Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~50

4.7K 335 58
By Dandelzel

Diaz menyikat rambutnya dengan jari usai membuka helmet. Sweatshirt yang terkena titisan hujan dikibas kasar. Berdenting bunyi rantai yang sentiasa menghiasi lehernya.

Selang beberapa detik, terdengar bunyi ngauman enjin kereta yang dipandu laju memasuki tempat parking. Mata Diaz langsung terpasak kearah itu. Keluar seorang jejaka tinggi lampai berbaju sleeveless shirt hitam dan berseluar sukan panjang dari warna yang sama. Airpods tersumbat di kedua belah telinga. Rambutnya yang selalu tersikat rapi, kini berjuntaian hampir menutupi separuh dahi.

"Ah, dia ni.. dia nak tunjuk macho ke apa? Patut aku buat hidung dia patah aje, biar handsome dia hilang. Menyakitkan hati sungguhlah.."

Spontan bibir Diaz terjuih meluat. Tak sedar dirinya sedang mengomel tak puas hati ketika gerangan itu menapak mendekatinya.

Diaz bangun dari motor dengan malas lalu turut melangkah. Tidak dipedulikan renungan penuh tertanya-tanya yang dituju kepadanya.

"Kau tak menyempat berdesup kesini sampai tak ingat dunia ke? Spek kau mana?" Gerutunya. Hairan melihat si jejaka yang kebiasaannya memakai spek, tiba-tiba muncul dengan penampilan yang berbeza.

"Ikut aku." Selamba dia mengarah dan melintasi jejaka itu.

"Kenapa dengan Delilah?"

Sesuai tekaannya, jejaka itu pastinya tidak akan menurut dengan mudah. Tanpa memandang wajah itu, Diaz menarik tangannya memasuki supermarket sambil berceloteh.

"Qash Hayyan, aku nak kau ikut aku diam-diam. Aku tahu kau banyak sangat persoalan tapi sekarang ni ada yang lebih penting dari semua tu." Katanya ringkas.

Qash pantas menepis apabila Diaz mengheretnya sesuka hati. Tak keluar lagi peluhnya semasa workout di gim tadi, dia bergegas kesini hanya semata Diaz membabitkan nama Delilah walaupun mindanya berselirat dengan pelbagai persoalan. Contohnya, entah dari ceruk mana Diaz dapat nombor telefonnya.

"Cepatlah! Delilah dah tunggu."

Diaz tarik kembali tangan Qash menuju ke bahagian yang sepatutnya mereka berada. Setibanya disitu, masing-masing tercegat kaku. Tak berkelip mata kedua-duanya memerhati setiap satu objek yang tersusun kemas diatas rak.

Qash toleh mengerling Diaz dengan muka tak percaya. Biar betul mamat ni?

"Siapa yang nak pakai? Kau?" Soalan lebih kepada nak menyindir.

"Kau bodoh ke tanya aku soalan macam tu? Otak tu fikir logik sikit boleh tak?" Diaz mencemuh pantas. Sempat dia telan air liur. Mula rasa menyesal sebab datang kesini.

Sekilas, dia perasan Qash masih memandangnya jelak. Eh.. nak aje dia debik budak sekor ni.

"Kau tak payah tengok aku macam aku ni pervert. Delilah yang minta tolong belikan. Faham?" Tempelaknya lagi.

Lama mereka berdiri disitu. Senyap dan kekok.

"Kau pernah beli ke?" Sekonyong-konyong Diaz melontar soalan cepumas, Qash pantas memberi tenungan tajam.

"Are you seriously asking me that?" Qash merengus di hujung katanya. Dahi dah berkerut-kerut resah. "Kau called aku semata-mata nak beli benda ni?"

"Eh, iyalah.. tak nak aku bingung sorang-sorang. Kau ingat apa, aku nak call kau untuk suka-suka?" Sempat Diaz menderam panjang. Tapi tak lama kemudian, Qash tanya pula soalan yang buat dia rasa menyesal sebab libatkan mamat tu.

"Yang mana satu?"

"Kalau aku tahu, aku tak bawa kau sekali.. bongok!"

"Look who's talking." Sindir Qash. Tangan mula membelek-belek tuala wanita yang ada disitu dengan perasaan yang.. sungguh tak selesa.

