BUKAN KALI INI [C] āœ…

By bungalapan

290K 15.5K 1.9K

BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak te... More

PENGENALAN
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40
PART 41
PART 42
PART 43
FINALE
EMIR x LILY - PART 1
EMIR x LILY - PART 2
EMIR x LILY - PART 3
EMIR X LILY - PART 4
EMIR x LILY - PART 5
EMIR X LILY - PART 6
EMIR x LILY - PART 7
EMIR x LILY - END
Ramadhan and Raya Special āœØ
Ramadhan & Raya Special āœØ
Ramadhan and Raya Special āœØ END āœØ

PART 22

4.5K 276 23
By bungalapan




"Are you okay?" Tengku Elhan memandang Camellia. Kebetulan dia juga berada di sini dan dia perasan Camellia masuk tadi. Bila nampak Datuk Kamal pegang tangan Camellia terus dia bangun mendekati.

Camellia mengangguk. Terbit rasa lega di hatinya bila ada yang membantu walaupun itu Tengku Elhan. Pelanggan-pelanggan lain cuma berani memandang dan langsung tidak membantu.

"Kenapa ni Datuk? Dari jauh saya nampak Datuk pegang-pegang tangan Cik Mel ni." Tajam mata Tengku Elhan memandang Datuk Kamal.

"Saya cuma nak berkenalan sahaja."

"Kalau orang dah tak sudi, Datuk patut faham. Ke Datuk nak saya fahamkan?" Tengku Elhan menepuk bahu Datuk Kamal.

"It's okay Tengku. Saya mintak maaf Cik Mel. Nanti PA saya akan bagitahu tarikh dan masa untuk meeting kita." Datuk Kamal cuba bersikap professional.

"It's over Datuk. Our deal is over." Tegas Camellia. Dia tak perlukan client macam ni.

Datuk Kamal mahu membalas namun renungan Tengku Elhan membuatkan dia berhenti. Dia mendengus sebelum dia keluar dari restoran mewah itu.

Tengku Elhan cuma mengangkat bahu sebelum dia memandang Camellia.

"Mana Carl?" Soal Tengku Elhan. Biasa ke mana ada Camellia disitu juga ada Carl.

"Kerja." Balas Camellia sepatah. Dia cuma memandang sekilas pada Tengku Elhan sebelum dia melangkah keluar.

"Sebab tu jumpa datuk gatal tu sorang-sorang?" Soal Tengku Elhan yang juga berjalan menyaingi langkah Camellia.

Camellia tidak menjawab. Dia melajukan langkah menuju ke keretanya. Tengku Elhan menahan Camellia dari membuka pintu keretanya.

Camellia mendengus dan memandang tepat ke arah mata Tengku Elhan.

"You know what Tengku Elhan? Perangai you sekarang ni dengan Datuk tadi sama. Takde beza." Ujar Camellia.

Tengku Elhan cuma senyum mendengar kata-kata dari gadis itu.

"Tak sama honey. I am not flirting with you. I am into you." Tengku Elhan turut membalas renungan Camellia.

"Please." Camellia mengalih pandangannya dan cuba untuk membuka pintu keretanya kembali.

"I am sorry." Ujar Tengku Elhan perlahan. Dia cuba mencari mata Camellia namun gadis itu mengelak pandangannya.

Camellia agak terkejut dengan ucapan maaf yang keluar dari mulut Tengku Elhan namun itu langsung tidak mengubah apa-apa.

"Move."

Tengku Elhan mengeluh namun dia melangkah setapak ke belakang. Kali ini dia tidak mahu memaksa gadis itu.

Camellia masuk ke dalam keretanya. Dia mula memandu dan langsung tidak memandang ke arah Tengku Elhan yang masih berdiri di situ.

Semasa memandu, Camellia mengetap giginya dengan kuat. Stereng digenggam kemas. Sebelum dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, dia sudah berfikir masak-masak. Dia tahu walau dia lari macam mana pun, dia tetap akan berjumpa dengan Tengku Elhan.

And she thought she was strong enough.


🥀🥀🥀



"EMIR."

"Ya Tengku. Kau tahu Datuk Kamal MK Corp tu kan?"

Emir mengangguk.

"Kau warning Datuk Kamal, jangan kacau Camellia. Kalau dia berani, dia kena hadap aku." Tengku Elhan tahu banyak rahsia Datuk Kamal dan dia yakin Datuk Kamal tidak akan berani mengganggu Camellia lagi.

"Baik Tengku."

Tengku Elhan mengetuk jarinya ke meja. Dia memikirkan caranya bagaimana untuk dia berjumpa Dhea dan gadis itu tidak mengelak darinya.

Minta bantuan bonda?

