BUKAN KALI INI [C] ✅

Od bungalapan

284K 15.4K 1.9K

BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak te... Viac

PENGENALAN
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40
PART 41
PART 42
PART 43
FINALE
EMIR x LILY - PART 1
EMIR x LILY - PART 2
EMIR x LILY - PART 3
EMIR X LILY - PART 4
EMIR x LILY - PART 5
EMIR X LILY - PART 6
EMIR x LILY - PART 7
EMIR x LILY - END
Ramadhan and Raya Special ✨
Ramadhan & Raya Special ✨
Ramadhan and Raya Special ✨ END ✨

PART 24

4.3K 246 21
Od bungalapan




"CIK Mel.. Tuan William tak jadi nak bagi lukisan dia pada kita. Tadi baru PA dia called curator kita.." Ujar pembantu peribadi Camellia.

"What? Tak jadi? Sebab tak jadi?"

"Dia cakap Tuan William tiba-tiba sayang nak jual lukisan tu."

Camellia memicit kepalanya. Tiba-tiba sayang? Nonsense. Sebelum ini mereka sudah banyak kali bekerjasama dan lukisan lelaki ini banyak terjual dengan harga yang sangat tinggi.

Pameran besar-besaran JM Gallery kali ini memang menjadi perhatian kerana lukisan Tuan William itu. Tuan William antara artis yang sangat berbakat dan semua lukisannya akan mendapat perhatian orang ramai.

"Biar saya jumpa dia.."

"PA dia cakap Tuan William tak nak jumpa siapa-siapa dan dia sudah balik England."

"What the.." sekali lagi Camellia memejam matanya. Sudahlah jemputan sudah sudah siap diedarkan. Sudah berapa banyak JM Gallery laburkan untuk pameran kali ini. Siap bawa artis jemputan luar negara lagi.


🥀🥀🥀


"MACAM mana along?" Camellia ke bilik alongnya untuk berbincang mencari penyelesaian tentang masalah yang mereka hadapi.

"Nanti along jumpa dia.." putus Carl. Itu sahaja penyelesaiannya sekarang. Jumpa depan-depan.

"Tapi along tahu dia macam mana kan? Kalau dia cakap no means no." Orang berjiwa seni ini memang sukar untuk dibaca.

Disebabkan Tuan William ini terkenal, jadi mereka terpaksa mengikut kehendak lelaki ini sebelum ini. Cuma mereka tak faham kenapa Tuan William tiba-tiba berubah hati.

"Kita cuba.. along pergi England.." ujar Carl. Dia tahu di mana dia boleh jumpa Tuan William.

"Mel rasa.. baik Mel yang pergi. After all, Mel CEO." Putus Camellia.

"Along tak nak bagi Mel pergi sorang.. biar along yang pergi. Event dah tak lama. Kita tak boleh lambat Mel. Sini pun perlukan Mel.." ujar Carl. Sekarang mereka berdua memang betul-betul sibuk kerana pameran itu akan berlangsung dua minggu lagi.

Camellia menghela nafasnya. Dia tak mahu gagal dalam pameran pertamanya. Akhirnya Camellia mengalah. Carl akan mencari Tuan William.


🥀🥀🥀


"CIK MEL.. ada delivery.."

Terhenti fokus Camellia ketika itu dan dia memandang pada pembantu peribadinya.

"Delivery?" Camellia melihat jambangan bunga itu. Diambil kad yang terselit di bunga itu.

- you look beautiful

"Siapa yang hantar?" Soal Camellia. Di kad ini tiada nama. Jambangan bunga ros.

"Takde nama pengirim Cik Mel."

"It's okay. You may go. Thank you." Ujar Camellia.

Setelah pembantu peribadinya keluar, Camellia terus membuang jambangan itu ke dalam tong sampah. Tiada nama pengirim? Pengecut.


🥀🥀🥀


PETANG itu Camellia pulang agak lewat. Dia berjalan menuju ke arah keretanya. Dia merasakan seperti ada seseorang yang memerhatinya. Namun bila dia melihat sekeliling, tiada siapa-siapa pun.

Mungkin itu perasaan sahaja. Camellia mencari kunci kereta di dalam handbag sebelum dia merasa ada seseorang berada di belakangnya.

"You nak apa?" Soal Camellia bila dia menoleh ke belakang. Tak habis-habis mengganggunya.

"Dhea.."

"I nak balik.." ujar Camellia.

"Please.. Han nak jumpa Dhea. Han nak minta maaf dengan Dhea." Tengku Elhan sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk bertemu gadis ini. Dia terpaksa menunggu bila Camellia bersendirian.

