Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

238K 15.6K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~49

4.1K 317 63
By Dandelzel

Lea baru sahaja turun dari tingkat atas membawa bakul yang berisi pakaian kotor ketika dia menyedari Delilah sedang termenung di laman rumah. Letak bakul di laundry room, dia segera mendekati anak gadisnya yang terlihat masih ralit dengan dunianya sendiri.

Dek kerana Delilah tidak turun ke kolej kerana gadis itu tak enak badan, Lea sendiri juga tidak bekerja. Bimbang dengan keadaan Delilah kerana dia merasakan seolah ada sesuatu yang terjadi.

Sakit Delilah itu.. seolah dia tahu maknanya.

"D okey?" Tegur Lea.

Tersentak Delilah yang duduk mencangkung di hadapan kolam ikan itu.

"Mama.."

"D masih rasa tak sihat badan lagi ke?" Soal Lea lagi. Tangannya mendemah dahi si gadis sebelum bahunya diusap.

Delilah menggeleng dengan riak bersahaja. Beberapa saat dia diam menanti bicara mama, namun wanita itu seakan mencurigainya.

"Ada apa-apa yang perlu mama tahu ke? Pasal kolej?"

"Tak ada." Tanpa teragak-agak Delilah memberi balasan.

Lea mengeluh dalam diam. Dia tahu Delilah sedang berbohong dan hakikat itu membuatkan hatinya sedikit tercuit.

"D naik bilik dulu, ma."

"D.."

Langkah Delilah terbantut.

"Duduk dengan mama sekejap." Ucap Lea.

Delilah sempat mengeluh kecil namun tetap jua menurut. Mereka sama-sama melabuh duduk di meja kopi.

"D kalau ada apa-apa masalah, D cakap dengan mama."

"Kalau tak cakap tu maknanya tak ada masalah."

"Yang balik awal sampai skip kelas tu, bukan masalah?"

Tersentak Delilah mendengarnya. Mama.. tahu?

"D tahu sir Hanil tu kawan uncle Am. Apa-apa yang berlaku dekat kolej, sir Hanil akan refer pada dia. Especially kalau pasal D dengan Diaz." Terselit sedikit ketegasan pada nada Lea. Secara tidak langsung menyuarakan rasa sebal yang bertandang di hati.

Malam tadi, sengaja dia tidak mahu bertanya apa-apa. Berharap Delilah akan terbuka hati untuk berkongsi cerita dengan dia. Dia ingin Delilah meluah kepadanya. Tentang kenapa gadis itu pulang lebih awal dari jam yang sepatutnya. Tentang bagaimana Diaz boleh terlibat dalam pergaduhan kerana mendengar Delilah digosipkan.

Akan tetapi, tipikal seorang Delilah, gadis itu sangat jarang bercerita kepadanya.

"Dalam erti kata lain, he's like a walking CCTV?" Semudah itu Delilah mengucap kata. Kurang senang dengan kenyataan bahawa Lea tahu tentang apa yang berlaku di kolej baru-baru ini.

Jujur, dia tidak mahu Lea tahu. Bukan hendak merahsiakan, namun dia lebih selesa jika wanita itu cukup sekadar tahu kalau dia baik-baik saja walaupun situasi adalah sebaliknya.

Dia tumbuh dengan cara begitu.

"D.." Jeda. Lea menghela nafas panjang sebelum bersuara lagi. "Situasi mungkin akan berbeza andai yang duduk depan D sekarang ni adalah papa."

Berubah riak wajah Delilah. Dia tersentak hebat. Papa.. jiwanya seolah direntap keluar ketika Lea menyebut tentang insan itu. Perlahan-lahan, kepalanya tertunduk.

Bicara mama mungkin ada benarnya. Mungkin.. mungkin jika ada papa, dia tidak akan teragak-agak mahu meluah rasa. Kerana antara papa dan mama, dia lebih senang bercerita dengan papa. Dia lebih rapat dengan papa berbanding mama.

