlia tu ke tunang Tuan Raja? Bila Tuan Raja bertunang? Kenapa saya tak tahu?" Bertubi-tubi soalan Azli pada Raja Dylan.

"Tch. Aku nak kau suruh tunang aku naik. Bukannya nak dengar soalan kau. Tak penting untuk kau tahu. Pergi. Aku tak nak tunang aku tunggu lama-lama." Arah Raja Dylan dengan tegas.

Orang bagi arahan. Dia tanya soalan pula. Ish.

Menjelek muka Azli. Dia menjeling wajah Raja Dylan. Fail yang terletak elok di atas meja kerja Raja Dylan disepahkan sedikit sebelum dia berlari keluar dari ruang bilik pejabat Raja Dylan.

Raja Dylan menolak isian dalam pipinya dengan lidah. Geram. Eh si budak Azli ni karang kena kang.

Macam budak-budak betul perangai. Terpaksa lah Raja Dylan mengemas semula meja kerjanya.

Tak lama kemudian, pintu bilik kerjanya dibuka dari luar. Terangkat kepalanya saat memandang wajah gadis kesayangannya yang baru saja melangkah masuk ke dalam.

Terus Raja Dylan bangun dan berjalan mendekati Dahlia dengan senyuman manis.

Tapi mati senyumannya saat Azli turut masuk sama ke dalam bilik kerja dia. Dah pahal nak menyibuk ikut masuk?

"Hei, kau. Keluar. Tak payah sibuk." Tegur Raja Dylan menghalau Azli.

"Tak nak. Mana elok lah duduk berduaan. Nanti ada syaitan." Balas Azli.

"Kau lah syaitan tu. Nak ganti tempat syaitan?" Menggeleng Azli.

"Dahtu? Keluar. Tak payah sibuk lah aku nak berduaan dengan tunang aku." Halau Raja Dylan mendatar.

Tajam matanya merenung Azli. Azli yang melihat renungan tajam Raja Dylan terus memusingkan badannya dan berlalu keluar dari bilik pejabat Raja Dylan.

Berdecit Raja Dylan tak suka.

Selepas itu, Raja Dylan kembali memandang gadis cantik dia. Diperhati gaya Dahlia dari atas sehinga bawah. Casual but feminine.

Cute.

Dilihat pula rambut Dahlia yang di ikat gaya half up half down. Siap ada reben yang di ikat di rambutnya.

(Hairstyles Dahlia)

(Outfit Dahlia)

"Kenapa nak datang tak cakap?" Soal Raja Dylan.

Dahlia mengembungkan pipinya. Matanya dikerdipkan beberapa kali di hadapan Raja Dylan. Aura Raja Dylan di tempat kerja agak lain.

Nampak ketegasan di dalam diri Raja Dylan.

"Saja." Jawabnya ringkas.

"Saja?" Soal Raja Dylan seraya menaikkan sebelah alisnya.

"Sebenarnya.. saya nak ajak awak lunch. Bonda awak ada kata yang awak selalu lupa lunch bila dah buat kerja. Jadi, hari ni saya datang nak ajak awak lunch date. Busy ke?" Jujur Dahlia selari mengukirkan senyuman kepada Raja Dylan.

Mengangguk kepala Raja Dylan tanda mengerti. Memang betul pun. Dia terlalu workaholic. Kadang sampai tak makan.

Bila ada orang ambil berat pasal dia ini. Rasa bahagia saja. Terlebih lagi orang tu tunang sendiri. Lagi lah rasa bahagia.

Raja Dylan memandang jam di tangan. Ada lagi 30 minit sebelum masuk waktu lunch.

"Ada lagi 30 minit nak masuk waktu lunch. Can you wait for me, cupcake?" Memerah pipi Dahlia.

Dah macam tomato. Malu lah kena panggil cupcake. Tapi suka. Comel.

"Boleh. Awak busy sangat ke? Saya kacau awak?" Raja Dylan menarik lengan Dahlia yang berlapik.

Sesampai saja di sofa, ditolak bahu Dahlia untuk duduk menunggu dia di sofa.

"Saya tak busy pun. Terima kasih datang dan ajak saya lunch date." Laju kepala Dahlia mengangguk. Dah macam burung belatuk rupa dia.

"Saya ada kerja sikit. Nanti kita lunch date." Dicuit hidung Dahlia. Makin merah pipi Dahlia.

"Okay. Saya tunggu awak." Tergelak kecil Raja Dylan dengan telatah cik tunang dia ini.

Baru saja Raja Dylan hendak berlalu pergi. Bicara Dahlia mematikan langkahnya dan kembali memandang pujaan hati dia ini.

"Awak hensem." Puji Dahlia dengan malu-malu.

Gila tak hensem. Kali pertama dia tengok Raja Dylan pakai baju kemeja. Lepastu lengan baju disingsing sehingga ke siku. Hari ni Raja Dylan memakai all black.

(Outfit Raja Dylan)

Kena lah dengan Dahlia yang memakai black and white. Nampak matching.