Diaz menjegilkan mata. "Eh, budak ni.. perangai sama dengan Delilah. Menyakitkan hati!" Omelnya. Sambil itu, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Delilah.

"Delilah tak angkat." Bertambah gusar hati dia. Gusar kerana dia perlu berhadapan dengan situasi yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Beli tuala wanita!

Maka.. dua orang jejaka itu terkial-kial memilih pad untuk si gadis bernama Delilah. Dah serupa orang bodoh mereka berdiri disitu. Dari berdiri, Diaz bertinggung merenung tuala wanita yang penuh variasi. Sekejap dia mengeluh, sekejap dia garu kepala.

Qash telan air liur. Nampak kepayahan membuat keputusan. Ini kali pertama dia merasa begitu buntu.

"Kau tak tanya dulu ke yang mana Delilah nak?" Dia soal Diaz yang duk tenung pad-pad tersebut.

"Tak sempat!"

"Ni.. benda ni ada untuk siang dan ada untuk malam eh? Kenapa macam tu?" Diaz tunjuk bungkusan pad yang mengandungi maklumat yang dia rasa langsung tak berguna.

Qash diam. Tak tahu nak jawab apa.

"Slim? Dia tengok pada berat badan jugak eh? Ni 24cm ni.. kepanjangan benda alah ni ke macam mana?" Bebel Diaz lagi.

"Apa beza yang ada sayap dengan tak ada sayap pulak?"

"Entah! Supaya boleh terbanglah agaknya.. kau ni tanya macamlah aku pernah pakai!" Pening dengan pertanyaan Diaz, Qash menyembur geram.

Terkejut Diaz mendengarnya. Amboi.. sinis lain macam!

"Oih! Baran.. mana perginya kebisuan kau dulu? Sejak dua menjak ni banyak bunyi pulak kau." Mulut tak tunggu lama untuk memerli.

Qash sekadar merenungnya datar. Kebetulan ketika itu dua orang gadis sedang terkedek-kedek mahu mengambil tuala wanita. Cepat-cepat Qash menarik Diaz ke belakang, memberi peluang kepada gadis-gadis itu.

Tebal wajah masing-masing bila terang-terangan para gadis itu menjeling mereka sambil berbisik dan ketawa kecil.

"Eh, aku rasa berdosa pulak tenung benda alah ni lama-lama. Kang orang ingat kita ni pervert pulak!" Diaz merengus. Dia berpandangan lagi dengan Qash sebelum kedua-duanya serentak menggaru kepala.

Sudahnya, mereka berdua membuat keputusan untuk memborong saja setiap satu jenama yang ada. Qash sempat juga membuka google untuk mencari tuala wanita yang sesuai. Diaz pula jadi tukang angkut. Masukkan tuala wanita ke dalam basket secara membuta tuli.

*****

"KAU duduklah dulu. Aku naik atas jap."

Di tengah-tengah ruang tamu itu, Qash terkebil-kebil ditinggalkan Diaz. Melingas matanya memerhati sekeliling. Pertama kali datang ke rumah Diaz, atau lebih tepat rumah pemilik Inca College iaitu Tuan Amza, dia benar-benar berasa canggung. Pun begitu, perasaan tertanya-tanya tentang Delilah mengatasi segalanya. Bermacam andaian yang bermain di kepala.

Qash menanti Diaz penuh sabar sambil tercegat kaku. Selepas beberapa minit, jejaka itu muncul semula. Kedua-duanya beriringan menuju ke ceruk dapur.

"Duduklah." Diaz mempelawa. Dia keluarkan sebotol jus epal dari peti ais lalu dituang ke dalam dua biji gelas.

"Luka kat bibir kau tu dah okey?" Ujarnya lagi, sekadar berbasa-basi. Duduk dilabuhkan menghadap Qash. Gelas tadi disodorkan kepada jejaka itu.

"Straight to the point aje, Diaz. Aku nak dengar penjelasan kau." Keras bicara Qash. Tak mahu menangguh masa.

"Pertama sekali, aku nak kau tahu kalau kau adalah orang pertama yang tahu rahsia ni." Diaz memberi mukadimah.

