Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

238K 15.6K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~52

2.2K 201 9
By Dandelzel


"Saya minta maaf.."

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Myra sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk di kafe beberapa minit yang lalu.

Tak perlu penjelasan panjang, Delilah sudah mengerti tujuan utama Myra mengajaknya kesini. Semestinya gadis itu mahu membahas tentang gosip yang berlaku di tandas tempoh hari. Sebelum ini, banyak kali Myra mengirim pesan. Hendak bertemu dengannya.

"Disebabkan saya, nama awak terpalit sama."

"Mulut manusia, kita tak boleh nak halang. Lagipun apa yang berlaku bukan salah awak." Delilah menyahut pantas dan tegas. Tak faham kenapa Myra perlu menyalahkan diri sendiri atas isu yang dikecohkan oleh Ailinisha serta rakan-rakannya.

"Awak marahkan saya, Delly?" Kala ini, Myra kelihatan sangat gusar. Tampang wajahnya jelas terbias dengan rasa bersalah.

"Atas alasan apa pula saya nak marahkan awak?"

"Saya rasa semua ni salah saya. Orang gosipkan awak pun sebab hubungan saya dengan Qash." Myra tertunduk sejenak. Jari jemari yang berada di riba diramas berkali-kali.

"Sebelum tu saya nak tegaskan kalau saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan Qash. Kami cuma kawan dan saya tahu dia pun tak pernah anggap saya lebih dari tu."

Delilah sekadar diam mendengar. Memberi peluang kepada Myra untuk bercakap.

"Qash nampak saja pendiam dan tak berperasaan, tapi sebenarnya.. hati dia dah lama dimiliki seseorang. Awak masih ingat tak waktu kem hari tu dia ada sebut pasal gadis yang dia suka? He once told me about her too." Lanjut Myra.

Bercakap tentang itu, Delilah sendiri juga baru teringat. Masih segar di ingatan bagaimana telitinya Qash menerangkan gadis yang dirindunya kepada mereka. Rupanya, Qash sememangnya bercakap tentang dia ketika itu.

"Dulu, saya dan Laith tak pernah terbayang pun nak berkawan dengan dia. Macam yang awak tengok sekarang, dia kerek. Qash susah didekati. Tapi disebabkan satu peristiwa, kami akhirnya berkawan. Saya cuba untuk dekat dengan dia, cuba untuk kenal dia dengan lebih rapat. Tapi awak tahu tak apa yang dia cakap?" Myra tersenyum lucu. Terngiang-ngiang kembali ayat yang pernah Qash tuturkan kepadanya suatu ketika dahulu.

"Jangan salah faham. Aku masuk campur urusan kau bukan sebab aku sukakan kau. Kalau kau rasa kau dah terjatuh suka, baik lupakan. Aku dah ada orang lain."

Timbul gelak Delilah sebaik mendengarnya. Sounds like little Yan already..

"Kerek gila, kan? Dia kata, dia tolong saya sebab teringat pada kawan childhood dia. He really has a big crush on her. Saya cuma bersyukur sebab dia dah bantu saya. Tak lebih dari tu." Sekali lagi bibir Myra menguntum senyum usai menyudahkan bicara. Tak lama sebelum riak muramnya muncul lagi.

"Delly.."

"Awak nak saya buat apa supaya awak percaya kalau saya tak salahkan awak? None of this is your fault, Myra. Bukan awak yang sebarkan gosip tu." Delilah memintas apabila melihat tanda-tanda gadis itu mahu merayu semula.

"Kenapa?"

Lah.. budak ni! Dia boleh tanya kenapa?

"Kenapa apa pulak ni? Myra, saya ni adakalanya memang bodoh jugak. Tapi tahap kebodohan saya belum sampai nak salahkan orang atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain."

Sikit lagi Delilah rasa nak hentak dahi ke meja. Betullah, perempuan ni complicated!

"Myra.." Gelabah dia saat Myra seakan mahu menangis disitu. Nasib baiklah suasana kafe masih lengang. Cuma ada beberapa kelompok pelajar yang duduk jauh dari mereka.

"Sorry.. saya cuma.. terharu." Perlahan nada Myra. "Selain Intan, kaum perempuan yang saya anggap betul-betul kawan hanya awak. Awak nampak saya macam rapat dengan semua orang, tapi sebenarnya saya sentiasa rasa was-was."

Terdiam Delilah dibuatnya. Agak terkejut dengan pengakuan Myra. Jelas gadis itu sedang mengukir senyuman hambar.

"Orang sentiasa letak expectation yang tinggi pada saya, Delly. Parents saya bekerja dalam bidang Pendidikan, bidang yang orang sanjung tinggi. Jadi, bila saya ada buat silap, orang sentiasa akan pandang serong."

"Peristiwa yang saya cakap tadi, sebenarnya saya tak sengaja putuskan rantai Diaz. Daddy saya dengan baba Diaz sahabat karib jadi boleh dikatakan saya dan Diaz pun rapat juga. Tapi disebabkan hal tu, hubungan kami renggang. Diaz mengamuk besar. Disebabkan peristiwa itu jugak, ramai budak-budak lain mengata saya."

Perihal rantai Diaz itu, Delilah tak hairan kerana Qash juga sudah memberitahunya. Tapi ayat terakhir Myra buat dia tertanya-tanya.

"Saya tahu ramai yang berpura-pura baik dengan saya, Delly. Mereka berpura-pura tersenyum dan ramah di depan saya hanya kerana saya anak pengetua Inca College dan seorang guru. Tapi di belakang, mereka puas mengata. Kesimpulannya, saya perlu berhati-hati untuk tidak berbuat sebarang kesilapan yang akan menjadi buah mulut mereka." Terang Myra, padat dan ringkas.

Reaksi Delilah masih tidak berubah. Hilang punca. Rasa tak percaya. Dia.. tak pernah menyangka selama ini Myra perlu menghadap situasi yang sebegitu rupa. Dia fikir Myra hanya seorang gadis periang yang disenangi ramai.

"Awak rasa awak sentiasa perlu tampil sempurna? That makes you a people pleaser, Myra. Awak sedar tak?" Sejenak dia berkata keras. Menyelar si gadis yang sudah tercengang di tempatnya.

"Awak tak perlu jadi manusia yang sempurna demi kesenangan orang lain. Cukup jadi diri sendiri, orang yang ikhlas akan terima awak seadanya. Kenapa nak takut mereka akan pandang serong atas kesilapan yang awak buat?" Getus Delilah lagi.

"People make mistakes, Myra. We all make them. Sebab itu yang membuatkan kita jadi manusia. Kalau tak buat silap, maknanya dia bukan manusia. Jadi tak perlu malu. Yang sepatutnya malu tu adalah orang yang menghakimi kesalahan orang lain.. rasa diri tu baik sangat!" Terselit nada geram di hujung bicara Delilah. Sepasang mata Myra yang tampak berkaca itu ditatap tegas.

"Jadi berhenti hidup macam tu, Myra. Nanti orang akan ambil kesempatan dan manfaatkan awak."

Ucapan Delilah akhirnya membuahkan senyum. Myra kesat laju air mata yang hampir menitik.

"Thank you, Delly." Tuturnya ikhlas. Mula sedar bahawa sememangnya selama ini dia terlalu takut untuk berdepan dengan manusia hipokrit sehingga memaksa diri sendiri untuk menjadi sempurna. Saat ini, dia benar-benar rasa beruntung kerana mengenali Delilah. Seolah dia tidak perlu risau lagi akan tanggapan orang lain. 

"Pasal Diaz, awak nak saya tolong tak?" Delilah mengutarakan soalan cepumas.

"Ha?" Myra terkulat-kulat tidak mengerti.

"Nak saya maki dia balik ke?" Usul Delilah, disambut dengan ketawa Myra.

"Tak gentle langsung mamat tu! Sekalipun sakit hati, tak boleh ke berlembut sikit dengan perempuan?" Gerutu Delilah. Turut terzahir satu dengusan geram mengenangkan perangai perengus Diaz.

"Awak suka Diaz, Delly?" Rendah saja suara Myra menyoal.

Mata Delilah membulat.