"I takkan maafkan you." Tegas Camellia. Mana mungkin dia maafkan Tengku Elhan yang sudah memberi parut padanya.

"Bagi Han peluang untuk Han jelaskan semuanya. Please." Tengku Elhan cuba memujuk lagi.

"Cukuplah lima tahun lepas I bagi peluang pada you. I buka hati I untuk you. I tak nak bodohkan diri I lagi dengan you dan permainan bodoh you tu."

"Dhea.. hear me out.. tu semua salah faham."

"Cukup! I tak nak dengar. Better you pergi sebelum I panggil security." Tegas Camellia lagi. Dia terpaksa bersikap tegas kerana dia yakin Tengku Elhan bukan jenis yang mendengar kata.

Bila melihat riak wajah Camellia sudah berubah, bibir gadis itu pula kelihatan menggeletar Tengku Elhan mengangkat tangannya.

"Okay.. I am sorry okay.. Han pergi, tapi tak bermakna Han putus asa."

Camellia melihat Tengku Elhan yang sudah pergi itu. Dia terus masuk ke dalam kereta dan cuba bertenang. Dia melihat jarinya yang menggigil. Dia tak boleh memandu dalam keadaan begini. Camellia cuba mengambil masa untuk bertenang. Dia memejam erat matanya.

Tengku Elhan melihat kereta Lamborghini milik Camellia itu masih tidak bergerak. Mahu sahaja dia pergi ke kereta itu namun dia tak mahu Camellia makin marah padanya.

"Dhea kena bagi peluang untuk Han jelaskan semuanya Dhea.. Han takkan lepaskan Dhea. Once you're mine.. you will be mine forever." Gumam Tengku Elhan.

Tengku Elhan menunggu sehingga kereta Camellia keluar dari kawasan galeri itu. Dia mengekori kereta itu sehingga Camellia masuk ke dalam perkarangan rumah agamnya. Tengku Elhan kembali ke syarikatnya.


🥀🥀🥀


"MEL.. sini umi nak cakap sikit.." Puan Sri Huda memanggil Camellia ketika gadis itu baru pulang. Dari tadi dia menunggu.

"Apa dia umi?"

"Mel dah kenal Elhan kan? Umi dengan Tengku Aishah dah sepakat.. nak rapatkan lagi Mel dengan Elhan." Ujar Puan Sri Huda tanpa berselindung. Dia mahu percepatkan perkara baik ini.

"Tapi umi.. Mel tak nak.. Mel nak fokus kerja dulu." Camellia menolak dengan lembut. Dia tak mahu keluarganya tahu apa yang terjadi antara mereka dahulu. Biarlah dia dan Tengku Elhan sahaja yang tahu.

"Umi tak paksa Mel terima dia.. tapi Mel kawanlah dulu dengan dia. Lagipun Elhan dah setuju nak jumpa Mel weekend ni."

"Tapi umi-"

Melihat riak wajah Camellia itu, Puan Sri Huda faham. Gadis itu jelas tidak mahu dan dia tidak akan memaksa.

"Takpelah macam tu. Kalau Mel tak nak umi tak paksa. Nanti umi bagitahu Tengku Aishah ya."

Camellia memandang wajah Puan Sri Huda. Dia nampak riak kecewa di wajah uminya itu walaupun Puan Sri Huda senyum. Dia tahu niat Puan Sri Huda baik tapi dia masih tak boleh terima Tengku Elhan meskipun hanya sekadar kawan.

Puan Sri Huda mengusap pipi Camellia sebelum dia bangun. Dia tidak mahu memaksa. Biarlah Camellia sendiri yang membuat keputusan.

Belum sempat melangkah Camellia menarik lengan Puan Sri Huda.

"Mel pergi jumpa dia. Tapi untuk kali ini je.." Camellia tidak sanggup hampakan permintaan Puan Sri Huda.

"Betul ke Mel?" Senyuman terukir di wajah Puan Sri Huda.

Camellia mengangguk. Dia senyum bila wajah itu kembali ceria. Mel sayang umi..


🥀🥀🥀


"DHEA setuju ke bonda?" Soal Tengku Elhan tidak percaya. Memang dia ada menyuruh Tengku Aishah bercakap dengan Puan Sri Huda namun dia tak percaya yang Dhea akan setuju.

Tengku Aishah mengangguk. Dia memandang wajah anak lelakinya. Nampak gembira betul.

"Serius? Bonda tak tipu?"

"Ya Allah Han. Buat apa bonda nak tipu.. tadi umi dia telefon bonda.. cakap Mel setuju."