"Mama faham kalau D tak nak meluah pada mama. Tapi mama nak D tahu, mama ada dengan D. Mama sentiasa ada di belakang D." Lea tarik tangan Delilah dalam genggaman. Tubir matanya terasa panas.

"Mama tak nak perkara yang sama berulang. D dah janji dengan mama, apa sahaja yang berlaku D akan berkongsi dengan mama."

"I'm sorry.." Delilah mula rasa bersalah. Sedar akan sikapnya yang membelakangi Lea membuatkan wanita itu kecewa. "It's just a stupid gossip and I overreacting. D rasa D tak perlu bagitau mama perkara kecil macam ni."

Dia tidak mahu mama risau. Itu saja.

"Perkara kecil you say? D.. kalau perkara ni membawa trauma D kembali jadi benda ni bukan perkara kecil bagi mama." Ujar Lea keras.

"And no. You are not overreacting. Being mistreated is not reacting, D. They have no right to treated you that way. Reaksi D adalah refleksi perasaan yang D alami. D kena ingat tu.."

Dia mungkin tidak tahu pokok pangkal cerita, namun jika ianya membuatkan rasa sakit yang pernah Delilah alami muncul kembali, dia tidak akan berdiam diri. Dia perlu ada bersama Delilah. Dia yang harus mencegah sebelum terlambat.

"I'm sorry kalau mama terlalu memaksa. I just.." Berat rasa hatinya untuk menyambung kata. Dada terasa sendat. Hanya memikirkan keadaan Delilah saja sudah membuatkan otaknya berandaian macam-macam. Terngiang-ngiang di kepalanya detik cemas yang dia rasakan suatu ketika dahulu.

"I've seen my daughter at her lowest. I almost lost you! Mama tak mahu perkara tu berulang lagi."

"D okey, mama.. sumpah! Mama kena yakin dengan D. D tak akan buat perkara yang boleh buat D jauh dari mama." Delilah memujuk dengan penuh makna. Dia tahu mama mengerti maksud dia.

"D cuma.. masih berusaha. I'm trying to feel better." Rendah nadanya mengucap kata. Bukan dia tidak mencuba untuk mengatasi emosi yang meracuni jiwa, namun terlalu sukar untuk dia melakukannya. Disangka lukanya telah sembuh, rupanya luka itu meninggalkan parut yang dalam.

Lea kulum senyuman kecil. "I understand. Bukan mudah untuk D hadap situasi yang sama, mama faham tu. Tapi jangan pernah lupa yang mama sentiasa mendukung D, tak kira betapa buruknya situasi yang berlaku. Okey?"

Delilah angguk semerta. Ya, seburuk mana pun situasi yang dia alami, dia masih ada mama untuk menjadi penguat semangat.

"Okey.."

SIANG bertukar malam, Delilah langsung meminta diri untuk naik ke bilik usai makan malam bersama Lea dan Tuan Amza. Juga Diaz..

Dek kerana rasa geram masih bersisa terhadap jejaka itu, Delilah melancarkan perang dingin. Hendak memandang wajahnya pun dia tak sudi. Apatah lagi nak bertegur sapa. Tapi nak hairan apa, sebelum ini pun mereka jarang berbual. Kecuali jika ada perkara yang masing-masing tak puas hati, peluang untuk bertikam lidah itu memang tidak pernah disiakan.

TOK TOK TOK!

Baru beberapa saat Delilah membuka laptop untuk mengerjakan assignment yang tertunggak, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan. Tidak pasti dari mana punca bunyi tersebut, Delilah mula menebarkan pandangan ke setiap sudut. Dia salah dengar atau..

TOK TOK!

Kali ini bunyi ketukan itu lebih keras. Delilah bingkas bangun. Dia pasti bunyi itu bukan dari pintu biliknya. Lantas, dia pakukan pandangan kearah balkoni dengan dahi berkerut. Bunyi ketukan yang berkali-kali itu memaksa dia untuk datang mendekat.