Tengku Elhan meraup wajahnya. Hidupnya sekarang dipenuhi denagn Dhea sahaja. Dulu bila dia mencari Dhea, dia yakin ada peluang untuknya. Sekarang bila Dhea di depan mata, keyakinannya semakin goyah.



🥀🥀🥀


"GRANDMA tak sihat. Baba nak kita semua balik Scotland lusa." Ujar Tan Sri Edric ketika mereka sekeluarga sedang makan malam.

"Grandma tak sihat? Grandma sakit apa?" Soal Lily. Sudah dua minggu dia tidak menelefon neneknya di Scotland.

"Biasalah sakit orang tua. And dia nak jumpa anak cucu dia. Semua boleh balik kan?"

"Mel ada event CSR lusa." Ujar Camellia.

JM Gallery akan mengadakan Corporate Social Responsibility di rumah anak-anak yatim yang terpilih. Camellia yang bersungguh-sungguh mencadangkan agar JM Gallery dapat memberi sesuatu pada komuniti setempat.

"Along ikut Mel."

"It's okay along. Mel boleh handle. Lepas tu Mel terus balik Scotland."

"Are you sure?" Soal Carl lagi. Dia tak mahu meninggalkan Camellia seorang diri.

"Hundred percent sure." Camellia meyakinkan Carl. Dia tak mahu terlalu bergantung pada Carl. Suatu hari nanti Carl akan ada kehidupannya sendiri juga.

"Okaylah kalau macam tu."

"Takpe. Mel boleh balik lepas tu. Baba prepare ticket untuk Mel nanti. Carl dengan Lily ikut baba dengan umi. Kita balik dulu." Putus Tan Sri Edric. Dia tak risau kerana dia sudah mengupah orang melindungi Camellia.

Mereka semua mengangguk. Kalau kata-kata itu keluar dari mulut Tan Sri Edric maknanya itu adalah arahan.

Camellia menguis-nguis makanan dalam pinggannya.

"Tak sedap ke umi masak Mel?" Tegur Puan Sri Huda. Dia makin risau dengan Camellia yang semakin kurus.

"Takdelah umi. Mel kurang selera." Camellia menyuapkan nasi ke mulutnya walaupun terasa kesat. Dia tidak mahu uminya berkecil hati.

"Mel nak makan apa? Nanti umi masakkan untuk Mel."

Camellia cuma senyum dan menggeleng kepalanya. Bukan kerana dia mahu apa-apa cuma dia memang kurang selera. Banyak yang berada di fikirannya.

"Kak Mel.. bila nak buat cookies lagi? Dah ada customer tanya ni." Soal Lily untuk mengubah suasana. Dia perasan wajah muram Camellia itu.

"Kak Mel busy dua tiga hari ni." Sungguh Camellia juga rindu untuk ke cafe. Dia suka bau biskut yang baru siap dibakar.

"Lepas balik jumpa grandma, boleh Kak Mel datang cafe?" Pinta Lily. Pelanggan hari itu juga ada membuat pesanan katanya tak cukup cookies yang sudah dibeli. Laku keras nampaknya air tangan Kak Mel.

"Boleh Lily. Nanti Kak Mel singgah."


🥀🥀🥀


"CIK MEL, panas ni. Cik Mel rehatlah kat dalam dulu." Tegur salah seorang pekerja JM Gallery. Dari pukul 9 pagi tadi CEO mereka melukis di dinding bangunan itu.

"Takpe. I okay je." Camellia senyum pada pekerjanya itu. Cuaca agak panas ketika itu namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk melukis mural di dinding kosong itu.

Camellia tidak sabar mahu melihat hasil kerjanya nanti. Dia ingin melihat wajah ceria anak-anak yatim itu.

Kali ini JM Gallery juga menjemput orang awam untuk menyertai mereka dan para peserta akan mendapat cenderamata dari JM Gallery. Dia tidak menyangka ramai anak muda juga yang turut menyertai program ini.

Ada tiga rumah anak-anak yatim yang terpilih termasuk rumah anak yatim kesayangannya. Cuma Camellia sengaja tidak memilih rumah untuk berada di situ bimbang masih ada anak-anak di sana mengenalinya.

"Water?"

Camellia menoleh ke arah suara itu sebelum riak wajahnya berubah. Lelaki berkaca mata hitam itu segak memakai T-Shirt hitam bersama topi di kepalanya. Huluran lelaki itu tidak disambut.

"No thanks."

Tengku Elhan cuma mengangkat bahunya dan berdiri di sebelah gadis itu. Dia melihat kerja gadis itu dengan teliti. Ternyata Dhea masih tidak berubah.

Camellia pula merasa tidak selesa bila lelaki itu tidak berganjak. Dia berpaling pada Tengku Elhan dan merenung lelaki itu.

"What?" Soal Tengku Elhan.

"What are you doing here?"

"Well. Han pun join aktiviti ni." Jawab Tengku Elhan selamba.