Lagi yang buat Dahlia merah pipi ialah bila melihat tiga butang baju teratas terlepas dan menampakkan dada Raja Dylan.

Itu yang dia malu. Awal-awal saja dia masuk ke dalam bilik kerja Raja Dylan tadi. Ini lah pemandangan pertama yang dia nampak.

Tersungging sedikit hujung bibir Raja Dylan. Senyuman senget bertengger di bibirnya.

"You also beautiful, cupcake." Sejurus itu, atas kepala Dahlia digosok perlahan sebelum membuka langkah menuju ke arah meja kerjanya.

Dia nak menyiapkan kerjanya sebelum keluar lunch date dengan cik tunang kesayangan.

~~~~~~~~~~

Tersipu malu Dahlia apabila Raja Dylan menarikkan kerusi untuknya duduk.

"Terima kasih." Ucap Dahlia perlahan.

"Sama-sama." Balas Raja Dylan seraya tersenyum memandang wajah Dahlia.

Selepas itu, Raja Dylan berjalan ke tempat duduknya yang berada di hadapan Dahlia. Selepas saja Raja Dylan melabuhkan punggungnya. Mereka berdua membuat pesanan.

Setiap pesanan mereka dicatit dengan baik oleh pelayan lelaki yang mengambil order mereka.

Usai saja, Raja Dylan menatap wajah Dahlia. Tak jemu matanya memandang wajah si cantik kesayangan dia ini. Wajah yang selalu menenagkan hati dia ini.

Dahlia masih tak perasan pandangan Raja Dylan. Dia sibuk meliarkan matanya memandang dekorasi restoran.

Modern but classic.

Cantik. Kena dengan gaya Dahlia.

Dahlia suka dekorasi begini. Apalagi yang minimalist dan english style. Nampak mewah snagat. Lagipun style macam ni selalunya simple saja. Itu yang Dahlia minat.

Sesudah itu, Dahlia mengalihkan pandangannya ke arah Raja Dylan yang sedari tadi setia merenungnya. Tersenyum manis Dahlia kepada Raja Dylan.

"Dah habis scan restoran ni?" Soal Raja Dylan seraya melepaskan tawa nipis.

"Dah. Cantik sangat dekorasi restoran ni. Saya suka." Jawab Dahlia.

"Nak deko kafe macam ni?" Saja tanya. Tengok cara Dahlia suka sangat.

"Nak. Tapi kena tanya Sarah dan Tiara juga. Tu bukan kafe saya sorang je." Jawab Dahlia seraya melemparkan pandangannya ke luar restoran.

Mengangguk faham Raja Dylan.

Tak lama selepas itu, datang seorang pekerja perempuan menghantar cupcakes. Membulat mata Dahlia apabila melihat cupcakes. Terlebih lagi chocolate cupcakes.

"Kami tak order." Kata Dahlia kepada pekerja perempuan tersebut.

"Saya yang order." Berpaling kepala Dahlia merenung Raja Dylan.

Pekerja perempuan tadi langsung pergi selepas Raja Dylan menjawab Dahlia.

"Kenapa order cupcakes?"

"Sebab cik tunang saya ni suka." Memuncung bibir Dahlia.

Dilihat di cupcakes itu ada tulisan 'Do you love me?' Tersenyum lucu Dahlia melihat cupcakes itu.

"Haritu punya cupcakes yang awak bagi ada tulisan 'I love you'. Sekarang tulisan 'Do you love me?' Jadi, awak nak saya jawab jujur ke jawab tipu?" Tak dapat Dahlia nak menahan dari tidak tersenyum.

"Mesti lah jawapan jujur, sayang." Dahlia menggigit sedikit bibir bawahnya apabila mendengar Raja Dylan memanggilnya 'sayang'.

"Okay.. dekat sikit." Arah Dahlia.

Memincing mata Raja Dylan menatap wajah Dahlia yang tersenyum-semyum itu.

"Cepat lah. Nak dengar ke tak?" Merengek manja Dahlia.

Raja Dylan akur. Dia mendekatkan dirinya.

"Pandang mata saya." Raja Dylan ikut tanpa bantahan.

"Awak nampak apa dalam mata saya?" Soal Dahlia.

"Nampak diri saya." Jawab Raja Dylan perlahan. Mengangguk Dahlia seraya tersenyum malu.

"Macam tu juga lah hati saya. Dah ada nama awak. Jadi awak faham kan?" Seusai itu, Dahlia mengembungkan pipinya dan tertunduk malu.

Perlahan Raja Dylan mengangguk dan menatap Dahlia. Alahai.. comel betul.

Faham lah dia dengan jawapan Dahlia tadi. Walaupun Dahlia tak mengatakannya. Tapi, bila dengar yang namanya dah ada di hati Dahlia pun sudah cukup menyenangkan hati dia.


Tbc..

We're back🤟🏻

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

55.3M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
Cry-Baby By Criss

Teen Fiction

3.3M 105K 30
I wiped my eyes once again to see deep piercing green ones looking down at me. More tears came as I saw the root of my anger, and I stood up pushing...