Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

239K 15.7K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~51

6K 352 63
By Dandelzel

Burrr..!

Tersembur air yang baru diteguk Diaz. Padah bila minum sambil berjalan. Tapi, rasanya itu bukan alasan yang sesuai dengan situasi sekarang. Melainkan kerana seorang gadis bernama Delilah.

"Where the hell are you going?" Soalnya dengan nada tinggi. Terbeliak matanya menyaksikan si gadis yang baru turun dari tingkat atas itu.

"And what the heck are you wearing?" Atas bawah dia pandang Delilah dengan riak judgemental. Bibir terjungkit jelek.

Delilah yang terkebil-kebil ditempelak begitu terus saja merenung penampilannya sendiri dengan riak wajah sebek.

"Apa yang tak kenanya? Tak cantik ke? Atau keterlaluan sangat?"

Diaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia kembali mengamati pakaian yang tersarung di tubuh Delilah. Knitted cardigan. Flared skirt atas lutut. Rambut ponytail-nya dihias dengan ribbon putih. Wajahnya pula berseri-seri dengan mekap yang tak terlalu tebal. Sangat berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Yang mana kebiasaannya Delilah sekadar mengenakan lipstick.

Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiran Diaz. Menawan. Delilah terlihat lebih mirip Lea. Pun begitu, mulut Diaz pula menderhaka pada kata hati.

"Nampak macam badut ada lah! Kau nak kemana sampai duk merenyam gini?"

Wajah Delilah cemberut serta-merta. Dia yang bodoh kerana meminta pandangan Diaz. Sudah jelas jejaka itu akan mengkritiknya.

"You look gorgeous." Tuan Amza yang sedari tadi duduk di ruang tamu datang mencelah. Ulas bibirnya merekah dengan senyuman kagum.

"Diaz kata macam badut." Spontan saja Delilah mengadu sambil jeling Diaz.

"Abaikan dia. Orang yang tak tahu definisi kejelitaan memanglah akan cakap macam tu." Tukas Tuan Amza selamba. Melongo Diaz yang mendengarnya.

"Baba!"

Baba ni memang sengaja nak malukan dia depan Delilah agaknya.

"Nak keluar dengan siapa ni?" Usul Tuan Amza lagi.

Delilah tersengih segan. "Qash."

"Qash?!" Lain yang bertanya, lain pula yang memberi reaksi. Terus Delilah jeling Diaz yang separa menjerit. Hiperbola sungguh mamat ni!

"Kawan D yang kelmarin tu?"

Satu anggukkan diberi.

"Hati-hati."

Ringkas pesanan Tuan Amza seraya menyoroti langkah Delilah sehingga figura gadis itu hilang dari pandangan.

"Si Qash Hayyan tu memang bagi pengaruh buruk dekat Delilah. Selama ni mana pernah Delilah berpenampilan feminin macam tu." Becok mulut Diaz mengomel tak puas hati.

Ini kali pertama dia melihat Delilah berpenampilan begitu. Penampilan yang tersangat next level baginya. Risau juga andai Delilah benar-benar buang tebiat disebabkan Qash. Tapi dia juga tidak menafikan bahawa apa yang dilihatnya sebentar tadi seakan membuatkan dirinya kagum.

Mengikut pandangannya, Delilah tampak lebih 'hidup' dan bersemangat. Ceria semacam.

"No." Tuan Amza tersenyum di tempatnya. Ada rasa lega yang mengetuk pintu hati. "She's starting to like her old self." Ucapnya sambil menepuk bahu anaknya sebelum berlalu.

Diaz terkulat-kulat tidak mengerti.

"She is?"

Di luar rumah, Delilah dapati Qash sudah pun menanti di tepi kereta. Jejaka itu kelihatan berpeluk tubuh sambil tunduk. Sebelah kakinya dihayun malas.

Delilah terasa hendak tergelak tanpa sebab. Geli hati mengenangkan situasi mereka sekarang. Kenapa dia tak pernah terfikir bahawa Qash Hayyan ini adalah budak yang sama yang pernah dia gila-gilakan dahulu?

"Yan!"

Barangkali urat malunya sudah terputus, selamba saja Delilah menyapa usai mengenakan sneakers. Lebar senyumannya mendekati si jejaka yang langsung terkedu itu.