"Celah mana pulak yang awak nampak saya ni sukakan mamat tu? Dah lah tak handsome!"

Selamba aje Delilah kutuk Diaz walaupun sebelum ini dia mengaku yang dia pernah rasa Diaz tu sangat good looking. Tapi sekarang dekat mata dia yang handsome itu cuma Yan. Peace no war!

"Orang kata jangan benci sangat, takut nanti berubah jadi sayang. Saya rasa awak dengan Diaz sangat serasi. Macam.. entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Chemistry awak berdua sangat kuat." Jujur Myra memberi pandangannya.

Tergamam Delilah buat seketika. Tak tahu kenapa, membuak-buak rasa hati hendak memberitahu gadis itu tentang dia dan Diaz.

"Rasanya saya kena berterus-terang dengan satu perkara. Tapi sebelum tu, satu hal yang perlu awak tahu, benda ni dirahsiakan dari semua warga Inca College." Lancar saja mulut mengucap  mukadimah.

Myra sudah terkebil-kebil hairan. Bila Delilah dekatkan tubuh kearahnya, dia juga melakukan hal yang sama.

"Myra, sebenarnya.. saya dan Diaz duduk serumah." Ujar Delilah separuh berbisik. Tidak mahu ada yang mendengar.

Myra yang sememangnya sedang hairan itu bertambah blur. Apa yang baru dia dengar tadi? Apakah..

Entah macam mana, mindanya kini hanya mampu memikirkan satu kemungkinan.

"Awak dengan dia suami isteri?"

"Hoih! Suami isteri apanya?" Spontan Delilah menampar tangan Myra di atas meja. Tak lama sebelum dia usap bekas tamparannya bersama sengihan serba salah. Dia dah terbawa-bawa perangai kasarnya dengan Diaz.

"Mama saya dan baba Diaz got married hujung tahun lepas."

Besar bukaan mata Myra apabila Delilah melanjutkan bicara. Satu pakej dengan mulutnya yang ternganga luas. Tanpa dipinta, bertubi-tubi adegan terlebih mesra Delilah dan Diaz mengetuk minda.

"..maksudnya awak berdua—jadi selama ni.."

Delilah angguk berkali-kali. "Buat masa sekarang, cuma awak dan Qash yang tahu. Qash pun baru aje tahu sebenarnya." Ujarnya lagi.

Seketika, bunyi deringan telefonnya kedengaran. Sementara Delilah mengangkat panggilan, Myra pula masih kaku di tempatnya.

"Helo?" Ceria saja nada Delilah ketika melekapkan telefon di telinga. Melihat ID yang tertera buat dia semakin bersemangat.

"Kau kat mana? Tak sampai kolej lagi ke?" Suara Qash di talian kedengaran risau.

Delilah melilaukan pandangan. "Aaa.. aku dengan Myra dekat kafe." Jawabnya.

"Okey." Panggilan terus terputus. Delilah tenung skrin telefon yang gelap dengan cebikan.

Ah, dia ni.. dry sungguh!

Baru sahaja dia ingin menyimpan semula telefon di dalam beg, tiba-tiba tangannya ditepis kasar membuatkan alat komunikasi itu mendadak terlepas dari pegangan.

TAP!

"YESSS! Yahoo.."

Nyaring Diaz bersorak. Bangga dengan ketangkasannya yang berjaya menyambut telefon tersebut. Jayden serta Eden menggeleng kepala menyaksikan tingkah keanak-anakan sahabat mereka itu.

Delilah pula sudah terkesima. Hampir hilang nafas mengenangkan telefonnya yang sikit lagi nak menyembah bumi. Saat Diaz menghulur telefon bersama satu senyuman kemenangan, dia pula melirik tajam. Geram bila jejaka itu sengaja mahu mencari pasal.

"Kau dah penat hidup ke Diaz Raiden?"

"Pro tak aku?" Diaz angkat kening beberapa kali. Sesaat selepas itu, pantas dia mengelak ketika tangan Delilah mahu menampar. 

"Pro kepala otak kau! Kalau telefon aku jatuh berkecai tadi memang aku kerat-kerat kau untuk masak sup." Amuk Delilah, panas hati!