Qash pasang telinga. Bersedia untuk mendengar apa yang bakal Diaz katakan. Namun ternyata, dia tidak cukup bersedia untuk menerima kenyataan yang turut membuat dia keras kejung disitu.

"Delilah.. dia anak tiri baba aku."

Riak wajah Qash berubah serta merta. Terkejut. Terpana. Tercengang.

"Hujung tahun lepas, baba aku kahwin baru. Janda anak satu. Sebelum tu baba aku pernah bawa aku jumpa bakal bini baru dia tu and I don't like her, obviously.. perempuan tu dengan anak dia pindah masuk ke rumah ni. And guess what? Anak dia jugak belajar di kolej Inca." Diaz senyum miring melihat reaksi Qash. Bicara diteruskan lagi.

"Hari pertama Delilah datang ke kolej, aku pasti kau masih ingat aku dengan dia bergaduh. Masa tu aku tak tahu lagi dia siapa. Dan malam tu.. aku balik rumah, tahu-tahu ada budak perempuan yang muncul dari bilik sebelah."

"Kejap, kejap.. Delilah? Delilah anak tiri.. maknanya.. adik tiri kau?" Qash tak senang duduk. Tergugup-gagap dia mengulang maklumat yang baru diproses otaknya.

Diaz tergelak sekerat. "Interesting, isn't it? Aku benci dia, dia pun benci aku.. jadi hakikat yang kita orang tinggal satu bumbung memang dirahsiakan. Kawan-kawan sehidup semati aku pun tak tahu, jadi banggalah sikit sebab kau orang pertama yang tahu."

Apa yang berlaku saat ini sebenarnya sangat tidak disangka. Dan barangkali, jika dia jujur, dia sebenarnya hanya mahu menebus silapnya terhadap Qash yang sudah menjadi mangsa buku limanya dengan mengungkap rahsia antara dia dan Delilah.

Kesian pula dia dengan budak tu. Tak pasal-pasal kena penumbuk.

Qash disampuk bisu. Hampir ternganga mulutnya menghadam kenyataan yang baru didengarinya. Fikir punya fikir, barulah dia memahami kejadian yang berlaku sebelum ini.

"Apa hal? Shock sangat ke dengar cerita aku?"

"Ah, sebab tu kau orang.." bicaranya tersekat. Bertubi-tubi momen dimana kemusykilan mereka terbit menghentak dinding ingatan. Satu senyuman akhirnya terbentuk di ulas bibir.

"Okey, okey.. aku faham sekarang. Kejadian stokin korang bertukar, kejadian masa korang keluar berdua dan baru-baru ni kau dengan Delilah naik satu kereta.. damn! Aku tak expect benda ni."

Sejenak, dia terasa ingin bersorak gembira. Rasa nak peluk aje jejaka perengus yang tengah duduk depan dia sekarang.

"So maksudnya.. kau tak suka Delilah?"

Hampir tersedak Diaz yang kebetulan sedang meneguk jus epal. Drastik dia buat muka masam. Mata menjeling.

"Apa kau ni? Geli, gila! Orang bodoh aje sukakan budak tiga suku tu. Contohnya kau!" Qash ni sama aje dengan si Jayden dan Eden. Suka buat dia geli-gelaman. Sukakan Delilah? Tidak! Cuma.. ada satu perasaan aneh yang hinggap di hati bila mana Delilah dalam kesulitan. Dan Diaz masih tidak mengerti soal itu.

Berdecit kecil, giliran Diaz pula melontar soalan.

"Kau ni sejak bila sukakan si Delilah tu? Aku dengar kau dengan dia kawan waktu kecik kan?"

Sekali lagi Qash dikejutkan dengan satu pernyataan baharu.

"Macam mana kau tahu?"

"Macam mana aku tahu? Eh, dah kalau buah hati kau tu desperate sangat minta tolong kat aku carikan gambar kau waktu sekolah rendah dulu.. menyampah aku!" Tukas Diaz sambil julingkan mata keatas.

Qash hilang butir suara. Tapi ketika dia menanyakan perihal gambar itu, Delilah jawab lain..

Seketika, dia tenung muka Diaz. Teringat balik apa yang mamat tu buat sebelum ini. Diaz yang mengerti akan maksud tenungan itu terus saja mencebik sinis.

