MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

597K 22.3K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 42

5.6K 204 41
By nrshaae_

Petang menjelma, seperti yang dijanjikan oleh Zarith. Dia mahu membawa isterinya pergi ke kandang kambing Pakcik Faid. Zarith menunggang motor sehingga ke kawasan perumahan Pakcik Faid.

"Eh Ad." sapa Pakcik Faid. Zarith tersenyum.

"Nak pergi kandang ke?"

"Haah. Nak bawak isteri, dia kata ngidam." Zarith memberitahu hajatnya. Pakcik Faid menganggukkan kepalanya. Dia membawa pasangan itu ke kandang kambing.

Sesampai sahaja dihadapan kandang kambing, bukan main lagi Areysa tersenyum lebar. Dia mendekatkan dirinya pada kambing itu.

"Ee comelnya awak. Siapa nama awak?" soalnya sambil mengusap kepala kambing tersebut.

Zarith yang mendengar itu hanya tertawa halus sahaja. "Kalau Medina nak tahu nama dia Timah. Dia betina." Pakcik Faid bersuara.

Areysa tersenyum. "Amomomo Timah ya nama awak. Comel!!"

Zarith hanya melihat sahaja tingkah isterinya itu. Dia berjalan kearah Pakcik Faid dan membiarkan sahaja Areysa bermain dengan kambing. Esok sudah nak balik KL.

"Bila Ad balik KL?" Pakcik Faid menyoal sambil memberikan kambing rumput.

"Esok. Itu pun Ad dah kerja." Pakcik Faid menganggukkan kepalanya.

"Isteri kamu tu suka dengan kambing ke?" Zarith hanya menggarukan kepalanya.

"Taktahu lah Pakcik, isteri saya ni baru je suka kambing." Pakcik Faid tetap menganggukkan kepalanya.

"Sebab dia mengandung. Maybe start dari situ dia sukakan kambing." jelas Zarith lagi.

"Ouh jadinya isteri kamu mengandunglah ni?" Zarith menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah nak jadi ayah dah kamu. Jadi ayah yang baik lah ya? Mental fizikal kena kuat, sebab kamu pun baru pertama kali jadi ayahkan?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Hah tulah baru first time jadi ayah. Kalau anak first tu anak ni second pakcik."

"Takpelah takde rezeki kamu." Pakcik Faid faham isi yang dikatakan oleh Zarith. Zarith menilik jam tangannya.

Dah pukul 6:30! Tak boleh lewat, bonda dah pesan!

"Pakcik kami mintak diri dulu ya?"

Pakcik Faid tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Baik. Nanti balik KL hati-hati. Nanti balik sini datanglah."

Zarith menghadiahkan senyuman pada Pakcik Faid. Dia melangkah kearah isterinya. "Sayang, jom balik. Bonda tak kasik bawak sayang lama-lama."

Areysa mencebikkan bibirnya. "Nak tengok kambing."

"Nanti kita balik sini kita datang lagi." pujuk Zarith.

Areysa tetap menggelengkan kepalanya. Zarith memicit kepalanya. "Abang Timah ni comel lah. Bela nak?" pinta Areysa

Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. Areysa mengelipkan matanya agar Zarith cair. "No."

Zarith menarik tangan Areysa agar keluar dari kawasan kandang kambing tersebut. Sampai sahaja di motor, Areysa mencebikkan bibirnya. Dia menggoyangkan lengan suaminya itu. Zarith menghela nafasnya. "Jangan mengidam macam-macam boleh tak Medina sayang? Abang seram lah dengan sayang punya ngidam ni." jujur Zarith.

"Aik takkan nak penuhkan ngidam Eysa abang takut? Alah abang ni, ngidam Eysa setakat nak bela kambing pon takle ke? Kambing comel lah abang, macam kambing Pakcik Faid tu. Comel lah abang." rayu Areysa sambil menggoyangkan lengan Zarith.

Zarith berdecit. Dia memandang lembut wajah isterinya. Zarith tetap menggelengkan kepalanya. Wajah Areysa redup sahaja. "Aih ni first and last aku ngandungkan budak ni lah. Seram." gumamnya dengan perlahan.

Mereka menunggang motor untuk pulang kembali ke rumah nenek Asiah. Semasa dalam perjalanan, Areysa memeluk kuat badan suaminya itu.

Sampai sahaja dirumah, laju sahaja Areysa meninggalkan Zarith diluar. Tuan Arel yang melihat itu hanya melangkah kearah anak lelakinya itu.

"Kenapa dengan menantu abi?"

Zarith menghela nafasnya. "Nak bela kambing."

Terletus tawa Tuan Arel. "Seriously Zarith Adham? Isteri awak nak bela kambing? Takde haiwan lain ke?"

Zarith memandang wajah ayahnya. "Nak buat macam mana abi. Ragam ibu mengandung."

Tuan Arel menganggukkan kepalanya dan menepuk bahu anak lelakinya itu. "Goodluck pujuk your cinta hati okay? Abi nak masuk. Dah nak maghrib ni." pamit Tuan Arel. Zarith menganggukkan kepalanya dan menghantar pemergian ayahnya.