"Kejam gila! Kau kanibal ke?" Jayden mencelah sambil tersengih.

"Kau diam." Lurus telunjuk Delilah terarah pada wajah jejaka itu. Eden mengekek kecil. Seronok tengok Jayden yang terus mengemam bibir kerana diherdik.

"Tu.. kawan kau tu dah kenapa?" Diaz senggol Delilah. Mata pula melirik Myra yang sedari tadi asyik memandangnya tak lepas.

"Aku handsome sangat ke hari ni?" Usulnya sambil mengusap dagu.

Myra terus tundukkan pandangan. Segan kerana ketahuan merenung jejaka yang segak berjaket hitam itu.

"Ha'ah.. handsome macam Rocky White Rascals tu." Sahut Delilah, mudah. Malas nak melayan sikap perasan bagus si Diaz Raiden.

Mendengarkan gerangan itu disebut, Diaz terus menjegilkan mata.

"Kau bodoh ke samakan aku dengan si gigi aluminium tu?!"

"Eh? Kau tahu?" Delilah buat-buat terkejut sebelum tersenyum sinis.

"Budak ni lah..!" Niat Diaz mahu merosakkan sanggul rambut Delilah namun lain pula yang terjadi apabila gadis itu lebih laju memulas tangannya sehingga membuatkan dia terjerit kesakitan.

"Sudahlah tu.. kau orang ni tak penat ke asyik nak bertikam lidah aje?" Jayden yang sudah pun membawa dulang makanan sempat menggelengkan kepala sebelum melabuhkan duduk di salah satu meja kosong.

"Hai D!"

Serentak itu, sapaan seorang gadis menghentikan aksi ganas Diaz dan Delilah. Ailinisha dan para rakannya tersenyum gedik kepada anak pemilik kolej itu sambil menapak ke kafe.

"Eh, Ailinisha! Bukan kau ada hutang ke dengan budak ni?" Tanpa aba-aba, Diaz menyelar mereka yang baru hendak memesan makanan. Terkulat-kulat Delilah apabila selamba badak jejaka itu menunjuknya.

"Hutang? Hutang apa?" Gedik Ailinisha membalas seraya menjeling Delilah.

"Bukan kau ke yang duk gosipkan dia dalam tandas tu? Tak akan tak reti nak minta maaf?" Getus Diaz lagi dengan kedua belah tangan mencekak pinggang.

"Dahlah, Diaz! Kau ni kenapa?" Keras Delilah berbisik. Hairan dan geram dengan tindakan melulu Diaz. Memang sengaja nak lagakan dia dengan Ailinisha agaknya!

Myra, Jayden serta Eden langsung tak berganjak dari tempat masing-masing. Kekal menjadi pemerhati keadaan yang mula tegang itu.

"Sorry for what? I tak salah pun berborak pasal dia dekat Myra. Kan Myra? Lagi pun dah benda betul." Bersahaja jawapan Ailinisha. Sempat dikerling wajah Myra bersama pandangan bongkak sebelum Delilah pula dijeling.

"Dia yang suka minta attention, menggedik dengan you.. menggedik dengan Qash." Sambungnya lagi dengan nada rendah namun tetap dapat didengari oleh mereka disitu.

"Hei!"

Terasa darahnya menggelegak mendengar kata-kata gadis itu, Diaz mara dengan muka bengis.

"Diaz.."

Delilah pantas bangun dan menarik lengan Diaz. Ailinisha pula sudah terundur. Terkejut sebab Diaz tiba-tiba mengamuk.

"Mulut kau tu jaga sikit perempuan! Jangan sampai aku tonyoh dekat longkang karang.." Diaz membentak.

Tercengang lagi Ailinisha di tempatnya. Semua mata kini tertumpu kepadanya, membuatkan dia mula merasa dipermalukan. Tebal wajahnya menentang tenungan tajam dari Diaz.

"You ni kenapa eh? Beria sangat bela dia kenapa? Ha? Bukan you ke yang benci dengan budak ni mula-mula dulu? Sekarang dah jatuh suka pulak ke?" Dalam rasa ragu-ragu mahu melawan, tetap jua amarahnya mencanak naik.

Dia rasa egonya tercalar ketika Diaz dengan berani menengkingnya di khalayak ramai. Ini bukan yang pertama, tapi dah kali kedua! Semuanya gara-gara gadis bernama Delilah itu.

"Aku benci ke, suka ke.. itu urusan aku. Yang jadi masalah sekarang ni, aku dah pernah warning kau. Kau kalau nak complain pasal dia, complain depan aku. Tapi makin menjadi-jadi pulak perangai kepochi kau ni. Itu belum lagi aku sentuh pasal kau yang suka sebarkan gosip aku yang kononnya boyfriend kau. Tak malu ke mengaku benda yang sah-sah tak akan jadi?" Pedas ayat Diaz mengundang bisikan-bisikan kecil beberapa kelompok pelajar di kafe tersebut.

"Diaz! Sampai hati you kan?!" Ailinisha pula hampir mahu menangis. Dia tahu dia bakal menyesal kerana bertikam lidah dengan Diaz, kerana itu, Delilah pula yang dijadikan mangsa.

"Mesti you yang hasut Diaz!" Jeritnya geram. Semakin membuak-buak perasaan malunya apabila si junior yang telah lama dia perhatikan, Qash dan Laith turut muncul disitu.

Terjuih bibir Delilah. "Eh, akak ni! Tiber pulak.. saya yang duk diam ni yang dipersalahkan." Omelnya bersahaja.

Selang sesaat, Ailinisha mula bergerak mendekatinya.

"Eei..! You memang attention seeker!"

"Woi! Woi!" Diaz melaung.

Melongo wajah masing-masing menyaksikan Ailinisha yang mahu menyerang Delilah, tetapi tangkas dihalang oleh Diaz. Tepat pada waktu yang sama, Qash bertindak melindungi Delilah. Berdiri di hadapannya dan secara tidak langsung menyembunyikan Delilah di belakang tubuh tinggi lampainya.

Cuma, yang buat semua orang jatuh rahang sekarang adalah cara Diaz menghalang Ailinisha.

"What the heck are you doing?!" Terpinga-pinga minah tu apabila kedua belah tangannya tergawang ke udara.

Diaz tahan tangan dia dari menyentuh Delilah!

"Yang boleh tarik rambut dia tu aku aje." Gerutu Diaz yang kini berdiri di belakang Ailinisha, masih mengangkat tinggi tangan gadis itu.

"Kau tak reti jaga girlfriend sendiri ke Diaz Raiden?" Tempelak Qash. Mengerling Diaz dan Ailinisha silih berganti. Sempat juga dia menoleh menilik wajah Delilah.

Terus Diaz lepaskan pegangan dengan kasar.

"Girlfriend cekadak engkau! Sejak bila aku ada girlfriend macam dia?" Dengusnya. Dikerling kejap Ailinisha yang seakan mahu menangis.

"I hate you!" Si gadis menjerit lalu menghentak kaki. Pergi dari situ bersama wajah kemerahan.

"Kaulah ni! Kan dah nak menangis anak orang tu.." Delilah membentak. Panjang saja tangannya mencepuk bahu Diaz.

"Apa! Kau patut berterima kasih dekat aku tau. Aku buat perhitungan dengan dia untuk kau. Tak tahu bersyukur langsung budak ni." Bidas Diaz lalu menjeling dengan bibir terkumat-kamit membebel tak jelas.

"Banyaklah kau punya perhitungan. Kau dah buat keadaan makin parah tau tak? Eeii.. geramnya aku!"

Delilah angkat kaki, mahu menerajang Diaz tetapi cepat-cepat Qash menahan. Manakala Diaz, sengaja dia tabik dada untuk memancing amarah Delilah. Dia berani buat macam tu pun, sebab dia tahu Qash akan menjadi penghalang si Delilah.

"Sinilah.. sini!"

"Kau ni kan..!" Delilah kacip gigi. Tetap mahu membalun Diaz walaupun Qash sedang menjadi orang tengah.

"Delilah.. stop it." Jejaka itu mencegah. Bila Diaz mahu menerkam Delilah, dia tolak Diaz jauh. Bila Delilah pula yang terlalu aktif tangan dan kakinya bergerak, dia cuba menahan.

Sekarang ni secara tak langsung dia tak ubah seperti benteng di antara adik-beradik tiri itu. Setiap tingkah mereka disaksikan oleh semua orang yang berada disitu. Masing-masing kehairanan tidak mengerti.

*****


Tuan Amza tercari-cari kelibat isterinya sebaik sahaja kaki menapak masuk ke bilik mereka. Katil kosong tidak berpenghuni, rupanya Lea sedang duduk di satu sudut sedang menulis sesuatu.

"You buat apa belum tidur lagi?" Tegurnya.

Lea menoleh sejenak. "I tengah cari menu. Habis idea dah ni nak masak apa untuk esok."

Entah kenapa, balasan dari wanita itu menimbulkan gelak kecil Tuan Amza. Jadi penyebab wanita itu berkerut-kerut dahi kerana nak cari menu?

"You masaklah apa-apapun, yang biasa-biasa.. yang selalu you masak."

"Nanti bosan pulak anak-anak makan. Anak dara seorang tu, sudahlah memilih makan. Kalau tak kena dengan tekak sanggup dia berlapar. Yang teruna pulak, memanglah makan aje apa yang I hidangkan. Tapi I kena cari menu yang tak pedas. Diaz kan tak tahan makan pedas." Pening kepala Lea memikirkannya. Seboleh mungkin, dia mahukan yang terbaik untuk Diaz dan Delilah. Disebabkan kekangan kerja juga, masa untuk Lea menyediakan keperluan anak-anak agak terbatas.

"I faham you utamakan anak-anak. Tapi kesihatan you pun kena jaga juga. Jangan terlalu paksa diri." Tuan Amza ukir senyum nipis. Dibiarkan isterinya melakukan 'pencarian' menu yang dimaksudkan.

Hendak melarang, macam tak logik. Apa yang Lea lakukan hanya menjalankan tugas seorang ibu. Pernah juga Tuan Amza bercadang untuk mengambil pembantu rumah separuh masa tetapi Lea sendiri yang menolak. Katanya, dia mahu melakukan semuanya demi anak-anak.

"Am.."

Panggilan Lea membuatkan langkah Tuan Amza terbantut. Menoleh semula, dia lihat Lea masih teragak-agak mahu menutur kata.

"Patut ke kita mulakan sekarang?"

Mendengarkan itu, Tuan Amza sedikit tersentak. Terdiam sekejap memikirkan jawapan yang tepat. Soalnya, dia sendiri baru teringat tentang itu. Seiring masa berlalu, dia seolah-olah terlupa sejenak ada perkara penting yang belum diselesaikan.

"Buat masa terdekat ni, I rasa belum sesuai. Exam dah nak dekat. Mungkin selepas habis exam? Dorang cuti semester.." usulnya lembut.

Lea senyum. "Okey." Diperhati Tuan Amza yang keluar dari bilik sebelum dia menghela nafas panjang.

Berkerut sedikit dahi Tuan Amza apabila menyedari ruang dapur terang-benderang. Sudah pukul dua belas malam, siapa lagi yang masih berada disini? Hanya ada seorang yang bermain di fikiran Tuan Amza.

"D?"

Delilah yang pada ketika itu baru selesai mencuci segala perkakas yang dia guna langsung terkejut melihat Tuan Amza. Pada waktu yang sama, telefon diatas kabinet terus disambar. Panggilan telefon dari Qash terputus.

"Err.."

Ish uncle Am ni.. waktu-waktu dia nak 'me time' jugaklah uncle Am muncul.

"D masak apa tu?" Tuan Amza keluarkan air sejuk dari peti ais sebelum menyertai Delilah yang sudah duduk di kitchen island.

"Tanghulu.. D memang selalu lapar tengah-tengah malam." Gadis itu sempat tersengih. Dicapai sebiji anggur hijau yang bersalut gula. Dikunyah penuh nikmat.

"Makanlah apa-apapun. Memang uncle beli untuk D."

"Uncle nak?" Tawar Delilah. Melihat kesungguhan si gadis yang menyodorkan pinggan kepadanya, Tuan Amza mengambil sebiji strawberi. Beberapa kali juga dia mengunyah sehingga membuatkan wajahnya berkerut-kerut kemanisan.

"Manis!"

Terletus ketawa Delilah. Berdosa tak kalau dia gelakkan lelaki itu sebab kelakar?

Tuan Amza pula, mendengar ketawa Delilah saja  membuatkan dia turut terhibur sama. Seingat dia, ini kali pertama Delilah bersikap bersahaja dan santai duduk bersamanya. Tak dinafikan mood Delilah belakangan ini tampak lebih ceria.

"Tanghulu ni dulu manisan dari Dinasti Song tau. Kononnya masa tu tabib nak ubat dayang yang selalu murung atas arahan raja. Jadinya tanghulu ni macam ubat untuk anti-stres la.." Rancak pula Delilah membuka cerita.

"Makan tu boleh, tapi jangan berlebihan pulak. Nanti benda ni bukannya untuk anti-stres aje.. macam-macam penyakit pula yang datang karang." Pesan Tuan Amza ringkas. Si gadis mengangguk beberapa kali tanda setuju.

"Banyak lagi ke kerja uncle?" Delilah melontar soalan lagi apabila Tuan Amza menghidupkan Ipad yang dibawanya tadi.

"Tak adalah. Uncle baru nak check email."

"Sebelum uncle Am kahwin dengan mama, mesti uncle lebih workaholic berbanding sekarang kan?"

Tuan Amza panggung kepala. Memandang tepat wajah polos Delilah sebelum dia melepaskan gelak sekerat.

"Nampak sangat ke?"

Delilah angkat bahu.

"Uncle minta maaf sebab selalu sibuk, selalu tinggalkan D dengan Diaz sorang-sorang. Uncle nak buka furnitures store dekat cawangan baru. Banyak benda yang perlu diselesaikan."

"It's okay. D tak kisah sangat pun. D dah biasa. Sebelum ni pun.." Delilah tak jadi nak menghabiskan ayatnya. Tak penting juga untuk Tuan Amza tahu.

"Uncle janji lepas D habis exam nanti, kita pergi jalan-jalan berempat. Uncle bercadang nak kenalkan D dengan adik uncle." Ujar Tuan Amza. Memberitahu Delilah tentang niat yang telah lama dia simpan.

"Usu Diaz? Dia tinggal jauh?" Delilah mengusulkan soalan lagi.

"Dia tinggal dekat pekan kecil, our hometown. Kalau dari sini, mahu sejam jugalah nak sampai."

"Dia businessman macam uncle?"

Semakin curious pula Delilah dengan gerangan yang disebut-sebut itu. Tangan rancak menyumbat masuk tanghulu ke dalam mulut. Tuan Amza jugalah yang terbantut mahu memeriksa email.

"Dia ambil alih resort keluarga uncle."

Kenyataan itu agak mengejutkan Delilah. Bukan calang-calang orang keluarga si Diaz ni.. orang banyak duit!

"Adik uncle.. macam uncle ke?"

"Definitely not. D tengok Diaz tu, he's the reflection of his uncle."

Entah bagaimana, Delilah boleh tergelak pula mendengar bicara Tuan Amza.

"Grumpy.. silly.. annoying.." Satu persatu sifat Diaz disenaraikan.

"Short-tempered.." Dan-dan Tuan Amza menyambung.

Semakin galak ketawa Delilah. Selamba aje orang tua ni kutuk anak sendiri. Ini kalau Diaz dengar, mahu sedepa muncung mamat tu.

Continue Reading

You'll Also Like

MANUSKRIP By M

Paranormal

19.1K 1.2K 27
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
2.6K 159 8
Cerita ni tak best, author main tulis je ikut mood HAHAHA. Tak reti buat sinopsis, bye. Terima kasih sudi baca ๐Ÿค
9.7K 524 8
โœง | Alam & Maryam. 004 ialah seorang ejen berpangkat tinggi di Agensi, sebuah organisasi rahsia yang hanya mempunyai satu misi-menggagalkan kebangki...
569K 25.4K 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka diperte...