"Kau ingat aku nak caras dia dari kau ke?"

"Oh, bukan ke?" Giat Qash.

Merengus kecil, Diaz betulkan posisi duduk. "Kita berterus-terang ajelah eh.. sejak kes dulu aku memang tak senang tengok muka kau. Dari pandangan mata kau pun aku dah tahu yang kau ada hati dekat Delilah, jadi aku memang sengaja nak porak-perandakan perasaan kau." Luahnya jujur. Setiap kali ada peluang, sengaja dia mahu membuat Qash iri walau dengan cara apa sekalipun.

Pasal.. dia ada dendam lama yang belum selesai. Dia masih tak puas hati kerana Qash menumbuknya kerana Myra.

"Engkau tu kalau suka dia cakap suka. Kau tak rasa ke bila kau tak berterus-terang dengan perasaan kau, dia akan salah faham? Kau tahu kan sebelum ni semua orang ingat kau dengan Myra bercinta?"

"I thought she like you.. dan korang mungkin ada hubungan istimewa. Tapi rupanya.."

"Aku dengan dia adik-beradik tiri." Sambung Diaz malas.

Qash diam seketika. Sekarang dia terasa bodoh pula. Bodoh kerana meminggirkan Delilah beberapa hari lepas.

"Kau dah boleh terima dia sebagai adik kau?" Qash menyoal ingin tahu. Wajarlah selama ini Diaz dan Delilah asyik bertegang urat. Rupanya ikatan mereka yang menuntun mereka untuk berbuat begitu. Tapi tak hairanlah, di awal pertemuan pun masing-masing memang tak sebulu!

"Aku tak ada jawapan untuk tu. Mungkin aku cuma boleh terima hakikat yang dia sekarang ni anak tiri baba aku. Itu saja." Diaz tak mahu peningkan kepala. Biarlah dia beranggapan seperti itu buat masa sekarang.

Hendak menerima kehadiran Delilah seikhlas hati, dia sendiri tahu tak adil untuk dia. Tak adil untuk ibunya.

"Aku nak ambil kunci motor dulu. Sekejap lagi turunlah si Delilah tu." Diaz bingkas bangun apabila teringat kunci motornya masih diluar.

Qash yang ditinggalkan seorang diri, sempat termenung kejap sebelum tiba-tiba senyumannya bergayut semula. Oh.. dia rasa dengan kata-kata saja tak cukup nak ungkapkan kegembiraannya saat ini.

Jus epal di dalam gelas dia teguk sehingga habis sebelum berdiri menuju sinki. Turut dibawa sekali gelas kosong milik Diaz tadi. Sedang dia sibuk mencuci, tidak semena-mena..

"Diaz, berapa duit kau habis sebab beli pad satu plastik besar tu? Kau nak aku pakai hari-hari ke apa sampai beli banyak macam tu?"

Zapp! Pergerakan tangan Qash terhenti. Automatik dia membeku disitu ketika suara seorang gadis menjuluki corong telinga. Sebaik dia memusing tubuh, kelihatan gadis itu sedang bertinggung di sebalik pintu peti ais.

"Rocky road yang kau buat tu ada lagi tak?" Si gadis menyoal tanpa menoleh sedikit pun kepadanya.

Dari rasa terkedu, hati Qash mula dijentik rasa lucu. Ini dia gadis yang telah membuat hari-harinya tak tenteram.

"Diaz.. kau dengar tak?"

Delilah yang mula diasak geram, mula meninggikan suaranya. Namun Qash terlalu buntu untuk menyahut. Dia kekal tercongok disitu menanti si gadis berpaling kepadanya.

Bunyi rengusan tak puas hati kedengaran. Akhirnya gadis itu berdiri. Kononnya mahu menyembur marah sebelum jeritannya turut terzahir.

"Kau dengar tak aku cakap dengan—huarghhh!!" Delilah terlompat ke belakang sebaik sahaja gerangan yang berdiri di sinki itu menyapa iris mata. Bebola matanya bukan sahaja membuntang, tapi rasa nak terkeluar sekali dari soketnya.

Dia terpegun disitu dengan bulu roma yang merinding serta-merta. Kala ini, jantungnya seolah hilang fungsi. Darah bagaikan membeku.

"Hai.." Perlahan jejaka itu angkat tangan. Menyapa.

Namun Delilah terlalu shock untuk membalas sapaan itu. Manakan tidak.. disangka yang berdiri disitu Diaz. Ternyata seorang jejaka yang hampir tidak dia kenali kerana penampilannya jauh berbeza. Sukar untuk dia berpura-pura tidak tertarik dengan tangan kekarnya yang kelihatan.

Dan yang paling ketara, sepasang mata monolidnya kini langsung tidak berselindung dengan kaca mata seperti kebiasaannya.

Persoalannya sekarang, macam mana.. kenapa.. bagaimana seorang Qash Hayyan boleh berada disini? Di dapur rumah Tuan Amza!

"K-kau.."

Sedang dia dalam dilema dan terpinga-pinga, Diaz yang bergegas masuk mendengar jeritan Delilah terus memunculkan diri.

"Amboi! Sampai ke luar sana aku boleh dengar kau jerit. Kau dah kenapa Delilah?"

"D—Diaz.. dia.." Suara Delilah hampir tidak terkeluar. Silih berganti dia memandang wajah Diaz dan Qash.

"Muka dia calar sikit aje aku bagi, kau dah tak cam dia?" Diaz pula seolah-olah tidak peduli dengan kebingungan yang dihadapi Delilah, selamba saja berseloroh.

Tanpa membuang masa, laju Delilah tarik tangan Diaz ke ruang tamu. Meninggalkan Qash yang terkontang-kanting seorang diri.

"Macam mana dia boleh ada kat sini?!" Nada Delilah keras menyoal Diaz.

"Tadi aku yang telefon dia. Ajak dia beli benda yang kau nak tu." Selamba jawapan si abang tiri.

Mendengarkan itu, Delilah terlongo lagi. Rasa terkejut sebab nampak Qash dekat dapur tadi masih tak berkurang. Sekarang wajahnya pula terasa tebal berinci-inci dek malu. Diaz ajak Qash beli pad?!

"Kau gila ke Diaz Raiden? Kau ajak dia sekali?! Kau nak malukan aku ke apa? Lepas tu kau bawa dia datang rumah?!" Ringan saja tangannya naik menampar lengan Diaz.

"Sakitlah bodoh! Dengan aku, kau tak malu pulak?"

"Kau lain.. dia lain! Yang kau pergi ajak dia sekali kenapa? Baik kau bawa kawan-kawan kau sekali!" Amuk Delilah. Geram dengan Diaz sehingga berkali-kali jejaka itu ditampar.

Diaz yang dah menyeringai sakit pantas saja mengelak.

"Woi! Woi! Bukan kau patut berterima kasih dekat aku ke, hah?"

"Terima kasih otak kau! Kau memang sengaja nak malukan aku!" Selar Delilah sambil menyepak kaki jejaka itu.

"Sakitlah Delilah!"

"Sekarang ni apa pulak motif kau bawa dia datang rumah? Hari tu kau yang beria nak berahsia segala!"

Diaz mula berundur apabila Delilah semakin mengganas. "Apa masalahnya kalau dia tahu pun? Aku ni memudahkan urusan kau orang berdua, faham tak?"

Pek! Setepek kepala dia kena debik Delilah.

"Kut ya pun tak boleh ke kau bagitau aku dulu? Ini tiba-tiba dia tercongok kat dapur tu, tak ke terkejut beruk aku. Kau ni pun satu hal!" Delilah mendengus dengan muka berkerut geram. Dia pandang pakaiannya sepintas lalu. Selekeh gila! Dengan baju T-shirt plus size, seluar pajamas longgar.. lepas tu rambut pula disanggul tinggi serupa orang baru lepas beranak.

Aduh! Semakin bertingkat-tingkat rasa malunya.

"Lah! Tahu pulak kau segan dengan dia.." Diaz yang baru menyedari reaksi Delilah itu, mula tersenyum nakal. Tapi tak lama sebelum Delilah kembali menerkamnya.

"Kau ni..!"

"Woi!"

Lintang pukang ruang tamu yang tadinya kemas gara-gara mereka berdua. Bantal sofa yang dilempar Delilah bertaburan diatas lantai. Demi melepaskan geram, dia seakan lupa pula akan rasa sakit senggugutnya. Aktif kaki dan tangannya menyepak serta menjerut leher Diaz.

