MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

597K 22.3K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 50

5.3K 206 38
By nrshaae_



Perlahan-lahan kaki Zarith menapak masuk kedalam ward yang menempatkan isterinya itu. Air matanya gugur setiap kali mengingati kata-kata doktor perempuan itu.

Dia mengambil tempat disebelah isterinya dan meletakkan tapak tangannya atas perut kempis isterinya itu. Dia mengusap lembut perut itu. "Maafkan babah sayang."

"Maafkan babah."

Ayat itu diulang-ulang oleh Zarith. Mulutnya tidak berhenti meminta maaf. Dia memandang wajah Areysa yang masih kaku itu.

Dia bangun dari duduknya dan menguncup lembut dahi Areysa. Sudah berhari-hari mereka tidak jumpa.

Bila jumpa jadi begini. Zarith terkilan.

Pintu bilik dikuak dari luar, Zarith hanya melihat tanpa riak. Terlihat sosok Encik Khai, Puan Iman dan Airiel berjalan masuk.

Zarith hanya menekur lantai. Tiba-tiba bahunya dipegang. Zarith memandang tangan itu. Terlihat Encik Khai tersenyum.

"Ma-maafkan Za-zarith."

Encik Khai menggelengkan kepalanya. "Bukan salah Zarith. Takdir yang menentukan. Lagipun walid tau anak walid ni kuat. Percaya lah." kata Encik Khai dengan lembut. Dia melepaskan tangannya pada bahu Zarith lalu melangkah kearah anak perempuannya.

Puan Iman menangis dalam pelukkan Airiel. Airiel masih kaku disitu. Apabila mendapatkan berita tentang kakaknya itu.

Encik Khai menundukkan kepalanya lalu membisikkan sesuatu pada telinga anak gadisnya.

"Eysa, walid dah balik ni. Walid minta maaf kalau walid jarang bersama-sama Eysa. Walid terkilan apabila melihat Eysa macam ni. Bangun lah sayang, walid dah balik ni. Nanti siapa nak buat lawak random kalau bukan Eysa." bisik Encik Khai. Air matanya jatuh. Encik Khai mencium dahi anak perempuannya itu.

Dia berjalan kembali kearah isterinya. Kalini Airiel pula mendekat. "Kak, tak lawak tho kau buat macam ni dekat kitorang dengan Abang Zarith. Tak baik betul. Aku tahu lah kau suka buat lawak random tapi janganlah kau buat lawak macamni. Ni random sangat nak buat lawak."

Tibe.

Dia mencium kedua-dua pipi kakaknya. Dia mengusap kepala kakaknya dan melangkah keluar. Dia tidak sanggup melihat tubuh kakaknya yang berselirat dengan wayar.

Puan Iman dalam pelukkan Encik Khai. Puan Iman tidak mahu pergi kearah anaknya kerana dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu.

"Zarith, kami keluar dulu ya? Nanti kami datang lagi."

Zarith menganggukkan kepalanya dan menghantar pemergian ibu bapa mertuanya.

Zarith memandang kearah isterinya kembali. "Sayang, bangun lah. Tak lawak lah nak tidur macam ni. Ingat kita suka ke macam ni hm? Bangun lah sayang. Abang nak warning eh? Jangan tinggalkan abang macam mana anak-anak kita tinggalkan kita..."

Zarith mengambil nafasnya. "K-kalau sayang nak pergi, bawaklah abang."

Air matanya mengalir deras.

Tajam sahaja mata Aisaar dan Zarif memandang tiga sosok dihadapannya. Aisaar menyilangkan tangannya didada manakala Zarif beriaksi dingin.

"Kau kenapa buat macam ni Julian? Sedangkan kau kawan kitorang." Aisaar bersuara dan memandang tepat pada anak mata Julian.

Julian tersenyum sinis. "Nothing."

Aisaar menggepalkan tangannya apabila mendapatkan jawapan begitu. Kaki melangkah kearah Julian lalu mencekik lelaki itu.

"Kau?! Aku tanya betul-betul ni sial!" bentak Aisaar. Zarif yang melihat itu terus kearah Aisaar.

"Kalau ye pun geram nanti dulu. Karang mati, tak dapat jawapan."

Dengar sahaja pujukkan dari Zarif dia melepaskan Julian dengan kasar. Julian memegang lehernya dan memandang tajam kearah Aisaar.

"Aku taknak tanya kau dulu. Sekarang ni aku nak tanya kau. Jeslyn Allice." tutur Zarif dengan dingin.

Adra menundukkan kepalanya. Tidak berani mahu menentang pandangan lelaki itu.

"Ouh masa kau buat adik ipar aku, kau takde pulak rasa takut. Now adik ipar aku dah terlantar dekat hospital! Adik aku juga sama! Anak buah aku mati disebabkan perangai bangsat korang!"

Dada Zarif berombak.

"Jawab!" Zarif menghentak meja dihadapan Adra. Adra terkejut.

"M-maafkan saya. S-saya cuma cemburu saja."

Zarif dan Aisaar menggelengkan kepalanya sahaja. "Aku taknak cakap lebih dengan korang, nanti Zarith datang pepandai lah korang jawab." kata Aisaar.

"Fayyad dengan Waiz, kau settle tiga ekor babi ni."