"Thank you bonda. Thank you!" Tengku Elhan mencium pipi bondanya. Sudah lama dia tak merasa gembira seperti ini.

"Dah dah dah. Ingat pesan bonda. Jangan sakitkan hati Mel. Kalau bonda tahu.. siap Han!"

"Don't worry bonda. Han takkan sakitkan hati Dhea." Tengku Elhan senyum lebar. Dia masih lagi tidak menyangka Dhea akan setuju untuk bertemu dengannya. Tak sia-sia dia memujuk Tengku Aishah tempoh hari.


🥀🥀🥀


KETIKA Tengku Elhan melangkah keluar dari biliknya, dia terdengar Emir bercakap tentang JM Gallery dengan Zain.

"Kenapa Emir? Kenapa dengan JM Gallery?"

Emir membulatkan matanya bila tersedar majikannya sudah berada di belakang. Aduh. Terus Emir bangun mengadap Tengku Elhan. Digosok belakang lehernya.

"Err Tengku tak tahu ke? Yang Tuan William tak jadi nak bagi lukisan dekat JM Gallery?"

"Kenapa tak jadi? Kan semua orang dah tahu dia main artist?" Tengku Elhan melipat tangan ke dada. Dia baru tahu cerita ini.

"Dengar cerita Tuan William tiba-tiba rasa sayang dengan lukisan dia. So kali ni dia tak nak jual." Ujar Emir. Dia dapat tahu dari pekerja-pekerja JM Gallery juga.

"Rasa sayang? Nonsense. Entah-entah ada orang lain offer dia harga lebih tinggi." Tengku Elhan mencebik.

"Maybe jugak.. sekarang JM Gallery tengah kelam kabut. Yelah, kad semua dah edar. Artis jemputan luar negara pun ramai kali ni sebab nak tarik minat anak muda. Sekali Tuan William tarik diri. Sampai sanggup nak bayar ganti rugi." Emir menggeleng kepalanya.

"Dia sanggup bayar ganti rugi?" Tengku Elhan menaikkan keningnya.

Emir mengangguk.

"Kesian Cik Mel.. mesti kelam kabut dia tu." Ujar Emir lagi.

"Nanti aku call Elman. Aku tanya dia." Tengku Elman sudah lama berada di England dan lelaki itu juga suka melukis. Pasti Tengku Elman boleh dapatkan maklumat tentang Tuan William.



🥀🥀🥀


CAMELLIA mengeluh selepas mendapat panggilan dari Carl tadi. Tuan William masih tidak mahu bertemu dengannya. Carl sudah berada di England selama dua hari semata-mata mahu berjumpa Tuan William.

"Kenapa mengeluh Cik Mel? Ada masalah ke?"Soal Fikri. Ketika ini Camellia sedang membantu Lily di cafe. Sudah lama dia tak ke sini.

"Takde pape. Hal kerja je." Camellia senyum tipis.

"Oo ingat pasal boyfriend." Fikri tersengih-sengih memandangnya.

"Boyfriend? Mengarutlah awak ni. Cookies tadi dah sejuk?" Camellia cuba mengalih topik. Tak selesa berborak pasal dirinya.

"Dah Cik Mel."

"Okay nanti letak dalam balang ya." Ujar Camellia sebelum dia melangkah keluar dari bahagian dapur.

"Kak Mel.." panggil Lily.

Camellia menoleh ke arah Lily. "Ya Lily.. kenapa?"

"Tengku Elhan nak jumpa." Lily menunjukkan Tengku Elhan yang berada di sebuah meja yang agak tersorok.

"Kenapa?" Camellia mengerutkan dahinya. Macam mana dia tahu aku ada kat sini?

Lily cuma mengangkat bahunya. Dia sudah berbual dengan Tengku Elhan tadi cuma sekarang dia ada kerja.

"Kak Mel nak balik dah ni.." tolak Camellia.

"Kak Mel pergilah bagitahu. Lily ada kerja ni." Terus Lily masuk ke bahagian dapur.

Camellia melihat Lily sudah masuk ke dapur. Dia terus mengambil barang-barangnya dan ingin pulang. Dia mengelak dari berjumpa Tengku Elhan.

Belum sampai ke kereta, namanya diseru. Camellia menoleh ke belakang.

"You nak apa?" Soal Camellia malas.

Nak Dhea.. namun Tengku Elhan cuma mampu berkata-kata dalam hati.

"Han nak cakap boleh? Pasal kerja?"

"Kerja apa? Rasanya kita takde kerja berkaitan." Camellia memeluk tubuh memandang Tengku Elhan.

"Pasal William."

Kening Camellia terjungkit namun dia cuba berlagak tenang sebelum dia senyum sinis.

"You tak perlu masuk campur. Tu urusan kerja I. I tak perlukan campur tangan orang luar."

"Tapi Dhea-"

"I nak balik. So please Tengku." Camellia mengangkat tangannya. Depan orang lain mungkin dia boleh berlembut tapi tidak bila berdua.

Tengku Elhan mengeluh. Sekali lagi Camellia menolaknya.

"Cik Mel!" Kedengaran satu lagi suara memanggilnya.

Camellia dan Tengku Elhan berpaling ke arah suara itu.

"Cik Mel.. ni saya buatkan Cik Mel spaghetti. Tadi Cik Mel lapar kan?" Fikri menghulurkan bungkusan plastik itu kepada Camellia.

"Thank you Fikri." Camellia senyum dan mengambil huluran itu.

"Jangan lupa makan tau." Ujar Fikri sebelum dia kembali masuk ke dalam kereta.

Tengku Elhan cuma melihat lelaki itu pergi sebelum dia kembali memandang gadis kesayangannya.

"Dhea tak makan lagi ke?"

Camellia tidak menjawab soalan Tengku Elhan dan membuka pintu keretanya. Dia masuk tanpa menoleh ke arah Tengku Elhan.

"Kerasnya hati Dhea.." gumam Tengku Elhan bila melihat kereta Camellia sudah bergerak.

🥀🥀🥀

"MACAM mana?" Soal Tengku Elhan pada abangnya Tengku Elman. Mereka sedang berbual di telefon ketika ini.

"Apa aku dapat kalau aku tolong?"

"Dengan adik pun berkira ke?" Tengku Elhan berdecit. Ini yang malas dia mahu minta tolong pada Tengku Elman.

"Adik tak adik.. kau ingat senang ke nak jumpa orang tua tu? Cable besar pun belum tentu dapat tau." Kedengaran suara Tengku Elman ketawa di hujung talian.

"Dah tu kau boleh tolong tak ni?" Dengus Tengku Elhan.

"Ni Elman laa. Boleh dengan syarat."

"Apa dia?" Soal Tengku Elhan malas. Dia cuma mendengar syarat Tengku Elman sebelum dia bersetuju.


🥀🥀🥀



HUJUNG minggu itu Tengku Elhan bersiap awal. Hari ini dia ada temujanji dengan Dhea Haneesa. Tak sabar mahu bertemu gadis itu.

"Awal Han bersiap. Nak pergi mana?" Tegur Tengku Aishah bila melihat anaknya yang sudah kemas bersiap itu. Handsome betul ikut muka suaminya. Eh.

"Nak jumpa Dhea.." Tengku Elhan mendekati bondanya.

"Han.. baru pukul 10 pagi. Tak awal sangat? Bukan janji waktu lunch ke?"

"Han tak sabar laa bonda. Han tak nak Dhea tunggu Han." Ujar Tengku Elhan.

"Habis tu tak nak breakfast dulu?" Tengku Aishah menunjukkan makanan di atas meja makan. Biasa hujung minggu memang mereka bersarapan lewat.

"Tak naklah bonda. Han nak makan dengan Dhea." Ujar Tengku Elhan lagi. Dia mengucup pipi Tengku Aishah sebelum dia melangkah keluar.

Tengku Aishah menggeleng kepala dengan anak lelakinya. Sudah lama dia tak nampak Tengku Elhan ceria seperti itu. Setiap hari dia mendoakan agar Tengku Elhan kembali ceria seperti dulu.


🥀🥀🥀


JAM menunjukkan pukul 12 tengahari. Tengku Elhan sudah menunggu lebih sejam di restoran ini namun bayang Dhea masih tidak kelihatan.

Tapi tak boleh salahkan Dhea kerana mereka berjanji pukul 12 tengahari. Tengku Elhan yang sampai awal kerana tak mahu Dhea menunggu.

Tengku Elhan mencapai telefonnya untuk menghantar mesej pada Dhea.

"Han.."

Tengku Elhan senyum sebelum mengangkat wajahnya.




Okay. Sabar sikit lagi yeee.

TBC💕

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

22.2K 855 58
[BOOK 1] beautiful cover from @gadishazel 🦋 Mengisahkan tentang Nur Riana Afina yang menyimpan perasaan terhadap Tengku Muhammad Farhan Najmi sejak...
1.2M 60.6K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
2.2M 14.6K 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati a...
62.7K 1.6K 10
(Complete) November, 2018 Dari seorng babysitter, Jadi seorng truly mother? Dapatkah encik duda a.k.a encik tiada perasaan terima sek...