"Ehem.." Dan gelagat mereka berdua disaksikan oleh Qash yang entah sejak bila berdiri tidak jauh dari situ.

Delilah terus lepaskan cengkaman pada rambut Diaz.

"Aku.. rasa aku kena balik dulu." Ucap Qash, perlahan.

"Nak balik? Kau tak nak borak dengan budak ni du—auchh! Sakitlah setan.. aku bagitau aunty Lea kau dera aku!" Diaz terjerit apabila lutut Delilah memberi sepakan padu di pinggangnya.

Qash yang menjadi saksi kejadian tak mampu menahan senyumannya. Jika dulu dia berasa kurang senang dengan kelakuan mereka, namun hari ini dia rasa kelakar melihat tingkah laku dua beradik tiri itu.

Klak!

Tanpa disangka-sangka, pintu utama terkuak membuatkan mereka bertiga pantas menoleh. Di ambang pintu itu, Tuan Amza dan Lea tak jadi nak melangkah masuk bila melihat anak-anak muda itu. Kedua-duanya terkelip-kelip penuh keliru.

"Diaz dengan Delilah buat apa lagi ni? Ha?" Tuan Amza terlebih dahulu bersuara. Tak tegas. Lebih kepada hairan.

"Baba.." Diaz tarik sengih serba salah sebelum menjeling Delilah.

"Kereta siapa yang ada kat luar tu?" Usul Tuan Amza lagi. Selang sesaat, dahinya berlapis nipis ketika Qash menapak mendekati mereka.

"Err.. siapa?" Lea pandang Delilah, meminta penjelasan. Namun belum sempat lagi si gadis menjawab, Qash sudah pun berdiri di hadapan mereka sambil membongkokkan badan.

"Helo Tuan.. aunty." Tangan dihulur untuk bersalam kepada sepasang suami isteri itu.

"Ini bukan kawan D ke? Yang dekat klinik hari tu kan?" Lea ingat-ingat lupa. Lain benar wajahnya dengan sebelum ini.

"Ha'ah.."

"Oh.. ya! Qash.. kan?" Lebar senyuman Lea memerhati jejaka tampan itu.

"Qash? Bukan kamu ni anak buah Inspektor Mirza ke?" Tuan Amza pula mengucap kata.

"Ya saya.."

"Yang Diaz tumbuk baru-baru ni?"

Err..

Automatik Diaz dan Delilah beradu pandangan. Masing-masing terasa dengan bicara Tuan Amza itu. Qash pula sekadar tersenyum kecil.

"Eh, Qash duduklah lama sikit.. kita lunch sama-sama." Ajak Lea.

Menggeleng singkat, Qash menolak secara lembut.

"Takpe aunty.. saya nak ambil kawan ni. Tertinggal kat gim tadi."

"Ha?"

Tertinggal?

"Saya balik dulu. Jumpa lagi, tuan.. aunty.." Sekali lagi Qash menunduk sebelum mengorak langkah keluar dari situ.

Delilah terkedek-kedek mengekorinya. Tidak dipedulikan renungan Lea dan Tuan Amza. Tinggallah Diaz seorang diri menghadap orang tuanya.

"Ni kenapa berselerak ni? Baba rasa rumah ni macam ada anak kecik aje." Omel Tuan Amza, runsing.

Diaz berdehem seraya mengutip kembali bantal sofa yang tergeletak diatas lantai. Delilah yang buat sepah, dia pula yang kena bebel. Siot betul budak tu!

"Sorry.. Diaz dah susahkan kau." Bicara Delilah mematikan langkah Qash. Kedua-duanya berdiri menghadap antara satu lain.

"No worries. Lagi pun aku dapat benefits jugak.." Qash tersenyum penuh makna.

Delilah kembali diserang rasa janggal dan segan. Saat ini dia seolah bercakap dengan orang lain pula. Bukan dengan Qash yang dia kenal..

"Oh.. err—luka kau dah okey?" Kini calar di hujung bibir jejaka itu pula menjadi perhatian. Lebamnya masih sedikit kelihatan.

Satu anggukkan diberi.

"So.. kau dengan Diaz.. adik-beradik tiri." Saja Qash mengungkap kenyataan itu. Mahu mendengar sendiri ulasan Delilah.

"It's not a pleasant fact, anyway." Tukas Delilah kemudian. Sempat dia garu pipi yang tak gatal sambil tersengih serba tak kena.

Sekarang Qash sudah mengetahui rahsia yang disimpan oleh dia dan Diaz, jadi apa yang akan berlaku seterusnya?

Oh.. Delilah lupa tentang satu perkara. Bahawa Qash Hayyan pernah menjadi teman masa kecilnya dan sempat mengenali papa dia.

"Aku dengan Myra cuma kawan. Tak lebih dari tu." Tanpa aba-aba, Qash memberitahu sesuatu yang mengejutkan Delilah.

Tak berkelip matanya merenung wajah serius jejaka itu. "Kenapa pulak—"

"Aku suka kau, bukan dia. Aku tak pernah menaruh perasaan dekat mana-mana perempuan, selain kau." Luah Qash tegas tanpa teragak-agak. Langsung tak beri peluang pada Delilah untuk bertenang.

Dan Delilah seperti mahu hilang imbangan sebaik mendengar luahan spontan itu.

"Ha?" Mulut terbuka luas.

Qash.. suka dia? Agak lama dia cuba menghadam ayat Qash dan sebaik sahaja sel-sel otaknya berhubung, spontan seluruh wajahnya terasa panas.

"Kau tak tahu berapa lama aku tunggu kau sejak kali terakhir kita jumpa dulu." Lanjut Qash. Sepasang matanya merenung redup.

Detik itu, Delilah mula menyedari sesuatu. Qash tahu bahawa dia sudah mengenali jejaka itu sebagai Yan.

"Kau..—"

Ah! Berdepan dengan Qash saat ini, buat dia hilang kemampuan untuk bercakap.

"Diaz kata kau minta tolong dia cari gambar aku masa sekolah rendah." Usul Qash kemudiannya.

Sedang diri masih terkulat-kulat, Delilah sempat mencebik tak puas hati. Wah! Diaz ni memang sungguh nak malukan dia.

"Siot betul setan tu. Apa kepoh sangat mulut dia?" Terkumat-kamit dia membebel dalam nada rendah namun sempat didengari Qash. 

Buat kesekian kalinya, senyuman jejaka itu terbit lagi. Kelakar mendengar omelan Delilah.

"I think you owe me an explanation." Usulnya.

Delilah mengetap bibir. Mengerti bicara Qash yang menuntut penjelasan kepada pembohongannya. Dia membisu dalam beberapa saat sebelum mengeluh kecil.

"Sorry.. aku.."

"Take your time, Delilah. Aku tak paksa kalau kau masih tak selesa." Qash mencantas tatkala menyedari si gadis yang tampak teragak-agak. Rasa ingin tahu yang membuak-buak diketepikan. Dia tak mahu terlalu memaksa andai Delilah masih tak bersedia lagi.

"Aku balik dulu." Palingkan tubuh, tangannya baru sahaja mahu membuka pintu kereta ketika Delilah tiba-tiba menyeru namanya.

"Yan.."

Lancar sebaris nama itu diucap Delilah. Rasa gugup sedaya upaya dikawal. Jujur, dia juga teruja mahu berbual dan bercerita dengan seseorang yang pernah menjadi kawan rapatnya belasan tahun lalu.

Deras Qash berpaling, mencari sepasang mata Delilah untuk ditatap.

Delilah panggil dia Yan...

"Kau tak rasa kau pun ada hutang dengan aku?"

Persetankan rasa segan dan canggung, yang penting sekarang dia dah jumpa balik dengan Yan, si budak kerek bercermin mata yang kini menjadi teman kolejnya.

"Jadi bila aku boleh ajak kau keluar?"

"Esok?"

"Esok.." Qash angguk kepala mengerti.

"Oii! Tadi kata nak balik. Ni kenapa masih tercongok kat sini?" Lantang satu suara garau menjerit kearah mereka.

Delilah dan Qash serentak berpaling, hanya untuk melihat Diaz yang sedang datang mendekat sambil bercekak pinggang.