Detik ini, Delilah bukan saja berhadapan dengan Qash Hayyan yang pada awalnya dia anggap kerek dan digelar mister hot potato. Kini dia berhadapan dengan Yan, budak lelaki yang mencuri perhatiannya beberapa tahun lalu.

Tak berkelip mata Qash merenung Delilah. Mengagumi kemanisan gadis itu buat seketika sebelum tersenyum.

"It's feel like deja Vu."

*****

Dari satu tempat ke satu tempat, Qash memandu mengelilingi kota kecil itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Dia yang sudah berjanji mahu membawa Delilah melihat sekitar bandar kali lepas. Baru sekarang hajatnya tercapai.

Sepanjang perjalanan juga Delilah langsung tak duduk diam. Sibuk bertanya itu ini kepada Qash. Kalau bukan disebabkan Lea berkahwin dengan orang sini, dia tidak akan tahu keindahan kota ini. Kota yang tak terlalu kecil, tak juga terlalu luas.

Desiran air laut sangat jelas kedengaran saat mereka turun dari kereta untuk melepak di jeti. Delilah melabuhkan duduk di tebing menghadap pantai. Terjuntai kedua belah kakinya sambil dia menutup mata sekilas untuk merasai sapaan angin yang sepoi-sepoi.

Qash di sebelah hanya duduk tenang tanpa sebarang suara. Seperti Delilah, dia membiarkan tubuh menikmati tamparan angin yang lembut.

"Sejak bila kau cam aku?"

Satu soalan meluncur keluar dari bibir Delilah. Sudah tiba masanya untuk mereka bersoal jawab setelah sekian lama berdiam diri.

"Sejak pertama kali kita jumpa."

Pantas Delilah menoleh memandang Qash. Malah kejadian pertama kali dia bertemu dengan jejaka itu spontan terlayar di kotak ingatan.

"Dekat Petron?"

Bermakna, jejaka itu sudah mengecamnya dari awal lagi.

Qash mengangguk tanpa teragak-agak. "Cuma waktu tu, aku rasa was-was. Tapi selepas tu, apa yang aku tak sangka adalah bila kita bertembung balik dekat kolej. Waktu aku kembalikan keychain kau yang jatuh tu, aku dah pasti yang kau memang Delilah Lavelle."

"Kau ingat keychain tu?" Usul Delilah lagi. Bulat matanya ketika Qash menyebut tentang itu.

"Ingat.. pencuri keychain itu pun aku ingat. Tak sangka, kau masih simpan keychain tu. Pandai kau jaga.." Dalam Qash memerli, sempat dia memuji.

Kerana keychain koala berwarna kelabu yang sentiasa tergantung di beg gadis itu.. adalah keychain miliknya suatu ketika dahulu.

"Yan.. comellah keychain awak. Beli kat mana?"

Itu ayat pancingan Delilah kepadanya sebelum keychain tersebut tiba-tiba ghaib dari begnya. Tidak pernah dia sangka bahawa hari itu merupakan hari terakhir mereka bersua muka. Delilah berpindah sekolah ketika Qash tidak turun ke sekolah seminggu disebabkan demam panas. Jika diingat semula, mereka langsung tidak berkesempatan untuk mengucap selamat tinggal.

Ketiadaan Delilah membuatkan Qash kembali ke hari-harinya yang asal. Yang tidak berteman. Yang keseorangan. Qash rasa terkilan, namun apalah yang dapat dia lakukan ketika itu. Selang sebulan, dia pula yang berpindah sekolah. Mengikut orang tuanya ke Korea sebelum pulang semula kesini dan tinggal bersama usunya, Mirza.

Delilah tersentak dan terharu pada waktu yang sama. Jadi, pada akhirnya.. Qash tetap mengingatinya walaupun sudah bertahun berlalu. Walaupun perkenalan mereka ketika itu sangat singkat.

"Kenapa kau tak bagitau aku?" Suaranya mengendur dan lirih. Hati mula serba salah.

"Aku bagitau. Banyak kali.. tapi kau yang tak perasan." Qash membalas dengan senyuman tawar.

Terdiam Delilah dibuatnya. Benar.. Qash sudah banyak kali memberitahunya melalui tindakan. Dia saja yang lalai. Padanlah selama ini Qash terasa seperti orang yang sangat dekat dengannya. Setiap kelakuan pelik Qash, Delilah bagaikan pernah berhadapan dengan situasi itu.