Langsir polkadot yang menutupi pintu balkoni tersebut diselak kasar. Menampakkan seorang jejaka gila yang menempelkan dahinya di sliding door itu sambil tayang muka kerek. Delilah keluar dengan riak tercengang.

"Kau nak mati ke Diaz? Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tak berkelip mata dia pandang Diaz. Sejenak, dia kerling pagar balkoni yang memisahkan bilik mereka berdua. Besar juga jaraknya.. macam mana Diaz boleh menyeberang kesini pula?

"Kau pergi buat lompat kijang ke apa?"

Diaz langsung tak melayan kegusaran Delilah, malah sebaliknya menghulur satu bekas transparent kepada gadis itu.

"Apa ni?" Delilah tenung Diaz dengan bekas tersebut silih berganti. Dia juga perasan jejaka itu sedang menyembunyikan sesuatu di tangan kirinya yang sengaja disorok di belakang badan.

"Rocky road. Takkan tahi kucing pulak?" Jawapan selamba badak.

Terkulat-kulat Delilah dibuatnya. Kegilaan apa lagi yang Diaz buat ni?

"Maksud aku, dah kenapa bagi aku? Buang tebiat?" Tempelaknya kasar.

"Ha'ah, sengaja nak bagi sebab aku letak racun dalam ni." Ujar Diaz lagi sambil tayang muka toya.

Mendengarkan itu, Delilah bertambah sakit hati. Dia merengus kasar sebelum berura-ura mahu masuk semula ke dalam bilik.

Tika itu juga Diaz menghalang.

"Okey, okey sorry.. untuk kaulah bodoh. Nah!" Bersungguh dia hulur bekas berisi rocky road itu dengan harapan Delilah sudi menerimanya.

Dan gadis itu pula kelihatan masih sangsi.

"Ambiklah.. hargai sikit usaha aku."

Delilah mencebik sebaik sahaja Diaz meletakkan bekas tersebut di tapak tangannya secara paksaan.

Perangai gila dan pelik Diaz tidak terhenti disitu saja. Dengan muka tak tahu malu, bersahaja dia menghenyak punggung di balkoni itu sambil bersandar pada sliding door.

"Kau buat sendiri?" Delilah turut duduk bersila. Layankan saja perangai pelik Diaz. Dalam diam, bibir juga sembunyi senyum. Dia taklah bodoh mana sampai tak boleh fikir yang Diaz sebenarnya nak tebus salah dia.

"Buruk macam ni, mestilah aku buat sendiri. Kalau beli, dia tak buruk macam ni." Diaz jeling sikit.

"Eh, mengaku pulak hasil tangan dia buruk.." Hampir nak tergelak Delilah mendengar omelan Diaz.

Sepotong rocky road dicapai lalu ditilik kejap. Tak  buruk mana pun. Cuma potongannya saja yang tak kemas. Ada beberapa ketulan biskut dan gummy yang berterabur. Tak melekat sepenuhnya dengan coklat.

"Kalau lawa, aku tak bagi kau tau, Delilah. Aku bagi sebab dia buruk aje." Sarkastik bicara Diaz, masih tak nak mengaku bahawa dia sebenarnya membuat rocky road itu untuk memujuk Delilah.

Melihat si gadis yang senyap mengunyah, Diaz berdehem kecil. Perlahan-lahan dia mengeluarkan objek yang dia sorok di tangan kirinya tadi lalu diletakkan di riba Delilah. 

"Ni apa pulak ni?" Berkerut-kerut dahi gadis itu.

"Sogokan."

"Sogok untuk apa?"

Diaz berdecit geram. Delilah ni bebal dia sampai tahap mana eh?

"Kau ni banyak tanya!" Tengkingnya tak puas hati.

"Dah kau buang tebiat!" Delilah turut sama menjerkah.