"Yang kau nak menyibuk ni kenapa?" Delilah kerling Diaz yang berdiri di sebelah dia dengan muka menyampah.

"Masuk. Mama kau panggil tu." Tempelak Diaz yang masih lagi mencekak pinggang. Lagak dia sekarang tak ubah macam bapak menjumpai anaknya yang tengah dating.

Delilah menjeling tajam. Qash menjadi pemerhati.

"Cepatlah.. mengada nak duduk kat luar lama-lama. Aunty..! Aunty tengoklah anak dara aunty—"

"Eh bodoh! Senyap sikit!"

Pap! Tangkas Delilah menerajang dan tekup mulut Diaz. Setan ni memang tak habis-habis nak malukan dia!

"Pergi masuk!" Arah Diaz lagi. Tercebir-cebir bibir Delilah. Pun begitu, dia tetap akur. Percaya dengan bicara Diaz yang kononnya mama panggil dia masuk.

Hilang kelibat Delilah, Diaz kini melirik Qash.

"Qash Hayyan." Serunya apabila jejaka itu berura-ura mahu masuk ke dalam kereta. Qash menoleh malas.

"Aku betul-betul maksudkan amaran aku hari tu."

Jeda.

Diaz tak nampak seperti bergurau sekarang ni. Ya, Diaz tak main-main dengan katanya!

"Aku cakap ni sebab dia tu anak tiri baba aku tau. Kau kena ingat tu. Anak tiri baba aku. Jadi, yang boleh sakitkan hati dia dan buat dia marah tu cuma kerja aku. Kerja kau, cuma boleh buat dia happy macam dia ajelah yang terpaling ada boyfriend kat dunia ni." Perintah Diaz berbaur gurauan.

Sekali lagi Qash tak dapat kawal senyumnya yang memekar nipis. Cukup untuk menunjukkan bahawa dia bukan gerun, tetapi terhibur dengan ugutan Diaz.

Iyalah, Diaz.. anak tiri baba kaulah tu.

"Thanks." Ucapnya tanpa nada sebelum benar-benar memboloskan diri ke dalam kereta.

Diaz hanya berdiri senyap menyoroti pacuan empat roda yang dipandu Qash mulai meninggalkan perkarangan rumah. Lama dia tercegat disitu sebelum tiba-tiba merengus dan merengek seperti orang gila. Hentak kaki, dia ramas rambutnya dengan rasa tertekan yang amat. Bingung dengan dirinya sendiri.

"Sejak bila kau jadi cupid love ni Diaz? Haih!"

*****

Dari kejauhan, Eden dapat mengecam kedudukan seorang jejaka yang amat dia kenali. Dahi berkerut-kerut hairan sambil meneruskan langkahnya bersama Jayden di sebelah.

"Oi!"

Laith yang tercongok sambil berpeluk tubuh di hadapan bangunan gim, terus saja mengangkat kepala. Membalas sapaan Eden dan Jayden.

"Kau dah kenapa jadi patung cendana kat sini?" Jayden menyoal pelik.

"Sorang aje ke?" Tanya Eden pula.

"Aku kena sidai weh!" Laith merungut dengan muka sedih.

"Dengan siapa?"

"Qash."

Berdekah Jayden dan Eden gelak.

"Kemana perginya kawan stone kau tu?"

Laith mengeluh kecil. "Entahlah! Tadi dia dapat call, terus dia tinggalkan aku. Sekarang ni aku tunggu dia ambil aku kat sini."

"Sudah! Maknanya kau dah tak pentinglah tu.." Ujar Jayden, mengundang cebikan Laith.

"Korang pulak? Biasanya bertiga. Ni kenapa kurang seekor?" Giliran dia pula yang meyindir.

"Ah, Diaz tu.. tak tahulah kenapa sekarang dah tak selalu lepak dengan kita orang. Dia lebih suka terperap dekat rumah."

"Huh! Dia dah ada aweklah agaknya tu.." tebak Laith.

Lalu, ketiga-tiganya mengeluh memikirkan sahabat masing-masing.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
36.6K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
508K 30.6K 34
First vol under 𝓒𝓻𝓾𝓮𝓵 𝓐𝓷𝓰𝓮𝓵 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R...
239K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...