Dia melangkah masuk kedalam rumah dan berjalan kearah dapur. Terlihat bonda dan adik beradiknya yang lain ada disitu. "Ad meh lah sini." ajak Nenek Asiah. Zarith tersenyum dan berjalan kearah meja makan tersebut.

"Mana Eysa?" soal Zarfina.

Zarith meminum air dengan rakus. Lalu memandang wajah adiknya. "Dalam bilik. Kenapa?"

Zarfina menggelengkan kepalanya. "Kamu semua bila balik KL semula?" soal Nenek Asiah.

Semua disitu hanya mengecilkan pandangannya sahaja. "Nenek macam halau kami je?" sangka Zarif.

"Haah. Nenek halau kami ke?" Zarfina bersuara.

Nenek Asiah menggelengkan kepalanya. "Mana ada aku halau cucu dan anak aku. Aku cuma tanya je. Sebab kalau korang lama-lama kat sini, nanti susah aku nak gerak sana sini."

Berkerut dahi mereka semua. Mereka semua hanya memandang wajah Nenek Asiah. "Apa maksud mak?"

"Aku ada join persatuan. Persatuan tu ada pergi Thailand."

Mereka yang mendengar itu tercenggang.

Gwenchana?

"Nenek biar betul?" soal Zarfina dan Zarith serentak. Nenek Asiah menganggukkan kepalanya.

"Mak aii. Berapa lama? Zarif nak ikut boleh?"

"Dua minggu. Tak boleh ikut."

Zarif hanya mencebikkan bibirnya. Ayra yang melihat itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Zarith berjalan kearah isterinya yang sedang baring membelakangi dirinya. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan isterinya.

"Sayang.." panggilnya dengan lembut. Areysa mencelikkan matanya. Tetapi dia tidak menjawab panggilan itu.

"Sayang, janganlah merajuk macamni."

Memang ragam ibu mengandung macamni?

"Sayang."

Areysa mendengus kasar nafasnya. Dia bangun dari baringnya dan menghadap diri suaminya. Dia menatap tajam wajah suaminya itu.

Zarith tersenyum. Dia mengusap pipi tembam isterinya itu. "Nak apa?" Areysa menyoal dengan nada yang dingin.

"Nak tidur dengan sayang. Tapi sayang merajuk dengan abang. So firstly kalau nak tidur dengan yayang abang ni, abang kena pujuk dulu."

Areysa hanya menatap kosong sahaja. "Kenapa nak tidur dengan Eysa?"

"Sebab sayang isteri abang." pujuknya lagi.

Malas layan lah dorang ni. Asyik gaduh manja je. Manja kali!

"Kenapa tak pergi je tidur dekat kandang lembu Pakcik Faid? Muka abang dengan diakan sama." sindirnya.

Membulat mata Zarith.

Pakcik Faid ada bela kambing dengan lembu. Tapi Eysa fall in love dengan kambing. Dia tak sayangkan Zarith dah. So sapa nak Zarith, boleh kutip. Maceh mwuah!

Zarith berdiri menghadap isterinya dan bercekak pinggang. "Ewah nak samakan abang dengan lembu pulak. Main kasar nampak."

Areysa malas mahu melayan suaminya itu terus baringkan dirinya kembali dan melelapkan mata.

Cinta hati dia merajuk lagi lah. "Yang, jangan lah gini. Kalau sayang nak bela lain abang kasik kalau nak bela kambing mana boleh yang."

"Nak kambing jugak!"

"No."

"Nak!"

"Tak boleh Sasayang."

"Nak lah abang." rayu Areysa. Zarith menghela nafasnya.

"Okay nanti abang belikan ya sayang." kalini Zarith mengalah. Tapi siapa tahu betul ke idok? HUEHUE.

"Yea!!" Areysa bangun dari baringnya lalu memeluk tubuh suaminya itu. "Arigato abang! Love you!"

"Sayonara sayang."

Berkerut dahi Areysa. "Abang nak pergi mana?"

"Pergi mana apanya? Abang nak tidur lah."

"Habis sayonara tu apa?" soalnya. Zarith menatap lembut wajah Areysa.

"Sama-sama lah sayang."

Pap!

Laju sahaja tangan kecil Areysa menepuk kuat dada Zarith. "Kepala otak abang sayonara. Sayonara tu bye bye bukan sama-sama. Mana abang belajar ni?"

Zarith hanya mempamerkan senggihan sahaja dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Yeke? Mana lah abang tahu. Abang selalu dengar sayonara je lah. Ingatkan sayonara tu sama-sama."

Areysa menggelengkan kepalanya sahaja. "Dah tidur. Kang tak tidur makin melalut abang ni."

"Hehe."

Cup!

Cup!

Cup!

Zarith mencium seluruh wajah isterinya. "Goodnight sayang. Love you."

"Goodnight too abang. Love you too." ucapnya kembali.

hi! selamat malam! and happy reading!
vote & comment sayang smua!

Continue Reading

You'll Also Like

288K 10.6K 33
[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan ban...
814K 47.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
164K 5.6K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen โ†| Azzahra Raissa โƒ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
3.5K 304 41
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...