"Aku tak reti pujuk oranglah, Delilah. Ambik aje apa yang aku bagi boleh tak?" Gerutu Diaz lagi. Panas rasa wajahnya kala ini. Entahkan sebab menahan geram atau malu dengan tindakannya sendiri.

"Siapa ajar kau pujuk orang macam ni? Kau ingat aku budak-budak ke kau nak bagi mainan?" Sambil membebel, Delilah tetap teruja dengan pemberian Diaz. Kereta mainan Chevrolet Camaro berwarna kuning itu dibelek.

Bukan kereta mainan biasa ni.. siap boleh transform jadi robot Bumblebee lagi!

Diaz menjeling buat kesekian kalinya. Lambat-lambat dia membalas kata. "AG kalau nak pujuk sepupu aku, dia bagi mainan. Rocky road tu.. maksu aku selalu sogok anak dia kalau tengah merajuk."

Buntang mata Delilah. Diaz ditenung dengan rasa tak percaya. Maksudnya sekarang, Diaz samakan dia dengan sepupu mamat tu ke?

Seketika, ketawanya meletus tanpa sempat ditahan lagi. Kelakar melihat tingkah Diaz.

Diaz yang bertambah malu bila ditertawakan terus mencerlung tajam.

"Kalau tak nak, bagi balik.." Selarnya sambil berura-ura mahu merampas rocky road dan kereta bumblebee yang diberi.

"Aip! Buruk siku nanti kang.." Delilah pula pantas menepis. Sambil kunyah rocky road, sambil itu juga dia menahan gelak.

Apa comel sangat perangai si Diaz ni ya?

"Gelak.. gelak!"

"Sekarang aku faham kenapa kau single, Diaz." Mula dah Delilah nak memerli. Pantang ada peluang, dia tak akan berdiam diri.

"Kutuklah.. kutuk selagi boleh. Ini last aku pujuk kau. Lepas ni kau nak merajuk ke kau nak mogok ke aku tak peduli dah!" Amuk Diaz. Sekarang dia pula yang rasa nak merajuk. Terasa sebab Delilah gelakkan usaha dia untuk menjernihkan keadaan.

"Aku tak suruh pun kau pujuk! Lagi pun, mana ada aku merajuk dengan kau."

"Iyalah tu. Karang lain pulak cerita yang sampai kat baba aku."

Delilah senyap. Tak lama sebelum dia tolak bahu Diaz geram.

"Oh.. maknanya kau sogok aku ni supaya baba kau tak tahulah perangai kau yang suka kutuk perasaan orang?" Sengaja dia tayang muka garang. Namun jauh di dalam hati, dia faham niat Diaz walaupun jejaka itu terlalu ego hendak mengaku.

Beberapa detik berlalu, mereka berdua senyap seketika. Delilah perasan yang Diaz tengah jeling-jeling dia. Seperti teragak-agak mahu bersuara.

"Sorry." Mulut bercakap, tapi muka berpaling kesisi macam tak sudi tengok dia.

Pujuk jenis apa ni wahai Diaz Raiden?

"Apa dia?" Delilah ketatkan wajah.

"Sorry. Aku betul-betul tak bermaksud nak kutuk kau. Apa yang aku cakap semalam, itu berdasarkan pengalaman aku. Aku hidup dengan cara macam tu. Atasi emosi dengan cara provokasi." Nada Diaz kedengaran biasa-biasa, namun cukup untuk menarik perhatian Delilah sepenuhnya.

"Faham. Tengok perangai grumpy kau ni pun aku dah boleh tahu." Komennya bersahaja.

Kelihatan hujung bibir Diaz terangkat sikit. Setujulah agaknya dengan komen dia. Dari duduk bersila, Diaz kini duduk memeluk renggang kedua belah lutut sebelum menghela nafas panjang.

"Aku tak reti nak bagi nasihat atau pujuk orang, Delilah. Niat aku cuma tak nak kau terus tenggelam dalam emosi yang boleh mudaratkan kesihatan mental kau." Bicaranya diiringi renungan teguh kearah tampang muka Delilah.

