Mr Vader (OG)

Από coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... Περισσότερα

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 35

235 36 2
Από coffeloff

"Mana laki kamu ni pergi Ashal? Tak balik -balik lagi. Lepas maghrib nanti kita dah nak bertolak,tahu tak? " Ibu saudara yang lain mula menyerang aku tentang keberadaan Muqris.

Aku sekadar diam. Telefon di atas meja dilihat, menunggu sebarang panggilan atau mesej darinya.

Tentang mimpi semalam pun sering berlegar di fikiran. Inikan pula kena sembur dengan pelbagai soalan tentang Muqris. Lagilah aku tak ada mood!

Jam menunjukkan hampir pukul 6:30 petang. Langsung tiada tanda -tanda kehadirannya.

"Betul ke Muqris pergi kem? Entah -entah dah lari sebab dah dapat 'sesuatu'  semalam. " Giliran Nadiah mencucuk jarum.

Eleh kau! Depan aku suka sembur macam -macam. Tapi depan laki aku bukan main baik sampai kepala pun tunduk. Kalau boleh kepala tu nak masuk dalam tanah. Huh!

Tipulah kalau aku tak rasa kecewa dengan Muqris. Aku cuba pujuk hati, dia sibuk. Kawan dia baru lepas meninggal.

"Dik, jangan nangis. Nanti make up comot. Tak cantik. "MUA cuba menghiburkan hatiku.

Aku sekadar tersenyum nipis.

"Shal. Aku yakin Muqris akan datang. Mungkin dia terlambat sikit je. "Ayesha memberikan kata -kata semangat.

"Betul! Una setuju. Dia sibuk. Takkanlah dia tak ada masa majlis kahwin dia sendiri, kan. " Husna memelukku. Tidak lama selepas itu, Ayesha dan Husna keluar dari bilik untuk memberikanku sedikit ruang.

Disebabkan aku bendera 'merah' pagi tadi, aku bersiap awal dari jadual asal. Mudah. Aku memakai gaun putih yang tidak meleret di lantai. Risau juga kalau ambil ala -ala princess tiba -tiba terjatuh. Sampai tua ingat perasaan malu.

Azan maghrib berkumandang. Tiada lagi kelibat Muqris di rumah. Aku cuba menenangkan hati. Sabar Ashal.

"Mungkin dia tersekat jem ke. Lepastu bateri telefon mati. Husnuzon Shal. "Aku berjalan ke hulur ke hilir. Kan dah kata mudah kalau ambil gaun macam ni. Aku nak berlari pun boleh. Bezanya antara laju dan perlahan je.

Almari dibuka kasar. Aku mencapai buku yang sederhana kecil di ruangan atas.  Tali yang dijadikan penanda aku selak. Pen menari mula menari mencatat sesuatu. Selesai sahaja menulis aku kembali meletakkan di tempat asal. 

Aku perlukan sedikit angin. Kaki menuju ke sliding door untuk dibuka.

"Oh shit! "Aku menjerit kuat apabila melihat kelibat lelaki betul -betul di hadapanku.

Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan aku berdebar. "Adik! Apa yang bising tu! "tanya Angah risau.

"Tak ada apa-apa! "laungku. Kepala kembali dipusingkan ke arah hadapan.

Lelaki itu ditenung tajam. Apa yang dia buat kat sini? Lain yang diharap, lain yang sampai."What are you doing here, Aady? "soalku sambil bercekak pinggang.

"Take you to the reception. Muqris. Don't ask a lot because I don't know anything. I'm just his Personal Assistant for today. "Awal -awal lagi Aady mengangkat tangan seperti orang bersalah.

Eh, mamat ni! Call tak ada. Mesej tak ada. Tahu -tahu hantar Aady. Lupa. Muqris pakar dalam menggunakan orang lain.

Aku perasan Aady tidak lepas dari memandang wajahku. Apahal ni? MUA tadi makeup muka aku macam badut ke?

"You look sad. " Mata Aady menunjukkan simpati.

Ouh! Ingatkan dia nak kutuk aku tadi. Ketara sangat ke perubahan wajahku?

"Sikit. "jawabku ringkas. Pandangan dialihkan ke arah lain agar Aady tidak perasan dengan perubahan wajahku.

Tipulah kalau kata tak sedih. Aku sedih kerana Muqris tiada dalam makluman aku. Ditambah pula dengan hinaan dan mulut di luar sana yang mengutuk Muqris.

Aady menyandarkan badannya ke dinding. Kami berdua menikmati angin malam. Bunyi cengkerik menghiasi kesunyian. 

"Overthinking? "

"Hm. "Itu saja respon. Tiada kuasa untuk membuka mulut.

"Just focus on yourself, princess. Ignore the fucking shit. They just jealous because you got Muqris. The handsome one. And he also got you as his soulmate. "

Aku ketawa kecil. Rasa macam kelakar dengan pernyataan Aady. Aku dapat dia. Bukan dia dapat aku.

"Mana ada. Saya yang bertuah sebab dapat dia. "

Aady melihat jam di pergelangan tangannya.

" Dah lambat. Jumpa kat luar. "

Aku angguk. Dia berlalu pergi ke ruang hadapan.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik, kesemua ahli keluargaku terpegun melihatku. Kenapa? Make up aku comot ke? Baju aku ada yang terkoyak ke? Aku melihat penampilanku. Tak ada cacat cela.

"Masya Allah cantiknya anak abah. "Senyuman lebar terukir di bibir abah.

Awww! Abah puji! Hilang serabut yang bertandang di fikiran.

Along memukul bahu Angah. "Kau menangis ke Ngah? "

"Sial! Mana ada aku nangis. Sakit mata. "Air mata yang hampir keluar Angah lap menggunakan hujung sut tuxedonya.

Ceh! Ego betul.

Aku perasan Nadiah membuat muka menyampah. Tangannya memegang erat 'boyfriend kesayangan'.

"Ok habis sesi drama air mata. Kita dah lambat. "Ateh memotong suasana memandangkan masa mencemburui.

Sepupu -sepupuku yang lain ketawa. Kelakar dengan telatah kami. Semua berpusu -pusu masuk ke dalam kereta. Bersiap untuk bertolak ke hotel.

Dylan dan Damian mengiringiku untuk masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Toyota Alphard, baru aku sedar bukan aku seorang sahaja yang berada di dalam kereta.

"Bersama kami! Jejaka -jejaka hangat di pasar pagi akan mengiringi pengantin perempuan ke majlis! "jerit Taufiq dengan penuh bersemangat di belakang.

Ajwad dan Sofean berada di belakang mengangkat tangan.

"Eh? Yan, lama tak nampak. " tegurku.

"Baru free. Hehehe. Congrats on your wedding, princess.  Sorry, tak dapat datang masa akad nikah. "ujar Sofean.

"Awww! Terima kasih. " Aku berpaling ke tepi.

Aady yang berada di sebelahku mengangguk kecil. Damian duduk di hadapan dan kereta dipandu oleh Dylan.

Betul -betul jejaka hangat dalam kereta ni. Hanya aku sorang je perempuan. Kalau Ayesha dan Husna tahu, mau menangis bucu katil.

Senyum. Angguk. Itu sahaja tugasku apabila diperkenalkan dengan ahli keluarga Muqris yang lain. Ada yang speaking English, boleh aku faham dan balas. Sekali keluar bahasa Mandarin aku nak balas apa? Wapecetau?

"Handsome boy,"Uncle Zhao memuji.

"Of course. Ah ma's grandson, "balas Muqris dalam gurauan. Serentak mereka berdua tergelak. 

Perbualan Muqris dan Uncle Zhao masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku tidak menunjukkan tanda- tanda untuk masuk campur. 

Aku masih geram dengan dia. Sebaik sahaja tiba di hotel, Muqris terlebih dahulu sampai dan di badannya tersarung kemas tuxedo. Dan dia sengaja tak memaklumkan kepada aku terlebih dahulu. Argh! Aku rasa nak cekik leher dia. Bukan main aku gelabah sebab dia tak munculkan diri tapi dia elok berdiri terpacak kat sini.

Muqris beritahu aku hanya Ah Ma tidak mampu untuk hadir disebabkan masalah kesihatan. Cukuplah banyak ni je yang datang. Aku rasa tak selesa dengan mata -mata helang yang memandang ke arah aku. Terasa seperti aku ada buat salah besar. Walaupun aku tak pernah jumpa Ah Ma, aku berharap sangat Ah Ma baik seperti nenek.

Majlis resepsi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Hiasan dalaman dewan sangatlah cantik. Bunga- bunga yang menghiasi pelamin dan laluan karpet merah sangatlah cantik. Rupanya bunga yang dihias ialah bunga hidup. Patutlah cantik semacam.

"Cantik hiasan dewan. " Muqris membuka mulut setelah lama menyepi.

"Soalan cliché. "kutukku. Tak ada soalan lain ke? Kalau dia puji aku cantik ke. Ok jugak. Pahala pun dapat.

Aku lihat dia membuat muka menyampah. "Andaiku bisa katakan betapa cantiknya keindahan ini, tidak bisaku ungkapkan kepada mu kerana wajah mu lebih cantik bagaikan sekuntum bunga tahi ayam. "

Mataku membulat. "Bunga tahi ayam kau panggil? " Kurang asam betul. Dia samakan aku dengan bunga tahi ayam. Kalau bunga mawar ke. Bunga matahari ke. Ok jugak.

"Bunga lawang pun ok. Ke nak suruh tukar ayat tu balik? "soalnya.

Laju tangan aku memukul perutnya. Padan muka! Perbualan kami terhenti apabila Angah memanggil Muqris, dia pun laju je pergi sebab nak loloskan diri dari aku. Aku ditinggalkan seorang diri di meja makan.

"So, your name is Ashal right?" Seorang wanita yang berambut paras bahu menegurku. Astrid Chen, sepupu Muqris.

"Yes, I am." Aku menghadiahkan senyuman. Dalam hati menjerit agar Muqris datang kembali ke meja ini. Jangan dia hentam soalan bukan- bukan sudah.

"Can I ask you one question?"

Angguk. Soalan apa pulak dia nak tanya ni? Ingat ni temuduga ke?

"Tak menyesal ke kahwin dengan Muqris? I mean, sebelum dia kahwin dengan you, dia agak 'liar'. Tidur dengan perempuan lain benda biasa tau tapi 'tidur' dengan cousin sendiri memang luar biasa."

Soalannya memancing perhatian seluruh penghuni meja makan. Mereka memandang ke arahku dengan tatapan sinis. Ada juga yang saling bercakap dalam bahasa Mandarin. Astrid menunggu jawapan dariku.

"Cousin sendiri?" Aku cuba mencerna ayatnya.

"He has a nice body." Astrid senyum sinis.

Ni soalan ke ajak gaduh mulut. Mulut dia pun laju je cakap. Siap puji badan Muqris cantik lagi. Aku rasa nak sekeh kepala dia. Dan yang lain seakan tidak terkesan dengan 'soalan' Astrid. Seperti menyokong pun ada. 

Kerusi di sebelahku dihuni seseorang. Meja yang tadi riuh rendah tiba-tiba menjadi suram seperti tanah perkuburan. Aady. 

"Only Muqris have a nice body? What about me? I have a dragon tattoo on my back. Don't you wanna see it?" kata Aady mendatar.

Ni bukan buat Astrid je terdiam, dengan aku sekali terdiam. Aku nampak Astrid menelan air liur. Nampaknya Aady memasang telinga perbualan kami. 

"Watch your mouth. If Muqris wanted to, he wouldn't sleep with a slut."

Auch, sakitnya! Tajam, padat, padu. Ini yang kita mahu. Berubah terus air muka Astrid. Kalau kena kat aku, tak jumpa sepupu macam Aady sampai mati pun takpe.

"Aady!" Aunty Yi Ran menepuk meja dengan kuat. Mukanya merah menahan marah.

"What?" balas Aady dengan malas.

"Nǐ zěnme gǎn chēng ā sī tè lì dé wèi dàng fù?!(Berani awak panggil Astrid perempuan murahan?!)"

Aku tak faham apa yang Aunty Yi Ran katakan tapi aku pasti ia berkaitan dengan ayat Aady tadi.  Sumpah rasa tak selesa dengan keadaan sekarang. Majlis perkahwinan sepatutnya perjumpaan antara saudara terdekat dan jauh. Bergelak gembira. Bukannya berperang mulut seperti sekarang.

Bunyi gelas kaca dihentak kuat menyentakkan bahuku. Kaca berteraburan di atas meja.  Tangan Aady dibasahi dengan darah dikepal. Seperti sedang menahan sesuatu.

Mataku membulat. Darah! Tangan Aady. Pertama kali aku melihat kemarahan seseorang sehingga membuatkan diri sendiri cedera. 

"Kalau tak nak dipanggil 'murah', jangan cakap benda 'murah'. Hormat Ashal sebagai isteri Muqris, faham?"

Nada Aady bertukar dingin. Satu persatu wajah yang berada di meja itu dia lihat.

Aku menelan air liur. Tak pernah melihat sisi 'lain' Aady. 

"Muqris mungkin baik. Tapi aku tak." Aady berdiri.

"Jom."

Aku patuh. Langkah Aady diikuti dari belakang. Mata aku tertumpu pada tangan Aady yang luka. Tangannya luka akibat gelas yang pecah. Aku terfikir kalau Aady marah sampai boleh pecah gelas yang berada di tangannya, kalau Muqris? Seram dan tak nak bayang. Moga sisi malaikat sentiasa mendampingi Muqris.

Apabila kami berdua berada di hadapan Muqris, dia memandang Aady atas bawah. Pandangan dialihkan ke arahku. 'Dia mengamuk', hanya bibir sahaja yang bergerak.

Muqris memuncungkan bibirnya tanda faham. Dia mengeluarkan napkin dari tuxedonya. 

"Nasib tangan je luka. "kata Muqris.

"Yeah you right. I should kill all of them." Aady mengikat tangannya yang luka menggunakan napkin.

"Jangan buat kerja gila Aady Chen!" Nadaku naik. Gila! Mereka semua ahli keluarganya takkan sampai nak bunuh.

Aady menepuk bahu Muqris. "Bagi ayat dalam kitab kau. Cepat. Kau kan 'fathers'."

Phfttt! Tersedak air liur aku. Dia panggil Muqris 'fathers'? Sumpah kelakar. Lagi bertambah kelakar bila tengok reaction Muqris macam nak telan Aady hidup-hidup.

"Apa?  Kalau kau lahir non muslim nama kau sepatutnya Shuo Chen. Tapi bapak kau Mail so dapatlah nama Sheikh."ujar Aady.

"Shuo Chen. Eiuw, buruknya." Sengaja aku mengutuk.

"Elok sikit eh! Nama tu Ah Ma minta dengan,"

"Dengan apa? Islam kan. Jangan nak percaya benda bukan-bukan." potongku.

Muqris memuncungkan bibirnya. Protes.

"Nama aku lagi sedap. Aady Chen. Kan Ashal kan?"

"Betul."

Aku dan Aady bergabung menyakat Muqris. Biar padan muka dia. Hahaha!

Muqris dan Aady bermain mata sebelum Aady pergi meninggalkan kami berdua. Tangan sasanya diletakkan di atas bahuku. Kami berdua melihat tetamu yang dijemput. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada sedikit ketegangan. Dan Muqris pun tak tanya macam mana tangan Aady boleh luka. Aku syak dia memang dah tahu. Tutup topik pasal tadi. Malas nak fikir.

"Pean dengan Taufiq kat mana eh? "soalku. Yang nampak di mata hanya Ajwad. Itu pun dia duduk bahagian agihan goodies.

"Jangan tanya dua ekor anak syurga tu. Dah selamat lena kat bilik. Mentang- mentang Ajwad bagi bilik free, berlari masuk bilik." Muqris geleng.

Aku tahan gelak. Macam- macam!

"Dorang ada cakap bukan- bukan ke?" soalnya. Dorang yang disebut sudah semestinya merujuk kepada penghuni meja tadi.

"Yup! Astrid bagi kiasan macam dia pernah tidur dengan awak dan dia puji badan awak." jawabku jujur.

" Nonsense! Jangan percaya. Dari kecik lagi aku rapat dengan Aady sorang je."

"Siapa cakap saya percaya? Saya takkan percaya sebab," Ayatku terhenti separuh jalan.

Muqris berpaling melihat ke arahku. Mata kami bertemu.

"Because I love you."

Aku perasan bibir Muqris sedikit menggeletar. Kemudian dia senyum sehingga menampakkan gummy smile.

Senyuman inilah yang menarik perhatianku dari dulu hingga sekarang.

"And I will love you," balasnya.

'And I will love you'.

Dia akan. Bukan sekarang tapi akan.

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

228K 16.6K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...
Dia, Izra. Από Fei

Εφηβική Φαντασία

993 278 26
9 | Possessive Keeper --- "Like what you see? Why not take a photo instead? It will surely last longer." Izra senyum sinis memandang wajah polos itu...
9.7K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
FALAH | Serunai Maut ✔ Από Leena Syiha

Μυστήριο / Τρόμου/ Θρίλερ

857K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...