"Aku bukan tak nak berterus-terang, Delilah. Cuma.. ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat macam tu. You've changed. Kau bukan lagi Delilah yang pernah aku kenal."

Bicara Qash selepas itu kembali membuat dia terkesima. Riak wajahnya mula berubah, namun cepat-cepat disembunyikan. Dia pasang wajah girang. Berlagak seperti kata-kata Qash tadi tiada makna dan hanya gurauan.

"Kau pun! Aku rasa tinggi kau dulu paras bahu aku aje.. kenapa sekarang kau macam galah pulak?" Tangan dilaraskan atas kepala Qash.

Serius dia cakap, Qash dengan dia sekarang dah terbalik. Dulu dialah yang paling tinggi. Qash tu dia buat macam adik-adik. Sekarang, dia pula yang merasa kerdil.

"Is it because of your family?" Asak Qash lagi. Langsung tak terkesan dengan gurauan itu. Sengihan Delilah memudar. Soalan Qash terlalu tiba-tiba.

"Aku tak pernah lupakan kau, Delilah. Itu maksudnya, aku jugak tak pernah lupa macam mana kau yang dulu. Budak perempuan yang periang, mengada, gedik tiba-tiba."

"Kau nak aku mengada dengan kau ke?" Usul Delilah. Sengaja mahu mengalih topik.

"Bukan itu maksud aku. I mean.. terpulanglah kalau nak mengada pun. Tapi.."

"Eleh! Dulu kau yang suka buat muka kalau aku mengada." Delilah mencemuh sambil tersenyum nakal. Terkenang kembali momen dimana Qash suka tayang riak kerek dan menyampah ketika dia datang mendekat.

Tak keruan Qash dibuatnya. Sekerat gelaknya keluar sebelum dia menggelengkan kepala.

"You are not that Delilah anymore." Lanjutnya kembali.

Delilah kemam bibir. Mode Qash dah serius balik.

"Somehow, aku boleh nampak yang kau cuba untuk letakkan benteng dengan orang sekeliling. Kau berubah jadi seorang yang lebih.. perahsia?" Qash tak tahu macam mana nak terangkan pada Delilah. Apa yang pasti, segala sifat periang gadis itu seakan tertutup dengan aura yang kelam.

"Am I that transparent? Aku rasa kelakar bila kau bercakap benda yang sama macam Diaz." Delilah ketawa sadis. Cuba untuk tidak menganggap serius bicara jejaka itu.

Sedangkan, hatinya sudah berkecamuk memikirkan bagaimana mudahnya Qash dan Diaz 'membaca' air mukanya.

"Mungkin sebab kau betul-betul penting dalam hidup aku dan Diaz. Kau tak tahu ke? Orang yang benar-benar kisah dan ambil berat pasal kau akan memahami kau tanpa sebarang penjelasan pun." Tenang Qash bersuara.

Jeda.

"Some people won't even need words to understand you."

Kali ini nada Qash lebih tegas. Menunjukkan bahawa dia benar-benar memaksudkan bait katanya.

Delilah senyap buat seketika sebelum membuat keputusan untuk bertanya. "Perubahan apa yang kau nampak?"

"Kau dulu suka berceloteh, mulut tak reti diam sampai aku rasa rimas. Sekarang, kau pendiam. Dulu kau seorang yang friendly, tapi sekarang kau tak suka dengan keramaian. Kalau boleh aku tahu.. aku nak kau cerita semuanya dekat aku. Tapi kalau kau masih perlukan masa, atau masih tak selesa dengan aku.. aku akan tunggu."

Mendalam tatapan Qash tanpa berkalih sedikit pun. Dia berharap Delilah akan melayannya seperti dulu. Berkongsi cerita walau dia tidak berminat hendak mendengar. Namun dia lebih daripada tahu, keadaan sekarang sudah berbeza.

Jelas terbias keihklasan di wajah Qash, mengundang senyuman hambar di bibir Delilah. Dalam diam, dia turut mengiyakan ucapan Qash. Terkadang dia juga menyedari sesuatu. Luka yang tersemai di hati, membuat dia lupa siapa dirinya. Siapa Delilah Lavelle yang sebenar.

"Papa aku.. he married to another woman when I was fifteen." Dia mula membuka pekung di dada. Lagi pula, ianya bukan rahsia yang sengaja dia sorok. "I guess true love never existed. Lepas tu mama aku kahwin dengan baba Diaz tahun lepas. So, here I am.."