"Mental aku dari dulu lagi memang dah tak sihat, Diaz." Delilah tersenyum hambar.

"Kau ada anxiety. Kau panic attack. Aku boleh agak yang kau selalu berhadapan dengan situasi yang sama sebelum ni. Betul tak?"

Jeda. Delilah sekadar diam tanpa mahu menjawab pertanyaan Diaz yang agak berat itu.

Diaz kekal merenung. Ada satu persoalan yang sedang bermain di minda. Situasi dimana dia menyaksikan Delilah diserang panik sehingga tidak dapat bernafas dengan elok seolah berulang tayang.

"Kau pernah kena buli?" Asaknya lagi.

Terus Delilah angkat muka. Tersentak sebelum dia tergelak sekerat. Gelak yang terlalu kepura-puraan. "Aku? Kau tengok muka aku ni macam orang yang senang kena buli ke?"

Diaz senyum senget. Kedua belah kakinya kini melunjur ke hadapan.

"Definitely not. Tapi.." Diaz berhenti sesaat. Masih teragak-agak untuk meluahkan apa yang ada di fikirannya. "Terpulang pada kau nak percaya atau tak, tapi aku boleh nampak melalui mata kau, ada sesuatu yang kau sorokkan."

Dapat dia lihat riak wajah Delilah berubah ketika itu. Yang mana, semakin menguatkan kata hatinya. Di sebalik keteguhan Delilah, di sebalik tenungan kosongnya, gadis itu menyimpan satu trauma yang menyakitkan.

"Kau nak jadi psikik pulak ke?" Omel Delilah.

Diaz jungkit bahu. "Aku dah kata, terpulang pada kau nak percaya atau tak."

Delilah tidak membalas. Renungan matanya kelam. Cuba dihadam kenyataan yang keluar dari mulut Diaz sebentar tadi. Hakikatnya, dia merasa sedikit sebal. Macam mana Diaz boleh tahu?

"Diaz, kau tak rasa kau toksik dengan diri kau sendiri?"

Agak lama membisu, Delilah bersuara lagi.

Diaz kerut dahi. Sorotan matanya mengecil sebelum dia tersengih hairan. "Apa hal tiba-tiba ni?"

"Maksud aku, cara kau handle emosi kau.."

"This is who I am. Aku tak mudah mengalah dengan emosi yang membuatkan aku lemah."

"Sebab tu kau main sembur aje bila marah." Ulas Delilah. 

"Tak ada siapa yang boleh mempertahankan kau sebaik diri sendiri, Delilah." Mendalam bait kata Diaz, membuat gadis itu merasa tersindir.

Bekas rocky road ditenung. Sengaja mahu mengelak dari bertatapan dengan Diaz.

"I wish I was brave enough." Gumamnya perlahan lalu sepotong rocky road disumbat masuk ke dalam mulut.

"Kau tak nak cerita apa yang jadi? Sampaikan buat kau.. trauma?" Tak pasti sama ada perkataan 'trauma' itu sesuai atau tidak, Diaz main bedal saja.

"Kalau aku cerita pun, kau takkan faham Diaz. Tak ada sesiapa pun yang akan faham."

Diaz hilang kosa kata. Bicara Delilah itu hanya menambah rasa ingin tahunya. Semakin membuak-buak. Akan tetapi dia terpaksa akur. Harus menghormati keputusan Delilah yang mungkin masih tidak selesa untuk berkongsi cerita dengan dia.

"Kau nak aku pergi serang minah-minah kepochi tu tak?" Tidak semena-mena Diaz memberi cadangan yang tak terfikir dek akal. Saja mahu menceriakan kembali suasana yang mula terasa canggung.

"Kau nak buat apa dengan dia orang? Tumbuk? Gila dayus punya perangai.." Laju mulut Delilah mengkritik.

"Bercakap elok sikit. Aku tak pernah lagi tumbuk perempuan."

Paling kejam pun, dia pernah tolak perempuan masuk kolam. Itu saja..

"Habis tu aku? Bergusti dengan aku boleh pulak?"

"Kau lain.." Meleret nada Diaz.

"Apa yang lainnya?"

"Kau ni jantina aje perempuan. Perangai ganas nak mampus. Aku rasa kalau dibiarkan memang licin rambut aku kau kerjakan." Diaz bercakap berdasarkan dendam lama. Masih terngiang-ngiang rasa sakit kulit kepalanya dek keganasan Delilah.

"Setimpallah dengan perangai tak semenggah kau ni." Sahut Delilah sambil menyambung mengunyah rocky road.

Tidak membalas, Diaz membiarkan gadis itu mengunyah dengan tenang. Agak lama mereka duduk disitu merenung kepekatan malam sehingga tidak sedar masa telah berlalu. Untuk detik ini, biarlah mereka berdamai buat seketika.

*****

"DIAZ!!"

Menjelang tengah hari yang suram dengan awan mendung, bergema jeritan Delilah memenuhi ruangan di tingkat dua rumah banglo itu. Sambil berpaut pada tombol pintu bilik yang terkuak separuh, Delilah terbongkok disitu menahan rasa sakit yang menyengat perut.

"Diaz! Sinilah sekejap! Diaz..!" Dia memekik lagi. Tepat kearah bilik di sebelah.

Tak lama selepas itu, muncul Diaz yang berwajah perengus. Geram bila Delilah mengganggu ketenteramannya tengah hari itu.

"Apa hal kau ni terpekik terlolong siang-siang macam ni?" Tempelaknya sebelum menyedari keadaan Delilah ketika itu. Semerta dia mula cuak dan terpinga-pinga.

"Kau okey tak Delilah?"

"Diaz.. tolong aku kejap." Dengan dahi berkerut-kerut Delilah mengucap kata.  Menambahkan lagi rasa gelisah Diaz. 

Sudahlah baba dan aunty Lea keluar. Apa dia nak buat kalau Delilah tiba-tiba pitam kat sini?

"Tolong apa? Kau sakit perut ke? Kau nak pergi klinik? Nak aku call aunty Lea?" Menderu-deru pertanyaannya keluar.

"Aku period."

Sudah!

Diaz blur sesaat. Suasana hening seketika sebelum dia tercengang lagi.

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

"Tolong belikan aku pad."

"Beli apa?!"

"Aku lupa pad aku dah habis. Tolong keluar beli sekejap, pakai duit kau dulu. Nanti aku ganti." Tukas Delilah bersama kerutan yang tak pernah hilang. Wajah hampir mahu menangis menahan senggugut yang sesekali menyengat.

Sekarang dia tak fikir malu lagi dah. Yang paling utama dia perlukan tuala wanita secepat mungkin.

"Eh tapi—"

"Cepatlah Diaz! Aduh.. perut aku.."

"Eh Delilah!"

Semakin terpinga-pinga Diaz apabila Delilah meninggalkannya begitu saja. Dengan otak yang bercelaru, dia pandang pintu bilik Delilah yang sudah terkatup rapat.

"Pad?" Sempat dia berjalan mundar-mandir disitu.

"Pad? Aku mana reti beli benda alah tu!" Gerutunya lagi sebelum berdecit keras. Hati mula tertanya-tanya bagaimana dia boleh terjebak dalam situasi ini.

Memikirkan Delilah yang tampak terlalu terdesak, dia paksa diri untuk keluar membeli benda yang dimaksudkan. Ambil kunci motor serta helmet, tergesa-gesa dia mengatur langkah dan ketika itu juga, entah macam mana otaknya boleh mengeluarkan satu idea bodoh.

Tangannya kalut menekan-nekan skrin telefon sebelum membuat satu panggilan. Tak naklah dia terlibat dalam masalah ni sorang-sorang..

Mujur, panggilannya tidak ditolak dan sebaik sahaja ianya bersambung, dengan sekali nafas dia menutur kata yang bakal dia sesali selepas ini.

"Oi! Aku ni.. Diaz. Aku tak peduli apa yang kau buat sekarang. Aku tak peduli kalau kau kat hujung dunia sekali pun. Kalau kau masih peduli pasal Delilah, kau datang jumpa aku sekarang. Lepas ni aku share lokasi. Dan ingat, ini antara hidup dan mati."

*****

Delilah akhirnya keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri. Nak dekat setengah jam dia duduk kat situ menanti Diaz. Longlai langkahnya dengan tangan kiri yang masih menekap perut. Tubuhnya juga sedikit membongkok. Bungkusan pad yang masih berbaki dicampak saja keatas tilam. Nasib baik Diaz pandai beli benda alah tu walaupun ianya bukan tuala wanita yang biasa Delilah pakai.

Pad yang Diaz beli advance sikit. Siap ada aroma lagi. Mahal tu woi.. dia yang perempuan ni pun tak pernah terdetik nak beli yang mahal-mahal. Cukup sekadar yang sesuai dengan dia dan selesa untuk dipakai.

Sejenak, Delilah perasan terdapat satu plastik besar yang diletakkan diatas meja belajarnya. Atur langkah kearah itu, matanya terus membuntang sebaik sahaja melihat berbelas bungkus tuala wanita dari pelbagai jenama juga pelbagai saiz. Ada Kotex, Libresse, Soft Comfort Night, Intimate dan beberapa nama yang Delilah sendiri tak pernah tahu.

Mak aih! Diaz borong satu kedai ke apa? Ini bukan saja boleh buat stok tiga ke empat bulan. Rasanya setahun pun belum tentu habis. Apa Diaz ingat dia period setiap hari ke macam mana?

Sikit lagi Delilah nak hentak dahi ke dinding mengenangkan kebendulan Diaz. Haih! Nasib baiklah Diaz jadi penyelamat bumi hari ni.

Turun ke tingkat bawah, Delilah dapati Diaz berada di ceruk dapur sedang mencuci sesuatu di sinki.

"Diaz, berapa duit kau habis sebab beli pad satu plastik besar tu? Kau nak aku pakai hari-hari ke apa sampai beli banyak macam tu?" Jejaka itu sekadar dikerling dengan ekor mata. Tak larat dia nak memerli jejaka yang dah borong tuala wanita satu kedai tu lebih-lebih.

Buka peti ais, dia mencangkung disitu dengan tubuh lemau. Matanya tercari-cari sesuatu yang diidamkan tekak.

"Rocky road yang kau buat tu ada lagi tak?" Soalnya tanpa menoleh sedikit pun kepada Diaz. Waktu-waktu datang bulan begini ada saja benda yang nak dikunyah.

Wajarlah dia bersikap sensitif tempoh hari, rupanya penyakit perempuan dia nak datang. Jerawat pun dah timbul dekat muka.

"Diaz.. kau dengar tak?" Kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Kutlah Diaz mengelamun depan sinki sampai tak dengar dia bercakap.

Tapi Diaz tetap tak menyahut. Sudahlah dia tengah tahan rasa senggugut. Diaz pula seakan sengaja nak buat dia geram.

Sambil merengus tak puas hati, Delilah bingkas bangun dengan mulut yang sudah bersedia nak menghambur marah.

"Kau dengar tak aku cakap dengan—huarghhh!!"

Pegun. Tiba-tiba semangatnya terasa ditarik keluar. Darah seperti membeku. Bulu romanya merinding serta-merta.

"Hai.."

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 742 14
Malaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjej...
4M 286K 73
First romance story by cweetiee π‡π€π˜π˜π€π ππ‡π€π‹πˆπ’π‡ π…πˆπ“ 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 π€π‘πˆπ€ππ€. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
2.4K 131 6
I love him and I have always thought I am. But I was wrong. This isn't love. Maybe it was, till he tainted it with his obsession. The fact that I re...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...