I Love You, Miss Cupcake [C]

Oleh singlelove_

260K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder πŸ’“ Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... Lebih Banyak

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 67
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 03

4K 214 13
Oleh singlelove_

Raja Dylan memerlahankan pemanduannya setelah masuk ke dalam kawasan kampung. Matanya meliar melihat keadaan sekitar. Cantik.

Tak lama selepas itu, Raja Dylan memberhentikan keretanya dan memarking di hadapan warung. Orang-orang kampung yang berada di dalam warung sekadar melihat kereta mewah Raja Dylan sambil berbicara.

Yalah, mereka tak kenal. Dahtu pula pakai kereta mewah. Orang-orang kampung sini paling mewah kereta diaorang ialah Toyota. Ini BMW. Mana lah ada orang kampung yang mampu nak pakai. Anak-anak muda?

Mereka semua lagi lah. Dok sibuk lagi dengan perangai tak semenggah masing-masing. Melepak lah, mengorat awek lah, merempit lah dan sebagainya.

Raja Dylan mematikan enjin keretanya dan melangkah keluar dari dalam perut kereta. Sempat dia mengemaskan sekejap rambutnya di cermin pandang belakang.

Keluar saja, ramai yang memandang ke arah Raja Dylan. Terutama anak-anak dara. Bersinar biji mata mereka. Dah macam nak tersembul keluar dah tu.

Tapi Raja Dylan mengendahkan saja. Dia datang singgah warung ni sebab nak beli kuih. Bukannya nak di ngorat.

Langkah panjangnya di bawa mendekat ke meja yang penuh dengan kuih-muih. Dilihat banyak juga kuih-muih yang ada.

Ada seri muka, ketayap, karipap, kuih lepat, kuih bom, kuih onde-onde dan sebagainya. Nampak sedap.

Tiba-tiba, Raja Dylan ditegur seorang pak cik. Raja Dylan mengangkat wajahnya memandang pak cik tersebut. Dia mengukirkan senyuman nipis buat pak cik di hadapannya ini.

"Assalamualaikum. Ya, nak. Nak beli kuih ke?" Soal pak cik itu.

"Waalaikumussalam. Ya, saya nak beli kuih." Jawab Raya Dylan dengan sopan.

"Nak kuih apa?" Tany pak cik itu lagi.

"Bagi saya kuih onde-onde, kuih karipap dan kuih bom." Beritahu Raja Dylan sambil menunjuk ke arah kuih yang dia mahukan.

Tanpa bantahan, pak cik itu mengambil kuih yang dimahukan Raja Dylan barusan. Diletakkan di dalam plastik. Sesekali matanya dibawa memandang wajah tampan Raja Dylan.

"Anak ni.. orang kampung sini ke? Pak cik tak pernah nampak pula." Saja nak berbasa-basi ajak berbual sekejap.

"Bukan. Saya bukan orang kampung sini. Bahkan saya tak ada kampung. Saya membesar di Kuala Lumpur." Terang Raja Dylan.

Mengangguk faham pak cik itu.

"Nama anak siapa?"

"Nama saya Dylan."

"Oh.. nama pak cik, Karim." Mengangguk perlahan kepala Raja Dylan.

"Kamu ada kerja dekat sini?"

"Ha'ah. Saya nak melawat site projek dekat belakang kampung ni." Membulat mata pak cik Karim apabila mendengar kata-kata Raja Dylan.

"Kamu punya projek ke tu?" Mengangguk Raja Dylan sebagai tanda menjawab pertanyaan pak cik Karim barusan.

"Pak cik, kuih saya tu berapa ya?" Tanya Raja Dylan. Dia nak pergi cepat dari warung ni sebab rasa tak selesa. Banyak mata yang memandang ke arahnya.

"Oh, ya. Pak cik lupa. Kuih kamu ni semua baru RM6." Raja Dylan mengeluarkan not 10 dan diberikan kepada pak cik Karim.

Baru saja pak cik Karim hendak memulangkan baki. Raja Dylan lebih pantas mengatakan tidak.

"Takpa pak cik. Simpan je baki tu. Terima kasih."

"Semoga kamu dimurahkan rezeki." Raja Dylan mengukirkan senyuman nipis.

Pusing saja badan, Raja Dylan terlanggar seseorang. Mengaduh sakit orang yang dilanggar.

"Stt.. awww." Digosok lengannya. Dahlia mengangkat wajahnya memandang gerangan yang sesuka hati melanggar dia.

"Sorry, sorry. Are you okay?" Prihatin Raja Dylan.

Tapi tak lama kemudian, mata mereka berdua saling bertatapan. Terpana Raja Dylan memandang wajah cantik Dahlia. Nampak manis saja dia melihat wajah gadis di hadapannya ini.

Tapi tak lama. Raja Dylan tersentak apabila ada satu tangan yang dilayangkan di hadapan wajahnya.