Ringkas penjelasan Delilah, namun memberi impak yang besar kepada Qash. Jejaka itu tergamam. Iris matanya masih tak lepas merenung wajah manis Delilah.

"I'm sorry.."

Delilah mengerut dahi. "What for?"

"Aku minta maaf sebab aku belum jumpa kau waktu tu. It must be hard for you." Ucap Qash.

"Kalau ya pun, kau bukan boleh buat apa."

"Sekurang-kurangnya aku boleh jadi pendengar kau."

Giliran Delilah pula yang terkelu. Sebaris kata itu berjaya menjentik hatinya dan memberi perasaan hangat. Mungkin.. jika Qash berada disisinya ketika kejadian dimana hidupnya terlalu berantakan dahulu, mungkinkah dia akan merasa sedikit lega? Sekurang-kurangnya, dia tahu dirinya dapat mengandalkan seseorang.

"How I wish you were there." Dia ukir senyum pahit. Ya.. mungkin dia akan merasa lebih baik jika ada Qash.

"Aku tak pernah terbayang semua tu akan berlaku, Qash. Sampai sekarang pun, aku masih tak percaya sebenarnya."

"The divorce.. it changes your whole life." Nada Qash lebih kepada menegaskan fakta berbanding bertanya.

"Hell yeah. It does.. sejak mama dan papa bercerai, hidup aku memang berubah seratus peratus. Aku sangkakan hubungan mama dengan papa saja yang dah berakhir. Tapi.." suara Delilah mula bergetar. Dia tarik nafas dalam-dalam dan dihembus panjang. Cuba untuk terus kuat menyambung cerita.

"He choose his new wife over me. Bini baru dia tak suka aku, so he cut ties with me. Kali terakhir aku tengok muka papa, itu adalah tiga tahun lepas."

Kaku. Qash langsung tidak menjangkakan semua itu. Terngiang-ngiang kembali wajah berseri Delilah ketika bersama papanya. Qash tahu betapa rapatnya Delilah dengan lelaki itu. Setiap hari, Delilah akan dihantar dan dijemput oleh papanya. Qash sendiri menjadi saksi keakraban mereka. Gambar yang sentiasa terselit di dompet Qash itu pun, papa Delilah yang memotretnya ketika hari sukan beberapa tahun lalu.

Wajarlah penceraian itu membawa kesan yang besar kepada Delilah.

"Delilah."

Qash menyeru kembali si gadis yang sedang melangkah seiring dengannya menuju ke kereta. Kedua-duanya bercadang untuk singgah ke STC sebentar nanti.

"Hm?"

"Aku tak pasti sama ada tindakan aku ni betul atau tak, tapi.." Qash sedikit teragak-agak.

Delilah tatap tampang muka Qash. Menanti bicara yang selanjutnya.

"He came for you." Senafas Qash bersuara.

"Siapa?"

"Uncle Ukyle, papa kau.. dia ada datang waktu kau kat klinik sebab demam dulu."

Dum!

Seperti dihempap batu dada Delilah kala itu. Sesak dan memberat mendengar omongan Qash.

"D-dia datang?"

"Mama kau minta aku rahsiakan, jangan bagitau kau. Dorang sempat gaduh kat situ. Muka papa kau cemas gila waktu tu. Tapi mungkin sebab ego, dia beriak macam dia tak peduli depan mama kau." Terang Qash.

Delilah masih terdiam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Bahagiakah? Atau terkilan? Selama tiga tahun dia hidup tanpa mengetahui berita papa.. dan lelaki itu pernah datang menjenguknya?

"Sebelum ni aku tak faham kenapa mama kau tak nak kau tahu pasal tu. Mungkin dia cuma tak nak kau sedih kalau kau dapat tahu uncle Ukyle datang." Sambung Qash lagi apabila Delilah masih berterusan senyap.

Barangkali terlalu terkejut. Atau tidak percaya.

"Delilah, kau tak rasa yang dia masih ambil berat pasal kau?"

Delilah memanggung kepala. Membalas renungan mata Qash. Bicara jejaka itu, seakan memberi satu harapan yang hampir padam cahayanya. Andai benar papa masih peduli tentang dia, dialah yang akan paling bahagia.

"Terima kasih sebab bagitau aku." Itu saja yang mampu dia ucapkan.

Qash senyum segaris seraya mengangguk kecil.