"I tak rasa nama you ada dalam list peserta." Kalau ada pasti Camellia tahu. Maklumlah Tengku Elhan bukan calang-calang orang.

"Oh. Tak sempat daftar, tapi Han dah tanya staf kat depan tu. Dia cakap boleh je join."

Siapa lagi yang memberitahu Tengku Elhan kalau bukan Emir. Bertambah semangat bila mendapat tahu Tan Sri Edric sekeluarga sudah terbang ke Scotland.

Camellia mengeluh kasar. Dia menyambung kembali kerjanya. Ramai pekerjanya di sini hari ini jadi dia harus bertenang.

"Kenapa tak ke rumah anak yatim dulu? Diorang rindu akak Dhea diorang."

Melihat Camellia hanya diam, Tengku Elhan menyambung lagi.

"Han selalu ke sana kalau teringat Dhea. Dengar budak-budak tu bercerita pasal Dhea."

Camellia cuma mendiamkan diri dan langsung tidak berniat untuk melayan Tengku Elhan walaupun hatinya agak tersentuh.

"Dhea..." panggil Tengku Elhan.

"Please stop Tengku Elhan. I tak kenal Dhea." Camellia mengetap bibirnya.

"Sampai bila? Sampai bila Dhea Haneesa nak berselindung dengan identiti Camellia?"

"Berselindung? I've told you. I am not her and now please. I tak selesa you dekat sini." Ujar Camellia perlahan. Dia mengepal erat tangannya.

Tengku Elhan memandang redup pada wajah Camellia. Wajah gadis itu kemerahan kerana cuaca panas. Dia meletakkan topinya ke kepala gadis itu sebelum dia berlalu.

Tengku Elhan sudah berjanji pada dirinya dia tak mahu terlalu memaksa gadis itu.

Camellia terkejut dengan tindakan Tengku Elhan. Belum sempat dia memanggil lelaki itu sudah menjauh.

Sempat dia melihat beberapa pekerja yang memandang ke arahnya. Tangannya pula penuh dengan cat jadi dia membiarkan sahaja topi itu dikepalanya. Dia menyambung kembali kerjanya.

Setelah merasa sedikit penat, Camellia duduk berehat sebentar. Dia mencapai botol air mineral lalu mengambil tempat duduk. Air mineral diteguk rakus.

"Kau tak tengok Tengku tadi.. Hot giler weh. Jarang nampak dia pakai casual macam tu. Kalaulah jadi boyfriend aku tu.."

"Eh kau tak nampak ke dia dengan Cik Mel tadi? Kau tak payah beranganlah."

"Tapi aku tengok Cik Mel macam tak nak layan pun dia?" Celah pekerja lain pula.

"Tulah. Dulu Tengku tu selalu juga datang galeri, sekarang tak nampak pun."

Camellia cuma mendengar perbualan antara pekerjanya. Mungkin mereka tidak sedar kehadiran Camellia di belakang mereka.

"Hai Tengku." Kedengaran suara salah pekerja bersuara.

Camellia terkaku. Tengku Elhan ke? Bukan lelaki tu dah pergi ke tadi? Tapi Camellia berlagak tenang.

"Boleh saya bergambar dengan Tengku?"

"Sure."

Camellia mencebik bibirnya bila mendengar jawapan Tengku Elhan. Dia terus bangun dan meninggalkan kawasan itu.

Tengku Elhan melihat Camellia yang sudah pergi itu. Tak sempat dia mendekati Camellia. Tetapi dia tetap melayan permintaan pekerja-pekerja JM Gallery itu.

Selepas itu Tengku Elhan cuba mendekati Dhea kembali.

"Dhea.."

"Stop calling me Dhea." Camellia menunjukkan riak tidak senang pada Tengku Elhan.

"Okay sorry. Mel.. Kita pergi makan nak?"

"I tak lapar. Nanti I lapar I makan."

"Bonda cakap umi selalu mengadu Mel suka skip makan." Ujar Tengku Elhan. Untung berborak dengan bondanya, boleh dapat tahu pasal Camellia.

Umi? Camellia mengerutkan dahi. Sejak bila umi aku jadi umi dia?

"Jom. Han teman Mel makan."

"Tolonglah Tengku Elhan. Kalau you nak join aktiviti ni I tak kisah. You boleh buat kerja you tapi tolong jangan ganggu I."

"Han tolong Mel?"

Camellia memejam matanya kejap. Dia cuba mencari ketenangan sebentar. Kenapa lelaki ini terlalu degil?

Tengku Elhan senyum melihat Camellia yang geram dengannya. Sekali lagi Camellia menunjukkan dirinya yang sebenar. Dhea dulu suka pejam mata bila dia geram atau sedang menahan sabar.

"You senyum kenapa?" Soal Camellia bila melihat senyuman lelaki itu.