Fayyad dan Waiz menganggukkan kepalanya. Aisaar dan Zarif berjalan keluar dan ingin pergi ke hospital.

"Eysa dah sedarkan diri ke?"

Aisaar menggelengkan kepalanya. "Fin?"

"Sama. Dia koma." jawab Zarif. Dia menghela nafasnya apabila melihat keadaan adik ipar dan adiknya sendiri.

Mereka meloloskan dirinya masuk kedalam kereta milik Aisaar dan meluncur diatas jalan raya. Sampai sahaja di hospital, mereka berjalan masuk.

Aisaar dan Zarif pergi kearah ward yang menempatkan Zarfina. Terlihat Tengku Zanira dan Tuan Arel sedang menunggu.

"Bonda..." panggil Zarif. Zarif melangkah kearah isterinya. Dia memeluk pinggang isterinya dan melaburkan ciuman pada dahi Ayra.

Manakala Aisaar menyalam tangan Tengku Zanira dan Tuan Arel. "Macam mana dengan Eysa?"

Aisaar menggelengkan kepalanya. "Belum sedarkan diri lagi."

Tengku Zanira menganggukkan kepalanya. "Kita doakan semoga mereka berdua cepat sedar. Bonda kesian tengok Ad tak cukup tidur."

Tersentak Aisaar mendengarkan luahan bonda Zarif. Aisaar menghadiahkan senyuman paksanya.

Pintu ward dikuak dari luar. Aisaar dan Zarif berjalan masuk kedalam. Terlihat Zarith tertidur beralaskan lengan isterinya.

Aisaar memandang wajah Zarif. Zarif memandang wajah Aisaar. "Nak kejut ke?"

Aisaar mengangkat bahunya dan menggelengkan kepalanya. Zarif menghela nafasnya.

Zarif melangkah kearah Zarith lalu menggoyangkan lengan adiknya. "Ad bangun."

Terpisat-pisat Zarith bangun, dia menoleh kearah abangnya. "Kenapa?" suara serak basah bersuara.

"Dah makan?" soal Zarif sambil memandang Areysa yang masih tidak sedarkan dirinya. Zarith menggelengkan kepalanya. "Makan lah tu." ujar Zarif sambil menundingkan jari kearah sebungkus nasi goreng diatas meja.

Zarith hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Apabila Zarif melihat Zarith tiada tindakan untuk makan, dia menghela nafasnya.

"Zarith Adham makan." arah Zarif dengan tegas. Zarith hanya mendiamkan dirinya. Dia menggelengkan kepalanya.

Zarif mengambil kerusi lalu melaburkan punggungnya disebelah adiknya. Aisaar hanya melihat sahaja. Tidak ingin masuk campur.

Zarif mengambil bungkusan itu dan membuka bekas makanan itu. Dia menyuapkan nasi goreng kedalam mulut Zarith.

"Aku kata makan. Makan." dingin sahaja aura Zarif sekarang. Zarith akur sahaja. Dia mengunyah makanan yang disuap oleh Zarif.

"Kau dah berapa lama tak makan?"

"Sejak bini aku masuk hospital kelmarin." jawabnya tanpa memandang wajah abangnya itu.

"Kau kena makan Ad. Jangan bagi perut kosong. Kalau Eysa tahu kau tak makan, apa dia kata nanti?"

Air mata Zarith gugur apabila mendengarkan nama isterinya.

Zarif menarik adiknya masuk kedalam pelukkan. "Shh kita doakan dia okay?"

Zarith menganggukkan kepalanya. Zarif sudah rasa bajunya telah basah akibat tangisan adiknya itu.

Amomo sweet juga abang adik ni. Abang aku ade ceni? Takdo.


Malam menjelma setelah Aisaar dan Zarif balik, dia terus duduk disebelah isterinya. Dia mengelap badan Areysa dengan menggunakan tuala basah.

Apabila selesai mengelap isterinya, dia berjalan kearah kamar mandi untuk membersihkan dirinya.

Keluar sahaja dari kamar mandi, Zarith berjalan kearah isterinya kembali dan duduk di kerusi. Dia menatap wajah cantik isterinya itu.

Dia tersenyum sendiri. "Hi sayang, sampai bila sayang nak tidur ni? Tak rindukan abang ke? Ke abang je rindu sayang? Hm.."

Air matanya gugur. Dia sangat rindu akan isterinya itu. Tersangat rindu.

Rindu gelak tawa isterinya itu. Rindu kelakuan isterinya. Rindu semua tentang Areysa Medina.

Kalau boleh diputarkan semula masa, ingin sahaja dia ikut isterinya pergi keluar.

"Sayang bangun lah." Zarith mengenggam tangan Areysa dengan erat.

"Sayang abang, bila nak bangun ni? Abang rindu."

Luah Zarith.

Apabila dia teringat akan Julian dan Adra membuatkan dia rasa geram dan marah.

Zarith tersenyum sinis.

Dia tekad untuk membalas dendam kepada mereka berdua. Disebabkan mereka, isterinya tidak sedarkan diri.


hi! kesian eysa, eysa bangunlah jgn wat ceni.
vote & comment hihi
happy reading!!

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 65.9K 30
โ™› C O M P L E T E D โ™› "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai pa...
100K 3K 55
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
214K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...
814K 47.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...