"In case kalau-kalau kau lupa apa yang aku cakap semalam, aku suka dekat kau tau. Bukan Myra. Bukan orang lain."

Strettt!

Mati terus langkah Delilah. Riak wajah Qash yang selamba serta pandangan mata serius itu dia lirik dengan mulut separuh ternganga. Nyaris dia nak tersedak. Tak lama sebelum dia tergelak hambar.

"Apa dah jadi dengan kau dalam beberapa tahun ni, Qash Hayyan? Sampai jadi tak tahu malu macam ni? Bukan dulu kau ke yang paling berat mulut sangat nak bercakap? Nak pandang aku pun tak sudi. Dulu, jangankan nak bercakap.. tenung muka aku pun kau dah merah telinga."

Sekarang dia pula yang tak keruan dengan sikap straight forward jejaka itu. Tak berkias Qash luahkan perasaan!

"I meant it. Aku tak nak dah lalui fasa-fasa sebelum ni. Ignoring you. The silent treatment."

"Jadi kau mengakulah kau sengaja tak nak bercakap dengan aku sebelum ni?"

"Sebab aku ingat, kau dengan Diaz memang betul-betul ada hubungan. I'm sorry." Qash tertunduk kesal. Rasa bodoh sebab memulaukan Delilah. Dia ingat, dia dah buat keputusan yang betul.

"Tapi.. kau rapat dengan Myra." Lambat-lambat Delilah mengucap kata. Namun balasan Qash selepas itu mengundang riak tidak senang di wajahnya.

"Aku tak kisah kalau kau nak aku jarakkan diri dari dia. Aku boleh buat."

Lah! Otak Qash salah tafsir ke?

"Eh, tak! Bukan macam tu.. haih! Kau gila ke nak buat macam tu sebab aku? Kau dengan Myra dah berkawan lama kut.."

"Asalkan kau tak susah hati, aku sumpah tak kisah jaga jarak dengan perempuan lain." Ujar Qash kemudiannya.

Dalam rasa terharu, Delilah rasa nak sekeh pula kepala Qash. Entah apa yang ada di fikiran jejaka itu pun dia tak tahu. Bayangkan kalau Myra dengar, tak ke terasa budak tu?

"Red flag gila!"

"For others, yes." Serius saja nada Qash.

"Janganlah macam tu.. kecik hati Myra kalau dia dengar. Aku cuma, hairan.. selama berkawan dengan Myra, kau tak pernah terdetik nak suka dia?" Usul Delilah, sengaja mahu menduga.

Semua orang tahu Qash cuma berkawan dengan seorang perempuan, iaitu Myra. Selama mereka berteman, mustahil Qash tidak mempunyai sedikit pun rasa suka terhadap gadis itu.

"Aku berkawan dengan dia pun sebab kau."

Spontan dahi Delilah berlapis. "Apa hal pulak?"

Qash tak terus menjawab. Dia hela nafas panjang sambil masukkan kedua belah tangan ke dalam kocek seluar.

"Lepas kau pindah, aku kembali kepada kehidupan asal aku. A lonelier. Aku tak reti berkawan, Delilah. Kau tahu pasal tu. Dulu aku dengan Myra dan Laith mana ada berkawan. Cuma satu hari tu, Diaz mengamuk dan buat Myra menangis gara-gara dia putuskan rantai Diaz." Wajah Delilah kini menjadi tatapan sebelum menyambung kata. "Aku tumbuk Diaz sebab nak pertahankan Myra."

"Sebab tu kau dengan Diaz bermusuh!"

Delilah tak perlu masa yang lama untuk menghubungkan apa yang berlaku di antara Qash dan Diaz. Patutlah.. Diaz semacam tak berpuas hati dengan Qash. Wajar suasana antara mereka sentiasa tegang.

Lagi pula, Diaz terlalu sayangkan rantai pemberian ibunya itu. Tak hairan kalau Diaz terlalu sensitif.

Sekejapan, Delilah memulakan sesi penuaannya lagi. "Tapi apa kena mengena dengan aku?"

"Betullah kau ni memang pelupa. Memori kau tu berapa gb? Empat eh?" Dan-dan Qash memerli.

Bibir Delilah terherot. Aci tak kalau dia hempuk kepala Qash sikit?

"Kau kata kita kena tolong orang yang kena tindas. Aku buat semua tu sebab teringat dengan nasihat kau. Macam itulah titik persahabatan aku dengan Myra dan Laith bermula. Kalaulah aku tak ambil peduli pasal Myra hari tu, aku tak akan berkawan dengan dorang." Jelas Qash jujur.

Tanpa sedar, Delilah sudah tersenyum mendengarnya.

"Sejak bila kau berperasaan macam ni?" Rasa segan tolak tepi. Yang penting sekarang, dia ingin tahu setiap luahan hati Qash.

Sekilas, Qash angkat bahu. "Aku tak ada jawapan yang tepat untuk soalan kau tu. Mulanya aku cuma teruja sebab dapat jumpa kau balik. Lepas tu aku rasa semacam setiap kali nampak kau dengan Diaz. And then, pooff.."

Gaya selamba itu mengundang ketawa lucu Delilah. Qash yang memandang, turut tersenyum melihat kegirangan gadis itu.

"Make sense.." komen Delilah. Sambil meneruskan langkah, dia kerling lagi Qash di sebelah. Terdetik di mindanya untuk menanyakan sesuatu.

"Semalam kau tak pakai spek pun. Kenapa hari ni pakai? Tak sakit mata ke buat macam tu?"

"Kau prefer yang mana? Tak pakai spek atau sebaliknya?" Soalan berbalas soalan. Hujung bibir Qash terangkat sikit. Senyum penuh makna.

Kening Delilah hampir saja bertaut. "Apa? Kenapa senyum macam tu? Ada apa-apa yang perlu aku tahu?"

"You might found it cliche but.." Saat Qash sengaja menggantung ayat, langkahnya turut terhenti.

Delilah yang terkebil-kebil hairan, mendongakkan sedikit kepala apabila Qash berdiri menghadapnya.

Qash buka spek lalu berhati-hati meletakkannya pada Delilah. Bertambah hairan gadis itu. Terpinga-pinga saat mengetahui cermin mata tersebut hanya sebatas cermin mata biasa tanpa power.

"Dah kenapa.."

"Aku buat pembedahan lasik masa umur lapan belas tahun dulu."

Delilah senyap. Blur untuk sesaat dua.

"Jadi maknanya penglihatan kau dah okey?"

Qash angguk. Delilah pula semakin keliru.

"Tapi kenapa masih pakai spek ni?"

"Sebab aku risau kalau tak pakai spek, nanti kau tak cam aku. Andai kata kita ada berselisih dekat mana-mana, mungkin kau akan kenal aku dan tegur. Rupanya kau memang tak ingat aku." Qash tersenyum nipis di hujung katanya.

Air muka Delilah berubah serta-merta. Terharu? Ya, pastilah. Rasa bersalah? Semestinya! Di kala dia sibuk menjalani hidup yang dirasakan berantakan, ada seseorang yang sentiasa mengingat dan menantinya.

"Sampai macam tu sekali?" Tak pasal-pasal, air mata rasa nak menitik.

"Well, it's not my fault that you mean so much to me."

Lagi-lagi bicara Qash buat hati dia rasa tunggang-terbalik.

"Rasanya aku patut minta maaf dekat kau. Aku tak pernah tahu kau cari aku selama ni." Rendah nadanya menutur kata.

"Tak apa, aku faham. Kau masih simpan keychain yang kau curi dulu pun dah cukup bermakna bagi aku." Tutur Qash separuh bergurau. Mengenangkan situasi yang melanda Delilah, dia mengerti jika gadis itu tidak mengingatnya walau sedetik pun.

"Jadi sekarang ni kau nak aku panggil kau apa? Yan atau Qash?" Raut wajah Delilah kembali ceria. Dibetulkan sikit kedudukan spek milik Qash yang masih terletak di matanya. Dia berjalan secara mengundur di hadapan Qash.

"Up to you.. nak lagi special, panggil sayang. Sebab kau sorang aje yang ada access untuk panggilan tu."

Terburai lagi ketawanya. Lain macam level mengorat Qash ni!






p/s : sedikit info untuk para pembaca, timeline DDL masih dalam tahun 2023 tau:)

Continue Reading

You'll Also Like

4M 286K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
2.6K 742 14
Malaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjej...
9.7K 524 8
✧ | Alam & Maryam. 004 ialah seorang ejen berpangkat tinggi di Agensi, sebuah organisasi rahsia yang hanya mempunyai satu misi-menggagalkan kebangki...
29.6K 690 13
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...