"Hello.. are you deaf?" Mengecil mata Raja Dylan. Dia tanya aku pekak?

"No, miss. I'm not deaf." Balas Raja Dylan bernada biasa.

"I thought you deaf. You can speak malay?" Rasa nak terbelit lidah dia nak bercakap orang putih ni.

Tapi tulah. Lelaki di hadapannya ini muka tak macam orang Melayu. Ada nampak ala-ala Cina sikit pastu macam orang barat pun ada. Kot-kot lah memang orang luar.

Bukannya Dahlia tak boleh nak speaking. Tapi lidah dia rasa terbelit.

"Of course, I can. Saya orang Melayu." Terdiam sekejap Dahlia. Orang Melayu?

"Oh." Membulat bibir Dahlia.

"Lain kali jangan langgar-langgar orang. Mata tu pandang depan. Dah lah badan awak besar macam king kong." Pesan Dahlia. Tapi di hujung ayatnya, dia memerlahankan nada suara.

Tanpa Dahlia sedar, Raja Dylan tetap mendengar hujung ayat Dahlia tadi. Ternaik sedikit hujung bibirnya.

Baru saja Raja Dylan hendak membalas kata-kata Dahlia. Dahlia sudah pun berlalu pergi. Raja Dylan memandang Dahlia dari ekor mata.

'She's different.' Getus hati Raja Dylan.

~~~~~~~~~~

Dahlia melangkah masuk ke dalam kafe sambil bernyanyi riang. Gembira kemain. Tak tahu apa yang gembira sangat.

Sarah dan Tiara yang melihat Dahlia begitu saling berpandangan dan mengangkat kedua bahu mereka. Sarah mengambil sebatang pen yang ada di atas meja lalu dicampak ke arah Dahlia.

Terhenti Dahlia yang sedang menyanyi. Dipandang wajah dua orang sahabatnya ini.

"Pahal?" Soal Dahlia.

"Kitaorang pula. Kau tu hah. Pahal? Gila dah?" Bidas Tiara.

"Aku ada benda nak cakap dengan korang." Laju Dahlia berjalan mendekati sahabatnya ini.

"Apa-apa?" Kepoh pula nak tahu.

"Korang tahu kan pasal projek dekat belakang kampung kita ni?" Mengangguk kepala Sarah dan Tiara.

"Abah aku kata semalam diaorang nak buka resort."

"Okay.. biarlah diaorang buka resort pun. Bukan ada kena mengena dengan kita." Balas Tiara bersahaja.

"Betul. Takda kena mengena." Sokong Sarah.

"Ish.. dengar lah aku cakap dulu." Dahlia menarik hujung rambut Sarah dan Tiara.

"Aduh. Apa kau ni?" Marah Sarah. Dipukul tangan Dahlia. Tiara pula menjeling Dahlia.

"Dah nama pun buka resort kan. Jadi.. mesti kena ada kafe. Apa kata kalau kita.. yang buka kafe dalam resort tu? Amacam? Boek en?" Dahlia memandang wajah Sarah dan Tiara bersilih ganti. Dinaikkan kedua alisnya beberapa kali.

Sarah dan Tiara saling berpandang sebelum memandang Dahlia semula. Mereka berdua tersenyum kepada Dahlia.

Dahlia pula dah merasa bangga sebab idea dia diterima. Mesti lah bangga. Idea dia bagus.

Tapi tak lama. Senyuman dia terus mati dan Dahlia menggosok kepalanya apabila diluku Sarah.

"Boek tengkorak engkau. Takda, takda. Tak nak aku buka kafe dalam resort tu. Maleh ah. Lagipun.. aku dengar, owner resort tu CEO. CEO nya pula sombong. Aku malas nak deal dengan orang sombong." Bantah Sarah menolak idea Dahlia barusan.

Memang lah bagus. Tapi dia tak nak. Ramai dah kata yang owner resort tu sombong. Dah lah sombong, bongkak pula tu. Memang tak lah dia nak.

"Ye weh. Aku pun tak nak." Tiara sebulat suara menyokong Sarah dan menolak keras idea Dahlia.

"Serius lah? Asal aku tak dengar?" Mengendur kedua bahu Dahlia.

Baru nak buka kafe dalam resort. Tapi member tak nak pula. Dahtu owner resort pun katanya sombong. Haduh.

"Mana lah kitaorang tahu kenapa kau tak tahu. Tapi.. aku tak nak. Sorry, Lia."

"Sorry juga Lia."

Kasihan Sarah dan Tiara melihat Dahlia yang sudah semangat tadi tapi kini wajahnya bertukar mendung.

Diaorang pun nak juga buka kafe dalam resort tu. Tapi tu lah. Haih.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

95.2K 3.9K 63
✨ RAZIN X QASH ✨ ❗ MATURE CONTENT πŸ”ž TRIGGER WARNING❗ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia pe...
8.2K 257 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...
100K 5.2K 41
Book 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...