"You looks like my honey."

Camellia mendengus sebelum menyambung kerjanya. Malas melayan perangai Tengku Elhan.

Tengku Elhan pula dengan selamba mengambil berus cat dan mewarna dinding tersebut.

"Tengku Elhan!"

Tengku Elhan memandang Camellia bila gadis itu memanggil namanya.

"Kenapa guna warna tu? I nak guna warna nilah." Marah Camellia bila Tengku Elhan menggunakan warna yang salah untuk muralnya.

"Sama je kan? Ni pun biru juga?" Tengku Elhan menunjukkan tin cat berwarna biru itu.

"Can you just please stay away from me?"

Tengku Elhan bangun dari duduknya. Dia memandang sekilas pada Camellia. Jelas riak wajah gadis itu marahkannya.

"I am sorry. Just don't be mad." Ujar Tengku Elhan perlahan sebelum dia sekali lagi menjauhkan diri dari gadis itu.

Camellia meneruskan kerjanya walaupun dia boleh mendengar deruman enjin motor lelaki itu.
Rasa bersalah? Sikit pun tidak malah dia lega bila Tengku Elhan sudah tiada.

Akhirnya siap juga lukisan mural itu. Camellia senyum melihat hasil kerjanya. Sempat dia melihat bahagian yang Tengku Elhan salah warna tadi. Dia tak sentuh pun bahagian itu.

"Cik Mel nak makan nasi?" Soal salah pekerjanya bila melihat Camellia duduk.

"Takpelah. I tak rasa nak makan nasi." Camellia menggelengkan kepalanya. Dia tak berselera untuk makan nasi walaupun dia agak lapar.

"Cik Mel. Ni sandwich. Dari tadi Cik Mel tak makan lagi." Pekerjanya menghulurkan bungkusan sandwich itu pada Camellia.

Camellia mengambil sandwich itu dan mula makan. Sedap juga sandwich ni. Dia makan dengan berselera sekali.

"Beli kat mana ni?" Soal Camellia selepas dia selesai makan sandwich itu. Habis sebungkus dia makan. Dia sendiri pun terkejut. Mungkin kerana dia memang lapar.

"Tengku Elhan yang bawa tadi."

Camellia mengetap bibirnya bila mendengar jawapan pekerjanya itu. Dia menyangka pekerjanya yang belikan. Nampaknya Tengku Elhan betul-betul berusaha untuk mendekatinya.

Camellia mencapai telefonnya. Dia melihat beberapa mesej dari ahli keluarganya dan Tengku Elhan? Dari mana Tengku Elhan mendapat nombornya?

Bonda kirim sandwich. Makan. - Tengku Elhan

"Mesti kerja umi ni." Gumam Camellia. Dia tidak membalas mesej Tengku Elhan.

Sekarang dia ingin pulang ke rumah dan berehat. Esok dia akan terbang ke Scotland.

Aktiviti hari itu selesai dengan aktiviti bergambar. Camellia betul-betul gembira melihat wajah anak-anak yatim itu tersenyum.

Kembali ke rumah, Camellia terus ke biliknya. Dia menyentuh kepalanya. Topi Tengku Elhan. Dia tak sedar yang dia masih memakai topi itu di kepalanya sepanjang aktiviti hari ini. 

Camellia duduk di birai katil. Dia menyentuh topi itu.

"Boleh tak jangan dekat dengan saya lagi?" Gumam Camellia. Dia bimbang. Dia bimbang tembok yang dibina sejak lima tahun lepas runtuh begitu sahaja.

Dia tak mahu selesa dengan kehadiran Tengku Elhan seperti lima tahun lepas. Cukup sekali dia memberi ruang itu dan cukup sekali dia merasa sakit itu.

Topi Tengku Elhan diletak ke birai katilnya. Camellia mengambil bagasinya. Dia harus berkemas kerana esok penerbangannya awal pagi untuk ke Scotland. Dia sudah terbayang wajah lembut Madam Rose.



Teruskan usahamu Tengku Elhan!  💪

TBC 💕

Continue Reading

You'll Also Like

78.3K 3.6K 29
šŸ„€š’µš“Žš’¶š“ƒ ā„›š’¶š’»š’¶ā„Æš“ x š’œš“š“Žš’¶ š’¬š’¶š’¾š“ˆš’¶š“‡š’¶šŸ„€ _ā„›ā„Æš“š’¶ š’¦š“Š š’Ÿā„Æš“‡š’¾š“‰š’¶ š’Ÿā„Æš“‚š’¾ ā„³ā„Æš“š’¾š’½š’¶š“‰ ā„³š“Š ā„¬š’¶š’½š’¶ā„Šš’¾š’¶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
111K 7K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
2.2M 14.6K 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati a...
1.7M 57.6K 51
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri...